Viriya yang sebelum ini bercadang memohon lanjutan tarikh penegakan imej itu daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, beliau menukar fikiran kerana memikirkan keadaan papan penyokong imej itu yang "ditakuti tidak boleh tahan lama".

Rabu lalu, Viriya berharap permit tempoh pemasangan imej setinggi 12.2 meter tersebut yang didirikan di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves, dapat disambung kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari Natal dan tahun baru.

Manakala Amiruddin pula, menulis dalam blognya 'Harapan Baru Untuk Batu Caves' (http://adunbatucaves.blogspot.com) bahawa keputusan menurunkannya imej itu tidak bermakna pihaknya tewas dengan desakan parti lawan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Umno sambut baik
"Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka; dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan Umno/BN dan mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin).

Imej itu mula mencetuskan kontroversi awal bulan lalu apabila Dr Mohd Asri dilaporkan mendakwa replika itu "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."
Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula dilaporkan berkata, pembinaan replika gergasi penasihat PKR itu menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".
Ketika dihubungi, Umno Gombak menyambut baik tindakan itu .
Sebelum ini, Umno bahagian berkenaan bercadang mengadakan "bantahan terbuka" jika pihak majlis meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh pemasangan replika tersebut.
Bagaimanapun, ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin berkata, beliau akan meneruskan bantahan terbuka jika sekali lagi imej sebegitu ditegakkan kembali.
"Kita akan teruskan bantahan terbuka sekiranya buat (replika besar) sekali lagi," katanya.
-malaysiakini
3 comments:
no komen
haha.. no komen ja.
kalau dah 'no komen' tak yah la hanto,..
Apa la mangkuk ayun!!!
Post a Comment