"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditahan, Azmin sangsi kenapa Khairy minta sampel DNA Anwar

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh)

Beberapa minit sebelum Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan berhampiran rumahnya pada jam 1.15 petang tadi Dewan Rakyat turut kecoh berhubung kes Liwat Anwar.

Dewan Rakyat kecoh hampir setengah jam ketika menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin berucap dengan membuat tuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan liwat.

Khairy mencetus kemarahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya, Ketua

Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Azmin Ali (KeADILan

Gombak); Gobind Singh Deo (DAP Puchong); Yusmandi Yusof (KeADILan

Balik Pulau) dan beberapa ahli Pakatan Rakyat lain yang turut mengecam

Khairy.

Perang mulut antara Khairy dengan Azmin bermula apabila Khairy

menyifatkan Anwar tidak mengikut undang-undang kerana tidak ke Balai

Polis untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Malah, Khairy juga mendesak sampel DNA Anwar diserahkan kepada polis

jika Ketua Umum KeADILan itu meskipun bagi Azmin dan Gobind siasatan

polis belum selesai.

Tuduh menuduh bergelandangan dalam Dewan Rakyat antara Azmin dengan

Khairy ditambah dengan beberapa orang ahli Parlimen yang menyebabkan

suasana tak keruan.

Azmin juga menyifatkan bahawa Rembau (Khairy) adalah Perdana Menteri

yang sebenarnya mentadbir Malaysia walaupun Perdana Menteri yang

dinamakan kini adalah dari Kepala Batas (Dato' Seri Abdullah Ahmad

Badawi).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Wan Junaidi Tunku Jaffar yang

menjadi orang tengah dalam perdebatan itu terpaksa beberapa kali meminta

ahli-ahli dewan bertenang dan tidak melontarkan sebarang tuduhan.

Sementara itu di Azmin yang ditemui di Lobi Parlimen menyatakan

kesangsiannya terhadap kenyataan Khairy, itu yang disifatkan

menjustifikasikan awal dalam kes liwat Anwar.

"Soal DNA, kita setuju dengan soal dia nak satu forensik bebas menyiasat,

tetapi siapa yang akan menganggotai forensik itu benar-benar berwibawa

dalam jalankan siasatan,"

Namun kata Azmin, beliau melihat bagaimana Khairy seperti boleh tahu

tentang laporan polis terhadap Anwar itu sedangkan pihak yang dituduh

sehingga kini tidak pernah mendapat salinan laporan itu.

Sedangkan, katanya sepatutnya pihak yang dituduh (Anwar) menerima

laporan polis tersebut.

"Bagaimana Rembau (Khairy) boleh tahun tentang laporan itu, saya cabar dia

agar dia jawab dalam dewan, " katanya.

Beliau juga sangsi bahawa mungkin ada satu konspirasi terhadap tuduhan

liwat Anwar.

Perkembangan mengenai Anwar, sehingga kini Anwar dilaporkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan orang ramai mula berkumpul bagi memberi sokongan kepada Anwar.

Polis yang menahan beliau dilaporkan memakai topeng dan berkaca mata gelap.

Antara pimpinan PAS yang ada di IPK ialah, Dr Hatta Ramli dan Dr Zulkifly Ahmad.

4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, Engkau berilah kekuatan dan kemenangan pada saudaraku Anwar Ibrahim. Engkau permudahkan lah perjalanan hidup dan perjuangannya. AMIN.

AnakMerdeka said...

Ya Allah, kalau benar Anwar tidak bersalah tunjukkan la kebenaranMu, dan lahanatilah orang-orang yang cuba menabur fitnah kepada Anwar, sebaliknya jika Anwar bersalah, ko bukakanlah pintu hati pengikut2 PKR agar boleh menerima keputusan dengan redha dan akhirnya umat melayu dapat bersatu kembali. AMIN

Jebat said...

Sama-samalah berdoa agar perjuangan ini tidak mati disini.

Http://gelanggangjebat.blogspot.com

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

khairy ni saje nak jadi batu api ni...bila rakyat bangkit macam thn 98..senang la kerajaan nak menindas pembangkang...Si khairy tu patut di gam mulut dia..mulut takde insuran tu...mulut bau longkang...

semoga Allah memberi balasan yg setimpal dgn perbuatan org2 yg zalim...