"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 03, 2008

MB: PKR diminta calonkan pengganti Zul di MDPT

PETALING JAYA: Kerajaan Perak akan melantik Ahli Majlis Perak Tengah yang baru secepat mungkin bagi menggantikan bekas penyandang jawatan itu, Zul Hassan yang diarahkan meletakkan jawatan Jumaat lalu kerana mengaku menerima habuan seks.



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kekosongan itu juga akan diisi oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).



"Kita menyerahkan kepada PKR untuk menentukan calon tersebut kerana kita mahu mengenal pasti juga calon tersebut tiada masalah," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.



Mohammad Nizar berkata, surat arahan supaya Zul meletakkan jawatan telah dikeluarkan Jumaat lalu dan Zul sepatutnya telah pun meletakkan jawatan.



"Beliau tetap kena berhenti juga sebab kita sudah keluarkan arahan. Kalau beliau menulis surat pun, beliau tetap kena berhenti," katanya.



Berhubung tindakan yang akan diambil terhadap dua Exco negeri yang turut terlibat dalam skandal tersebut, Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menunggu sebutan kes mereka di mahkamah sebelum sebarang keputusan dibuat.



Mohammad Nizar juga meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menyiasat laporan yang dibuat oleh Zul terhadap Mohamad Imran Abdullah yang dikatakan telah memerangkapnya dengan menawarkan wanita warga China sebagai habuan seks.



"Kita minta BPR dan Jaip siasat laporan itu kerana dalam hal ini, bukan yang menerima sahaja harus dihukum, yang menawarkan juga perlu dikenakan hukuman," katanya.



-mSTAR Online

No comments: