Sehingga kini juga, banyak peristiwa besar membabitkan krisis keyakinan terhadap sistem keadilan dan kehakiman negara, bermula dengan kes pita video VK Lingam, sehinggalah kepada akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin membabitkan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes bunuh Altantuya, dan kemudiannya timbul pula kes pertuduhan liwat ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendokong asas keadilan sosial yang tidak mengira siapa pun, yang bersalah mesti dibuktikan bersalah dan yang menuduh mesti mengemukakan bukti secukupnya. GAMIS melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan “double standard” badan kehakiman dan institusi polis yang nampak sangat ghairah mengendalikan kes membabitkan Anwar Ibrahim manakala kes yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didiamkan begitu sahaja.
GAMIS dengan tegas mendesak sistem keadilan negara supaya melakukan siasatan segera kepada tertuduh dalam akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin iaitu isteri Timbalan Perdana Menteri, kerana kredibiliti sistem keadilan akan terus tercemar dan dianggap ‘boneka’ pemerintah yang desperate jika siasatan kepada beliau tidak dilakukan.
GAMIS menegaskan bahawa kedua-dua tokoh ini, sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Najib Tun Razak, keduanya perlu disiasat dengan adil. Apa yang menghairankan, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk memberikan kerjasama kepada badan berkuasa untuk melakukan siasat bahkan membuat penangkapan ke atas beliau atas tuduhan liwat, manakala Datuk Seri Najib yang dituduh terlibat dengan jenayah yang lebih berat seolah-olah dibiarkan tanpa sebarang siasatan polis dan dan pendakwaan di mahkamah.
Tindakan Timbalan Perdana Menteri mahupun isterinya menyembunyikan diri dari soalsiasat polis hanya menyerlahkan sikap pengecut dan bacul pemimpin negara untuk dibawa ke muka pengadilan.
Walaupun menerima pertuduhan liwat, seluruh mahasiswa Islam tetap menyokong asas perjuangan membela rakyat dan mewujudkan sistem pemerintahan anti-rasuah yang dibawa secara konsisten dan bersungguh oleh bekas tahanan ISA, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GAMIS berpendirian bahawa jika keadilan di Malaysia dijunjung dan dilaksanakan tanpa memilih bulu, GAMIS percaya Datuk Seri Anwar adalah orang yang tidak bersalah dan difitnah sebagaimana dibuktikan oleh keputusan mahkamah yang menggugurkan pertuduhan liwat ke atas beliau pada 1998.
Ridhuan bin Osman
Timbalan Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, July 18, 2008
GAMIS Gesa Timbalan Perdana Menteri Turut Diheret ke Muka pengadilan
bloGAMIS - Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak yang terus didebatkan oleh rakyat marhain saat ini, kini seluruh rakyat Malaysia diasak berdepan dengan pergolakan politik mahadahsyat sedang melanda Malaysia. Seolah-olah rakyat tersepit dalam pentas perebutan kuasa antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment