"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Debat Anwar - Shabery. Show all posts
Showing posts with label Debat Anwar - Shabery. Show all posts

Sunday, July 20, 2008

Shahrir mahu Anwar kemuka cadangan jelas turun harga minyak

JOHOR BAHARU: Mereka yang masih menunggu pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat harus merasa bimbang kerana pemimpinnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mempunyai satu dasar ekonomi yang konsisten untuk diketengahkan kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat menerusi Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang diperkenalkannya, janji kempen pilihan raya umum lepas hingga kepada hujah semasa debatnya bersama Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek Selasa lalu, sering berubah-ubah.

"Kaedah pengurangan caj kapasiti oleh penjana kuasa bebas (IPP) seperti yang dicadangkan oleh Anwar semasa debatnya dengan Shabery, amat bertentangan dengan AEB yang dibentangkannya di hadapan tokoh-tokoh perniagaan antarabangsa di Singapura tidak lama dulu.

"Ia bukan cadangan yang baik tetapi membahayakan ekonomi negara kerana ia akan mengambil keuntungan IPP secara rakus sedangkan janjinya adalah untuk berlaku adil, probisnes dan menghormati undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat cawangan-cawangan Umno dalam Bahgian Johor Baharu, di sini hari ini.

Dalam debat itu Anwar mencadangkan penurunan caj kapasiti yang dibayar oleh IPP kepada Tenaga Nasional Berhad bagi memperoleh penjimatan sebanyak RM2 bilion.

"Saya tak faham bagaimana ia dapat memberikan pulangan tunai kepada kerajaan," kata Shahrir yang menyifatkan cadangan itu sebagai melanggar perjanjian IPP-TNB dan akan menimbulkan kesan negatif terhadap negara terutamanya kepada pelabur asing.

Katanya, kaedah tersebut hanya dapat digunakan secara "one off" atau sekali sahaja bagi menyelesaikan masalah harga minyak.

Shahrir berkata, jika itu dilakukan, pada tahun berikutnya Pakatan Rakyat (sekiranya berjaya memerintah) akan terpaksa menggunakan alternatif lain untuk menyelesaikan kenaikan harga minyak atau menggunakan lagi kaedah penurunan caj kapasiti itu, yang mana penggunaannya secara berterusan akan memufliskan IPP.

Bagi kerajaan Barisan Nasional pula, pemberian subsidi bagi mengurangkan harga minyak dibuat setiap tahun sebagai penyelesaian jangka panjang yang menguntungkan rakyat di semua peringkat, katanya.

Shahrir juga berkata, Anwar telah menyokong kenaikan harga minyak sebanyak 28 sen daripada RM1.92 seliter berbanding kenaikan sehingga RM2.70 seliter yang dibuat kerajaan, namun beliau tidak mencadangkan pemberian rebat sebagaimana yang diberikan kerajaan kepada rakyat.

Menurut Shahrir, idea Anwar juga tidak dapat membantu mengurangkan kesan inflasi dan juga golongan berpendapatan rendah kerana ia hanya memfokus kepada pengurangan harga petrol dan tidak termasuk harga diesel.

"Tumpuannya hanyalah kepada menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen daripada RM2.70. Kalau kita menurunkan harga petrol, kita hanya akan menguntungkan mereka yang menggunakan kenderaan persendirian.

"Sepatutnya cadangan itu bukan untuk petrol tapi diesel juga yang lebih mempunyai hubungan langsung dengan golongan berpendapatan rendah dan kenaikan harga barangbarang," katanya.

Kata beliau, pengurangan harga diesel akan menjamin kos yang rendah bagi pengangkutan awam yang digunakan golongan berpendapatan rendah dan pengangkutan barangbarang bagi menjamin harga barangbarang tidak melambung naik.

"Diesel bersubsidi pada harga RM1.43 akan terus diberikan kerajaan melalui fleet card kepada pengangkutan awam, bas sekolah, bas ekspres dan sektor yang berkaitan.

"Daripada 10 bilion liter diesel yang bakal digunakan setiap tahun, antara 6 dan 7 bilion liter bersubsidi akan disampaikan kepada sektor pengangkutan awam dan barangan," katanya.

Beliau mahu Anwar membentangkan cadangan yang lebih jelas bagi mengurangkan harga minyak kerana menurutnya cadangan yang samar-samar hanya menunjukkan Anwar tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan. BERNAMA

-mSTAR Online

TP - kalau ku panggil menteri ni BINATANG LEMBU kang ada yang marah...oi Shahrir LEMBU...engkau ingat rakyat bagi engkau jadik menteri nak suruh engkau berniaga ke? Shahrir quot "Saya tak faham bagaimana ia dapat memberikan pulangan tunai kepada kerajaan," kata Shahrir yang menyifatkan cadangan itu sebagai melanggar perjanjian IPP-TNB dan akan menimbulkan kesan negatif terhadap negara terutamanya kepada pelabur asing."...pulangan tunai? engkau ingat kerajaan tu kedai runcit ke??? semua engkau nak buat bisnes?...kalau kau lapar sangat dengan duit...engkau pi jumpa Najib...engkau gadai pungkoq engkau kat Najib...

Apa pulak perancangan menteri rambut putih ni untuk kurangkan beban rakyat??? banyakkan bercakap? lagi la terbeban rakyat dengan cakap "0" rambut putih ni...

Lagi 1...kenapa mintak Anwar pulak kemuka cadangan? engkau dah putus akal ke? kalau dah rasa kepala hotak tu dah buntu...letak jawatan la...pi jadik LEMBU nu!!!

Khak Ptuih!...amik kau DNA aku!


Friday, July 18, 2008

"Fiz...kau belajar rajin-rajin tapi jangan masuk UUM!!"

ciplak dari tranungkite

Dilulus terbit pada Friday, July 18 @ 19:53:22 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Kopitiam

Sekarang teman tahu kenapa tak de satu pun universiti di Malaysia ni yang masuk dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia....

Debat Anwar Vs Shabery benar-benar membuka pekong kerajaan Barisan Nasional.

Dari kegagalan kerajaan menjustifikasikan kenapa minyak tak boleh turun sehinggalah terserlahnya kedangkalan Nordin Kordi, sebagai Vice Chancellor UUM tentang isu yang diperdebatkan.

Beliau bukan sahaja tidak faham tentang basic economy khususnya dalam oil and gas industry malah beliau juga turut lari dari tajuk sebagaimana Shabery lari dari tajuk debat.

Sila lihat pertanyaan beliau kepada Shabery yang buat semua orang tepuk dahi...

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI:

Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih

Beliau cuba menjustifikasikan kedudukan beliau sebagai Vice Chancellor UUM dan pada malam bersejarah itu lalu beliau menjadi kaki bodek nombor wahid kepada kerajaan...kita membayangkan seorang Vice Chancellor itu seperti Professor DiRaja Engku Aziz kualitinya. Tidak sukar untuk kita fahami mengapa RPK mencampakkan sahaja notis keputusan mahkamah saman Nordin Kordi ke dalam tong sampah....kerana memang sampahlah kualiti si Nordin Kordi ini...

Anak teman...Hafiz terpinga-pinga mendengar hujah si Nordin ni. "Apa dia cakap yah? Lain orang cakap lain dia cakap?" Anak teman tu baru tingkatan 4. "Fiz....kau belajar rajin-rajin tapi jangan masuk UUM...!!" Itu saja jawapan teman. Anak teman tersengih faham.

Nampaknya kebobrokan sudah sinonim dengan semua institusi kerajaan. Dari PM dan TPM yang tak tahu memacu negara, menteri yang tiada kualiti sehinggalah Vice Chancellor yang sepatutnya melahirkan insan excellent dipimpin oleh beruk mat yeh yang tak tahu apa-apa...

Semalam dalam perjalanan pulang dari Low Yat teman mendengar diskusi dalam Radio 24 mengenai cadangan menaikkan subsidi kepada pengguna motorsikal dari RM150.00 kepada RM1,000.00. Dijemput pemanggil untuk memberikan pendapat.

99% menolak kerana menurut mereka ia suatu polisi bodoh. Ada yang menganggap ia sebagai gula-gula kerajaan untuk pacify rakyat dan bersifat sementara.

Ada yang bijak mengatakan bahawa kalau terdapat 2 juta pengguna motorsikal di negara kita, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi (ini sahaja) sebanyak RM2 billion. RM 2 billion lebih baik digunakan untuk menurunkan harga minyak untuk faedahnya dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia.

Rakan teman, Naza nak talipon tapi tak tahu nombor. Teman setuju dengan pendapat beliau. Beliau cuma nak mengingatkan rakyat Malaysia...sebelum pilihanraya lagi kita dah bagi tahu bahawa BN itu maksudnya barang naik. Jadi apa yang kita gawat sangat dengan keadaan ekonomi dan inflasi sekarang ini.? Kata beliau lagi....majoriti rakyat Malaysia telah memilih Barisan Nasional...jadi dia orang tu cuma nak implement sahaja apa yang mereka janjikan...

Teman pulak kalau dapat peluang keluar dalam mana-mana rancangan TV ke radio ke...teman akan mencadangkan satu formula bagaimana Malaysia boleh dipulihkan selama-lamanya...iainya mudah iaitu PR gantikan BN. Itu sahaja.

Yang pasti UUM akan dapat Vice Chancellor yang baru...

Alhamdulillah.. TEORI anwar jugak di pakainya..!!!

aku cilok dari tranungkite

Dilulus terbit pada Friday, July 18 @ 19:45:50 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Taranama

Alhamdulillah..nampaknya idea dato seri anwar depa dah sudi nak laksanakan walaupon dalam debat tempohari macam bodoh sombong aja kelakuan si shabery tuu... nampaknya teknik pengurangan kadar kuasa IPP yg terlebih sebanyak 1oookWt dikurangkan kadar penghasilan dia...

nampaknya idea bernas nie jugak diambilnya... tak mengapalah janji untuk kesejahteraan rakyat jelata... kini kita tengokla pulak hasil drp pengurangan kos tu di belanjakan kemana.. andai masuk ke perut jerung jugak nampaknya sia-sialah semua... namun bersangka baik insya'allah kerajaan akan membelanjakan kesemua tu untuk kesejahteraan rakyat nya... tak caya tanya pak lah... he he he

Dewan Rakyat: Margin tenaga elektrik diturun Laporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Norliza Wasilan dan Nor Azma Laila

Tindakan bagi jimatkan perbelanjaan ditanggung kerajaan menjelang 2014

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

TarakNama@gmail.com
Http://TarakNama.tblog.com

Hektor lawan Patroklus 2

"Apakah dia telah digigit anjing gila hingga air liur pekat keluar dari kedua-dua belah hujung mulutnya?" tanya Aasil, rakan saya hisap sisya di restoran Lubnan Zaman, Virginia. Selepas perdebatan Anwar Ibrahim menerima telefon dari seorang Arab dari Lugano, Switzerland. "Saya tidak tahu satu butirpun yang kamu debatkan. Apa yang kamu katakan hingga mulut lawan kamu penuh dengan air liur putih?"

Shabeery Cheek bukan tidak ada hujah. Tetapi tujuh juta khalayak Malaysia yang menonton perdebatan tersebut tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang beliau hujahkan kerana diganggu oleh air liur putih yang menggelikan. Menteri Penerangan itu akan menyimpan rekod pengeluaran air liur yang paling produktif di kaca tv.

Shabeery pastinya kalah teruk, bukan mengikut pungutan suara yang dilakukan oleh Malaysia kini, tetapi mengikut institusi-institusi media perdana pro-pemerintah. Sekiranya debat itu seri, pastinya mereka telah menjajakan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim ditewaskan oleh menteri yang paling junior. Debat itu begitu pahit bagi mereka. Dan begitu memalukan. Mereka mahu melupakan ketewasan tersebut dengan satu peristiwa yang lebih besar -- menangkap Anwar Ibrahim.

Gambar: Akilis menyaksi tubuh Patroklus yang tewas di tangan Hektor.

sumber : khalidjaafar.org

Hektor lawan Patroklus 1

Kawan lama saya Shabery Cheek masih boleh menang dalam debat bersejarah malam semalam kalau tidak kerana kehadiran Nordin Kardi.
Belum pernah saya mendengar seorang naib chanselor memberikan ucapan yang sebegitu dungu.

Kalau tan sri dungu ini boleh menjadi seorang naib chanselor maka kita boleh mengerti mengapa tidak ada sebuah universiti pun di Malaysia yang berada dalam kumpulan 200 teratas di kalangan universiti-universiti dunia dan Nordin juga seorang tokoh terpenting dalam program-program propaganda Biro Tata Negara. Bayangkan sahaja kualiti idea yang hendak disemaikan kepada mahasiswa.

Nordin cuba menyelar Anwar Ibrahim kononnya keluar dari tajuk apabila menyebut janakuasa persendirian -- Indipendent Power Producers -- kerana debat adalah tentang minyak. Tentunya IPP amat terlibat dengan rancangan Anwar untuk memperolehi tiga bilion dari lima bilion yang diperlukan untuk mengurangkan harga minyak tempatan sebanyak 50 sen. Naib chanselor itu bengong, juga Shabeery, dan lain-lain penyokong kenaikan minyak kerana mereka mati-mati menyangka Anwar akan memunggahkah keuntungan Petronas untuk membiayai subsidi. Apabila yang dikemukakan lain dari yang mereka sangkakan maka mereka hilang akal lalu membuat serangan peribadi.

Saya melihat debat malam semalam seperti pertarungan antara Hektor dengan Patroklus dalam puisi agong Illiad karya Homer. Hektor adalah putera mahkota, pahlawan tersohor dan panglima perang Troy. Sementara Patroklus hanyalah seorang anak muda, sepupu kesayangan dan rakan berlatih Akilis. Apabila Akilis merajuk kerana berkelahi dengan Aggamemnon, panglima perang Greek yang ingin menakluk Troy, pahlawan tersebut undur dari medan. Akibatnya tentera Greek teruk diasak oleh Hektor dan begitu ramai pahlawan veteran Greek yang cendera dan terpaksa diusung keluar dari medan tempur. Petroklus amat kesihan dengan nasib tentera-tentera Greek yang hilang semangat kerana pahlawan terkemuka seperti Odysseus, Nestor dan Agamemmnon sendiri cendera, dan Akilis, pahlawan yang paling digeruni, masih merajuk dan enggan berperang. Patroklus merayu kepada Akilis agar membenarkannya bertempur dan meminjamkan perisai, baju dan topi besinya. Patroklus terus mendesak dan merayu, akhirnya Akilis bersetuju tetapi berkata: "Kau jangan sekali-kali bertarung dengan Hektor. Hanya aku yang boleh mengalahkan dia."

Apabila Patroklus memasuki medan tentera-tentera Troy bertempiaran lari kerana mereka menyangkakan Akilis telah kembali bertempur. Mereka kenal pakaian tersebut adalah milik Akilis, dan pergerakan dan gaya tempur Patroklus memang saling tidak tumpah dengan Akilis. Ramai pendekar dan pahlawan Troy yang dibunuh dan dicederakan oleh Petroklus. Petroklus naik berani dan apabila bertembung dengan Hektor yang datang untuk membantu anak-anak buahnya dia telah melupakan pesan Akilis. Hektor bertarung dengan orang yang disangkakannya Akilis kerana putera Priam itu tahu hanya dia yang boleh menghalang kemaraan pahlawan Greek yang paling perkasa. Hektor menyangkakan akan berlaku pertempuran sengit yang dia nanti-nantikan. Dia terperanjat apabila lawannya dapat ditumpaskan dengan mudah, dan berasa malu apabila mengenali orang yang dibunuhnya hanyalah Patroklus.

Gambar: Bukan main gembira lagi Wan Azizah menceritakan kemenganan Hektornya. Di tengah kami adalah Raja Salim, besan mereka.

sumber : khalidjaafar.org

Peranan Siasah dalam Debat harga minyak

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Siasah melalui Zulkifli Sulong telah diberikan peluang untuk turut terlibat secara langsung dalam Debat bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Selasa lalu.

Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar yang memberikan kepercayaan kepada Siasah untuk bersama-sama beliau dalam Debat yang diadakan ala debat antara bakal Presiden Amerika, yang julong-julong kalinya diadakan di negara ini.

Berbangga juga kerana yang mewakili Shabery adalah Tan Sri Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Penal, seperti Siasah diberikan peluang untuk bertanyakan dua soalan sahaja iaitu satu kepada Anwar dan satu lagi kepada Shabery.

Kepada Shabery, kami telah bertanyakan soalan berikut:-

"Pada tahun 2006, kerajaan naikkan harga minyak 30 sen. Hasilnya, kerajaan dapat RM4.3 b darinya. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen, kerajaan baru belanjakan RM834.75 juta untuk prasarana pengangkutan sejak dari tarikh itu. Kenapa perkara ini berlaku? Dengan kenaikan kali ini pula, kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial membelanjakannya, apa jaminan kerajaan dalam membelanjakan wang dari penjimatan RM13 bilion ini."

Soalan ini kami pilih berdasarkan perbandingan yang dibuat dengan janji kerajaan yang dibuat ketika menaikkan harga minyak pada tahun 2006 lalu. Penjimatan sebanyak RM4.3 bilion itu katanya untuk mempertingkatkan prestasi pengangkutan awam di negara ini.

Namun selepas sekian lama berlalu, tidak jelas kelihatan apakah prasarana pengangkutan awam yang ditingkatkan oleh kerajaan. Ini sangat menyusahkan rakyat tambahan lagi selepas harga minyak dinaikkan secaran mendadak baru-baru ini.

Ketika inilah, rakyat akan memilih pengangkutan awam selepas tidak tahan menanggung kesan dari kenaikan harga minyak. Namun, tidak satupun sistem pengangkutan awam yang menyelesakan rakyat samada bas, teksi apatah lagi LRT, Komuter dan Monorel.

Cuba naik Putra LRT atau Komuter. Manusia di dalam gerabaknya macam ikan sardin terutama diwaktu puncak iaitu pagi ketika orang ramai mahu pergi kerja atau petang ketika mereka mahu pulang dari kerja.

Dalam pada itu, jawapan Menteri Pengangkutan kepada soalan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dalam soalannya di Dewan Rakyat, mendedahkan segala-galanya.

Dalam jawapannya pada 3 Julai lalu, Menteri Pengangkutan berkata, sehingga kini kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam telah meluluskan pelaksanaan sembilan projek bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam negara dengan keseluruhan kos berjumlah RM834.75 juta sahaja.

Mana pergi duit bernilai RM4.3 bilion yang dijimatkan dan dijanjikan untuk pengangkutan awam itu?

Dengan kenaikan harga minyak kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM13 bilion. Kalau RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial untuk membelanjakannya, apa nasib RM13 bilion ini. Ini soalan kami di Siasah.

Tetapi nampaknya Shabery tidak menjawab soalan ini bahkan menuduh wakil Siasah tidak mengikuti perkembangan isu ini.

Kepada Datuk Seri Anwar, kami tanyakan soalan berikut:-

"Bercakap soal minyak adalah harta masa depan, seingat saya, semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Datuk Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Apa sebenarnya pemikiran Datuk Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga untuk rakyat masa depan ini."
Dalam jawapannya Anwar menjelas, beliau memang menubuhkan Tabung Warisan itu dengan harapan untuk kepentingan anak cucu kita di masa depan.

Namun selepas beliau keluar, tidak ada lagi pihak yang berminat dengannya dan projek itu berkubur begitu sahaja.

Inilah sedikit peranan Siasah. Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar yang memberikan kepercayaan untuk bersama-sama dalam detik bersejarah ini dan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi kami dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Debat ini.

-SIASAH

Dr. Mahathir ulas impak debat minyak, dakwaan liwat dihadapi Anwar

18-07-2008 08:27:24 AM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas debat kenaikan harga minyak Selasa lalu dan isu dakwaan meliwat terbaru dihadapi bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi tulisan terbaru blognya.

Mengenai debat, Dr. Mahathir berkata, forum tersebut yang diambil bahagian oleh Anwar dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bukan satu pertandingan yang adil.

"Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan dalam keadaan tertekan.

"Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata beliau.

Forum debat itu dianjurkan oleg Agendadaily menyentuh isu kenaikan harga minyak dan kali pertama menyaksikan kemunculan Anwar dalam siaran langsung televisyen selepas dipecat Dr. Mahathir pada September 1998.

Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Selepas dipecat daripada Umno dan kerajaan, Anwar berhadapan dengan dakwaan salah guna kuasa dan liwat.

Beliau menjalani hukuman kerana sabit kesalahan salah guna kuasa dan mahkamah membebaskan beliau daripada tuduhan liwat empat tahun yang lalu.

Dr. Mahathir mengulangi bahawa Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya.

"Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

"Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah," katanya lagi.

Beliau juga menyentuh tentang elemen konspirasi taktik yang diperkatakan oleh banyak pihak dalam dakwaan liwat ini.

"Tetapi, adakah kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu?

"Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ia benar," sentuh beliau dalam tulisannya.

Katanya, adalah mustahil kemungkinan pihak yang membuat laporan kali ini seorang yang cuba meniru.

"Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat.

"Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar.

"Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi di mahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama," tambah Dr. Mahathir.

Bekas Presiden Umno itu juga menyentuh saranan dan syor supaya si menuduh dan kena tuduh supaya bersumpah.

Kata Dr. Mahathir, menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan.

"Ia satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

"Dalam al-Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulang kali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil"," kata beliau.

Justeru menurut beliau, Syariah bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman.

"Undang-undang Syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas.

"Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman," jelas beliau.

Katanya, amat jelas al-Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi.
Ini kerana katanya, Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan dan proses yang diambil dalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai, yang tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

"Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf.

"Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ia melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa," katanya.

-mSTAR Online

Wednesday, July 16, 2008

Blog Shabery Hilang...

Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@notashabery.com and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.


Apache/1.3.41 Server at notashabery.com Port 80

Itulah paparan yang akan keluar di screan PC korang kalau korang cuba mengaccess blog http://notashabery.com/shabery/ milik menteri penerangan kita Datuk Ahmad Shabery Cheek...

Apa dah jadi YB? kene hacke ke saje-saje hacke?

Kalau dah blog sendiri pun tiba-tiba tak boleh diaccess orang ramai macam selalu, maknanya dah terang la yang YB dah kalah dalam debat semalam...mustahil ada masalah dengan server...blog che'det yang hitnya tertinggi di Malaysia pun x de masalah ni tak kan blog YB boleh jadi gini pulak?

Tak pe lah YB...saya bersangka baiklah pada YB...saya andaikan yang YB sedang sibuk menaip surat perletakan jawatan YB macam yang YB janjikan tempohari...

Oleh kerana YB dah janji macam tu maka saya andaikan blog rasmi YB pun dah YB delete sebab mungkin YB dah tak memegang jawatan menteri penerangan lagi...ada kemungkinan ke YB?

Kata mesti dikota...

Debat DSAI vs MP

email dari : Zamry Zamry

Dalam perdebatan itu..DSAI adalah lbh profesional berbanding Wakil kerajaan di mana lbh byk cerita ttng sejarah....yg sepatutnya sudah di hantar ke muzium cerita itu..yg rakyat mahu adalah fakta dan angka bkn srngn peribadi...kalau tiada demonstrasi...maka tiadalah debat ini....soalan bodoh ttng pengantara yg menyoala DSAI tak perlulah menjadi..PM utk membantu rakyat juga di jwb dgn profesioanl oleh DSAI..ternyata wakil kerajaan adalah budak hingusan yg msh belum kering hinggusnya sdngkan negeri kelahiran beliau tlh khlngan hasil royalti...heheeee yg menjadi persoalan skrng bkn zaman Tun Razak atau Mahathir tapi adalalh permasalahan masa skrng yg perlu diselesaikan apakah solution dari adminstration Abdullah Badawi...kalau mcm ni lah menteri yg ada dlm admistration badawi maka benarlah kata DSAI maka negara ini akn keblkg sdngkan satu masa dulu kita dihormati oleh Korea,Singapore,Taiwan,Thailand dan Indonesia...Yg menjadi fokus bdh wakil kerajaan adalah menilai kedudukan Malaysia sbg pengeluar minyak ranking ke berapa?nyata beliau sorg yg dunggu dan bdh...sdh berulangkali DSAI menyatakan Petroanas antara syarikat terbaik di dlam 100 syarikat dan syarikat yg byk untung di anatara 10 syarikat di dunia..maka ranking sbg pengeluar tidak timbul..dan perbandingan kadar inflasi yg dibandingkan dgn negara yg mundur oleh wakil kerajaan juga mengajak rakyat malayisa keblkng dgn mengambil negara mundur sbg bench mark...DSAI tlh menepis dgn selambanya..bhw Venezuala mempunyai harga minyak yg rendah kdr inflasi tinngi tapi di Malaysia negara minyak mahal infalsi naik juga...mmg benar harga minyak di Global meningkat tapi Malaysia mempunyai..pelbagai sumber natural itu menentang dan menyerap kenaikan minyal di pasaran global..tidak blh banding harga minnyak di Japan atau Korea krn mrk tidak sumber alam yg byk spt Malaysia..yg dikatakan kaya dgn sumber natural tp kebdhan pentadbiran skrng gagal utk maxima utilize sumber itu utk menyerap tekanan dan kenaikan minyak global..spttnya pentadbiran skrng dpt membuat forecast ttng masa depan dan bagaimana utk menghadapinya tp malang sekali pentadbiran skrng mengambil jln mudah atau easy work utk buat solution..mrk mengunakan media yg dimiliki utk menipu dan terus memperbdhkan rakyat...tahnias utk DSAI dan penyokongnya..DSAI dgn gentleman mengumumkan beliau akn bertanding pada September ini...maka Dato' Ahmad Shabery ( Berry) hrslah melatak jwtn kalau beliau sorng yg gentleman....if u are man lah kan..

Fakta Bodoh

Anak Watan Terengganu
Julai 16, 2008 at 3:22 am

Saya ingin menyentuh tentang fakta bodoh yang di kemukakan oleh Shabery mengenai harga minyak rendah tapi inflasi tinggi di negara Arab Saudi, Qatar dan UAE. Satu isu yang boleh dianggap diketengahkan oleh seorang pemimpin yang ketandusan ilham dan ilmu.

Bayangkan berapa ramai warga Malaysia dan juga warga negara-negara jiran Malaysia yang berhijrah ke negara-negara Arab yang disebut diatas. Di Arab Saudi sahaja, mengikut rekod yang tidak rasmi ada seramai 1500 warga Malaysia yang berhijrah dan berkerja di sini sudah bertahun-tahun. Disebabkan apa dan mengapa? Dan mereka adalah di kalangan golongan profesional. Ini adalah disebabkan penerimaan pendapatan yang lumayan dengan kadar harga minyak yang cukup rendah. Disebabkan inilah, kerajaan BN menganjurkan baru-baru ini satu program bagi menarik minat warga Malaysia pulang berkhidmat ke tanah air yang dipimpin oleh bekas Ketua Puteri UMNO. Bukankan ini percanggahan pendapat di dalam UMNO amnya dan dalam BN khasnya. Tak ke banggang namanya tu!

Cukup bodoh dan cetek sekali ulasan seorang Menteri Penerangan yang saya rasakan hanya layak untuk pulang ke Kuala Kemaman bagi menguruskan perniagaan keropok lekor.

Kepada DSAI, 'standing ovation' saya berikan. Memang layak beliau mengenengahkan segala kepincangan kerajaan yang telah dilakukan selama ini yang mana ramai yang tidak mengetahui cerita yang sebenar.

Salam Reformasi saya ucapkan kepada DSAI dengan harapan cekalkan semangat juang dan tabah menghadapi segala fitnah serta sumpah seranah pihak yang tak bertanggungjawab.

Wassalam dari Jeddah, Arab Saudi.

kenyataan DSAI ringkas & membawa maksud yang luas

email dari : zul

Pada pendapat peribadi saya, saya melihat kaitan topik harga minyak dgn harga makanan perlu dilihat dari perspektif yang lebih praktikal. Kawalan harga barangan menjadi pilihan topik sampingan didalam debat oleh Shabbery ... Namun ianya perlu dibalikkan semula pada intipati asal topik debat... Kenapa tak lihat kenyataan DSAI yang serba ringkas tetapi membawa maksud yang luas jika dikaji? ... Contohnya, Harga barangan seperti harga beras... Adakah ianya betul dikawal ? ... Apakah tiada kesan langsung kenaikan harga barangan tersebut selepas kenaikan mendadak harga minyak ? Kawalan yang macam mana yang dikatakan?.. Berapa % kenaikan yang berlaku jika dibandingkan dgn harga sebelum kenaikan ?....
Harga Minyak NAIK > Kos pengeluaran Naik ( Sekarang tak pakai kerbau lagi .. Petani pakai jentera... Jentera tue pakai tenaga solar ker? Pakai minyak kan? Maka naiklah harga kan?) > Selepas itu masuk kilang untuk diproses ( Kilang pakai apa? Pakai elektik kan?. Elektrik utk perkilangan baru2 ini naik 28% sebagai takrif baru..?.. Forklift & Lori untuk logistik..?..semua minyak kan?..) > Pemasaran ( Beras dihantar ke pemborong Dan peruncit..takde kos yg terlibat yang berkaitan minyak? ) ...
Lihat rantaian ini saja Kita boleh bayangkan apakah kesan langsung Dan tidak langsung akibat kenaikan yang mendadak... Ini baru cerita beras belum lagi produck2 "high tech"... Lagi pening...
Perlu diketahui .. Yang perlu dirujuk adalah "DUIT YANG DIBERI OLEH PETRONAS KEPADA KERAJAAN " Bukan duit yang Ada kat PETRONAS. Jelas sekali DSAI menyentuh pasal itu .. Saya melihat DSAI menekankan asas sebenar kepada kenaikan harga minyak yang mendadak... Iaitu " Kecelaruan dalam tadbir urus Wang yg diperolehi dari pertonas, tiada perancangan & pelan tindakan sebelum kenaikan dibuat".... Itu amat jelas pada pendapat saya... Maaf semua ini adalah pendapat peribadi saya sahaja...

KEPUTUSAN DEBAT : SHABERY MENANG SORAK, ANWAR MENANG FAKTA!

email dari : wanconex wanconex

Itulah gambaran awal yang dapat saya simpulkan berhubung perdebatan antara Shabery dan Anwar sebentar tadi. Seperti dijangka, Shabery akan mempergunakan pentas debat tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Isu IMF, IPP, hubungan Anwar – Mahathir dan sejarah silam Anwar yang 30 tahun dahulu pun menjadi bahan dan tumpuan isi hujah Shabery Cheek.

Anwar ternyata tidak terpengaruh dengan taktik Shabery. Sebaliknya Anwar berjaya menjelaskan kepada audien tentang 'tindakan awal' yang akan diambil olehnya untuk menurunkan harga minyak daripada RM 2.70/liter ke RM 2.20/liter. Tindakan awalnya itu turut disokong dengan angka dan juga kaedah yang akan digunapakai.

Manakala Shabery pula dilihat hanya mengulangi fakta dan alasan yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Misalnya, faktor kenaikan harga minyak mentah dunia dan juga jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Alasan sebegitu sudahpun dipersoalkan oleh rakyat sebelum ini. Shabery sepatutnya memberikan alasan baru yang lebih kukuh dan malangnya, itu tidak dapat dibuat oleh Shabery.

Oleh kerana waktu perdebatan itu hanya 50 minit sahaja, memang sukar untuk kedua-dua pihak menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan tajuk perdebatan sebentar tadi iaitu "hari ini memerintah, esok turun harga minyak". Apapun, audien yang menonton perdebatan tadi tentunya sudah dapat mengetahui kaedah yang akan digunapakai oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak di negara ini.

Debat DSAI dan Dato' Shabery

email dari : xstream

Salam,

fuhh debat terbaik pasal turun minyak dari DSAI, Shabery pihak
kerajaan terbukti tidak mahu dengar apa2 alasan dan cadangan bernas
DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kepada bagaimana harga minyak
dapat dikurangkan tanpa meminta menggunakan duit Petronas dan
cadangan turun 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu
dilaksanakan sebagai pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan
Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam masa terdekat. Hujah
shabery banyak yang membantah hujahnya sendiri dan banyak kepada
serangan peribadi kepada DSAI. Hujah shabery tidak menjawab dan
menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tetapi lebih
berhujah kepada habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain
walaupun harga minyak rendah. Anwar membalas dengan bersahaja
gayanya dengan memberikan formula -- minyak rendah inflasi tinggi,
minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat
terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi
kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh
menyuruh shabery membeli ikan dan sayu dipasar. Hujah shabery yang
memberitahu beras kita lebih murah dari thailand begitu menggelikan
hati, orang citer minyak dier citer beras. Panel shabery pun pelik
kerana cuba mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yang
dikatakannya tidak berkaitan dengan minyak tetapi anwar membalas ia
ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh
memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery
letak jawatan!!!!

ringkas dari saya.

Wassalam

ANWAR PERTAHAN RAKYAT, SHABERY PERTAHAN KERAJAAN

email dari : faizul abas

Lepas solat Isyak, aku ke rumah salah seorang penduduk kampung yang meminta buat solat hajat ibunya yang sakit tenat. Semalam aku ada mesyuarat. Tapi aku sms akan pergi lewat sebab ada jemputan solat hajat itu. Selepas solat hajat, tetamu menikmati juadah, tuan rumah pula 'on' tv, buka Debat Anwar vs Shabery. Ahli jama'ah surau yg sudah berkira2 mahu keluar awal, tidak jadi turun dari rumah sebab nak menghadap tv. Nasib baiklah ibunya yang uzur sudah ke KL untuk berubat. Kalau tidak, rasa canggung juga menghadap tv selepas solat hajat minta kesihatan untuk yang sakit.

SERANGAN PERIBADI

Debat sudah setengah jam berlalu, tapi kami masih sempat menikmati bakinya dengan penuh khusyuk. Aku kira debat kali ini dikendalikan dengan 'agak' baik oleh Datuk Johan Jaafar yang terkenal dengan 'bias'nya mengendalikan debat sebelum ini. Tapi yang dangkalnya ialah hujjah Shabery yang asyik menghentam peribadi Anwar. Aku bukanlah pencinta anwar. bahkan banyak perkara yang aku tak setuju dengan Anwar. Tapi hujah yang diutarakan Shabery semalam cukup membuat aku rasa menyampah sesampah sampahnya. Sepatutnya Shabery patut di'tongsampah'kan oleh Pak Lah selepas kejadian semalam.

Cuba ngkorang bayangkan apa kaitan perjuangan Anwar pada tahun 1974 dahulu dengan perbincangan semalam yang bertajuk, "Hari ini tukar kerajaan, esok turun harga minyak". Anwar bertindak tidak melayan serangan peribadi yang bertubi2 oleh Shabery kerana aku kira Anwar mahu menggunakan masa yang terhad untuk benar2 membongkar keadaan sebenar isu minyak naik. Kalau Anwar mahu, beliau boleh menyerang balik Shabery tetapi beliau tidak melakukannya kerana ia akan menampakkan kebodohan Anwar. Aku teringat waktu belajar politik di pondok dahulu, kata tok guru,
menyerang peribadi adalah ajaran Yahudi laknatullah! Apatah lagi dibuat di hadapan beribu penonton!

ANTARA BELA KERAJAAN DAN BELA RAKYAT

Yang ketara dalam hujah kedua2 pendebat ialah; Anwar konsisten dengan hujahnya untuk menurunkan harga minyak bagi kesejahteraan rakyat. Maknanya
Anwar ingin membela rakyat. Manakala Shabery pula konsisten dalam hujahnya membela tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.Maknanya Shabery ingin membela kepentingan kerajaan. Biar rakyat yang berkorban dan terkorban. Soal inflasi diulang2. Diambil contoh Venezuela yang rendah harga minyaknya hingga ke tahap 10sen seliter (kata Shabery yg baru balik dari Venezuela...isy,isy,), tetap tinggi inflasinya. Begitu juga dengan negara2 pengeluar minyak yang lain. Nampaknya Shabery bermain dengan istilah inflasi untuk mengabui mata rakyat sedangkan hakikatnya, kadar inflasi yang tinggi sebenarnya tidak menggambarkan kos hidup rakyat yang sebenar.

RAKYAT CUKUP MAKAN

Shabery mendakwa walaupun minyak dinaikkan, rakyat Malaysia cukup makan. Aku rasa kalau si miskin yang tak cukup makan tengok tv semalam, mesti dia maki cukup2 si Shabery. Tapi kalau si miskin yang beriman, sudah tentu mengucap panjang dan beristighfar dengan dakwaan itu. Mujurlah kebanyakan si miskin yang tak cukup makan tak ada tv di rumah....Aku harian juga si Shabery ni tak sedar ke tv3 duk asyik tayang program BERSAMAMU. Bukan golongan yang tak cukup makan ke tu? episod makan siput babi, nasi berlaukkan garam, makan ubi kayu, itu semua ditayangkan sebelum kenaikkan minyak. Bagaimana agaknya sekarang? Rasanya makin ramai lah yang bertukar selera dari ikan tenggiri kepada ikan tongkol. Dari ikan tongkol kepada ikan kembung. Dari ikan kembing kepada ikan selayang. Dari ikan selayang kepada ikan bilis. Dari ikan bilis kepada telur. Dari telur kepada tak ada telur...dan seterusnya, seterusnya, seterusnya....

PENGGULUNGAN

Aku sudah jangkakan tujuan SHABERY tayangkan debat ini untuk menunjukkan bahawa kerajaan telus dan terbuka. Beliau gulungkan debat dengan berhujjah bahawa debat tersebut sebagai tanda kerajaan terbuka dan tidak dapat dinikmati keterbukaan itu di zaman Anwar jadi TPM. Sekali lagi beliau serang peribadi. Kali ini di saat Anwar tidak mampu lagi menjawab kerana program berakhir dengan penggulungannya. Bijak, bijak....

Kesimpulan aku ialah debat semalam jelas menunjukkan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tidak lain tidak bukan hanya untuk melindungi kepentingan kerajaan dan syarikat kerajaan, jauh sekali untuk buat kebajikan untuk rakyat. Shabery mengakuinya. Inilah dunia yang dikongkong dengan idea kapitalisme. Manakala Pakatan Rakyat yang diwakili oleh suara Anwar inginkan kebajikan yang maksimum untuk rakyat.

Fikir-fikirkanlah....

Analisis: Debat yang menghiburkan, saling raih populariti

Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 16 Julai 2008

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek tidak sepadan.

Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shabery, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.
Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini.

Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya.

Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka.

Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini.

Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh.

Bagi Shabery dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri.

Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shabery meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.

Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shabery sendiri.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.
Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.

Kesanggupan itu satu kehebatan Shabery sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery.

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja. [Berita asal]

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

Komen Penonton Tentang Debat Anwar & Shabery.

Assalamu'alaikum...

Ni saje nak berkongsi komen, pandangan & pendapat rakan-rakan selepas menonton siaran langsung debat Anwar & Shabery malam tadi...

SMS dari Ramli - Best..

SMS dari Nasta Alviks - Dsai ptt ckp turunkn petrol sm b4 election o lbh rndh.btol?da kalah bab hga.isk

SMS dari Mat Rock Ewan - Hwa.. Hwa.. Hwa.. shabery chik dimalukan secara sinis. Mana x bbuih mulut... Sibuk nak serang peribadi org! Bukannya nak perjelas kemelut minyak. Ha.. Ha.. Menteri penerangan hati x terang

SMS dari Beranang Wan Zamzahidi - Terkedu shabery kena jawapan anwar. Balik balik shabery ckp pasal nak mintak lebih dari petronas padahal kita ckp pasal tak nak membazir duit yg petronas dah bagi kat kerajaan

SMS dari J**** - J**** nmpk shebiri bnyk lari.. Inilah masalah bila berdbt tanpa fakta..bg j****, segala hujah she biri2, lbh kpd serangan peribadi.. cuma j**** harap kan, golongan totok umno n bn sdr..

email dari umar faruqi -
Salam....... ....Erm baru tgk debat antara anwar ngan sabery... tahniah kepada keduanya. Bukan nak komen apa sangat cuma tak puas hati dengan jawaban Sabery tentang persoalan yang di utarakan oleh wakil anwar Saudara Zulkifli Sulong tentang kemana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam.... Sedara sabery melencong tidak menyentoh sedikitpun adois.... Sedih. Duk usik anwar ngan isu lama jerrrrrrrr.Apapun sekali lagi tahniah, Permulaan yang amat baik sekurangnya debat terbuka seperti ini akan membuka pemikiran rakyat kesluruhan.. .Terasa cam menonton debat antara Presiden Amerika dengan pembangkang di sana... Alangkah moleknya kalau selalu di adakan seperti ini. Takde lah demontrasi sana sini. huhu...Apa komen sahabat????

email dari malaysia news - bagus juga, walaupun (spt yg dijangka) shabery mengambil langkah serangan peribadi, tapi anwar dgn bijak telah mengenepikan segala emosi dlm dan mengambil langkah utk tidak menjawab balik serangan peribadi, perbuatan ini dipuji demi menjaga keharmonian dan matlamat debat itu, kalaulah mahu dijawab serangan peribadi, pasti shabery akan tunggang langgang kerna anwar bukan calang pemidato, juga debat akan lari dari topik.namun ini adalah langkah baik dan harus diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya bagi meraih popularity waktu BN sedang mengalami kemerosotan .

email dari xstream
- Salam,fuhh debat terbaik pasal turun minyak dari DSAI, Shabery pihak kerajaan terbukti tidak mahu dengar apa2 alasan dan cadangan bernas DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kepada bagaimana harga minyak dapat dikurangkan tanpa meminta menggunakan duit Petronas dan cadangan turun 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu dilaksanakan sebagai pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam masa terdekat. Hujah shabery banyak yang membantah hujahnya sendiri dan banyak kepada serangan peribadi kepada DSAI. Hujah shabery tidak menjawab dan menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tetapi lebih berhujah kepada habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain walaupun harga minyak rendah. Anwar membalas dengan bersahaja gayanya dengan memberikan formula -- minyak rendah inflasi tinggi, minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh menyuruh shabery membeli ikan dan sayu dipasar. Hujah shabery yang memberitahu beras kita lebih murah dari thailand begitu menggelikan hati, orang citer minyak dier citer beras. Panel shabery pun pelik kerana cuba mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yang dikatakannya tidak berkaitan dengan minyak tetapi anwar membalas ia ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery letak jawatan!!!! ringkas dari saya.Wassalam

email dari fuzzy 1 - bukan setakat Shabery jer kena letak jawatan .. tu wakil dia org kuat universiti tu yang jadi wakil dia pun patut letak jawatan .. kelulusan dan jawatan jer tinggi tapi bodoh........bagi soalan entah apa2.....

email dari futra -
Tahniah Shabery !!! Berjaya mewakili dan menunjukan kebodohannya dan kabinet BN. UMNO bodoh.....

email dari Mohd Fadzil Hashim
-
Kepada Rakan Alam Maya!

Sungguh malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun kita sememangnya sudah tahu bahawa beliau bukan lawan DSAI namun sepatutnya wadah debat ini dipergunakan oleh beliau sebagai medan mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hantam isu peribadi Anwar yang tidak kena mengena dengan tajuk debat.

Wakil Pak Lah tidak langsung menyebut nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat terbanyak! Walau sudah dijangka tetapi dangkal sangat! Sedih betul melihat pemimpin muda Melayu yang begitu lemah menjadi Menteri Penerangan Malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib meletak jawatan dengan seberapa segera.

Tahniah DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan amat menjiwai penderitaan rakyat terbanyak. Inilah contoh kepimpinan teladan yang patut dicontohi oleh wakil-wakil YB dari BN terutamanya Umno. Adalah diharap dengan ini YB-YB dalam Umno ayuhlah masuk ke Pakatan Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat dibela dan masa depan negara lebih terjamin.

Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut tadi:

a) Soalan yang ditujukan kepada Menteri Penerangan lansung tidak dijawab olehnya. (soalan pertama

b) Soalan Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, lebih kepada beliau hendak menjadi moderator dan tidak langsung bertanya soalan.

c) Soalan Saudara Zulkifli Sulong langsung tidak dijawab oleh Shabery (mana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam) dan persolan wang yang dijimatkan kononnya untuk memperbaiki sistem pengangkutan sampai kini tidak habis dibelanjakan.

d) Saudara Anwar telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP saving 3b dan ambil 2b dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.

e) Masa terlalu pendek namun ianya sebenarnya harus dapat membuka minda rakyat siapa yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan siapa yang hanya tahu menyusahkan rakyat.

Kesimpulan mudah dari debat tadi, rakyat harus mengenakan tekanan kepada YB BN samada mereka mengambil idea atau formula yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurangkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat terbanyak. Sekiranya mereka masih gagal dan tidak mahu menerima hakikat yang mereka tersalah langkah maka PRU13 BN wajib dikuburkan.

Ayuh Pejuang2 Rakyat!

Selamatkan Negara Kita--

Datuk Nu Jazlan Mohamad Yb Pulai lagi dangkal. Dia berpendapat Shabery Cik berjaya menundukkan DSAI dengan fakta... fakta apa? Hairan betul YB BN nie... sedih betul orang Pulai yang undi YB nie...Sedihnya bangsaku!

email dari abdul_fatah Abdullah -
Ternyata Anuar menang debat. Sabri patut letak jawatan (kalau dia anak lelaki).Tapi jangan lupa Sabri menang serangan peribadi yang kono dan tak berasas.

Itulah sikit sebanyak komen dari rakan-rakan yang sempat saya ambil untuk kita kongsi bersama...kesimpulannya - kredit penuh untuk DSAI & kredit penuh kita ambik dari Shabery sebab gagal...sekarang kita tunggu mamat ni letak jawatan...

Esok jawatan menteri penerangan kosong...sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan tu...boleh hantar resume direct ke rumah TPM Najib...sekian

Minyak: Pakatan janji turun 50 sen, Shabery anggap Anwar populis?

dipetik dari : mstar

Aku ambil sedikit kenyataan Shabery dalam debat semalam -
  • Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu.
  • "Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.
  • "Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.
Dan aku bagi pihak diri aku sendiri nak tanya balik beberapa soalan dekat Shabery & KERAjaan Malaysia...aku ambik soalan yang sama tapi aku ubah sikit beberapa ayat & aku nak tau apa kata puak-puak penyokong UMNO/BN...confirm soalan ni tak kan sampai pada Shabery tapi aku nak tau jugak apa la agaknya jawapan dari penyokong-penyokong UMNO/BN...

Soalan aku -
  • Sambil menyifatkan pendirian Barisan Nasional sebagai sesuatu yang populis, Topengperak_Xinwugi memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Barisan Nasional telah berjanji bahawa tiada kenaikan harga minyak selepas PRU. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya
  • "Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.dimana janji KERAjaan dulu?
  • "Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.
Cukuplah 1 soalan untuk sessi yang ni...kita tunggu apa jawapan dari pentaksub-pentaksub Barang Naik...

Berani ke depa nak jawab??? aku rasa thread ni akan lengang tanpa sampukan-sampukan dari pro BN...

Debat - Mulut Shabery Berbuih-Buih......

Assalamu'alaikum...

Ni...aku nak mintak tolong sapa-sapa yang ada tisu...tolooong la lap tepi bibir menteri penerangan tuh...pengotoq betoi...

Betul sungguh aku cakap aku tak reti nak komen langsung pasal debat Anwar & Shabery tadi...hampa, kosong, sengal & macam-macam yang tak patut ada dalam debat diutarakan oleh mamat Shabery tu & untuk pihak anwar kredit penuh aku bagi & dari situ aku & keluarga aku bertambah yakin bahawa apa yang Anwar war-warkan selama ni tentang "Hari ni bentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun" adalah benar sebenar benarnya, bukan 1 omong kosong & 1 langkah yang amat praktikal yang sepatutnya diambil oleh kerajaan yang memerintah.


Dari awal debat lagi dalam sessi ucapan pembukaan DSAI telah mula mejelaskan beberapa fakta penting yang lojik dijadikan panduan dalam menguruskan ekonomi Malaysia berbeza dengan Shabery yang dari awal ucapan pembukaan telah mula menyerang peribadi DSAI malah ucapan pembukaan beliau langsung tidak menangkis hujah DSAI & yang paling memalukan ialah - lari dari topik...orang suruh debat minyak...yang hang dok cerita pasal demonstrasi tu apahal?


Lap ayaq liyor tuh!


Masuk pusingan kedua pulak...soalan dari wakil Shabery bertukar jadi cemuhan@sindiran...aku pun tak paham apa sebenarnya yang Nordin ni nak tanya...yang aku paham ialah Nordin ni cuba berceramah...ni memang mentaliti UMNO/BN...selalu tak reti nak sesuaikan keadaan dalam majlis...majlis nasyid depa bantai dangdut... ( ni contoh je )...


Soalan dari wakil Anwar pulak ialah tentang langkah penjimatan yang KERAjaan umumkan pada tahun 2004 bagaimana ianya dibelanjakan kerana hakikatnya sampai kehari ini kita tak nampak langkah yang KERAjaan ambil & dimana ianya dibelanjakan tidak dijawab oleh Shabery tetapi sebaliknya mamat mulut berbuih ni telah melakukan aksi balik kuang & menyerang peribadi DSAI tanpa menjawab soalan dari Zulkifli.

Lap ayaq liyor tuh!


Masuk pusingan seterusnya soalan Cepumas pun hal yang sama terjadi...Anwar tetap konsisten dalam berhujah & hujah Anwar bertepatan dengan tajuk debat malam ini.boleh dikatakan Anwar memang berjaya membawa berbagai formula untuk meminimakan beban kepada rakyat melalui cara pengurusan dana-dana & sumber kewangan yang ada manakala Shabery pula hujahnya "0"...wakil Shabery pun 1 hal jugak bila terlalu nak tunjuk hebat mengutarakan soalan tetapi terlupa untuk meneliti fakta...akhirnya termakan diri...


Pusingan seterusnya aku dah malas nak ulas apa-apa...sama jugak dengan pusingan yang awal tadi...Anwar berhujah dengan fakta, Shabery pulak menyerang peribadi...ni betoi punya hablau...patut la si jebat blogger awal-awal dah panggil Shabery ni Strawberi@shebiri-biri...agak kurang sesuai pada awalnya tapi diakhirnya lepas tengok gelagat Shabery ni memang bertepatan...mengembek mengembek mengembek tak tahu kenapa...


Lap ayaq liyor tuh!


Kesimpulan pada debat tadi
  • dipihak wakil PR - fokus pada tajuk tidak lari dalam hujah-hujah yang diutarakan & yang amat membanggakan ialah fakta-fakta yang diutarakan oleh Anwar ada fakta-fakta yang lojik & diyakini sebagai 1 formula yang baik untuk menyelesaikan masalah harga minyak di Malaysia.
  • dipihak wakil BN - dari awal lagi fokus & hujah tidak ada kena mengena dengan tajuk debat tetapi lebih kepada hujah menyerang peribadi lawan & apa yang kita lihat ialah sememangnya kerajaan tidak punya formula untuk menyelesaikan krisis ini.
  • hujah Shabery juga sudah selalu kita dengar dari semua wakil UMNO/BN iaitu GLOBAL, GLOBAL, GLOBAL & GLOBAL...tanpa langsung ada penafian menyanggah hujah Anwar...kita debat isu minyak & sepatutnya Shabery kena sanggah hujah Anwar dengan fakta & bukannya menyerang peribadi yang tak ada kena mengena dengan isu minyak...
Entahlah...tak tau aku nak komen macam mana dah...yang pastinya, hasil melalui debat tadi dapat disaksikan & diadili oleh seluruh rakyat yang memerhati...kalau ikut pandangan aku...Shabery berjaya membuktikan 100% kepada rakyat bahawa KERAjaan UMNO?BN memang lemah baik dari segi politik mahupun pengurusan...disertai pulak oleh menteri-menteri otak kosong macam Shabery...lagilah hancur Malaysia lepas ni...

Aku tertarik pada 2 perkara dalam hujah Anwar & Shabery tadi...menarik dipihak Shabery bila dia jelaskan kekuatan Petronas hari ini adalah kerana KERAjaan UMNO/BN...tapi aku nak sangkal dakwaan tu dengan kenyataan ni - kalau parti lain yang membentuk kerajaan, Petronas juga akan berada pada tahap ini malah aku yakin kedudukan Petronas lebih baik dari hari ni dibawah kerajaan parti bukan UMNO/BN...


Menarik dipihak Anwar pula ialah kenyataannya - harga minyak di Arab Saudi rendah tetapi inflasinya tinggi manakala harga minyak di Malaysia pula tinggi tetapi kadar inflasi pula LEBIH TINGGI!...


fikir-fikirkan...


p/s - Datuk Nu Jazlan Mohamad Yb Pulai lagi dangkal. Dia berpendapat Shabery Cik berjaya menundukkan DSAI dengan fakta... fakta apa? Hairan betul YB BN ni...

Debat bersejarah Anwar-Shabery

Jul 15, 08 11:19pm - malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP.

Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 05"Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.

Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.

Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.

Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.

Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.

Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.

Tuesday, July 15, 2008

Menjelang Debat - Apa Yang Perlu Kita Tahu...

Assalamu'alaikum...

Menjelang debat perdana antara DSAI dengan Ahmad Shabery rasanya ada beberapa perkara & fakta yang perlu kita ambil tahu sebelum mengharapkan kemenangan debat tersebut dipihak DSAI.

Ingin nak aku jelaskan pada semua supaya jangan kita mengharap sangat kemenangan akan berpihak pada DSAI sebab ada beberapa perkara yang perlu kita jelas sebelum itu & kat sini aku nak kongsi beberapa perkara yang aku fikir lojik kita ambil sebagai fakta supaya kita tak akan kecewa sangat kalau-kalau DSAI "gagal" dalam mengutarakan fakta.


Sebelum tu kita kena ingat bahawa apa-apa fakta mengenai akaun & kewangan yang akan DSAI utarakan ( jika ada ) adalah melalui sumber-sumber yang amat terhad & bagi aku sendiri pun aku tak harapkan satu fakta yang tepat dipihak DSAI kerana kita kena faham kedudukan DSAI diluar kabinet maupun kerajaan.

Berbeza dengan Ahmad Shabery, kemungkinan besar & kelebihan yang ada pada beliau ialah - beliau berada didalam kabinet kerajaan pemerintah & semestinya beliau mempunyai sumber yang amat tepat atau indirectly dengan akauntibility kerajaan.maka fakta-fakta yang akan digunakan oleh Ahmad Shabery pastinya akan dilihat sesuatu yang lebih tepat.

Jangan lalai pada hal ini...apa yang aku lihat seharian hari ni setiap kali berita keudara pasti kelibat Hasan Merican akan terlihat dikaca TV dengan kenyataan-kenyataan tentang beberapa pembayaran yang disumbangkan oleh petronas kepada kerajaan Malaysia & ini aku lihat tak lebih dari 1 propaganda awal untuk mengelirukan kita dengan angka-angka yang entah betul entah tidak...

Apapun bagi aku untuk debat malam ini, aku tidak akan mengambil kira soal angka-angka yang akan diutarakan oleh mana-mana pihak sebaliknya kita nak lihat apa perancangan kewangan yang akan digunakan untuk mengimbangi ekonomi Malaysia...

Angka-angka yang akan dikeluarkan oleh DSAI pastinya tidak tepat kerana sumber yang terhad tetapi itu bukan pokok persoalannya lebih-lebih lagi dipihak Ahmad Shabery yang mewakili kerajaan pastinya angka-angka dapat dimanipulasi dengan berbagai cara dengan kelebihan sumber yang ada & kemungkinan dengan bantuan propaganda.

Bagaimanapun aku percaya DSAI tidak akan bermain dengan angka kerana pengurusan sumber kewangan bukan terletak pada angka sebaliknya kepada kebijaksanaan menguruskan kemasukan,pengeluaran & perbelanjaan 1-1 akaun...

Kelebihan ini memang ada pada DSAI & beliau telah membuktikan kebolehan menguruskan akaun semasa beliau menjawat jawatan menteri kewangan dahulu.

Satu yang perlu kita ambil kira sebelum membuat keputusan menang kalah DSAI atau Ahmad Shabery ialah - bagaimana menguruskan akaun & bukannya bagaimana bermain dengan angka...