"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 18, 2008

SPR vs Kabinet Pak Lah.

Berita 1 : SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal Soon Li Tsin | May 17, 08 3:19pm
"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini

Berita 2 :
PM: Batal dakwat budi bicara SPR May 18, 08 6:30am
"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

Apekebende nih?Sebenarnya sape yang bertanggungjawab?makin pening kita dibuatnya...sebelum PRU kita ditipu...dah habis PRU pun masih depa nak menipu kita lagi?

Nak tanya balik kat Pak Lah...dari mana Pak Lah dapat info tu?atau sekadar ceritera hikayat Pak Lah sebab takut ditumbangkan dalam PRU?atau Pak Lah dapat masa tengah bertafakur dalam dewan?atau Pak Lah dapat "Ilham" tentang berita ni?atau Pak Lah dapat dalam mimpi Pak Lah?atau Pak Lah pun kene tipu dengan "informer" Pak Lah?

Kalau Pak Lah tertipu oleh "informer" Pak Lah...terbuktilah Pak Lah ni seorang yang lemah.orang yang lemah tak layak jadi PM.macam mana seorang yang lemah nak memimpin sebuah negara?negara tak boleh ditadbir didalam tidur Pak Lah.negara tak boleh ditadbir berpandukan pada "maklumat tak sah"...ini ke PM Malaysia?

Rashid pulak...lagi lagi Rashid,lagi lagi Rashid...sebelum PRU kecoh,lepas PRU pun kecoh lagi dibuat mamat sorang ni.bila baca pada statement ke2-2 belah pihak,dapat disimpulkan bahawa ke2-2 pemegang amanah ni adalah seorang yang tidak amanah dan tidak tahu bidang kuasa dan kerja masing2...2-2 pak turut,2-2 boleh dipergunakan,2-2 kurang otak...

1 perkara yang jadi tandatanya ialah adakah dakwat khas tersebut dah dibeli atau belum?kalau dah dibeli oleh SPR kita mintak SPR pamerkan buat tontonan dan sebagai bukti bahan tersebut ada & wang sebanyak itu telah dibelanjakan seperti yang dirancang...Kalau SPR gagal mempamerkan bahan tersebut maka kita harap pihak BPR tak segan silu untuk memulakan siasatan.siasat kemana perginya duit sebanyak itu.

Rakyat perlu tahu!!!

No comments: