email dari : norbaina alias [ baina_78@yahoo.com ]
Ezam,
Belum lagi DSAI mengeluarkan tuduhan mengaitkan anda dengan konspirasi dan dibeli oleh umno, beliau sudah memberi amaran. Begitulah jelasnya sikap keUMNOan yang sangat tulin dalam diri anda yang sangat pandai meramal dan menilik. UMNO dan bomoh berpisah tiada.
Begitu juga dengan ramalan tilikan terbaru UMNO bahawa jika DSAI memerintah, Malaysia akan jadi negara republik dan institusi Raja akan dihapuskan. Begitulah kehidupan dan pemikiran UMNO yang penuh dengan sangkaan dan bisikan(siapa ye?) sedangkan mereka jugalah yang berarak menyokong isu Pindaan Perlembagaan 1986 manakala PAS lah yang menentangnya.
Ezam,
Kita percaya liwat 2 mungkin bukan konspirasi tetapi ia dibuat dengan mengulang idea konspirasi yang lepas. Kes meniru biasanya dilakukan oleh mereka yang tidak buat 'homework' dan malas mengulangkaji pelajaran. Kerana itu liwat 2 akan gagal sekali lagi.
Jika liwat 2 bukan konspirasi, bagaimana pandangan anda tentang liwat 1 duu ? Konspirasi atau bukan ? Jika tidak tahu, bagaimana pula dengan pendedahan Raja Komando yang bersumpah dalam ceramah-ceramahnya mengatakan ia konspirasi dan tidak pernah beliau itu tidak pernah dibawa ke mahkamah menjadi saksi ?
Ezam,
Abang Anwar anda pernah duduk dalam UMNO dan pernah berusaha untuk memulihkan umno dari rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat untuk 'bail out' sehingga beliau dibuang dengan hinanya. Dan abang anda itu telah menunjukkan bahawa beliau tetap dengan pendirian untuk berjuang demi rakyat.
Jika dunia yang dipilihnya, jika Amerika yang menjadikannya ajen, maka beliau pernah digaris akhir matlamatnya untuk menjadi PM sekarang. Beliau hanya perlu membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh umno dan PM terdahulu. Jika semua itu matlamat perjuangannya, kerusi PM hari bukan diduduki oleh orang yang mengantuk tetapi beliau sendiri.
Sesiapapun pemimpin UMNO yang berada di kerusi TPM tidak akan sekali-kali rela untuk terpaksa melawan ketuanya dan tersingkir. Itu adalah kerusi idaman semua pemimpin UMNO. Musa Hitam tersingkir bukan kerana berlawanan pendapat dengan PM dahulu tetapi kerana dikaitkan dengan kepimpinan 2M sedangkan PM dahulu tidak boleh menerima keadaan itu. Dia hanya mahu ada 1M sahaja. Yang lain semua pekerja bagi beliau. Tun Ghafar seperti biasalah menjadi 'stand in' pelakun yang tidak datang ke set pengambaran.
Ezam,
Anda sudah bersedia ke untuk menerima nasib seumpama abang anda itu ? Sudah bersedia ke untuk dimusuhi oleh UMNO sendiri. Sudah bersedia ke untuk difitnah dan dijatuhkan oleh UMNO sendiri. Jika anda cuba menjadi hero konon untuk membongkar rasuah walau dalam umno sekalipun, anda akan menerima nasib seperti abang anda. UMNO adalah lubuk rasuah kecualilah jika anda bergimik sahaja untuk membenteras rasuah dalam UMNO tetapi lebih kepada berdiri atas platfom UMNO untuk menjadi lebih UMNO dari UMNO, bukan untuk membongkar rasuah.
Ezam,
Seperti pesan TGNA, siapa anda untuk memberi komen tentang PAS dan DSAI. Anda masih muda, hingus politik masih mengalir. Ubun-ubun masih lembik, kulit pipi masih lembut. Yang tinggal pada anda adalah suara anda yang berdegar-degar yang digunakan UMNO untuk menjadi sarkis yang dihidang kepada rakyat. Anda fikir anda dimusuhi oleh PR tetapi tidak, anda sebenarnya tidak disenangi UMNO sendiri, pemuda sendiri. Kenapa ?
Kerana sejahat-jahat orang jahat, sebaik-baik orang baik, mereka semua tidak pernah bersatu kecuali dalam satu hal sahaja :
Pembelot dan pengkhianat adalah sehina-hina makhluk di mukabumi.
Sekian wasalam.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment