Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuhnya pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bilangan pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Jumlah ini termasuk 1,035 pengundi pos.
Dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas.
Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi.
-malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment