Ketakutan kepada DAP adalah senjata utama fraksi UMNO dalam PAS di dalam menyebarkan pengaruh mereka. Kononnya DAP ini akan menjatuhkan Islam dan menghancurkan Islam.
Tokoh #1 yang membawa propaganda ini adalah Harussani Zakaria. Beliau adalah seorang mufti yang tidak fasih berbahasa Arab. Saya pernah dengar Mufti Albania dan Bosnia pun fasih berbahasa Arab, tapi Mufti Perak cakap Arab pun tak boleh.
Harussani jugalah yang telah menjadi alat BN untuk mencop Asy Syahid Ibrahim Libya sebagai ”penderhaka” sekaligus menghalalkan pembunuhan secara bachul ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Sekiranya dosa membunuh nyawa seorang Islam itu adalah dosa yang TERAMAT BESAR, Harussani adalah penyokong kepada amalan dosa besar. Umpamanya, ada orang minum arak, maka Harussani telah berfatwa MENGHALALKAN MINUM ARAK.
Dosa membunuh orang yang tidak berdosa lebih besar dari minum arak. Lebih baik minum arak dari membunuh. Tapi, Harussani menyokong pembunuhan orang yang tidak berdosa.
Tanggunglah dosa membunuh tu wahai Harussani dan sekutu2 nya.
Kesah Harussani menyokong pembunuh orang yang tidak berdosa dikisahkan oleh Ustaz Ahmad Awang di blog beliau:
” Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.”
(http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/cerita-harussani-di-sebalik-peristiwa.html).
Malangnya, terdapat beberapa tokoh lain dalam PAS yang percaya bulat2 terhadap Harussani ini. Antara tokoh tersebut adalah Ustaz Harun Din sendiri. Akibatnya, musuh PAS #1 ini (Harussani) telah berjaya menyebarkan racun mereka kepada sebahagian ahli-ahli serta kepimpinan PAS Pusat.
Mujurnya, beberapa pimpinan PAS mengenali siapa dia Harussani Zakaria dan betapa Harussani ini sebenarnya seorang yang berdosa besar serta penyokong kepada pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya terdahulu. Ustaz Nik Aziz sangat benar apabila beliau menolak pujuk rayu si munafik bernama Harussani Zakaria ini.
DAP Memerlukan Undi Melayu - Islam
Hakikatnya, ramai ahli PAS lupa bahawa DAP sendiri memerlukan undi Melayu dan Islam untuk mereka terus hidup dan duduk dalam kerajaan. Di kawasan saya, PJ UTara, hubungan dengan YB DAP ini amat erat. Sehingga majlis memberikan sumbangan sempena Hari Raya juga dilakukan oleh YB DAP ini.
Hakikatnya juga, tanpa sokongan Melayu, tidak mungkin DAP mampu menang 18 kerusi di Selangor dan kerusi2 di Perak. Tanpa sokongan Melayu/Islam, DAP tidak akan mampu memerintah Penang dan memenangi kerusi2 Parlimen mereka.
Ini bererti bahawa DAP akan terpaksa mengurangkan kekuatan pegangan sekular mereka untuk mengambil hati pengundi2 Islam. Mereka tidak mungkin dapat terus menerus di dalam pegangan sekular mereka yang sebelum ini begitu kuat.
Ini kerana pengundi Melayu, sekiranya lari dari DAP, akan menyebabkan DAP hilang kuasa di Penang dan hilang 2/3 kerusi2 yang telah mereka menangi.
Itu hakikat yang ramai pimpian PAS tidak faham.
Peluang Berdakwah pada Bukan Islam
Dengan sokongan DAP juga, maka PAS akan berjaya menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada bukan Islam.
Harussani ni sekular dan nasionalis. Bagi beliau, Cina dan India di Malaysia adalah musuh.
PAS parti Islam bukan parti nasionalis dan sekular. Bagi PAS, Cina, India, Kadazan, Murut, Dusun etc adalah mad’u dalam dakwah.
Yang herannya, puak2 pro UMNO dalam PAS sebuk bagi alasan, kononnya kita kena dakwah pada UMNO. Sebab tu kita kena baik dengan UMNO.
Padahal kita dah dakwah pada UMNO ni 50 tahun lebih. Dan, dakwah kita kemungkinan akan kalah dengan wang dari tokeh judi dan arak yang UMNO biasa dapat.
Dalam Mustafa Ali dan Nasaruddin berdakwah dalam gelap dahulu pun, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Jadi, apa ertinya dakwah PAS pada UMNO?
Bukankah dakwah yang lebih baik adalah kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia? Sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar dakwah kita. Waktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah dahulu, majoriti penduduk Madinah masih belum Islam. Tapi, Baginda sanggup berhijrah kerana penduduk Madinah yang bukan Islam ini mahu mendengar dakwah Baginda.
Yang sebenarnya, mereka yang menolak DAP ni ratanya datang dari negeri yang PAS kalah tersungkur (aka Terengganu). Negeri yang UMNO berpecah tiga tapi masih tidak dapat memerintah negeri tersebut.
Saya dapat tahu, sekarang ini pun, dalam UMNO berpecah teruk macam ni pun, kalau diadakan pilihanraya, nescaya UMNO akan memenangi semula Negeri Terengganu. Rakyat Terengganu dah meluat dengan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini. Dan PAS Terengganu bukan sahaja tidak mahu membuat pembersihan dalaman, malahan melantik semula kain buruk yang orang sudah tidak mahu.
Bukan setakat itu, PAS Terengganu mahu mengekspot kekalahan mereka kepada negeri2 lain juga. Itulah dia PAS Terengganu. Mereka hanya layak memerintah Terengganu sepenggal dan kemudian terpaksa menunggu 40 tahun lagi untuk memerintah sepenggal lagi.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, July 13, 2009
Fobia Kepada DAP yang Tidak Berasas Di Kalangan Pimpinan/Ahli2 PAS
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
PR@Mat Gian,
Hang merapu pasal apa ini ??? Dah kena berapa balut sampai loklak begini ??? Puiiiih !!!!!
Kain Buruk tu buang je..takde hotak. Ni cicit Daeng Perani nak bagi tau org Pas kalau nak dakwah kena guna hotak yg Allah bagi itu baru maknanya dakwah bil hikmah dan itu juga maknanya Fatonah iaitu sifat Rasulullah yang ke-4.
Aku syak lain takde tapi puak-puak pro perpaduan ni dah makan suapan UMNO entah dah berapa juta nih..
bagus Daeng perani a/l daeng celak.. yang suka merapu kat sini... siapa lagi!.. mak enon le...
walaupun saya tak suka TS Mufti Harussani dan lebih2 lagi UMNO, tapi saya lebih tak suka orang yg kutuk2 tanpa adab pada sesiapa.
ada 2 perkara yg selalu dipesan ayah saya:
1.berkatalah yang baik2 atau diam.
2.kalau tak cukup tahu lebih baik diam. kalau buka mulut juga orang akan tahu kita jahil.
3.beradablah anakku kerana kita beragama.
umno sijangkang kebas duit kahairat kematian... duit untik orang mati pun dia sanggup kebas... segalanya dah terbongkar.. selamat berkubur umno...
apakah ada bukti kita menuduh orang sesuka hati.apakah Harun Din membuta tuli menyokong pandangan Harussani? Oh, time org lain menyokong hang pa semua betul, kalau ada perbezaan pendapat hangpa kutuk habis-habisan. Woi, ingat ulama kita semua takdak otak ke buat keputusan.Hang kalau mengata biarah berladaskan bukti dan fakta.Perbezaan pendapat adalah biasa!!!! Ingat, hang duk kutuk ulama tanpa sebab tu adalah bala daripada uhan nanti.gn sebab nak menang pilihanraya maam2 hangpa kutuk no...
Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim, Tuhan Yang Maha Agung Pencipta Sekalian Alam, berikanlah hidayah Mu kepda mereka yang buta dalam perjuangan. Tunjukkanlah kebesaran-Mu dan berikanlah rahmat kepada orang yang ikhlas dalam perjuangan menegakkan agama-Mu!
Kalau BN menang di Manek Urai, hangpa kena mohon maaf secara terbuka kepada Mufti tersebut..kalau tak hangpa tunggulah bala daripada Allah swt!!!
Disebabkan pilihanraya kecil Manik Urai korang sanggup memburukkan alim-ulama & semua orang-orang ugama yg dikatakan tak menyokong/mengibarkan bendera PAS ,kalaupun bukan orang agama sepatutnya tidak perlu memburukkan dan mengaibkan sedemikian , selama ini saya ingat penyokong PAS berbudi pekerti dan berhati mulia tetapi selama membaca dlm blog ini cerita nya tidak ubah seperti cerita komik yg merupakan hayalan penulisnya mengikut sedap hati yg bertujuan untuk memecahkan perpaduan orang islam yang semakin kritikal di Malaysia & secara umumnya seluruh dunia islam .
Sapa Tulang besi??? Ulama kah dia??
Adakah ilmu agamanya lebih hebat dari Harunsani yg dikejinya?? atau lebih tinggi dri Prof Dr Harun Din yg dituduh bersubahat??
Hoi anak bapak...awatlah bapak hang tak ajar sampai khatam??? awat sekerat2 ajaran bapak hang?
Kalau ulama ada autoriti memang aku hormat.. tapi kalau ulama ala tok peti (macam harussani tu yg sibuk jaga peti duit dia daripada jaga agama) memang lah kita org kena tegur..
Kalau tak ditegur hancur lah agama di tunggang Ulama Jahat nie..
Post a Comment