"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 16, 2008

Analisis: Debat yang menghiburkan, saling raih populariti

Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 16 Julai 2008

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek tidak sepadan.

Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shabery, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.
Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini.

Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya.

Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka.

Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini.

Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh.

Bagi Shabery dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri.

Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shabery meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.

Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shabery sendiri.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.
Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.

Kesanggupan itu satu kehebatan Shabery sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery.

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja. [Berita asal]

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

2 comments:

Unknown said...

debat malam tadi telah menghasilkan 2 darjat yang ketara.

dsai - hujjah kukuh dan meyakinkan

sabery dan nordin - memaparkan kebodohan dengan serangan peribadi

kesimpulan - sabery dan nordin harus meletak jawatan demi kerajaan dan UUM

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ni barulah dikatakan menerangkan sampai berbuih2 mulut..contohi lah YB Ahmad Shabery...dia dgn bersungguh2nya menolak cadangan untuk menurunkan harga minyak...

agaknya dalam hati dia mesti meronta2 mengatakan setuju dgn DSAI..tapi dah big bos cakap mesti pertahankan keputusan kerajaan minyak TAK BOLEH turun harga..so..sabor aje lah..