"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 14, 2008

Pentingnya Beruk Kepada Penanam Kelapa Dan UMNO

Berita asal kat sini Pentingnya Beruk Kepada Penanam Kelapa.

Ringkasan berita :

PELIHARA BERUK PETIK KELAPA

Menyedari pentingnya peranan beruk ini, Mohamad Desa Yunos, 56, memelihara dua ekor beruk jantan, masing-masing berusia dua setengah tahun dan tiga tahun, yang dilatih khusus untuk memetik kelapa.

Ditemani anak saudaranya, Hassan Ariffin, 48, perkhidmatan beruk peliharaan mereka yang diberi nama "Awang" dan "Leh" itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri Kedah.

Hassan memelihara beruk untuk panjat pokok kelapa ini sejak remaja lagi. "Awang" dan "Leh", dua ekor beruk yang dipeliharanya kini, dan dilatih selepas membeli mereka daripada seorang rakan.

BERUK MILIKI KEKUATAN PETIK KELAPA

Seorang lagi pemilik beruk, Che Meh Ahmad, 63, dari Pida Empat dekat sini, berkata haiwan itu mempunyai kekuatan tersendiri untuk memetik kelapa dalam jumlah yang banyak.

Kerja melatih dan menyuruh seekor beruk liar untuk memanjat dan memetik buah kelapa mengikut arahan tuannya bukan tugas mudah jika tidak pandai memahami perlakuan haiwan itu.

Jika tersilap langkah, beruk itu bukan sahaja malas melayan kehendak tuannya malah dikhuatiri boleh bertukar ganas dan menyerang sesiapa sahaja yang dianggap mahu mengancamnya, katanya.

LAPAN HINGGA 10 TAHUN

Menurut Che Meh, beruk liar perlu dibiasakan dengan cara memulas buah kelapa menggunakan kaki dan bukan tangan, memandangkan cara itu lebih pantas manakala tangannya boleh memaut pelepah pokok tanpa ditimpa risiko jatuh ke tanah.

Jangka hayat seekor beruk boleh memetik kelapa adalah antara lapan hingga 10 tahun dan selepas tempoh itu haiwan berkenaan dianggap terlalu tua untuk menjalankan tugas berkenaan.

Beruk yang pandai memetik buah kelapa perlu menjalani tugas itu setiap hari kerana jika ia dibiarkan bercuti panjang, dikhuatiri haiwan itu kembali kepada tabiat lamanya, kata beliau.

Tu sikit kepentingan "Beruk" kepada penanam kelapa...

Beruk ada 2 jenis... jenis yang pertama ialah beruk yang orang bela macam contoh kat atas... jenis yang kedua hangpa boleh tengok kat ruangan komen artikel kat sini Zulkifli Nordin Nafi Akan Masuk UMNO/BN, sini Kumpul Bukti Ke Sembunyi Bukti???, sini Siasat, Bedah Siasat atau Siat-Siat???, sini Tubuh kerajaan, Anwar mahu MP BN bersabar, sini Berita "Hairan" Yang Kelakar... Ahli Parlimen BN C... dan sini Injuksi Interim: Samy "No Value" Gagal... kah kah ....

Yang ni beruk "educated"... pandai berinternet, bloeh melayar blog dan juga "bijak" meninggalkan komen-komen yang boleh "menghiburkan" hati anda... aku rasa beruk jenis kedua ni dipelihara oleh UMNO/BN... aku agak la...

selamat membaca...

2 comments:

Anonymous said...

TP- aku dengan besar hatinya ingin dermakan DNA kaler hijau pekat punya kat budakmelayu @ beruk UMNO yang sakit tuh... KHIAKKK PTUIHHH!!

ADI SHAHRIZAN said...

Salam Tp,

Ketetapan Allah s.w.t,hukum karma,.

Peminum arak akan tertarik kpd peminum,

Penzina tertarik dgn penzina,

pemaki hamun tertarik dgn pemaki hamun,.

Ini janji Allah...

cerminkan diri,.