
"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
"Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.
Suhaili (foto) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kelmarin atas dua tuduhan rasuah berhubung pemilihan parti.
Mohd Nor, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.
Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.
'Sanggup lakukan apa saja'

Katanya, Umno tidak memerlukan orang sedemikian rupa kerana ia boleh merosakkan parti dalam tempoh jangka panjang.
Sementara Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail pula berkata, ada pemimpin parti yang menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi dan bukannya menolong orang.
"Perjuangan mereka telah terpesong sedikit setelah mendapat kesenangan daripada jawatan yang dipegangnya," katanya.

Katanya, jika masalah ini tidak dibendung, Umno akan pupus di kalangan orang Melayu.
Ishak berkata, masalah itu boleh dibendung jika ahli-ahli parti sedia membuat laporan BPR terhadap individu yang disyaki melakukan rasuah politik.

Bagaimanapun, katanya, ini bukanlah bermakna mereka yang mahukan jawatan semuanya kerana kepentingan peribadi semata-mata.
Sebaliknya, tambah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, ada yang memerlukan jawatan untuk berkhidmat kepada parti dan masyarakat.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment