"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 14, 2008

Debat Anwar-Shabery: Polis pantau bangunan DBP

Oleh Bernama
Isnin, 14 Julai 2008

KL: Polis akan memantau sekitar bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Jalan Dewan Bahasa di sini malam esok, tempat bakal berlangsungnya debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, pemantauan itu adalah bagi mengelakkan tercetusnya perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

"Kita telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan malam esok," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Debat yang bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat sebab-sebab kerajaan terpaksa menaikan harga minyak.

Mengenai sekat jalan yang diadakan hari ini, Muhammad Sabtu berkata, sekatan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' itu akan diteruskan sehingga petang atau malam ini.


berita penuh di [ sini ]

No comments: