Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, mendakwa di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan peringkat tertinggi 'mengesahkan' Peguam Negara (AG) Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail, menyalah guna kuasanya dengan mereka bukti dalam perbicaraan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 10 tahun lalu, lapor laman berita Malaysiakini semalam
Lim berkata beliau mendapat tahu Datuk Idrus telah membuat kesimpulan bahawa peguam negara itu memang menyalah guna kuasanya untuk mereka bukti terhadap Datuk Seri Anwar.
Oleh itu, Lim mendesak Tan Sri Abdul Gani supaya meletak jawatan serta-merta.
'Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?' katanya.
Dakwaan bahawa Tan Sri Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang pegawai polis bersara.
Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen itu bahawa Tan Sri Abdul Gani melengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting kes itu daripada pengetahuan AG ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.
Ketika itu Tan Sri Abdul Gani menjadi timbalan kanan pendakwa raya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tidak di sangka ya..? Rupanya ramai juga penjawat awam diperingkat atas yang dilantik dari golongan Penyangak dan keturunan Dajjal.
Rupanya betul kata orang tua-tua hanya perompak saja yang boleh berkawan dengan penyangak dan pencuri.
Harap maaf kerana bahasa agak kasar.
Post a Comment