"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 27, 2009

Hasan Ali Meroyan Nak Jadi MB Selangor...

Reactions: 
PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Sumber - mStar Online

TPU - Elok gugurkan terus Hasan Ali ni dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor lepas tu serapkan Hasan Ali ke 1 jawatan baru yang dinamakan sebagai PeSURUHjaya UMNO Selangor a.k.a Balaci UMNO Selangor.

Aku tengok sejak akhir-akhir ni Hasan Ali makin gila dah... bila dah dekat je dengan Pilihanraya, ade je Mamat Motivasi 8 ribu ni buat hal... betul-betul balaci UMNO.

Ape je kenyataan dari Hasan Ali sejak akhir-akhir ni dah tak merujuk dahulu ke majlis tertinggi PAS Pusat... apa Hasan Ali ni ingat PAS Selangor tu hak mak bapak dia ke sampai boleh buat apa-apa ikut suka kepala hotak dia je..?

Gila Hasan Ali ni makin menjadi-jadi lepas cita-cita UMNO Selangor nak jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal 31hb. Ogos, 2009 lepas.

Hasan Ali ni dah makan duit haram UMNO ke..? oi ngok..! nak jadik MB sangat ke..?

67 comments:

Anonymous said...

sawan dia dah sampai, nanti macam2lagi dia buat.....dia kena pegi motivasi diri jugak tu walaupun pandai motivate ofrang lain

KAKI PAU merangkap PUKUL said...

Kalau nak maki hamun Dr Hassan Ali berdasarkan BLOG ini...tetapi tak berani jumpa sendiri minta first hand facts dari Dr Hssan...TAK PAYAH lah...nanti para MUNAFIKIN yang akan bersorak bertepuk tangan...aku TABEK Dr. Hssan masuk PAS...walaupun ANWAR kawan baiknya tubuh PKR...jangan2 UMNgok dah ugut Dr. Hssan tak...maklumlah parti gangster..

Tak Bodoh said...

Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO. Jangan jadi bodoh !!!!

jalak said...

hoi Poji si Lalok Ganja !
ko tu yg gila

bila ko nak isytihar masuk DAP ha?

semut said...

Dari sudut politik, Dr Hassan lebih sesuai jadi MB, kita lihat Khalid terlalu rapuh...sehingga mudah dirobek oleh UMNO/BN sekarang sebenarnya BN sedang menyerang kekuatan kedua PR yakni DHA...setelah Khalid mudah saja,...ada satu rahsia besar yang sedang dipegang oleh BN tentang Khalid...

Penyokong PR said...

Aku puntak faham lah ngan DHA ni.. Apa muslihat dia yg sebenarnya?? =(

Liza said...

ko semut... sebenarnya duo2 tu langsung tak sesuai jadi MB... ingat jadi MB ni mudah! ko tengok Khir'zir'... baru jadi MB je habis harta rakyat Selangor di sapunya... lebih2 lagi jadi MB PR. YB Khalid tu sebenarnya 'reserve' untuk jadi Menteri MITI sok tu... otak dio bab eko ni baguih. dok kat situ sementara ni pun ok! DHA ni pun elok 'reserve' sebagai Menteri JPM. sok suruh dio jo jaga PLKN... boleh dio bagi motivasi kat situn... jangan dio charge RM8k sorang sudahlah ...bengkok Malaysia nak bayar nanti semo PLKN! apo nak gado2, biar je dio orang tu disettle oleh Majlis2 Tertinggi... Blogger2 semua jangan dok leka bab ini jo... itu salah satu jarum BN tu dah menyucuk Blogger PR. dio orang nak cara lain dak buleh! tumpukan semua perhatian kepada strategi MENYERANG! MENYERANG! MENYERANG! JANGAN TERMASUK GOL SENDIRI!!! KALAU BLOGGER SEMUA ADA PELUANG MENYERANG BUAT APA MAIN CARA PERTAHANAN! MENYERANGLAH WOIIII! BANGKIT SEMUA! JANGAN DOK BERTAHAN NANTI TERSUMBAT GOL SENDIRI!!! woi bangun tido! hari dah siang! Bagan Pinang dah dekat! jangan tido lagi!!! BANGUN SEMO BLOGGER PR!

Anonymous said...

kita kena pastikan dulu cerita nya. jangan terus kutuk saja. kamu semua pun dah buat peragai macam umno. poji harap awak jadi perisik rakyat yang tak melatah. aku nak ingat saja.....boleh pakai ambil tak boleh hampa khirrrr ptuih saja..

wassalam

Liza said...

to Blogger2 semua... ada perasan ka sekarang ni banyak blog2 PR ni bila cliks jo terus hilang... atau cuma jadi pada pc saya sahaja? tapi bila digunakan di pc lain sama juga? terutama bloglist.politik... baru juga ABO cuba nak click terus cut off line. dah 3 hari saya tak boleh cliks... minta blogger semua ambil perhatian dan kalau ada apa2 abnormal minta umumkan kat blog yg masih boleh beroperasi... ada apa2 percubaan oleh pihak2 yg tak sihat ke kebelakangan nih... HARAP AMBIL PERHATIAN BLOGGER SEMUA! inilah sahaja saluran untuk PR menyebarkan maklumat kalau saluran ini juga di "rogol" oleh UBN teruklah PR nak bergerak... Ikhlas!

alhusseyn said...

Askum zi! Teruskan usaha yg baik ini.TGNA Aziz pun dia orang ni tibai!Tak hairan.Mereka inilah penyokong yang membawa rebah.Katakanlah apa yang benar walaupun ianya pahit.

Anonymous said...

Tak Bodoh said...
Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.
==================================
Tolong beritahu itu kpd Exco kanan kerajaan, PJ PAS Selangor - Kalau nak hentam Pakatan Rakyat , letak jawatan kamu itu dan gi masuk semula Umno!Boleh buat ceramah 2 jam dpt RM12 ribu!

zali said...

pengerusi jawatankuasa
selcat/speaker dewan negeri,apek
teng chang kim kata :

'kenyataan Dato Dr Hasan Ali
hanyalah satu pandangan untuk
menambahbaik perjalanan Selcat
dan bukan untuk menjatuhkan
Selcat;isu ini sengaja di
perbesarkan dan dipolitikkan
pihak tertentu'

maka di sini dapatlah kita tengok
siapa pihak tertentu
tersebut...tak lain tak bukan :

-tulang besi
-TiPU
-alhusseyn [pencacai TiPU]
-beberapa anon mangkok
-pemberontak pas yang taksub.

kalau hassan ali jadi mb pun ok
jugak dari gagap khalid...entah
menda-menda...

hafszach said...

cuba search kat www.hafszach-dbpb.blogspot.com

Anonymous said...

Salam..hati2 dalam membuat kritikan terhadap pimpinan..mana adab Islam yang tuan2 laungkan. Jgn sokong membawa rebah sudahlah.

Jgn sampai kami padam blog tuan2 dari senarai rujukan kami. Tahap meluat kami makin bertambah bila baca kutukan dan kecaman terhadap pimpinan. adakala kami pun tak suka dgn kaedah atau tindakan pimpinan tetapi tidak lah sampai memaki hamun dan menyumpah.

Islam adalah yang terbaik. Jadikan Islam sbg panduan dlm apa jua hal.

Berikan kritikan membina....jgn sokong membawa REBAH!!!!

Maassalamah.

Anonymous said...

zali, kalau kau nak tau, orang yang kerjanya motivate orang supaya jadi pandai, akhirnya dia akan jadi bodoh piang macam balaci umno hassan ali tu, sama seperti kau.

Hassan ali ni dah nak jadi celaka macam umno. orang islam mana ada ambil tindakan terburu-buru malalak macam anjing salak bukit. kami rakyat tak kira siapa hassan ali, kalau dia tak ikut peraturan lebih baik saja masuk umno yang dah telah melacurkan undang-undang negara ni macam kes Perak.

Buat apa nak hormat pada orang macam tu, tak hormat pada ketua pemerintah atau ulul amri. Dia ni memang manusia sial dan bawa bencana pada rakyat macam semua penyokong dan pemimpin umno termasuk kau.

Anonymous said...

Tajuk utama adalah Datok Dr. Hassan b Mohd. Ali mengkritik Selcat.

Persoalannya: Mengapa Datok Dr. Hassan mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa terhadap Selcat sedangkan jawatankuasa ini di terajui oleh parti gabongan dalam Pakatan Rakyat...?

Persepsi: Ada orang berpandangan bahawa Datok Dr. Hassan terlibat dengan hutang yang banyak di bank. Dikatakan bahawa orang yang berhutang adalah orang yang bermasaalah.

Dan orang yang bermasaalah akan menjadi sasaran dan kesukaan pemimpin UMNO. Mereka yang bermasaalah hanya diberi 2 pilihan saja iaitu sama ada nak masuk penjara atau jadi baruah UMNO-BN.

Tapi benarkah Datok Dr. Hassan ini mempunyai hutang yang banyak...? Dan benarkah Datok ini mempunyai ijazah yang sah atau beliau tidak pernah belajar untuk dapatkan ijazah cuma membelinya didalam pasaran gelap sehingga beliau dianugerahkan sebagai Dr..?

Walau bagaimana pun mengapa Datok Dr. Hassan b Mohd. Ali ini dilihat berkelakuan pelik dengan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk api dalam sekam sejak akhir-akhir ini...?

Dia juga dilihat seperti sedang diperkudakan agar membuat kacau dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Dia bekerja sebagai wakil rakyat untuk siapa, atau dia sudab merasakan bahawa kedudukannya sudah kukuh maka dia boleh kata apa yang dia suka...?

Jikalau pemimpin PAS pusat dan negeri tidak mampu menyelesaikan masaalah yang ditimbulkan oleh Datok Dr. Hassan ini.... nampak gayanya terpaksalah kita serahkan kembali kepada pengundi dimana Datok Dr. Hassan dicalonkan sebagai wakil rakyat.

ala Kassim said...

Budaya KAKI AMPU..di cipta oleh MAMAK KUTTY..bukan saja dalam UMNO juga dalam pentadbiran kerajaan..
DO2 ni berlagak macam Ketua Bahagian UMNO..so apa nak heran..
HASSAN ALI ni macam BERAHIM KATAK..kira mana untong..tak setuju cara SELCAT ..cakap pon dah macam MAMAK KUTTY.....mudah lupa..
Tangkap flush aja dalamlobang jamban ..meenyusahkan orang.......

CUPING MERAH said...

kenapa isu yang kecil ini diperbesarkan..sedangkan kita nak bertarung kat Bagang Pinang...

carilah edea yang bernas untuk prk tu nnti..

dalam minggu ni ajer berlambak2 cerita pasal anak ali ni..

ada yang maki,ada yang kutuk dan ada yang sokong.

jangan jadikan isu kecil ini kita antara blogger boleh makan hati,

pandangan anak ali tu tak jejas pun pakatan rakyat..

lagi-lagi kalau kita diam,tetapi teguran tu tak salah ini pun untuk menyedarkannya jugak..tetapi jangan terlalu over menulis sampai diulang2 cerita yang sama,cuma ditunggang terbalikkan ayat je...pokoknya cerita yang sama..

havoc said...

Salam,

Sebenarnya Isu yang diluahkan oleh Dato Hasan Ali ini lebih bersifat pandangan seorang Insan yang berharap agar ketelusan yang dijalankan tidak dijadikan alat oleh puak2 Ameno untuk dijadikan isu bagi menutup segala kelamahan yang mereka sendiri lakukan.

Pandangan ini sememangnya baik untuk masa depan Pakatan Rakyat. Ianya bukanlah suatu isu yang besar, hanyalah pandangan yang di HIGHLITE kan oleh akhbar.

Kita sememangnya berbangga kerana keberanian kerajan PR mengadakan SELCAT ini cuma sedikit pembetulan sahaja. Tidak timbul isu siapa nak jadi MB, cumanya isu tersebut telah pergi ke forum media yang mensensasikan isu tersebut.

Selama 1.9 tahun pemerintahan MB Khalid Ibrahim saya dapat rasakan tiada pembaziran yang berlaku secara mata kasar. Saya cukup kagum dengan kehebatan Tan Sri Khalid menguruskan ekonomi Selangor dengan baik sekali. Mohon PR terus unggul dan bersatu.

MeriamBuluh said...

Aku rasa makin lama makin serabut..semua angkara Si Tulang Besi...
Dulu bukan main berapi api lagi hentam Ustaz Nasa juga Nik Abduh ..kali nie beralih pulak kepada Hasan Ali..
Sehingga blogger Perisik Rakyat juga sudah termakan kata2 beliau..
Tapi nasib baiklah blogger Perisik Rakyat meletakkan ayat AlQuran diatas sekali blok beliau maka kita perlu menggunakan akal apabila melayari blok ini takut2 termasuk juga orang2 yang menyebar fitnah...

tok iskandar said...

kengkawan semua....
kritik tu ok tapi janganlah sampai tahap menghina hasan ali
tok rasa kurang wajar dan ini mungkin tujuan umno nak kita semua lupa kempen untuk bagan pinang dan bergaduh sama sendiri.
biarlah jawatankuasa tatatertib PAS yang putuskan dan pimpinan tertinggi PAS yang buat keputusan
sekarang kita fokus pada bagan pinang
setuju tak TP dan kengkawan semua

Anonymous said...

tetap pedas,ya salam....hasan ali sepatut nya jgn buat kenyataan media,dia kan exco dlm kerajaan pakatan,bincang le dalam mesyuarat exco dan tak perlu di buat kanyataan media,klu tak dapat di selesaikan dlm pakatan negeri,bawa lah bincang dlm pakatan pusat,jgn timbul kan banyak kontrovesi,jgn beri ruang pada musuh2 untuk memusnahkan pakatan,kalau adaPHD pun dan kamu pandai pun,kamu kena cerdik....ini perjuangan.....di medan perjuangan yg di beri amanah itu kena CERDIK......di lihat sekarang ini kamu dr hasan ....kamu ini sebenarnya tak cerdik walau kamu ini pandai...TAPI TAK CERDIK...kepada penyokong2 dr hasan pula kamu semua jangan le jadi penyokong membawa rebah....pas bukan kamu punya,PAS UNTUK SEMUA....SEPERTI SLOGAN 'PAS FOR ALL'....JGN MARAH NANTI KAMU KENA JUAL...BN SEDIA MEMBELI ORG2 YG TAK CERDIK MCM KAMU SEMUA......ORG2 CERDIK TAKKAN DAPAT DI JUAL BELI....DGN LAIN MATA TAK ADA URUSAN JUAL BELI...JGN MAREEEEEH

tok iskandar said...

usaha terancang dan licik untuk pecahbelahkan PAS.kali ini gunakan akhbat the star,nst dan ntv 7.
baca di bawah ini.kenapa media berbahasa inggeris pula memainkan peranan?apakah untuk menarik undi bukan melayu di bagan pinang
Sunday September 27, 2009
PAS man could face disciplinary action
By G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Mo­­hamed Ali has been warned twice by his party for being out of line with the spirit of Pakatan Rakyat.

His recent criticism of the Se­­langor state assembly’s Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) could earn him his third reprimand.

And this time, the consequences could be harsher.

Party sources said several central committee members were pu­­shing for Dr Hasan’s to be hauled before the party’s disciplinary com­mittee.

“They want the matter referred to the disciplinary committee so it can be properly dealt with,” sources told The Star’s Malay news portal mStar Online.

The sources said many central committee members shared the view that Dr Hasan had to explain his outburst.

Dr Hasan has even been rapped by colleagues for calling for a review and revamp of Selcat’s procedures.

He had earlier hit out at Selcat, which is chaired by assembly Speaker Teng Chang Khim, for “grilling” senior civil servants over constituency allocations.

The next central committee meeting is scheduled to held on Oct 11 but will be brought forward because polling for the Bagan Pinang by-election would take place that day.

As for the past two warnings from the party’s central committee, the sources said the latest was over Dr Hasan’s proposal for restrictions on the sale of alcohol in Selangor.

The earlier one was over Dr Hasan’s stand over issues concerning the donation of sacrificial cows, purchased by Selangor State Development Corporation companies, to mosques in the Bandar Tun Razak constituency, where Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim is MP.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar, when contacted, declined to confirm the matter.

“But I believe the central committee will get an explanation from Dr Hasan over this issue. We will know why he made such a statement,” he said.

PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad said Dr Hasan had gone “over the limit”.

“Furthermore, he has been warned especially on the sale of alcohol issue,” said the Kuala Selangor MP.

He said Dr Hasan might have his reasons but this was not the way to express his view.

“Only the disciplinary board can decide on the action, if any, to be taken against Dr Hasan,” he said.

While Dr Hasan has been criticised for his actions, he is said to enjoy support from party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, deputy president Nasharudin Mat Isa and Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi.

tok iskandar said...

taktik ni kira dah basi tapi mereka dah tak ada pilihan.nak buek camno.cakap orang nogori.harapan gerombolan ni menang cerah kalau pas haru-biru dan pecah belah kepada klik pro perpaduan dan puak tak sokong gabung dengan umno.
pas kena berhati-hati kerana ada sumber memetik tentera semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan BN dan undi protes akan diberikan dalam prk bagan pinang
dengan kemelut pemilihan calon,MIC ibarat retak menanti belah dan MCA turut menerima nasib yang sama...peluang PAS untuk menang memang cerah kecuali kalau kita bergaduh sesama sendiri seperti diharapkan geng gerombolan

Anonymous said...

Anak Pak Ali ni sudah political Over Dose!!!!!!

Anonymous said...

DHA ada masalah yang boleh diblackmail oleh UMNO?

tok iskandar said...

puak umno kat sini elok tukar lampin pasal baupun dah busuk.otak korang tak cukup RAM.nak buek camno.kalau selalu makan makanan haram otak jadi benak

tok iskandar said...

Siapa setuju kita buat undian dr mahathir jadi presiden makkal sakhti yang pertama.dah beria-ia sangat sokong parti baru ni.kesian tok kat KIMMA dan IPF dah banyak kali mohon masuk BN tapi tak dapat keizinan masuk.dengar citer nak jaga hati samy.ini parti makkal sakhti dapat hak ekslusif lagi.siap najib datang rasmikan....
nampak sangat desparatenya umno nakkan sokongan kaum india.MIC dah gagal bantu UMNO,so UMNO kena sponsor parti baru.tak tercabarkah samy and the geng
i'll be back,kata samy yang bercuti ke luar negara sambil menunggu dapat gelaran tun agar bebas daripada pertuduhan rasuah dan macam-macam lagi

zali said...

kalau nak bergasak pun lantak
korang la tapi mengapa mesti
melibatkan umno?

pendapat hassan ali adalah
peribadi dan dan apakah hassan
ali tak boleh mengeluarkan
pendapat?

mana kebebasan bersuara untuk
hassan ali?

kalau benar hassan ali ditaja
umno...jangan cakap saja,jangan
telahan saja,jangan andaian
saja...BUKTIKAN!

kalau tak dapat BUKTIKAN...lebih
baik jangan menyalak macam anon
12:23,tulang besi dan TiPU...

tok iskandar said...

sudahlah zali..budak kencing tak lawas ni menyalak pulak kat sini.kau dah tukar lampin ke belum?hancing dah baunya.
kau menaip tu sambil tutup hidung ke?heran tok..boleh tahan pulak tu

zali said...

tok kandar ok lepas raya
ni...cerita pasal makkal sakhti
je...

kenapa?susah hati ke semua india
pkr akan lari ke makkal sakhti?

awak sendiri tau tok
kandar...lalang tu macammana
kan...

angin tiup ke barat dia ke
barat...angin tiup ke timur dia
ke timur...

kecuali awak dapat kekalkan
tiupan angin tu...nak kekalkan
plak...bukan senang.

nuar bubur tukang tiup angin pun
dah due date...

tok iskandar said...

mampu lagi kau menaip...budak kencing tak tus sorang ni.kalau kau boleh tahan bau hancing..up 2 u lah.tok bukan apa bimbang tercirit pulak nanti.kau pakai pampers size apa zali?
tok tak tahu RAM kau cukup besar atau tak untuk tampung info ni..
tok baru petik daripada laman sesawang the star
Pahang tycoon Tan Sri Pheng Yin Huah is head of Hua Zong


GEORGE TOWN: Pahang tycoon Tan Sri Pheng Yin Huah has won the presidency of the Federation of Chinese Associations Malaysia (Hua Zong).

He polled 94 votes to defeat businessman Tan Yew Sing by 59 votes in a straight fight for the post at the Hua Zong election here Sunday.

tok harap najib dan umno tak gunakan duit tokey ni untuk belanja jentera BN di bagan pinang.jentera PR kena pantau perkara ni
tak tahulah kebetulan semata-mata atau dirancang....KSN kita orang Pekan sekampung dengan najib.darah muda yang bakal menerajui MCA dan MIC MP Cameron Highland,K.Devamany dan MP Bentong Liow Tiong Lai juga dari Pahang.
jangan lupa pantau samy vellu...ada khabar angin bertiup kencing kata nak bawa tok samy dari india nak rasmikan parti makal sakhti pada 10 oktober ni.11 oktober hari pengundian bagan pinang.

tok iskandar said...

ada sumber cakap samy nak mohon restu guna perkataan makkal sakhti.dengar citer perkataan ni digunakan beberapa kali sahaja.sekali masa zaman mahatma gandhi.jika tok salah kaum india yang jadi blogers tolong betulkan.bukan senang nak gunakan perkataan makkal sakhti ni.jika benar pimpinan tertinggi PR elok ambil perhatian...termasuk pemimpin HINDRAF agar perkataan makkal sakhti ini tak dijadikan francais oleh BN kelak sematamata nak menang pilihanraya

tok iskandar said...

ada sesapa boleh confirmkan adun johol hantar surat letak jawatan pada SPR?ngundi lagi kat N9 kalau betul.SPR kena jawab..mana boleh diam je

zali said...

apa mendanye tok kandar?

tak alih-alih nak menipu kata
umno nak guna duit tokeh untuk
prk bagan pinang...

hati kalau dah busuk tu...busuk
jugak.

anjing kalau dah biasa makan
taik...kalau tak makan pun di
hidunya juga.

duduk dalam parti islam tapi tipu
kuat...fitnah kuat...ingat rakyat
satu malaysia bodo ke nak dengar
kelentong awak tu tok kandar?

tok iskandar said...

lama benor kau tukar pampers zali.poei boli kek kodai ko.stok dah habis.

anjing kalau dah biasa makan
taik...kalau tak makan pun di
hidunya juga.kau kan anjing umno.tentu tau macamana bau najiskan.

tok tulis kat situ bagi warning dan mintak kat jentera PR siasat?lain kali baca betul-betul.ini tak menyalak je kejanya.
kalau tak menyalak bukan umno namanya

tok iskandar said...

tadi tok jenguk kejap kat blog rakan-rakan.ada ceritera tentang katak nak join langau.desperate benor sampai buat usul tikus dilantik jadi penasihat kera.tak tahulah labu setuju ke tidak.
kat N9 ni ada lagi tak bas Labu Sendayan?

paeh said...

assalamualaikum...
saye ni selalu bukak blog saudara..
saye ni juga seorang blogger yg masih muda... kalau boleh, senaraikanlah blog saye di senarai pautan blog saudara agar blog saye lebih komersal..
saya tidak memaksa...
takbirr...

Anonymous said...

zali said...

utk mu si--zali

Rasuah: Malaysia merudum lagi, lebih buruk dari Botswana dan Bhutan

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding
tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu.

pd bloggers mcmana nak clear ini .,memalukan umat Islam.

Anonymous said...

1Malaysia F1:Bila Masa Rakyat Didahulukan?

TEMERLOH, 16 Sept — Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.

Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.

http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/37810-1-malaysia-f1-bila-masa-rakyat-didahulukan

--Oh Malaysiaku ..

anak klang said...

saya kenal hassan ali sejak 1985
dia selalu bagi kuliah dimasjid dan surau.forum perdana ditv1 yg lesu jadi popular dgn kehadiran beliau bersama harun din,ismail kamus,tuan ibrahim,badrul amin dll

bila masuk pas,beliau menjadi permata yg menerangi pas terutama diselangor.kalau beliau masuk umno mungkin beliau sudah lama jadi mb atau mungkin tpm...

apa yg beliau mahu ialah pas berkuasa diselangor dan islam dapat didaulatkan dan...
BELIAU TAK KEMARUK NAK JADI MB!

tok iskandar said...

TI kata Malaysia rugi RM300 bilion pasal rasuah.
RM308 juta setahun buat belanja Formula 1.Tak tahulah berapa banyak duit Petronas dan Proton terpaksa dihabiskan belanja F1.
MP PR kena soal dalam parlimen dan mintak kertas putih tentang belanja F1 kerana ini melibatkan wang rakyat.mana tahu nanti RM308 juta boleh meningkat kepada RM4 bilion dengan alasan harga minyak dunia naik atau harga helmet dunia naik.

MeriamBuluh said...

ya betul anak klang..
kalau dia terjun masuk kem UMNO dah lama dah dia jadi menteri.
Setakat MB Selangor tu apalah sangat mungkin sekarang dia dah jadi Menteri Penuh..
Bagus pandangan kau anak klang aku pun tak terfikir macam tu...
Aku pun ada syak juga DAP Selangor nie macam ada usaha terancang nak jatuhkan DHA kerana dia sering memperjuangkan Dasar Islam PAS...
Harap2 tu penubuhan kelab penyokong DAP tak ada udang disebalik batu...

tok iskandar said...

seingat tok dulu,bapak sedara rasulullah abu talib mati bukan dalam islam.tapi beliau banyak berjasa membela Rasulullah.walaupun kebanyakan ahli umno beragama Islam tapi perangai mereka tak mencerminkan sebagai orang islam.
isu perkauman dah lapuk.tok sokong gesaan TG Nik Aziz agar brahim ali letak jawatan MP Pasir Mas.
elok kita buat undian brahim ali patut letak jawatan atau tidak.

Anonymous said...

tetap pedas,ya salam....hasan ali pilih pas sebagai wadah perjuangan beliau dan kenapa dia tidak pilih umno....masa nakhaei dalam pas dulu pernah ke sesiapa terfikir apa kah nakhaei akan isytihar masuk umno,ingat lagi ke akan kita ahli2 pas bertakbir ALLAHUAKBAR2...DI HADAPAN NAKHAEI BILA BELIAU BERCERAMAH,....berapa ramai penyokong dan ahli2 pas yg kagum dgn ucapan nakhaei yg padat dan bernas...tapi bila beliau nak isytihar masuk umno,pernah ke terfikir oleh sesiapa yg beliau berkata SAYA MASUK PAS KERANA DI ARAHKAN OLEH DATO SERI ANUAR IBRAHIM [waktu tu DSAI ada lah TPM ]UNTUK JADI AGEN UMNO DALAM PAS....HAA tu dia pimpinan yg bertaraf ulama...tapi sanggup jadi pengkhianat pada perjuangan islam,,,tu lah dia contoh2 yg patut kita ingat...bukan ada sangka buruk pada sesiapa TAPI INGATTTT

pas selangor said...

kenapa pr jadi serabut bila hassan ali buat teguran secara terbuka? adakah pr juga spt bn yg sentiasa diserang sindrom takut bersuara... hassan ali ikhlas mahu pr berbeza dgn bn yg jadi parti pak angguk, takut nak menegur sesuatu yg tak betul,spt tikus didepan kucing... takut dianggap tak sebulu dan takut hilang jawatan...
ada yg kata beliau jadi ejen umno kerana gilakan jawatan mb
pada saya hassan ali dah buktikan beliau adalah pejuang islam yg komitted menentang kezaliman, penyelewengan, rasuah,penjualan arak dikawasan majoriti muslim dan penderaan mental keatas pegawai kerajaan oleh selcat...

Malaysian said...

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

Anonymous said...

SELCAT takat ajukan soalan pada d.o. yg jadi pengkhianat pada perjuangan rakyat menegakkan kebenaran,tak seperti soal siasat sb sb yg menyoal siasat tahanan2 i.s.a.,tak juga soal siasat sprm yg menyoal siasat yg di syakki berbelas2 jam tak berhenti2,mcm tu ke selcat adakan siasatan pada D.O.2 tu yg hasan ali pertahankan sampai mangeruhkan hubungan dlm,kebebasan bersuara tu ada had nya,mcm dalam rumah tangga takkan nak di heboh2kan sampai ke media,klu tak setuju cara isteri kita menguruskan rumah tangga takkan nak pi cerita kat kedai kopi dan seluruh ahli kelurga,kan merepek dan marapu nama nya,kan hasan ali ni exco bawak le perkara tu dalam mesyuarat exco,hentam le sehebat2nya kalau hasan ali kata selcat tu tak betul,keluarkan hujah dan fakta2,kan hasan ali ni org bijak dan ada phd,nak pertahankan d.o.2 pengkhianat ni,buat le dlm mesyuarat exco,jgn le nak cari glamour di luar sampai mendatangkan mudharat pada perjuangan pakatan...pimpinan hanya datang pergi...tapi ahli ahli2 pas lah yg dari dulu sampai ke mati tetap istiqamah dgn perjuangan...tengok as syahid al ustaz ibrahim libya....beza kan dgn nakhaei...kedua2nya org baling kedah...PIUPINAN DATANG BERCERAMAH DEPAN PULUHAN RIBU PENYOKONG....PETUGAS2 PAS BERHADAPAN PULUHAN RIBU MUSUH2 PAS YG SANGGUP MELAKUKAN TINDAKAN GANAS PADA PENDOKONG2 DAN PETUGAS2 PAS,pimpinan pas datang ceramah lepas tu balik rumah peluk bini,tapi ahli2 pas tinggal kerja,tinggal bini sbb nak jayakan satu2 program pas,pas bukan sape2 punya,bukan hasan ali punya ,bukan pimpinan punya,kamu di beri amanah,jgn jadi seperti nakhaei si pengkhianat tu...

dulukini said...

Parti Zali UBN buat rekod lagi. Index rasuah Malaysia terus jatuh menjunam.

Itulah parti Zali yang dia sokong sangat sampai mati sbb makan duit rasuah.

dulukini said...

budak hingusan Zali mengganas lagi seperti monyet mendapat pisang menggunakan isu kenyataan Hassan Ali.

dulukini said...

mamat Zali cuba menyokong Hassan Ali pulak sebab parti rasuah dia tidak mendapat sokongan di Selangor. ahahhaha. mamat desperate.

Keris said...

Tuhan bayar cash..

tak tnggu lama..

mari sama2 kita muhasabah diri balik.. lihat apa keburukan yang pernah kita buat kat orang atau pada makhluk2 Tuhan atau apa amanah yang telah kita lalaikan..

ingat janji Tuhan itu Benar..

kemelut yang berlaku dalam PAS juga dalam UMNO dan adalah tidak lain utk menyedarkan kalian bahawasanya masanya telah tiba untuk berubah..

Jauhi Demokrasi..

banyakkan istighfar, berselawat dan hadirkan rasa cinta buat Ahlul Bait, Sahabat, Awliya', Tabi'in, Ulama' dan seluruh Mujahidin..

dengan keikhlasan diri penuh rasa zuhud, khusyuk dan tawadhuk..

Dengan izin Tuhan, Taufik dan Hidayah sedikit demi sedikit membuka Hijab sehingga kalian mengenal siapa Pejuang yang sebenar seterusnya menyatu dengan mereka.

Masanya ke arah Kebangkitan, sudah sangat hampir.. persiapkan dirimu dan keluargamu..

Sape PR/BN/UMNO yamg nak panjangkan zakar? said...

hidup najib!!

Anonymous said...

zali, rakyat tak perlu membuktikan hassan lali ni keldai umno. rakyat tengok songkoknya saje sah dia tu umno. kami jarang tengok dia pakai ketayap. betul kata pengomen diatas kalau hasssan melalak tu ada udang di sebalik batu. mungkin,mungkin beliau banyak berhutang dan tidak membayar maka kesempatan ini di ambil umno untuk cucuk hidungnya, macam 3 ekor barua umno kat perak. itu semua kerja orang umno, pemeras dan perasuah.

tak perlu bukti, tindak tanduk ahli politik malaysia mudah di hidu oleh rakyat kebanyakkan kecuali kamu yang rengkat otak, tipikal orang umno.mereka membuat berbagai helah tapi rakyat langsung tak percaya mereka. Buat apalah umno buat kerja-kerja kotor yang tak mendatangkan faedah pada rakyat, sebab rakyat dah sebulat suara hendak melihat umno masuk kubur selama-lamanya kerana menyebabkan perpecahan ummah.

Kau zali jangan tipu diri sendiri untuk menegakkan benang basah, bila kau semakin dewasa, kau akan merasakan apa-apa komen dalam blog ini majoritinya adalah benar kerana ketika ini kamu masih belum baligh.

Anonymous said...

tetap pedas,ya salam,hasan ali masok pas masa pas dah kuat,dulu nak cari org berani mengaku dia org pas memang susah,sekarang tiap2 kampong dah ada cawangan,hasan ali masok aje pas dah dapat jadi pemimpin sbb dia org terkenal,ada phd dan glamour dgn forum perdana ehwal islam,patut org bijak ni klu nak keluar kenyataan fikir le dulu,jgn sedap cakap mulut aje,org politik ni klu cakap kena hati2 le,klu cakap sedap mulut nanti musuh akan ambil kesempatan,hati2 ye hasan,ingattt.............

Anonymous said...

cakap jangan sebarang cakap
makan boleh sebarang makan
dah terlajak cakap buruk padahnya
lu pikirlah sendiri

Anonymous said...

tetap pedas,ya salam,cakap biar pada fakta bukan merapu aje,makan tak boleh sebarang makan,klu nak makan biar yg halal,mana boleh sebarang makan,nak makan sup terompah ke hah,ingat.....

orang klang said...

mengimbau kembali ketahun 1998
bila hassan ali masuk pas dan berceramah dipentas terbuka pas selangor telah mendapat sambutan yg cukup hebat sehingga menang 6 kerusi dun selangor dipru 1999.
hassan ali selain menang dun selangor juga menang kerusi parlimen parit buntar,perak.
sejak dari itu pas selangor yg sebelumnya hanya disertai oleh golongan pak lebai kampung telah berjaya menambat hati golongan professional dan cendikiawan moden sehinggalah spt yg kita lihat pada hari ini.tidak hairanlah selepas itu beliau menang pertandingan merebut jawatan naib presiden pas pusat.jadi saya rasa pas lebih memerlukan org spt hassan ali kerana jelas beliau mempunyai daya tarikan yg mampu menarik sokongan golongan atasan dan bawahan dikampung dan dibandar.

Anonymous said...

faktor hassan ali yg menarik org selangor pada PAS memang tak boleh dinafikan, adalah kesannya sikit2.

Anonymous said...

INFO TERBARU DIANGARKAN LEBIH 80% AHLI2 INDIA YG BERADA DI PKR AKAN MENYERTAI MAKAAL SAKTHI.

Anonymous said...

aku kritik kau, orang lain kritik aku, kau sokong dia, dia benci aku, aku suka dia, dia suka kamu.. eh! apa yang dok kecoh ni...
kurang kerjaan semuanya...
apa yang peliknya DHA kritik SELCAT, SELCAT kritik pgwai kerajaan, biasalah jadi ahli politik mesti kritik dan dikeritik... 2x5=10, 8+2=10

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

peace

man kajang2009 said...

masaalahnya bukan pasal kritik dia yang nak kita dengar.tp giler kuasa yang dia nak.jadi exco agama jagalah pasal agama.x payahla cbuk2 masuk campur urusan lain .yb khalid samad lagi cerdik.itulah payahnya kalau dulu asalnya orang umno yang reti2 nak bersepakat..lantik jer jd menteri besar di perak..bawa sekali gelaran yb adun gombak ke perak..hehe

hussin said...

pengerusi jk disiplin pas, ustaz tuan ibrahim tuan man, kini dalam lawatan ke rusia bersama setiausaha agong pas, dato mustapha ali.

hussin said...

anak klang berhujah,

"saya kenal hassan ali sejak 1985
dia selalu bagi kuliah dimasjid dan surau.forum perdana ditv1 yg lesu jadi popular dgn kehadiran beliau bersama harun din,ismail kamus,tuan ibrahim,badrul amin dll

bila masuk pas,beliau menjadi permata yg menerangi pas terutama diselangor.kalau beliau masuk umno mungkin beliau sudah lama jadi mb atau mungkin tpm...

apa yg beliau mahu ialah pas berkuasa diselangor dan islam dapat didaulatkan dan...
BELIAU TAK KEMARUK NAK JADI MB!"

apa tujuan mahu pas berkuasa di selangor? itu pun kalau semua dun umno boleh kat pas. katalah begitu jadinya, pas tawan semua dun umno, pastu sape agak2nya akan jdi mb? iskandar? dr shafie? dr halimah? biar cerdik ckit nak komen tu, jangan syok ketuk key board je. synchronise jari2 ko dgn otak ko...

anak klang said...

terima kasih kpd hussin kerana memberi komen kpd komen saya.
saya terima dgn hati terbuka asal saja ia membina dan tidak emosi.
kenapa jawatan mb yg kita gembar-gemborkan sedangkan perjuangan pas diselangor baru nak menampakkan hasil dan ini adalah perjuangan jangka panjang utk generasi kita akan datang...
kejayaan mutlak mungkin dicapai 20 tahun akan datang dan ketika itu hassan ali mungkin sudah tiada...
kalau pun pas menang banyak kerusi dun selangor selepas pru 13 nanti insyaallah,jawatan mb akan diputuskan oleh pakatan rakyat atas perkenan sultan,bukan hassan ali yg melantik dirinya sendiri.
sekian,terima kasih.

Anonymous said...

Orang yang komited hendak menegaskan Syiar Islam dan menuruti perintah Allah seperti Dr. Hassan Ali memang sangat tidak disukai oleh musuh Allah. Bersabarlah saudaraku.... Allah pasti akan memeliharamu.

Anonymous said...

Hasan Ali jgn patah semangat. Teruskan perjuangan mendaulatkan Islam.
Tulang Besi ko tak de keje lain ker, asyik nak mengutuk jer . Aku harap PAS pecat jer Tulang Besi nih.. Meroyan tak tentu pasal. Kalau hebat sgt masuklah pemilihan PAS nanti.. Memang kalah punyer..