
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Shariff ketika dihubungi mengesahkan perintah tahanan reman yang diperoleh polis terhadap anak lelaki pemimpin MIC Negeri itu daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Sebelum itu, lelaki berusia 36 tahun yang turut memegang jawatan kanan di dalam pergerakan parti itu dibawa ke ibu pejabat polis tersebut kira-kira 7.30 pagi dari lokap Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor.
Dia ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman di Seri Alam kira-kira 12 tengah hari semalam, untuk membantu siasatan polis tentang kejadian itu.
Mendiang Krishnasamy yang juga Timbalan Pengerusi MIC Negeri ditembak mati dari jarak dekat ketika berada dalam lif di Ibu Pejabat MIC Negeri di Jalan Segget, kira-kira 2 petang pada 11 Januari lepas.
-Utusan Malaysia Online
TP - Ni la... orang sibuk nak lompat, dia sibuk nak membunuh... apa punya sengal..!
No comments:
Post a Comment