"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 05, 2008

Shah Rukh Khan jelaskan di Melaka

Kritikan rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan gelaran Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan akan dijelaskan sendiri oleh bintang Bollywood itu apabila dia berkunjung ke Melaka bagi acara penganugerahan itu 29 November ini.

Menurut ejen pelakon popular itu, Shah Rukh Khan sendiri menyedari tentang isu tersebut yang hangat diperkatakan di negara ini, baru-baru ini.

Namun, buat masa ini, dia enggan untuk memberikan sebarang komen.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai ini tidak menolak untuk memberikan pandangannya sendiri berhubung gelaran yang dianugerahkan kepadanya itu kelak.

Pelakon berusia 43 tahun itu dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober lalu.

Gelaran tersebut ternyata telah mencetuskan ketidakpuasan hati banyak pihak.

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa perlu Shah Rukh Khan sendiri yang nek beri penjelasan berkenaan kontroversi gelaran Datuk yang diterimanya? Beliau sendiri yang merayu-rayu untuk memohon gelaran itu ke? Saya rasa cukuplah hanya orang yang bertanggungjawab dalam menyenaraikan nama Shah Rukh Khan untuk gelaran Datuk sahaja yang beri penjelasan. Takkan tak boleh kot... Dah berani-berani bagi gelaran, kenapa tak berani nek beri penjelasan?