"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 05, 2008

Pakej Rangsangan Ekonomi Jamin Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi penggulungan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini diterima baik sebagai usaha membantu pembangunan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pakej itu menunjukkan penjimatan dan keutamaan ditukar kepada perkara-perkara yang lebih mendesak untuk modal insan, pendidikan dan latihan.

Kementerian Pelajaran akan memperbanyakkan agenda pendidikan yang terjejas hampir 30 peratus, sebagai suntikan baru dalam membangunkan pendidikan prasekolah, prasarana sekolah dan dalam konteks sekolah-sekolah bantuan modal, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau berkata peruntukan RM200 juta untuk sekolah bantuan modal merupakan satu keputusan terbuka berbanding peruntukan yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak RM50 juta dan RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Katanya tambahan RM200 juta itu adalah selari dengan apa yang terkandung di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi memperkasa Sekolah Kebangsaan.

"Suntikan baru ini akan memberikan landasan yang cukup kukuh untuk pelan induk mini yang akan diumumkan hujung tahun ini sebagai lampiran kepada PIPP pertama yang akan memperlihatkan sekolah-sekolah bantuan modal tanpa dibelenggu isu perkauman, agama dan sentimen politik," katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata kementeriannya akan mewujudkan peta 30 km radius dari pusat bandar untuk mengisi infrastruktur seperti bekalan elektrik, jalan dan perumahan.

Katanya dengan peruntukan yang baru, segala kekurangan akan diisi sehingga 100 peratus lengkap kelak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar pula berkata kementeriannya akan membina satu pusat pengumpulan hasil usahawan di kawasan luar bandar yang belum diwujudkan.

1 comment:

Anonymous said...

Saya rasa tidak ada masalah dengan pakej rangsangan yang dibentangkan oleh Najib kerana ia dilihat mesra rakyat juga. Jika diberi peluang pihak pembangkang untuk memberi komen atau menilai, sudah tentu mereka tak puas hati dan ada saja point mereka nak menghentam kerajaan. Mereka rasa merekalah perfect...padahal mereka ni hanya pandai membangkang je...