Beliau berkata kabinet perlu memutuskan laporan itu terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada umum seterusnya untuk dipertimbangkan mengenai masa depan program angkasawan negara.
"Kabinet akan tentukan segala program akan datang samada mahu besar, kecil atau sederhana dan pihak kementerian akan buat cadangan tertentu kepada kabinet.

Beliau berkata walaupun program angkasawan kedua negara masih belum diputuskan, kementerian akan menghantar Mejar Dr Faiz Khaleed menjalani latihan bagi memastikan rangkaian program itu berterusan.
"Latihan, kesedaran dan soal meneruskan kajian mikrograviti itu penting maka kita akan terus menghantar Faiz untuk meningkatkan kepakarannya sebab program angkasawan perlu ada latihan setiap tahun kalau tidak anda terpaksa memulakan semula. Jadi rangkaian akan diteruskan," katanya.
Ongkili berkata misi menjelajah ke seluruh negara bagi menimbulkan minat generasi muda dalam ilmu angkasa lepas juga akan diteruskan.
No comments:
Post a Comment