sumber : Malaysiakini |
|
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.
"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.
"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.
Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.
Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.
Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.
Penamaan calon esok
Sementara itu Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
"Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.
Beliau mengulas kenyataan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini yang mendakwa mendapat laporan ada majikan yang tidak akan membenarkan pengundi di Manek Urai untuk pulang menunaikan tanggungjawab itu.
Selain itu Mustapa berkata fasa kedua kempen pilihanraya Manek Urai akan bermula esok yang merupakan hari penamaan calon DUN itu.
Esok Muhyiddin dijangka mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.
BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan harapan kepada Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50, bagi mempertahankan kerusi DUN itu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada
PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.
Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menang kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli Omar.
Pengliporlari - Woi! hang pi bagi umpan beg dan uniform sekolah kat bebudak tu bukan diorang layak ngundi pun... lagipun tu anok-anok oghey PAS belako, periksa balik kot-kot ada lambang dacing atau logo UMNgOk...!!!
10 comments:
Sungguh bertuah rakyat Manik Urai..nampaknya Umno betul2 tak tipu..janji Umno utk jadikan Manik Urai kawasan anak angkat sekiranya memenangi PRK itu telah dibuktikan awal2 lagi..katanya, ini sebagai tanda ingatan dan pernghargaan dari pihak kementerian pada seluruh rakyat Manik Urai..sungguh 'bijak' dan 'bernas' sekali alasan ini..
Ternyata, 'kuasa' yg ada pada Umno tiada tolok bandingnya, tiada siapa yg mampu melawan dan menggugat 'kuasa' yg ada pada Umno, selaku parti tonggak pemerintah..betul lah kata 'orang', BN itu ialah 'Beri Nikmat'...'BN perintah, rakyat senang', dan sebagainya..
Penulis yakin, tawaran (baca rasuah) wang dan hadiah kepada rakyat Manik Urai ini bukanlah yg terawal dan yg terakhir..pertarungan sebenar baru bermula esok, ini bermakna, penduduk Manik Urai berpeluang untuk menjadi OKT (Orang Kaya Baru) hanya dlm beberapa hari sahaja lagi..minta lah apa yg diidamkan, tuntutlah apa yg diinginkan, nascaya Umno mampu merealisasikannya..
Apa pun itu perancangan mereka, pada fikiran mereka sejak dulu kini dan selamanya, dgn tawaran (baca rasuah) berupa wang dan hadiah sebegitu, maka undi pastinya akan beralih arah kdp mereka..tapi mungkin mereka terlupa, negeri Kelatan bukanlah seperti negeri2 lain, orang Melayu Kelantan bukanlah seperti orang Melayu Johor atau Terengganu..
Jika Melayu negeri lain, cukup diberi mesin jahit dan beras sekampit, undi ternyata terarah kepada lammbang 'dacing', tetapi di Kelantan situasinya cukup berbeza..rakyat Kelantan sudah berpengalaman selama lebih 20 tahun..walaupun ditawar segala harta benda dan kesenangan, undi mereka tetap setia kepada lambang 'bulan'..bak kata Tok guru, beri wang kita ambil, beri gula kita kacau, beri beras kita tanak, tapi bila undi, undilah 'bulan'...=)
wallahua'lam.
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/menjelang-penamaan-calon-n41-manik.html
Masalahnya pendidikan ni bukan boleh buat pertaruhan...kalau nak bagi bantuan tu biarla berterusan bukan ikut musim...pada aku pendidikan nie pembangunan jangka panjang...hasil dia dapat tgk 10-20 tahun kemudian....
mula mula bagi bantuan lepas tu kalau kalah PDRM pula akan ambil alih pesta ROAD BLOCK menyaman pelbagai rakyat sebagai ganti rugi seperti mana berlaku di kuala terengganu. anak anak muda / pelajar di kuala terengganu dah jadi pelanggar undang undang jalan raya bila di kejar PDRM tak tentu hala. gue tabik kat rakyat kelantan kerana undi mereka kerana ISLAM.
"Esok Muhyiddin dijangka mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1."
Wah...10,000 penokong BN tu.Dah la dekat Kelantan.Menariknya.. Memang ada sesuatu diluar jangkaan.
bro jangan lupa suruh diorang minta apa2 aje barang keperluaran..termasuk la ikan kering, beras, budu, gula dan tak lupa susu 3 tin sorang...baru segar
i'm no king
benar kata kawan, masalah pendidikan ni bukan boleh dibuat macam bawa speedboat.pemberian beg sekolah kpd pelajar jelas bukti nilai orang melayu dari sudut pandangan pemimpin umnobn.kalau lebih canggih sedikit pemberian basikal.itulah nasib orang melayu.
bersyukur la tu,,,nak jugak org UMNO kasik... klu di kasik nye kat anak org BN je... kata x jaga kebajikan se-islam pulok...klu ore PAS xsey gak beg tu,,, xsoh la duk g ambik...oyat je ke dato' pa tu... saya org PAS,,,x perlu beg skoloh org BN bui!!!
bagi pitih amik, undi lain..mangkuk punya PAS! darat PAS nih!
Sementara itu Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
"Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.
..Nampak kenyataan macam cerdik tapi Ngok...kenapa tetapkan hari pengundian hari bekerja..pencacai UMNO guna akal yang waras untuk menilai pemimpin UMNO yang bodoh macam nie...menang bola pun dapat cuti inikan pula nak lantik pemimpin masyarakat..
inila melayu..bukan nak sokong melayu tapi suka berpecah belah.. patutla melayu asyik ketinggalanja...Tahniahla ANAK MELAYU SEKARANG!!
anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com
Post a Comment