email dari : wanconex wanconex
Itulah gambaran awal yang dapat saya simpulkan berhubung perdebatan antara Shabery dan Anwar sebentar tadi. Seperti dijangka, Shabery akan mempergunakan pentas debat tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Isu IMF, IPP, hubungan Anwar – Mahathir dan sejarah silam Anwar yang 30 tahun dahulu pun menjadi bahan dan tumpuan isi hujah Shabery Cheek.
Anwar ternyata tidak terpengaruh dengan taktik Shabery. Sebaliknya Anwar berjaya menjelaskan kepada audien tentang 'tindakan awal' yang akan diambil olehnya untuk menurunkan harga minyak daripada RM 2.70/liter ke RM 2.20/liter. Tindakan awalnya itu turut disokong dengan angka dan juga kaedah yang akan digunapakai.
Manakala Shabery pula dilihat hanya mengulangi fakta dan alasan yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Misalnya, faktor kenaikan harga minyak mentah dunia dan juga jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Alasan sebegitu sudahpun dipersoalkan oleh rakyat sebelum ini. Shabery sepatutnya memberikan alasan baru yang lebih kukuh dan malangnya, itu tidak dapat dibuat oleh Shabery.
Oleh kerana waktu perdebatan itu hanya 50 minit sahaja, memang sukar untuk kedua-dua pihak menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan tajuk perdebatan sebentar tadi iaitu "hari ini memerintah, esok turun harga minyak". Apapun, audien yang menonton perdebatan tadi tentunya sudah dapat mengetahui kaedah yang akan digunapakai oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak di negara ini.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment