"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 18, 2008

Tayangan imej di DBKL membazir

dbkl building and pak lah image 180708Jul 18, 08 12:17pm
Dua ahli parlimen pembangkang bersiar-siar malam tadi dekat Dataran Merdeka, sambil menonton pertunjukan cahaya di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - tetapi mereka menganggap ia sebagai pembaziran semata-mata dalam usaha kerajaan menyeru rakyat berjimat-cermat.

Ahli-ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Segambut, Lim Lip Eng sempat bergambar dengan imej besar perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai sebuah dewan bandaraya yang paling kaya di negara ini, DBKL harus menjadi contoh utama kepada jabatan-jabatan kerajaan lain untuk menjimatkan tenaga," kata Lim.

"Kenapa (kerajaan memperkenalkan langkah) menutup pendingin hawa dan lampu ketika waktu rehat tengah hari, sedangkan seluruh bangunan terang-benderang di waktu malam, dengan pertunjukan cahaya besar-besaran?

"Bagaimana pertunjukan lampu ini setiap malam boleh memberi manfaat kepada orang ramai dalam zaman yang sukar ini (akibat kenaikan harga barang)?"

-malaysiakini

No comments: