"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 08, 2009

Contributors http://perisik-rakyat.com/

Makluman untuk semua...

Untuk memantapkan lagi website http://perisik-rakyat.com/, maka dengan itu aku mengisytiharkan bahawa bermula dari minggu lepas, aku telah menjemput beberapa penulis dan juga pengkomen yang aktif untuk menjadi penulis dan juga penyalur maklumat dalam website ini.

Antara mereka-mereka ialah Alfa200, Tulang Besi, Pengliporlari, Kudin Mansor dan juga Yeols.

Jadi kalau korang baca mana-mana artikel, perhatikan dekat bawah "posted by" sape... kang korang komen tersalah tembak penulis kang naya je...

Wokey...

TG Haji Hadi: Jangan Lacurkan Amanah Pemilih..! - malaysiakini

Maka berkatalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa "PAS sebagai bahtera yang selamat" kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati kelmarin.

Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.


Dan aku nak ulas sikit kenyataan TG Haji Hadi...

Apakah jaminan dari TG Haji Hadi bahawa PAS adalah bahtera yang selamat sedangkan sebahagian dari kami para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat melihat PAS sebagai bahtera yang masih terumbang-ambing. kami berada dalam bahtera PAS dan Pakatan Rakyat sekian lama tetapi nampaknya Nakhoda Bahtera ini masih belum tetap pendiriannya samada nak ke kiri, kanan, belakang atau kedepan.

Disatu ketika kami berasa selamat bila Nakhoda Bahtera nampaknya hendak terus maju kehadapan ketempat tujuan dan pada satu ketika Nakhoda Bahtera ini nampaknya seakan hendak berundur kembali kelembah durjana.

TG Haji Hadi...

Kalau TG Haji Hadi masih tak dapat nak tentukan kemana arah tujuan PAS, samada mahu terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat atau mahu bersetongkol dengan Najis UMNgOk dalam satu projek yang dikatakan sebagai "KERAjaan Perpaduan@Unity Government", maka tak usahlah TG Haji Hadi menyatakan bahawa "PAS sebagai bahtera yang selamat"...

Itu cuma omong kosong...

Cuba TG Haji Hadi atau sesiapa saja pengunjung website berikan 1 projek bersetongkol dengan UMNgOk yang tidak memakan diri... bagi aku 1 nama yang "bersih dari najis" setelah bersetongkol dengan UMNgOk... 1 nama je dari mana-mana parti pembangkang yang masih bersih setelah bersetongkol dengan UMNgOk...

Kalau tak de, maknanya TG Haji Hadi sengaja mencari nahas... agaknya TG Haji Hadi dah over confidence "kununnya" ketokohan TG dan juga "ketuan gurunan" TG Haji Hadi terlalu kuat dan mustahil ada syaitan-syaitan yang dapat menembusi "ketuan gurunan" TG Haji Hadi...

Ingat TG Haji Hadi... syaitan pun banyak pangkat jugak... tak kan la yang pangkat kopral je nak himpit TG..?

Aku ni bukan nak memperlekehkan kehebatan TG... tapi kita kena terima kenyataan... kita bukan maksum... kita bukan nabi dan kita jugak bukan rasul.

TG Haji Hadi...

Ingat amanah rakyat yang memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

Aku tak berikan undi aku untuk Pakatan Rakyat supaya Pakatan Rakyat bersetongkol dengan UMNgOk... apa yang aku buat selama ni adalah untuk Pakatan Rakyat menjatuhkan UMNgOk yang dah terlalu teruk tahap kejahanamannya.

KAMI BERJUANG BERSAMA PAS BUKAN UNTUK PAS BERSEKONGKOL DENGAN UMNGOK..!

Tapi kalau amanah kami dirosakkan... tak ada lagi orang lain yang layak dipersalahkan melainkan Tuan Guru Haji Hadi Awang..!

Tegur-Teguran, Senggol-Senggolan Untuk Pimpinan PAS - malaysiakini

Aku tengah berkira-kira dan tengah mencari idea nak publish apa-apa artikel yang seronook untuk dibaca... tapi kering-kontang...

Tau-tau ada sorang pengomen tinggalkan komen yang best untuk diambil perhatian oleh pucuk pimpinan PAS dan aku sangat-sangat bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh pengomen dibawah... aku publishkan untuk tatapan semua. adat... lepas ni memang ada yang tak puas hati dengan luahan macam ni atas alasan "kita mesti hormat pimpinan"...

Ya... yang tu memang aku akui... tapi kita kena ingat... pimpinan tak selalunya betul... kena pulak kalau ada orang-orang yang berkepentingan dikeliling pimpinan tertinggi... maklumat dari bawah semua kena tapis dan akhirnya pimpinan tertinggi buat keputusan yang tak betul, tak selari dengan kehendak penyokong dan juga ahli parti.

Jangan jadi macam UMNgOk...

Moh baca semua apa kata Mohd.Islahuddin.

Anonymous has left a new comment on your post "Keputusan Muktamar 55: Sungguh Pelik, Sungguh Hair...":

Assalamualaikum kepada semua...

Muktamar sudah, pemilihan jawatan pun sudah. Banyak komen dan pandangan yang keluar dan tertulis di alam maya ini. ade yang sedih dan ada yang gembira. Apapun pun cuba kita lihat, Umeno sudah memainkan lebih peranan dalam memperlagakan/memecahbelahkan PR. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kepada TG Presiden dan Timb.Presiden, segerakanlah keluarkan statement yang jelas untuk ahli PAS memahami dgn jelas pendirian kalian berdua tentang KERAJAAN PERPADUAN dengan Umeno.

Saya sebagai seorang penyokong kuat PAS percaya, sekiranya berlaku sekali lagi perbincangan dengan Barua Umeno, saya sendiri walaupun hanya satu undi,AKAN KU BERJANJI, TIDAK AKAN AKU BERIKAN LAGI KEPADA BARUA PAS YANG BERSETUJU BERSEKONGKONG DENGAN UMENO. TIDAK AKAN AKU HALALKAN WALAU SESEN PUN DUIT YANG SELAMA INI AKU DERMAKAN UNTUK KERJA PARTI PAS SELAMA INI. LIHATLAH KEMBALI APA YANG UMENO TELAH LAKUKAN KEPADA KAMI RAKYAT SEKELIAN.

DI KELANTAN, TIDAK ADA SATU SEN PUN BANTUAN DISALURKAN MELALUI KERAJAAN NEGERI. MALAHAN TG NIK AZIZ BERJAYA SELESAIKAN 98% HUTANG KERAJAAN NEGERI TANPA BANTUAN DARI UMENO.

DI KELANTAN JUGALAH BERMULANYA PENARIKAN SUBSIDI UNTUK ANAK2 KECIL BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT.

DI KELANTAN JUGALAH KERAJAAN PAS DI'KERA DAN DIMONYETKAN' SEHINGGA BELAKU DARURAT DAN RAMPASAN KUASA.

KALAU NAK DIUNGKITKAN MASALAH MELAYU, LIHATLAH PULAU PINANG APA YANG JADI PADA MELAYU PULAU PINANG. TAK PAYAH NAK ULAS.

KALAU DI KEDAH, LIHATLAH KAWAN2.. UMENO MENINGGALKAN RM2 BILLION TAHI YANG NAK KENA CUCI TANPA BANTUAN SATU BUIH PUN SABUN DARI UMENO DAN KERAJAAN PUSAT.

KALAU DI PERAK, LIHATLAH, MASIH PANAS LAGI.... RAMPASAN KUASA YANG DILAKUKAN OLEH HARAM JADAH UMENO.

KEPADA PRESIDEN, TIDAK INGATKAH ANDA KEPADA TERENGGANU? APA YANG TERJADI TEHADAP WANG ROYALTI MINYAK SETELAH PAS MEMERINTAH TERENGGANU?

DAN YANG PALING MENYAYAT HATI IALAH PERISTIWA MEMALI DAN TANGKAPAN ISA.....

FIKIRKANLAH KEMBALI WAHAI PIMPINAN PAS.... KHUSUSNYA PRESIDEN DAN TIMB PRESIDEN..... KALAU MEREKA NAK BETUL2 BERBINCANG OPS... SILAP... BERMUZAKARAH....

BEBASKAN TAHANAN ISA DULU,

BICARAKAN SEGALA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PR,

LUNASKAN IMBUHAN YANG SEPATUTNYA DIBERI KEPADA KERAJAAN NEGERI WALAUPUN DIPERINTAH OLEH PR,

HENTIKAN MEMONOPOLI MEDIA ARUS PERDANA,

HENTIKAN PENYALAHGUNAAN KUASA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA,

DAN BANYAK LAGILAH KEPINCANGAN OLEH HARAM JADAH UMENO, TAK LARAT NAK ULAS.

DAN KEPADA TIMB PRESIDEN, INGATLAH... ANDA HANYA MENUMPANG DI KERUSI PARLIMEN BACHOK KELANTAN.

INI BUKANLAH UGUTAN, TETAPI HANYA TEGURAN DAN PERINGATAN.....

YANG IKHLAS...
MOHD ISLAHUDDIN (dean9463@yahoo.com)

Sunday, June 07, 2009

Gambar DS Ir Nizar Di Seksyen 15 Bangi - malaysiakini

Gambar ni semua bukan aku yang ambik, ni sumbangan dari geng Perisik Rakyat di Bangi. mekasih untuk sedare Hatta atas sumbangan anda. raya nanti jemput datang rumah. koh koh koh koh koh...!!!

Biase la... bila dah sampai, kena kerumun, bila dah kena kerumun, kena la salam, kalau tak salam kang ada yang merajuk... bila dah merajuk, tulis macam-macam dalam blog... tapi sebelum salam, sila basuh tangan...

Tak habis lagi salam ni... mana la nak habis cepat... ikut sms yang Hatta hantar, kehadiran sekitar 3-4 ribu orang... orang Bangi dengan Kajang tengah excited nak jumpa Nizar sebab bukan senang nak jumpa ikon Rakyat Malaysia macam Nizar ni...

Ade sesape yang berangan nak jumpa KUDETA..?

Oi...Gobind pun ada... ini anak King ni... jangan main-main..!


Ni apasal berdiri lak ni..? ada sessi nyanyi lagu negaraku ke..?

DS Ir Nizar...


Ni yang aku nak marah ni... datang ceramah bawak segala macam bagai bekal, surat khabar...lepas ceramah, tinggal bodo gini je... oi..! kau ingat ada orang gaji nak kutip sampah sarap korang ni..?

Bengong sungguh..! lenkali kena buat ceramah dalam tong sampah... biar diorang ni reti bahasa sikit..!

Ngoookkk...!!!

Gambar-Gambar Sekitar Muktamar 55 - malaysiakini

Lambat update... bukan apa bro, aku busy lari sana-lari sini... hari sabtu memang aktiviti penuh. pagi aku pergi Muktamar PAS, tengahari aku pergi kenduri kahwin geng aku dekat UPM, petang aku pergi KL jumpa kawan dari Sabah, malam aku kejar ke Muktamar PAS balik.

Gambar banyak, tapi aku pilih yang best-best je. kalau korang nak gambar awek, korang mintak dekat Topeng Perak. aku tak berape reti lagi... koh koh koh koh koh...

Hah... lupa... masa aku ambik gambar belah pagi kat dalam Stadium Malawati, ada sorang Muslimah tahan aku, dia mintak pas media. adoi... penat geng... dok dekat tempat pemerhati pun kena pakai pas media jugak ke?

Ni bukan gambar perwakilan PAS. ni barisan Pimpinan Tertinggi PAS... cuba korang teropong-teropong sikit. DS Ir Nizar pun ada tuh... eh... pembetulan... Perwakilan, yang duduk ramai-ramai depan pentas tu, yang atas pentas tu semua pimpinan tertinggi.

Ni barisan pemenang-pemenang dalam pemilihan pimpinan tertinggi... belah kiri sekali Salahuddin Ayub, Nasaruddin Mat Isa, TG Haji Hadi, Tuan Ibrahim, Mahfuz Omar.

Tahniah, tahniah, tahniah, tahniah, tahniah...

Ni sessi ceramah belah malam... ucaptama dari Ketua Dewan Muslimah PAS.

Tan Sri Khalid pun ada jugak... semangat habis Tan Sri dok sembang pasal rancangan pembangunan di Negeri Selangor... good job Tan Sri... aku carik Khir Toyo kot-kot dia datang nak tengok ucapan Tan Sri, tapi tak dak... tengah masak tempe kot...

Yang ni tetamu khas dari Gaza... aku tak ingat sapa nama dia tapi inilah teman rapat pemimpin Hamas yang meninggal dunia sebab kena bom dengan Yahudi laknat hari tu... jauh datang memenuhi jemputan PAS.

Barisan tetamu undangan.

Yang ni kalau ada lagi sape-sape tak kenal mamang carik nahas...tak yah nak perkenalkan lagi... TG Nik Abdul Aziz Nik Mat... ikon untuk seluruh rakyat Malaysia tak kira melayu, india, cina atau apa-apa kaum cukup-cukup respek dengan TGNA.

Orang UMNgOk je yang tak respek sebab UMNgOk mana la nak terima Islam... UMNgOk tau HadHari je...

Ngoookkk...!!!

Muktamar 55: Pimpinan Iktiraf Bloggers Tapi Urusetia Tidak... - malaysiakini

  • Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
  • Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.
Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

''Kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...

Bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.."hangin tol ummi bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

Ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya..

Ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf..

"Akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas

"Ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"Kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media"..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang kena tolak ketepi...

Ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..

Wallahua'lam...

Dicatat Oleh - (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

TPU - Aku malas nak sembang panjang-panjang... cuma nak bagitau, tiap kali berurusan dengan parti PAS, memang masalah macam ni akan berlaku.

5 PRK selepas PRU-12...

1. Permatang Pauh - PKR bertanding... masalah ni tak timbul... blogger dapat kerjasama penuh dari pihak urusetia penerangan PKR.

2. Kuala Terengganu - PAS bertanding... blogger... ha..? blogger tu mende..?

3. Bukit Gantang - PAS bertanding... blogger..? hangpa sapa..? pas media..? pooorah..! sampai team BloggersNetwork@Perak bengkek sebab dapat "KEJARsama" penuh dari urusetia penerangan PAS... cit...

4. Bukit Selambau - PKR bertanding... blogger..? full acsess ke semua sidang media... pas media geng BloggersNetwork@Penang pun dapat. semua PC berjalan dengan kehadiran para blogger yang bekerja secara sukarela... untuk liputan pulak... siap dapat pakai streamyx lagi. langsung tak de rungutan dari para bloggers.

5. Batang Ai - PKR bertanding... walaupun jauh diseberang laut, tapi rakan-rakan bloggers yang berada di Batang Ai memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik... dapat kerjasama penuh dari urusetia penerangan PKR... good job... walaupun kalah, tapi tetap berbaloi sebab semua kemudahan yang ada telah digunakan sebaik-baiknya.

6. Penanti - PKR bertanding... aku pergi masa penamaaan calon je... tapi akses semua 1st class... siap dibagi sebijik rumah untuk blogger... nak cerita lebih-lebih aku tak reti pasal aku tak de kat sana... kalau nak tau, tanya geng-geng BloggersNetwork@Penang... yang aku tau, sampai hari ni tak de rungutan.

7. Manek Urai - PAS bertanding... harap-harap masalah-masalah yang berbangkit diatas tak de...

Jangan sampai PAS di cop sebagai parti yang hanya pandai bercakap tapi tak pandai nak praktik. aku risau kalau-kalau dikemudian hari nanti bloggers boikot mana-mana event yang melibatkan PAS sebab cuma bloggers yang beri komitmen tapi PAS tak pernah berminat untuk beri komitmen pada para bloggers.

Saturday, June 06, 2009

Keputusan Muktamar 55: Sungguh Pelik, Sungguh Hairan... - malaysiakini

Dekat atas ni berita yang dilaporkan oleh MStar Online pagi tadi, cerita yang sama jugak berlegar-legar sejak subuh tadi sebelum keluar di MStar Online... maklumat dari wartawan-wartawan dan jugak "orang dalam" juga mengesahkan perkara yang sama. Husam menang tipis dengan kelebihan majoriti sebanyak 40++.

Jadi ramai yang tersenyum dan berharap sangat untuk mendengar khabar rasmi ini secepat mungkin...

Pagi ni berita yang sama mula berlegar-legar di kawasan Stadium Malawati... cerita yang sama... Husam menang tipis. orang ramai makin semangat.

Orang ramai yang oenuh bersemangat mula memenuhi ruang legar dan juga dalam dewan Stadium Malawati.

Lebih kurang jam 10:12 pagi... diumumkan...

Tiba-tiba je aku terbayang gambar bendera PAS yang ada pulak keris dekat tengah-tengah... ish... apasal ek..?

Kesimpulan, Erdogan Menjadi Pilihan

Dengan keputusan Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, ini bukannya bermakna golongan Pro Muqabalah telah mendapat sokongan majoriti dalam PAS.

Dengan undi yang diperolehi oleh Nasharuddin berjumlah 480 undi. 2 lagi calon iaitu Husam mendapat 281 undi manakala Abang Mat Sabu mendapat 261 undi. Sebelum ini telah digembar-gemburkan Nasharuddin mewakili golongan Ulama' (pro-muqabalah) manakala Husam dan Abang Mat Sabu pula mewakili golongan erdogan ataupun profesional.

Jadi, sekiranya Abang Mat ataupun Husam dapat menjalinkan 'pakatan' iaitu hanya seorang diantara mereka yang akan berentap dalam merebut jawatan ini, sudah pasti golongan yang dikatakan erdogan ataupun profesional ini akan mencapai kemenangan.

Walau apa pun, saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan Nasharuddin mengekalkan jawatan beliau.

Road Show: Kempen Bubar DUN Perak - malaysiakini

Penceramah Jemputan : YB HJ. ZAINUDDIN YUSOF (ADUN Lubuk Merbau), YB M.KULASEGARAN (MP Ipoh Barat), YB CHANG LIH KANG (ADUN Teja), YB HJ. ISMAIL YUSOF (Pengerusi PKR Perak), YB AMRAN HARUN.

Tarikh :10 JUN 2009 (Rabu)

Tempat : Dewan Ust.Hj.Wahab Noor, Masjid Tinggi,Bagan Serai, Perak.

Masa : 9.00 malam

Semua Dijemput Hadir

Keputusan Rasmi : Ustaz Nasharudin Memenangi Timbalan Presiden PAS - malaysiakini

Timbalan Presiden PAS
Keputusan Rasmi : Ustaz Nasharudin Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PAS

Keputusan Rasmi ini telah diumumkan oleh Datuk Mustafa Ali pada pukul 10:05 sebentar tadi...

Tahniah pada Ustaz Nasarudin, pada yang gagal, jangan lemah semangat.