"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 30, 2008

Modal RM50,000 Rugi RM100,000,000,00 !!! Gila Babi Betul...

The Perak government has begun investigations into a state agency subsidiary company with an accumulated loss of more than RM100mil.



Perak senior executive councillor Datuk Ngeh Koo Ham said he received a complaint that the subsidiary company of the State Economic Development Corporation (SEDC) had a paid-up capital of RM50,000 but accumulated losses stood at over RM100mil.



“How can a subsidiary company with a paid-up capital of RM50,000 have accumulated losses of more than RM100mil?” he asked at a press conference Thursday after attending the Perak Water Board meeting here.



He also asked if there were “people using the subsidiary company to siphon money from the Government”.



Ngeh said the officers must have the interest of the state and the people at heart when negotiating contracts.



He pointed out the Government wanted to cut losses, reduce pilferage and increase productivity of state agencies, such as the SEDC and the State Agriculture Development Corporation (SADC).



For example, he said, a subsidiary company of SADC had 9,712ha of land in Indonesia but its income and productivity were far less than those achieved by other corporate companies.



When entering into an agreement to develop prime land, he said, SADC officers must ensure the returns achieved were similar to what the private sector made.



“They should be making more profits and their management, more efficient,” he added.

Saiful Nafi "Tak Sihat" - malaysiakini

Hari ni aku bosan gile... jadik aku merayau dalam blog-blog dan jugak macam-macam laman web termasuk "Friendster"...

Apa menatang "Friendster" ni aku tak terror sangat.sebab aku tak terror maka aku mintak tolong member aku.pakai id dia untuk pusing-pusing dalam menatang "Friendster" nih.

Aku teringat budak bancuh kopi pun ada "Friendster" jugak dan "kebetulan" member aku pun salah seorang dari "Friendster" budak bancuh kopi.

Jadi boleh la aku akses ke akaun "Friendster" budak bancuh kopi (kalau tak geng tak leh akses rupanya ya???).

Jenguk-jenguk laman bancuh kopi, baru aku tau rupanya budak bancuh kopi dah kawin...hangpa tengok la dekat profile dia...dia habaq - Male, 23, Married.

Alamak...dekat pembukaan/intro pun dah menipu dah...kalau dah taik penipu, macam manapun memang tak leh nak pisah dengan perangai menipu...bala betul la budak bancuh kopi nih.

Last dia update menatang "Friendster" ni seminggu lepas.ooo...tengok pada ruangan komen betul jugak rekod tu sebab last komen budak bancuh kopi ni publish bertarikh 17hb.Oktober,2008.

Apa komen dia?

Sebelum tu ada sorang mamat geng dia tinggal komen tanya dia - saiful..nape u tersasul sebut tarikh kejadian liwat mase sumpah arituh...benda tu telah jd reason pihak2 pembangkang hentam u balik...tp xpe..berani kerana benar - *rujuk gambaq dekat bawah ni ha...

*geli betul aku baca depa nih sama-sama jantan dok main "I" "You" "I" You"......khak petuih...!!!

Budak bancuh kopi jawab - Assalammualaikum Saudara Belack, tentang tersasul tu biasa la.. Agak nervous mase nak sumpah tu.. Ye la, bkn bende yang main2.. Mereka tu dok persoal masalah teknikal je.. Yang penting pada saya, saya sudah lafazkan sumpah tu.. Tetapi dipihak sebelah sana(iaitu DSAI) tidak menyahut sehingga ke hari ini..*rujuk gambaq dekat bawah ni ha...
*awat jawapan budak bancuh kopi sama je dengan jawapan puaka-puaka UMNO/BN ah?depa nih baca skrip ke?sape buat skrip?Bik Mama ke?Me No Spik inggelish ke?Anaz ke?pandai betul depa komplot ye?hebat sungguh...dasat sungguh...

Budak Bancuh Kopi Nafi Tak Sihat

Dalam ruang komen tu jugak budak bancuh kopi ada post 1 komen menafikan khabar angin yang mengatakan "anu"nya (dia tak habaq la "anu" tu...saje aku tambah sikit bagi seronok baca...) sedang mengalami masalah.

Kata budak bancuh kopi - Assalamualaikum semua.. Terima kasih byk2 diatas nasihat dan sokongan yang diberi.. Alhamdullilah saya sihat walafiat.. =) Tidak perlu risau.. Email2 dan fitnah yang saya sedang sakit itu hanya palsu semata2.. Kepada penyebar2 fitnah itu, saya harap anda hentikan lah.. Kerana apabila kebenaran muncul nanti, anda akan menanggung akibatnya..

Uih..."apabila kebenaran muncul nanti, anda akan menanggung akibatnya"... pergh...!!!hangpa jangan main-main..!esok-esok bila "kebenaran tu muncul" hangpa akan menanggung akibatnya..!

Ada lagi yang best... budak bancuh kopi habaq - Saya skrg masih lg ternanti2 bila perbicaraan akan bermula.. Saya mengisi masa lapang dengan membaca buku, al-quran, tafsir dan bermacam lagi.. Kadang kala bersenam.

Hehehe... tertunggu-tunggu ye... aku rasa perbicaraan dah berapa kali dah jalan tapi awat budak bancuh kopi tak pegi???

Agak-agak hangpa budak bancuh kopi sekarang tengah "bertafakur" dekat mana ya?

Bab isi masa lapang tu yang tu no komen...kalau betul budak bancuh kopi isi masa lapang dengan benda-benda macam tu, kita doakan supaya kebenaran itu datang dengan segera.

Aku nak percaya ke tak nak percaya ke tuduhan budak bancuh kopi ni aku tak tau... tapi bila dekat intro dia pun dia dah menipu macam mana aku nak percaya?

Lu pikir la sendiri..!

KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.

Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan dibatalkan.

Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.


Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu, beberapa AJK AMK Johor hanya dapat menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sialah semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

-AMK Johor

FELDA DULU TOLONG SEKARANG ALONG

Sumber : Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang bertangungjawab menjaga kebajikan peneroka bukanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhanya sebagai agensi kerajaan bukanya entiti perniagaan. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.

Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.

Perubahan ‘Tuan’ Felda turut mengubah strateginya sehingga ia menjadi tempat pihak tertentu mencari ‘makan’. Akhirnya peneroka menerima padahnya.

Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.

Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepa petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.

Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.

Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.

Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.

Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.

Menurut Mazlan, peneroka harus berhati-hati dengan Felda kerana terdapat beberapa perjanjian diantara peneroka dengan Felda didapati memberikan kelebihan kepada angesni berkenaan.

Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunya.

Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.

“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.

Buku Felda…. Dulu Tolong Sekarang Along ini telah dilancar baru-baru ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang di Johor dan Mazlan sendiri melancarkan bukunya itu di Bera dan Bandar Jengka, kini berada di pasaran, mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah lah berhubungan dengan penulisnya Mazlan Aliman ditalian 013 -713 0103.

FELDA DULU TOLONG SEKARANG ALONG - 2

Sumber: Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang.

Sebelum ini telah banyak bukti tentang penyelewengan Felda Trading yang dibuat oleh Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK), yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman. Namun, sehingga kini ternyata masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani atau mengambil tindakan untuk menyiasat segala penyelewengan tersebut. Malahan tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit nampaknya semakin “rakus” untuk “merompak harta Felda”.

Para peneroka akhirnya dijadikan hamba yang terpaksa membayar setiap kerugian yang bakal ditanggung oleh Felda gara-gara perbuatan khianat pihak-pihak terbabit. Justeru itu kini, sebagai anak Felda kami juga ingin membongkar serta mendedahkan beberapa penyelengan yang telah dikenalpasti sejak akhir-akhir ini. Jangan lupa juga dapatkan buku Saudara Mazlan yang bertajuk “Felda, Dulu Tolong, Sekarang Along !!“.

Mengikut maklumat kami, sejak Dato’ Seri Najib dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Felda, beliau telah melantik Pengarah Urusan Felda Holdings dari kalangan kenalan beliau iaitu bekas Pengarah Urusan Tabung Haji yang bernama Datuk Bakke Salleh (foto). Tarikh perlantikan berkenaan merupakan satu “tarikh malang bagi Felda Holdings” kerana sejak tarikh berkenaan satu demi satu tindakan beliau lebih kepada mengaut keuntungan peribadi dari memajukan Felda Holdings.

Penyelengan semakin parah bila beberapa lagi individu seperti Tajuddin Carrim (Senior Executive Director Sumber Manusia) , Datuk Tahir (Senior Executive Director Perladangan) dan Halim Ahmad (Senior Executive Director Kilang Felda). Antara peyelewengan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:-Sistem Continuous Sterilizer Bila dilantik sahaja Datuk Bakke, beliau terus memperkenalkan CS untuk digunakan oleh kilang Felda.

Sistem ini adalah satu kaedah yang ternyata telah gagal dilaksanakan semasa beliau di Tabung Haji. Maka beliau pun tanpa rasa bersalah terus memanggil sahabat beliau sebagai kontrator projek berkenaan tanpa memanggil tender terbuka atau sebut harga. Kilang yang pertama adalah Kilang Sawit Felda Pasoh dengan kos permulaan RM5juta.

Projek berkenaan siap pada tahun 2007. Bagaimana pun sistem tersebut gagal berfungsi hingga menyebabkan kos ubah suai meningkat hingga RM17 juta. Walaupun begitu banyak wang telah dilaburkan sistem tersebut masih gagal hingga ke hari ini. Untuk menampakkan projek berkenaan seolah-olah berjaya Hj Halim Ahmad selaku CEO Kilang atau lebih dikenali sebagai Budak Suruhan Datuk Bakki telah sanggup menipu FIGURE yang menunjukkan seolah-olah sistem berkenaan telah berjaya walaupun terpaksa menyingkirkan seorang pengurus kilang yang tidak bersalah.

Membawa Masuk Perunding TECHNOPALM

Perunding ini tujuannya adalah untuk menyelia semak syarikat-syarikat di bawah Felda Holding. Syarikat ini diwujudkan setelah Datuk Bakke Salleh dilantik. Anggotanya terdiri dari empat orang pegawai dari kalangan KRONI beliau itu. Tugas mereka ini hanyalah membuat lawatan ke kilang dan ladang dimana sekali lawatan nilai kos yang terpaksa dibayar oleh anak syarikat berkenaan ialah RM8,000 untuk satu projek . Kos ini tidak termasuk sewa hotel dan makan yang di sediakan oleh projek bagi setiap kali lawatan. Nilai ini nampak kecil jika untuk satu projek, tetapi Kilang Felda sahaja mempunyai 72 buah kilang, Felda Plantation mempunyai ratusan ladang dan begitu juga dengan Felda Technoplant.

Jika semuanya ini mereka lawat sudah tentu berjuta wang yang mereka kaut dari Felda Holdings sedangkan hanya beberapa helai kertas sahaja yang digunakan untuk membuat laporan mengenai kebersihan kilang dan ladang . Untuk makluman, Felda Holdings sebelum ini memang telah mewujudkan satu jabatan yang di panggil Unit Inspektorat yang kerjanya khusus bagi kawal selia projek-projek disamping jabatan audit. Di sini kita lihat terdapat dua unit yang menjalankan satu tugas yang sama.

Malang bagi Felda apabila sistem berkenaan terus dilaksanakan di beberapa buah kilang lagi seperti Kilang Sawit Selancar, Jerangau, Jengka 21 dan lain-lain walaupun ianya terbukti tidak berjaya dan kali ini kosnya meningkat sehingga ke RM17 juta bagi sebuah kilang dengan kontraktor yang sama. Akibatnya kilang Jengka 21 dan Kilang Jerangau sehingga kini masih belum beroperasi dengan baik. Seorang lagi pengurus kilang dikenakan tindakan tatatertib.

Untuk makluman, Kilang Sawit Jerangau sepatutnya di rasmikan oleh Dato’ Seri Najib seawal januari 2008 oleh kerana ia tidak berfungsi dengan baik majlis perasmiannya ditangguhkan walaupun kilang felda telah berbelanja lebih RM1 juta untuk tujuan perasmian sahaja. Kilang Jengka 21 sehingga kini masih belum boleh beroperasi dengan lancar menyebabkan buah-buah sawit dikawasan Jengka terpaksa diagih-agihkan ke kilang yang berhampiran.

Amat mendukacitakan buah-buah berkenaan lambat diproses dan bila diproses ianya dalam keadaan yang sudah busuk. Seorang lagi konco Datuk Bakke yang bernama Datuk Tahir telah mengambil buruh dari Bangladesh bagi menggantikan buruh Indonesia yang ternyata menyukarkan pengurusan ladang disebabkan mereka ini malas dan sukar berkomunikasi. Bagaimanapun itu tidaklah penting sangat, yang pentingnya tiada sebarang sebut harga atau tender dibuat dengan agen buruh berkenaan, malah beliau telah pergi dan merundingkan sendiri dengan agen berkenaan. Bayangkan berapa banyak pula komisyen yang beliau perolehi? Yang peliknya Datuk Bakke selaku Pengarah Urusan Felda Tradings hanya akur dan menerima apa sahaja yang dibuat oleh kroninya itu.

Permohonan untuk menjadi peneroka juga sudah tertutup rapat, kerana semua lot kosong telah diurus oleh Felda Plantations yang membawa pekerja asing. Ia menutup ruang kepada generasi kedua mendapatkan pekerjaan. Begitu juga peluang pekerjaan lain hatta sebagai penoreh getah juga telah diisi oleh buruh Indnonesia. Ini amat mendukacitakan sekali.

Dulu Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat miskin mempunyai tanah sebanyak 10 ekar seorang. Namun kini sudah berbeza di zaman anakandanya, Felda sudah diniagakan dan tiada lagi tanah untuk rakyat, sebaliknya oarng asing kini semakin ramai mendiami Felda terutamanya Felda Plantations itu. Kecewa benar Allahyarham Tun Razak melihat senario yang berlaku hari ini, jika beliau masih ada agaknya.

Penyelewengan Tempahan Diari Felda Holdings

Datuk Bakke sekali lagi dengan menggunakan seorang lagi kroni beliau yang di import dari Island Peninsular telah menempah diari rasmi Felda Holdings 2008, dengan menggunakan syarikat perunding dimana syarikat berkenaan telah di bayar sebanyak RM500,000 sebagai pendahuluan.

Kes ini juga melibatkan kepimpinan tertinggi dalam Felda Holdings yang mana Datuk Bakke (GMD) telah mengarahkan deposit tersebut dibayar kepada syarikat tersebut tanpa melalui sebut harga yang betul. Adakah polisi dalam Felda Holdings membolehkan sesuatu kerja itu dibayar dahulu sebelum kerja itu dilakukan? Adakah jumlah sebanyak itu sedikit untuk diberikan sewenang-wenangnya kepada orang lain ?

Antara lain-lain perbuatan yang menunjukkan kerakusan pihak pengiklanan ini adalah seperti membuat penjenamaan semula Felda yang menggunakan khidmat perunding tanpa memikirkan keperluan untuk berbuat demikian. Adakah perlu penjenamaan semula dengan mencetak begitu banyak poster yang menelan belanja yang besar ? Adakah dengan menampal poster sahaja etika pekerja akan meningkat ? Adakah perlu untuk membuat poster tersebut memerlukan perunding yang sememang diketahui akan menguntung sesuatu pihak sahaja ?. Bukan itu sahaja pembaziran yang berlaku, malahan saya juga mengetahui akan berlaku satu lagi perkara yang juga akan melibatkan kerugian yang besar kepada syarikat. Perunding yang berkaitan dengan kroni Maizan juga cuba melobi beliau untuk mendapatkan satu lagi projek yang membazir iaitu berkaitan dengan penciptaan logo Felda Holdings yang baru.

Sudah tiadakah pekerja-pekerja dalam Felda Holdings ini untuk mengeluarkan idea bagi mencipta logo untuk syarikat tanpa mengeluarkan belanja yang besar ?

Melantik Syarikat Kroni Sebagai Perunding

Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan penggunaan perunding terus tanpa menggunakan sebutharga. Antaranya adalah penggunaan sistem penilaian prestasi melalui KPI yang mana telah dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun 2000. Tiada apa yang berbeza antara KPI yang digunakan dahulu dengan KPI yang digunakan sekarang melainkan ianya dilaksanakan melalui perunding sahaja sedangkan semua format penilaian dan juga borang yang digunakan adalah sama seperti format dahulu yang telah dipakai.

Lain-lain program yang menggunakan khidmat perunding adalah seperti Six Sigma, Black Belt, ESS/MSS dan E-Learning juga melibatkan pembaziran kepada syarikat apabila penilaian yang sebenar tidak digunakan dengan betul untuk menentukan tahap gaji dan imbuhan yang sepatutnya pekerja terima ( KPI & E-Learning ).

Adakah pekerja bawahan perlu dinafikan hak mereka (mendapat imbuhan yang selayaknya) bagi memberi laluan kepada “mereka-mereka” yang sememangnya tidak banyak memberi sumbangan kepada syarikat sedangkan pekerja bawahan bertungkus lumus memberi khidmat kepada syarikat ?

Apakah perasaan mereka apabila mendapat penilaian yang tinggi pada hujung tahun sebaliknya tiada kenaikan gaji yang sepatutnya mereka terima pada awal tahun ? Adakah mereka tidak bekerja ?

Adakah mereka ini patut menjadi “kambing hitam” atas kesalahan orang lain ? Apa guna merekacipta satu sistem yang hanya bertujuan menganiaya orang lain ?

Satu lagi perkara, apakah kelebihan yang ada pada Datuk Bakke dan apakah kejayaan yang beliau telah buat dalam syarikat-syarikat yang telah beliau terajui dahulu sehingga pihak Felda menaruh sepenuh harapan kepada beliau untuk menerajui Felda Holdings.

Akibat daripada perbuatan jijik ini, peneroka menghadapi masalah dalam menghantar buah ke kilang dimana kebiasaannya peneroka boleh menghantar buah 4 trip sehari tapi kini hanya 2 trip sahaja.

Terdapat pengurus kilang yang telah dibuang kerja kerana gagal menjalankan operasi CS berkenaan dengan baik. Untuk makluman, kilang Tabung Haji telah memberhentikan operasi CS ini bila mendapati ianya tidak berjaya. Itupun setelah Datuk Bakke bertukar ke Felda. Bagi menutup kelemahan mereka, CEO kilang telah mengarahkan pengurus-pengurus kilang membuat Recycle Sludge dari Condensate Sum bagi tujuan meningkatkan perahan minyak.

Akibatnya kualiti minyak kilang-kilang Felda menjadi teruk menyebabkan stok menjadi tinggi kerana jualan tidak dapat dilakukan.

Membawa Masuk Pekerja Bangla Ganti Indon

Adakah membawa kerugian kepada syarikat (Felda Holdings) jika kerja-kerja itu diserahkan kepada D’Print (anak Syarikat Felda) yang sememangnya nyata akan memberi keuntungan kepada Felda ?.

Hasilnya, keluarlah sebuah diari yang hanya mempunyai beberapa ruang kosong untuk ditulis oleh pengguna sedangkan lain-lain ruangan hanya dipenuhi dengan teka-teki dan uji minda yang nyata tidak menunjukkan motif sebenar kegunaan sebuah diari. Jika ianya dibuat oleh Felda D’Print, ianya bukan sahaja lebih elok, malahan lebih berkualiti daripada diari yang diguna pakai sekarang ini.

Semuanya ini berlaku akibat perbuatan rakus pihak-pihak tertentu yang dilantik oleh Datuk Bakke yang juga melibatkan kakitangan lantikan beliau yang mengetuai bahagian pengiklanan yang dikenali sebagai Puan Maizan.

Apakah pula kelebihan yang ada pada Tajuddin Carrim sehingga beliau disambung kontraknya malah telah diberikan kelonggaran untuk bekerja hanya empat hari sahaja dalam seminggu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama sedangkan Pengerusi Felda malahan PM dan TPM sendiri pun bekerja lima hari seminggu dan lebih ? Apakah sudah tiada orang lain lagi yang layak untuk memegang dan menggantikan jawatan beliau itu sehingga Felda Holdings sanggup menawarkan kontrak sedemikian rupa ? Sungguh hebat beliau.

Seperkara lagi, apakah kaitannya orang yang bernama Maizan dengan Datuk Bakke sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya dapat menarik kemasukan perunding-perunding (kroni beliau) dengan mudah dan juga telah diberikan jawatan yang tinggi dalam Felda Holdings. Layakkah pemegang A Level diberikan jawatan Pengurus Kanan dalam syarikat sedangkan ada orang lain yang lebih layak ? Patutkah semua ini berlaku ? Patutkah kita membiarkan lalang sebatang mengawal padi sebendang ? Adakah layak lalang mendapat baja sedangkan padi yang memberi hasil ?

Pemuda UMNO Bacul...

Beberapa bahagian yang mencalonkan ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan langkah mengadakan debat terbuka antara calon-calon ketua Pemuda Umno boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

mukhriz mahathir gaza fund 010208 seriousSelain Mukhriz, ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo turut mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan tersebut.

Sebaliknya, mereka mencadangkan diadakan majlis penerangan di mana ketiga-tiga calon tersebut dijemput untuk memberi penjelasan mengenai visi dan misi mereka jika terpilih menerajui pergerakan tersebut.

Ceh...kepala pak hangpa la...kalau setakat nak buat penerangan, tak payah la nak buat majlis-majlis, buang masa je...UMNO kan ada macam-macam media...utusan meloya, berita hairan dan macam-macam lagi.

Apa tak cukup ke saluran yang dah ada tu?tak cukup saluran sedia ada atau pemuda UMNO memang bacul?

Makin hari aku tengok makin banyak alasan pemuda UMNO bagi...tak cukup matang la (memang tak cukup matang pun pemuda ni...kalau bab "matang" memang pemuda UMNO fail tapi kalau bab "menatang" memang depa hero...menatang sungguh..!),

Ala hangpa cakap la hangpa tak dak "teloq"...senang cerita...

Che'Det Risau???

Mantan perdana menteri Che'Det dok bimbang kesan negatif pengaruh kumpulan penasihat Datuk Seri Mohd Najib Razak ala pasukan "tingkat empat" yang didakwanya menyebabkan kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Aku pulak dok bimbang kesan negatif pengaruh Rosmah yang bakal menghancurkan negara Malaysia.kalau nak dikirakan kesan pengaruh Bik Mama lagi la membahayakan pada negara Malaysia yang makin hari makin lemah ni.

Lagi satu pulak aku dok bimbang kesan pengaruh kumpulan penasihat Datuk Mukhriz Mahathir yang dipengaruhi oleh ketuanya yang tak lain dan tak bukan ialah Che'Det sendiri.

Bukan kata Che'Det tak bagus sebagai penasihat, Malaysia dalam era Che'Det dulu memang diakui cukup gah dipersada politik dunia dan jugak cukup-cukup dikagumi oleh negara-negara membangun akan idea-idea yang dibawakan oleh Che'Det satu masa dulu (era Che'Det).

Cuma yang tak baguihnya Che'Det ni ialah bilamana orang bawah dan jugak harapannya tak sekepala dengan dia dalam menangani sesuatu isu contohnya rasuah, kronisme dan jugak nepotisme.

Che'Det pulak dok risau tu bukan sebab apa pun, dia dok risau takut pengaruh Mukhriz tak dapat berkembang lepas ni kalau Mat Najib dipengaruhi geng-geng tingkat 4.kalau pengaruh Mukhrix tak dapat berkembang maka tamatlah cita-cita Che'Det nak jadik Lee Kwan Yew Malaysia.ala...tak kan la hangpa tak tau vision Che'Det ni.

Apa-apa pun buat masa ni aku tak nampak sorang pun orang-orang dalam UMNO yang ada kreadibility untuk jadik Pi Em...Najib dibayangi Rosmah atau dengan kata lain kalau Najib jadik Pi Em, cuma atas nama.Bik Mama akan sentiasa menekan butang enter pada alat kawalan suami ditangannya.akhirnya ekonomi Malaysia akan hancur ditangan Najib kerana pengaruh Bik Mama atau Imelda Malaya yang cukup besar nafsu belanjanya.

Buat masa ni lagi baik kita risaukan nasib Malaysia dibawah UMNO dari dok risau benda-benda lain yang mengarut.

Khairy Akan Jumpa Hishammuddin

PETALING JAYA, 30 Okt (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berjumpa dengan ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat berhubung cadangannya diadakan debat terbuka bagi calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Khairy berkata beliau akan berjumpa dengan Hishammuddin untuk menjelaskan mengenai cadangan yang dikemukakan beliau itu di samping meminta restu daripadanya.

"Saya hormat (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda dan sedar semua ini merupakan prosedurnya. Debat terbuka itu merupakan cadangan peribadi saya.

"Saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu. Terserah kepada beliau untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak," katanya ketika ditemui pada forum "Dialog Barat-Islam: Kedudukan Kita dan Hala Tuju Kita" di International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS) Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno hingga Mac depan.

Beliau berkata apa saja yang mahu dilaksanakan dan berkaitan Pemuda Umno perlu merujuk kepadanya sebagai ketua supaya ia boleh dibincangkan dan diperhalusi bagi mengelak berlakunya perkara yang menjejaskan imej parti.

Seorang lagi calon bagi jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang turut dicalonkan merebut jawatan nombor satu dalam sayap pemuda itu tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendirian bahawa soal pemilihan parti merupakan hal ehwal dalaman Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

Dari Blog PMIUM: Ringkasan

Aspirasi Reform: Pelik Tapi Benar(klik tajuk untuk artikel penuh)

Pro-Mahasiswa dikejutkan kebelakangan ini dengan kemunculan puak-puak ASPIRASI, tetapi mengunakan nama ASPIRAS-Reform. Apabila meneliti dan membaca blog ASPIRASI-Reform, Pro-Mahasiswa semakin hairan dan tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan ASPIRASI?

ASPIRASI yang sebelum ini dikatakan berlaku perpecahan dalaman menjadi kenyataan dengan munculnya ASPIRASI-Reform. Pro-Mahasiswa menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai satu bukti bahawa kepimpinan ASPIRASI semakin tidak boleh diyakini.

Melayari blog ASPIRASI-Reform, Pro-Mahasiswa bimbang jika apa yang dikatakan oleh ASPIRASI-Reform itu benar. Tetapi apa yang membuatkan Pro-Mahasiswa tertanya-tanya, darimana munculnya golongan ASPIRASI-Reform yang mendedahkan segala macam kelemahan dan 'permainan' yang dilakukan oleh ASPIRASI?


Demokrasi Tidak Seimbang UPSI(klik tajuk untuk artikel penuh)

Pemilihan kabinet baru UPSI menyaksikan saudara Akmal Madzir yang dikatakan memenangi undi tertinggi dan layak menduduki tempat tertinggi dalam kabinet MPP tapi hanya menyandang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah seusai mesyuarat ahli MPP UPSI baru-baru ini.

Saudara Riduan Mohammad ketika disoal berkenaan hal ini mengatakan Kabinet MPP UPSI perlu mengira pro dan kontra apabila mereka meletakkan Saudara Akmal Madzir bukan ditempat yang sepatutnya.

" Saudara Akmal mendapat undi tertinggi, ini bermakna dia mendapat kepercayaan yang tinggi dari mahasiswa UPSI untuk menjadi pemimpin mereka. Meletakkan Saudara Akmal ditempat yang salah bermakna memperkecilkan dan memperlekehkan suara mahasiswa yang telah mengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk mereka."


UPSI dan UNIMAS milik Pro-Mahasiswa(klik tajuk untuk artikel penuh)

Pro-Mahasiswa UM merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada sahabat Pro-Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang telah berjaya menawan kampus masing-masing dalam pilihan raya baru-baru ini. Kemenangan ini jelas mununjukkan bahawa mahasiswa UPSI dan UNIMAS semakin bijak dalam memilih pemimpin.

Pro-Mahasiswa UPSI yang menang bergaya dengan berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Di sebelah Borneo, Pro-Mahasiswa UNIMAS telah menang 7 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan iaitu dua daripada 4 kerusi umum dan 5 daripada 8 kerusi fakulti. Kemenangan yang sekaligus memberikan ruang kepada Pro Mahasiswa membentuk kabinet MPP.

RM10, kereta api KL-Ipoh bermula 1 Dis.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan perkhidmatan kereta api Kuala Lumpur - Ipoh bermula 1 Disember ini dengan tambang RM10.

Pengarah Urusan KTMB, Abd. Radzak Abd. Malek berkata, perkhidmatan KL-Ipoh itu akan mengambil masa dua jam 56 minit dengan jadual perjalanan 10 kali sehari iaitu lima kali (KL-Ipoh) dan lima kali (Ipoh-KL).

“Berikutan KTMB pada masa ini hanya mempunyai 22 perkhidmatan kereta api antara bandar sehari, pihak pengurusan akan menambah 10 tren ulang-alik pada 1 Disember ini.

“Perjalanan kereta api ini akan melalui sembilan perhentian komuter antaranya Sungai Buloh, Sungkai, Tanjung Malim dan Batu Gajah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan KTMB ke arah persijilan MS1722 iaitu sijil piawaian Sistem Pengurusan Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan (OSHMS) dan seminar kepada kakitangan KTMB di sini hari ini.