"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 25, 2008

CEUPECS Harap Kerajaan Beri Peluang Bertukar

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat memberi peluang kepada kakitangannya yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertukar kepada skim pencen.

Presidennya Omar Osman berkata ketika skim KWSP mula diperkenalkan kepada kakitangan awam yang baru pada 1997, ramai yang tidak diberi peluang untuk memilih antara skim KWSP dan pencen.

"Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi tetapi ramai kakitangan awam pada masa itu tidak jelas dan mereka seperti tidak ada pilihan jadi terpaksa memilih skim KWSP," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

"Apalah sangat RM300,000 pada hari ini (KWSP), hari ini keluar, bulan depan mungkin habis...lain nilainya duit hari ini dengan kalau kita bersara pada tahun 80-an dahulu dengan jumlah yang sama," katanya lagi.

Katanya lebih kurang 43,000 orang kakitangan awam telah memilih skim KWSP dan kini berada dalam dilema.

CUEPACS ada berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan JPA sedang membuat kajian mengenai perkara itu.

2 comments:

Anonymous said...

Kan dah kata.
Balaci-balaci ni akan main wayang.
Zainal Rompak?
Omar Osman?
Zainal Rompak,Omar Osman dan lain-lain pemimpin kesatuan, sudahlah!
Kami dan bosan dengan lakonan anda.
Kalau kamu semua betul memperjuangkan nasib kaum pekerja(buruh),dah lama kamu semua masuk jail!



Yamaha Y80

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan langkah Cuepacs untuk berunding dengan kerajaan bagi memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mencarum kwsp untuk bertukar ke skim pencen.

Diharapkan agar rundingan ini meliputi semua kakitangan kerajaan yang mencarum kwsp dan bukan sahaja terhad kepada mereka yang membuat pilihan pada tarikh-tarikh tertentu.

Ini kerana saya merupakan seorang penjawat awam bermula 2004 di bawah kategori pendidikan. Ketika ingin mengisi borang untuk memilih opsyen kwsp atau pencen, kerani pejabat telah memberikan arahan yang salah menyebabkan saya turut salah mengisi borang tersebut. Kesannya saya mendapat skim kwsp walaupun inginkan kepada skim pencen yang lebih menjaga kebajikan.

Saya telah berusaha dengan membuat rayuan kepada pihak JPA atas alasan tersebut tetapi gagal kerana mereka mengatakan Akta Pencen tidak membenarkan sebarang pertukaran dibuat setelah membuat pilihan.

Rakan saya yang turut mengisi borang bersama-sama juga mendapat skim kwsp disebabkan kesilapan tersebut. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana meninggal dunia sebelum surat pengesahan diterima.

Saya berharap agar usaha yang dilakukan ini menjadi kenyataan. Harap dapat berikan komen atau cadangan ke zulken79@yahoo.com