"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 16, 2008

MIC Usahakan Pembebasan Lima Pemimpin HINDRAF

MIC akan berusaha mendapatkan pembebasan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan mengikut akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember tahun lepas, kata presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu.


"Kami kesian kepada lima orang ini kerana keluarga mereka dan lain-lain telah membangkit perkara ini (berkaitan pembebasan). Sebagai (sifat) kemanusiaan kita ambil tindakan untuk (berusaha) mendapat pembebasan mereka," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di ibu pejabat parti di sini hari ini.



Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan semalam mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram. Lima yang ditahan ialah R. Kengadharan, 41, M. Manoharan, 47, V.Ganabatirau, 35, P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 35.



Samy Vellu juga berkata beliau akan membangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa masalah termasuk kedudukan 22 sekolah Tamil yang dirancang dibina dengan kos RM30 juta tetapi kini menghadapi masalah akibat kenaikan kos mencecah lebih RM100 juta.



Katanya, MIC juga akan mengadakan Rumah Terbuka Deepavali pada 27 Okt di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

No comments: