"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 31, 2008

YL personality – Nor Erini Bt Mustapha Kamal

YL personality – Nor Erini Bt Mustapha Kamal1. Boleh anda cerita serba sedikit mengenai perjalanan anda di dalam menjalani alaman guaman?

Saya mula bekerja sebagai seorang peguam di Kota Bharu pada tahun 2004 sehingga sekarang.

2. Sebagai seorang peguam di Kota Bharu, apakah pandangan anda mengenai peguam-peguam terutamanya peguam muda yang kebanyakan lebih berminat untuk bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur berbanding di Kota Bharu?

Saya bersetuju kerana peguam-peguam muda merasakan gaji yang akan diperolehi di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur adalah lebih tinggi dan juga mereka boleh menimba pengalaman di dalam menyelesaikan bidang undang-undang yang lebih luas dan khusus. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kes di Kuala Lumpur yang boleh membantu dalam menambah pengalaman seorang peguam.

3. Adakah anda melihat mengamal undang-undang di Kota Bharu lebih baik dari bandar-bandar besar yang lain? Mengapa?

Saya berpendapat bahawa mengamal undang-undang di bandar-bandar kecil seperti Kota Bharu ada kebaikannya berbanding bandar-bandar besar kerana para pengamal undang-undang disini mengenali satu sama lain dan boleh menggunakan kelebihan untuk menyelesaikan kes ini secara baik. Setiap perjumpaan di bilik peguam juga meriah kerana ramai kenalan. Keburukannya adalah kadang-kadang kita mengambil mudah kawan-kawan sepejuangan kita. Disebabkan oleh jarak diantara pejabat dan rumah yang dekat, saya dapat sampai di rumah lebih awal.

4. Setiap hari, berita hangat mengenai tingkah laku ahli parliament di dalam parliament boleh dibaca di dalam surat khabar dan juga dilihat di televisyen. Apakah pandangan anda mengenai tingkah laku ahli parliament di Malaysia?

Sebagai wakil yang dipilih, ahli-ahli parliament perlulah mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, tetapi apa yang dipaparkan adalah jelas menunjukkan perangai yang kebudak-budakkan, dan saling bertelagah untuk memberi pendapat masing-masing. Saya berharap ahli parliament kita dapat berbincang dengan lebih matang and tidak diganggu oleh emosi.

5. Kes berhubung pendatang tanpa izin kerap timbul di negara ini. Ada pihak yang menyatakan pihak berkuasa hanya membazir sumber kewangan dan tenaga kerana ramai pendatang yang selepas dihantar pulang ke negara asal, akan kembali ke Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai isu pendatang tanpa izin ini dan apakah cadangan yang mungkin diambilkira oleh pihak berkuasa dalam membanteras isu pendatang tanpa izin?

Isu pendatang tanpa izin ini adalah masalah Negara yang sudah lama. Mungkin ia boleh diselesaikan dengan cara mengetatkan kawalan di sempadan-sempadan pintu masuk Negara, mengenakan denda yang tinggi kepada pendatang asing dan juga menandatangani masalah rasuah yang berlaku di kalangan pegawai yang terlibat. Situasi terkini menunjukkan kerajaan adalah serious dalam menandatangani isu ini.

6. Harga barangan yang naik mendadak kebelakangan ini memaksa ramai orang mengubah cara hidup untuk lebih berjimat. Adakah kenaikan harga minyak dan lain-lain memberi kesan kepada anda?

Kenaikkan harga minyak menyebabkan perbelanjaan perlu difikirkan secara teliti dan tidak membazir. Walaupun ia memberi sedikit sebanyak tekanan kepada saya, saya melihat sebagai satu cabaran yang perlu ditempoh. Rancangan untuk berkunjung ke luar Negara akan ditangguhkan.

7. Apakah nasihat anda kepada ‘chambering student’?

Chambering Student perlu menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebanyak mungkin semasa tempoh latihan dan banyak merujuk kepada peguam-peguam yang lebih berpengalaman. Ia adalah satu tempoh yang sangat singkat. Sikap suka membaca dan belajar harus ditanam di dalam individu. Apabila seseorang diterima sebagai peguam, tangungjawabnya adalah lebih berat. Terdapat ramai pengamal undang-undang yang bagus. Ini bermakna chambering student atau peguam muda harus bekerja lebih keras untuk berjaya di dalam kerjaya pengamal undang-undang.

Other YL Personalities:

Teng Siew Yik
Sia Teng Teng
Alvina Mun Sook Kwan
Melisa Tai Mein-Sze
Vincent Tan Boon Siang
Muhammad Syamsulfaiz Zainuddin
Ummi Kalthum Bt Zakaria
Mohd Taufik Bin Md Tahir
Goh Chuan Chean
Hemalatha Parasa Ramulu
Kho Yieng San
Ng Li Lin
Karthigesan a/l Shanmugam
Juna Binti Jusoh
Syamsuriatina Ishak
Albert Ding Choo Earn
Sulaiman Bin Abu Bakar
Nasdrul Umur Bin Shamsulhuda
Elaine Daly
Devkumar Kumaraendran
Sandesh Kabir Singh
Edelina Sophia Binti Sophian Pulle
Mohd Busyairy Bin Che Muda
Wong Fook Meng
Fadiah Nadwa Fikri
Lee Chooi Peng
Angeline Cheah Yin Leng
Mishant a/l Thiruchelvam
Shahrizal Bin Mohd Zin
Rezalman B. Bahran
Gavin Tang Cheng Loong

Noreen Ahmad Ariff
Nadia Ashikin binti Maduarin
David Dinesh Mathew
Nizam Bashir Bin Abdul Kariem Bashir
Amer Hamzah Bin Arshad
Ernie Suffiani Binti Salim
Ahmad Syukri Bin Yusoff
Dipendra Harshad Rai
Soo Wee Loon
Tracy Hah
Aminuddin bin Abdullah

-TMB

No comments: