Belum pernah saya mendengar seorang naib chanselor memberikan ucapan yang sebegitu dungu.
Kalau tan sri dungu ini boleh menjadi seorang naib chanselor maka kita boleh mengerti mengapa tidak ada sebuah universiti pun di Malaysia yang berada dalam kumpulan 200 teratas di kalangan universiti-universiti dunia dan Nordin juga seorang tokoh terpenting dalam program-program propaganda Biro Tata Negara. Bayangkan sahaja kualiti idea yang hendak disemaikan kepada mahasiswa.
Nordin cuba menyelar Anwar Ibrahim kononnya keluar dari tajuk apabila menyebut janakuasa persendirian -- Indipendent Power Producers -- kerana debat adalah tentang minyak. Tentunya IPP amat terlibat dengan rancangan Anwar untuk memperolehi tiga bilion dari lima bilion yang diperlukan untuk mengurangkan harga minyak tempatan sebanyak 50 sen. Naib chanselor itu bengong, juga Shabeery, dan lain-lain penyokong kenaikan minyak kerana mereka mati-mati menyangka Anwar akan memunggahkah keuntungan Petronas untuk membiayai subsidi. Apabila yang dikemukakan lain dari yang mereka sangkakan maka mereka hilang akal lalu membuat serangan peribadi.
Saya melihat debat malam semalam seperti pertarungan antara Hektor dengan Patroklus dalam puisi agong Illiad karya Homer. Hektor adalah putera mahkota, pahlawan tersohor dan panglima perang Troy. Sementara Patroklus hanyalah seorang anak muda, sepupu kesayangan dan rakan berlatih Akilis. Apabila Akilis merajuk kerana berkelahi dengan Aggamemnon, panglima perang Greek yang ingin menakluk Troy, pahlawan tersebut undur dari medan. Akibatnya tentera Greek teruk diasak oleh Hektor dan begitu ramai pahlawan veteran Greek yang cendera dan terpaksa diusung keluar dari medan tempur. Petroklus amat kesihan dengan nasib tentera-tentera Greek yang hilang semangat kerana pahlawan terkemuka seperti Odysseus, Nestor dan Agamemmnon sendiri cendera, dan Akilis, pahlawan yang paling digeruni, masih merajuk dan enggan berperang. Patroklus merayu kepada Akilis agar membenarkannya bertempur dan meminjamkan perisai, baju dan topi besinya. Patroklus terus mendesak dan merayu, akhirnya Akilis bersetuju tetapi berkata: "Kau jangan sekali-kali bertarung dengan Hektor. Hanya aku yang boleh mengalahkan dia."
Apabila Patroklus memasuki medan tentera-tentera Troy bertempiaran lari kerana mereka menyangkakan Akilis telah kembali bertempur. Mereka kenal pakaian tersebut adalah milik Akilis, dan pergerakan dan gaya tempur Patroklus memang saling tidak tumpah dengan Akilis. Ramai pendekar dan pahlawan Troy yang dibunuh dan dicederakan oleh Petroklus. Petroklus naik berani dan apabila bertembung dengan Hektor yang datang untuk membantu anak-anak buahnya dia telah melupakan pesan Akilis. Hektor bertarung dengan orang yang disangkakannya Akilis kerana putera Priam itu tahu hanya dia yang boleh menghalang kemaraan pahlawan Greek yang paling perkasa. Hektor menyangkakan akan berlaku pertempuran sengit yang dia nanti-nantikan. Dia terperanjat apabila lawannya dapat ditumpaskan dengan mudah, dan berasa malu apabila mengenali orang yang dibunuhnya hanyalah Patroklus.
Gambar: Bukan main gembira lagi Wan Azizah menceritakan kemenganan Hektornya. Di tengah kami adalah Raja Salim, besan mereka.
sumber : khalidjaafar.org
sumber : khalidjaafar.org
No comments:
Post a Comment