Assalamu'alaikum
Aku terbaca posting saudara MSO bertajuk [ Ilham buat Anwar: Jelaskan dimana anda pada 26 Jun 2008 ] dalam KLpos hari ni...ada betul jugak kata saudara MSO dalam artikel tu.tapi terus terang aku tak setuju ( maaf tuan MSO ) dengan cadangan saudara MSO supaya DSAI mendedahkan dimana DSAI berada pada tarikh perbuatan tu disebut.
Kita semua kena ingat...lawan kita bukan calang-calang gerombolan.lawan kita ada access pada semua agensi yang berkaitan dalam siasatan.depa ada macam-macam kemudahan yang diperlukan.cuma depa kekurangan 1 benda je - MAKLUMAT dari pihak Pakatan Rakyat.
Aku nasihatkan supaya Pakatan Rakyat ambik tindakan segera, sembunyikan semua maklumat jadual pergerakan DSAI yang ada dalam mana-mana rekod.segera kumpulkan semua rekod-rekod pergerakan & jadual DSAI yang lama & yang akan datang, masukkan dalam satu label & listkan ianya dibawah "AKTA RAHSIA RASMI PAKATAN RAKYAT".
Access untuk maklumat tu jugak wajib dihadkan pada beberapa individu yang benar-benar boleh dipercayai SAHAJA!berikan tanggungjawab tersebut pada beberapa individu yang dimaksudkan tadi & individu yang berkenaan perlu bertanggungjawab keatas maklumat tersebut supaya TIDAK DIBOCORKAN kepada sesiapa termasuk rakan terdekat atau keluarga terdekat.ini WAJIB Pakatan Rakyat buat.
Kalau maklumat tersebut bocor, senang kita nak trace individu yang bocorkan maklumat tersebut.
Tujuan diambil tindakan tersebut ialah untuk menyelamatkan DSAI dalam konspirasi ke 2 ni...kita sedia maklum dari apa yang kita perhatikan, konspirasi ni sebenarnya tidak dirancang dengan teliti dengan kata lain baru dirancang sekerat jalan tapi atas sebab-sebab tertentu ianya terpaksa dijalankan segera walaupun rancangannya belum lengkap.
Jadi...sebarang kesilapan Pakatan Rakyat mendedahkan tarikh-tarikh dimana DSAI berada akan memudahkan pihak musuh merancang agenda mereka melalui kesilapan Pakatan Rakyat.semua maklumat dimana DSAI berada pada masa-masa lepas WAJIB tidak didedahkan pada umum atau sesiapa-siapa sahaja.kedudukan struktur organisasi PKR khasnya buat masa ni bagi aku amat-amat-amat genting.
Terlalu ramai musuh dalam selimut menyusup masuk & mencuri berbagai maklumat & mendedahkannya pada musuh politik Pakatan Rakyat.ini kita kena hati-hati.jangan lupa pepatah - dalam setandan pisang, pasti ada sebiji yang busuk.
PKR terlalu bahaya bagi parti komponen kerajaan pusat & sudah pasti macam-macam cara akan diguna untuk menghancurkan parti harapan rakyat Malaysia ni.jangan sampai kita yang menghancurkan harapan rakyat kerana kecuaian kita.bagi aku...masih belum terlewat untuk berbuat sesuatu.ini baru permulaan...
Kalau awal-awal kita dah berjaya dilemahkan, hari-hari seterusnya kita akan hanya membuang masa membaiki kerosakan awal sedangkan masa yang ada tu sepatutnya kita gunakan untuk memantapkan lagi jentera & organisasi Pakatan Rakyat...
Ingat pesanan aku wahai semua pimpinan baik PKR,PAS mahupun DAP.musuh hanya menunggu kita masuk perangkap.beringat sebelum kena!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, July 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment