Syed Botak habaq - Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri
TP habaq - Yang lain semua dapat surat tunjuk sebab kenapa tak boleh diambik tindakan, yang ni pulak bagi amaran je? double standard la hang ni botak...
Syed Botak habaq - polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.
TP habaq - Yang lain semua kena tahan terus, tak payah siasat-siasat. tangkap, tahan baru siasat, hat ni pulak kena siasat sampai makan banyak bulan ni awat? sebab darah dia kaler biru tua ka? baguih la tu botak... tak lama dah tu...
Ada wartawan tanya Syed Botak - mengapa tindakan tidak diambil terhadap Ahmad sedangkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana melaporkan kenyatan Ahmad itu.
Syed Botak habaq - "Jangan tanya kenapa orang ini tidak ditahan dan kenapa orang itu ditahan. Dalam hal ini, pihak polis mempunyai alasan mereka sendiri...,"
TP habaq - Pulak dah..? apa pulak bidang kuasa menteri dalam negeri?? tukang belit ka???
Masa Tan Hoon Cheng kena tahan dalam ISA Syed Botak habaq - "demi keselamatan Tan"
Masa rumah orang tua Teresa Kok kena bom dengan Molotov Cocktail pulak Syed Botak habaq - err err... brr brr... trr trr.. krr krr...*Syed Botak no spik malay and inglish
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment