 KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke  kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan  Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam  untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.
KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke  kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan  Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam  untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.
Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata  persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan  rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang  kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.
Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa  yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu  sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan  komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.
Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan  berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah  menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu  meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.
 “Kita menggunakan doa yang disertai kaunseling agar  dapat melembutkan hati Sufiah selain memujuknya tanpa gopoh. Dia seorang wanita  dewasa yang pintar, sudah tentu kita tak boleh sewenang-wenang memarahi atau  mendesaknya.
“Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun  melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,”  katanya yang baru selesai menghadiri majlis perasmian ibu pejabat Pisang di Kota  Kinabalu, semalam.
Menurutnya, Pisang juga menyediakan perkhidmatan merawat mereka yang terkena  sihir, khidmat kaunseling dan bimbingan menggunakan kaedah rawatan Islam selain  perkhidmatan penerbitan dan penterjemahan.
Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim),  berkata tidak adil bagi mana-mana pihak memarahi atau menghukum Sufiah kerana  setiap manusia pernah melakukan kesalahan.
Malah, katanya, Sufiah terharu dan gembira apabila pihak Pisang dan Kesatuan  Melayu United Kingdom sudi membantunya secara sukarela selain sentiasa memahami  situasi yang dilaluinya.
Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu  apabila diberitahu masyarakat negara ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan  mengikuti perkembangannya di London sejak dia diterima memasuki Universiti  Oxford pada usia 13 tahun.
“Kami tidak pernah mendesak Sufiah, sebaliknya memahami masalah dihadapinya  serta memberikan ruang kepadanya sehingga beliau benar-benar bersedia.
“Sufiah dapat menerima kehadiran kami kerana kami tidak pernah memarahi atau  mengutuknya seperti dilakukan segelintir masyarakat tempatan yang melemparkan  pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya tidak bermoral.
“Jadi, persetujuan Sufiah untuk bertemu kami Oktober ini menandakan beliau sudah  bersedia dan satu perkembangan baik dalam usaha Pisang membantunya,” katanya.
-TMB

 
 
1 comment:
Sufiah boleh di ubat hanya dengan satu cara. Jumpa bomoh dan pakar seks UMNO.. Ramai... boleh ubat kan dia... Najib, Rahim Tambi, JJ, Khalil Yunus, Md Taib Son.... dll,
Malah dia akan beri baik punya Pisang kat sufiah...
Post a Comment