"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

Shah Rukh Khan sah ke Melaka 6 Dis

Artis popular Bollywood Shah Rukh Khan telah memberi persetujuan untuk datang ke Melaka pada 6 Disember depan bagi menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Kehormat'.

Ini disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh dalam satu kenyataan hari ini.

shahrukh khanIstiadat penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 10 malam hari berkenaan.

Di majlis itu, Shah Rukh akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok - satu-satunya artis bollywood yang diberi penghormatan memaki busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton di seluruh dunia.

Seramai 1,000 orang akan dijemput ke majlis teresbut dan ia terhad kepada jemputan sahaja.

Menurut Omar, Shah Rukh akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 7.30 pagi 6 Disember.

"Sejak awal lagi beliau telah memberi persetujuan untuk datang ke Melaka dengan memberi beberapa tarikh yang sesuai untuk dirinya.

"Bagaimanapun, tarikh yang diberikan, tidak bersesuaian dengan kerajaan negeri kerana ada antaranya jatuh pada hari kerja biasa," kata Omar.

Temui Peminat

Menurutnya, Shah Rukh akan berada di Melaka selama sehari dan akan melakukan lawatan ke beberapa tempat terkenal di kawasan Melaka bandaraya warisan dunia.

Satu sidang akhbar bersama Shah Rukh dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula akan diadakan selepas istiadat penganugerahan iaitu pada jam 12 tengahari di Dewan Seri Negeri.

Sepanjang sehari di Melaka, Shah Rukh akan melawat Menara Taming Sari, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside, mengunjungi Eye On Malaysia, pentas Jonker Walk dan kemudiannya menaiki buggy hingga ke Padang Nyiru.

Shah Rukh juga akan melawat sekitar Kampung Morten dan kemudiannya akan bertemu peminat di Dataran MBMB (Majlis Bandaran Melaka Bersejarah) pada jam 4.45 petang.

MBMB juga akan mengadakan konsert 'Jom ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia' di Dataran MBMB pada 6 Disember sempena meraikan penganugerahan watikah pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia di Kuala Lumpur pada 22 November lalu.

Beberapa penyanyi jemputan akan mengadakan persembahan mulai jam 4.30 petang hingga 6.30 petang, antaranya Mila, Salwa Abdul Rahman, Datuk Malek Riduan, Vienda, Zul Eda, Othman Hamzah dan artis-artis lain.

Shah Rukh akan singgah bertemu peminat pada konsert itu kira-kira 30 minit sebelum berlepas ke KLIA untuk pulang ke Mumbai pada jam 8 malam.

-malaysiakini

1 comment:

mantra-indeeptots said...

Lorrrr... Melaka tak ada kerja lain ke?

Ini namanya, hidung tersorong-sorong pipi tak gebu...