"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 26, 2009

Artikel 68 : Gangguan Celcom Disebabkan Bla Bla Bla...

KUALA LUMPUR- Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku hari ini disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas - Sinar Harian

IlyTrolak : Berani aku katakan bahawa kenyataan oleh Celcom di atas atas bohong semata. Mereka menjelaskan bahawa gangguan hanya melibatkan kepada perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Apa yang berlaku kepada aku dan isteri aku ialah tiada langsung liputan yang diterima. Ini bermakna semua perkhidmatan tidak dapat digunakan. Apakah yang mereka maksudkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Shazalli Ramly?

Nampaknya mereka tidak bersedia dengan perkhidmatan yang sebenar. Iklan bukan main gah, tetapi nak cover untuk rakyat Malaysia sahajapun dah tak mampu.

Hari ini pula aku lagi hangat hati. Lain nampak macam ada. bila buat panggilan putus-putus. Aku terpaksa membuat panggilan berkali-kali. Akhirnya guna telefon rumah, baru jelas.

Aku berani nyatakan bahawa sepanjang aku menggunakan perkhidmatan Hotlink Maxis... Aku tidak pernah mengalami insiden seperti ini. CELCOM OH CELCOM...

Aku berharap pihak STMB atau TELEKOM yang menjadi kepala kepada syarikat selular ini perlu ambil tindakan drastik agar pelanggan tak lari.

Sumber - ::::: Aku Budak Trolak :::::

19 comments:

Anonymous said...

Macam mane boleh breakdown celcom? hari jumaat kereta aku rosak,aku melenting call rumah tak dapat, nyaris aku tak baling phone aku.

Mula aku terpikir nak tukar ke line Digi pula. Pikir-pikirlah Celcom. lain kali kalau jadi macam ni sah aku berhijrah talian. Tiada maaf bagimu lagi.

Anonymous said...

STMB dah lama berkubur..Telekom ada lagi tapi sekarang dah jadi TM saja dah..TM pun tak boleh nak buat apa dah sebab depa ni ( CELCOM ) dah tak nak duduk dalam TM lagi dah depa dah join company baru AXATIA..hutang dah habih bayaq lari..dengan lesen celular yg Telekom punya dulu ( 011 )pun depa hangkut sekali..la nie TM pun dah tinggai Tahik Minyak saja dah..

C++ said...

Bhai...

Gua guna 3 provider serentak... 3 handphone ... hehehehe

Anonymous said...

sekarang kan byk pone 2 line so celcom x leh pakai guna la maxis pulak mcm aku ni.... beli pone china yg murah 2 sim. habis citer..........tp katanya digi lg bagus. betul ker.

Kepala Tahi.. said...

BIASALAH tu...syarikat2 kroni di Malaysia...cuma nak kutip dinar sahaja...servis no dua no 3...yang penting tipu pelanggan...pas tu tunggu duit masuk akaun syarikat...pas tu isytihar rugi..pas tu minta duit rakyat cover...senang aje...dia belajar berniaga dengan kepala bapak dia orang...

Anonymous said...

Celcom bukan TM. CEO dahulu, A Wahid kroni Khairi jual & keluarkan dia dari kumpulan TM. Ramai orang orang Celcom memang bodoh sombong, tak nak dengar dan tunduk pada pengurusan TM. Nak ikut cakap depa aje. Macam depa aje le yang pandai. Ni, ambik kau

kuna said...

celcom berukband pun sama

zali said...

memang berukband pun terganggu
bukan panggilan sahaja.

saya access dari cyberjaya pada
hari tersebut...2 kali call 1 300
111 000

call pertama depa reset sim card
dan boleh access dalam sejam
lepas tu disconnected.

call kedua gay celcom tu
kata...'maaf encik talian kami
memang ada problem...mungkin
malam ni atau esok baru ok'

ok tak ok sampai hari ni celcom
berukband cuma boleh lari 20-50
kbps...kepala hotak dia!

nak layan lagu raya kat youtube
pun tak boleh...apa ingat celcom
bagi free ker guna berukband?

Anonymous said...

Betul2.. berukband pun haprak. Klo terlambat bayar sket terus suspend padahal servis teruk. Malas nak bayar

Anonymous said...

aku rasa celcom ni patut bagi ganti rugi kepada pelanggannya....dh service macm c***i... rumah aku kt tg. malim pun kadang2 pun tak ada line...

bond0134331159 said...

poji and geng

aku pun tak lama lagi nak berhijrah ker 007 ops! 017
nanti aku bagi nick baru aku....BOND still ada ,,,,,nombor aje lain 017

kalau ambik tune talk boleh dapat ticket kapal terobang free....

best tu!

tengala said...

Raya tahun depan kalau berlaku lagi kesesakan talian apa pulak mereka nak tipu...
Apa2 pun kasihan kat pekerja CELCOM bawahan jadi mangsa..
Duit untung syarikat pemimpin UMNO kebas sponser PRK/PRU...

Pakkam said...

Kelakar betul la celcom ni. dah la satu malaysia pengguna dia tak dapat pakai line hampir satu hari, diorang pun tak dapat kontek technician diorang sendiri. pasal technician diorang sendiri pun atak dak line hari tu. silap-2 geng technician dok sibuk makan kuih raya ngan lomang. hahahaha. adakah ini kerana celcom tak bayar bonus atau celcom kedekut haji bakhil nak upgrade barang? enjin standed mana nak larat bawak gi racing brader....

dolmeow said...

PAKAI LA MAXIS LEPAS NI DATUK NANDA BOLEH TAKR OVER RAJA GULA

Anonymous said...

aku guna 2 talian celcom 013&019, 24/09/09 khamis kebetulan rumah aku ada majlis raya, aku x dpt call kawan dan kawan x dapat call aku.... kecewa aku dg celcom ni..

Anonymous said...

HARI TU SAYA BENAR2 MARAH KAT ANAK LELAKI SAYA BILA SAYA TAK HUBUNGI DIA,YG SAYA MARAH TU KRN DIA TUTUP TEL,BILA SAYA JUMPA DIA SAYA MARAH KRN ADA HAL PENTING TAPI KENAPA DIA TUTUP TEL DIA,DIA KATA TAK TUTUP PUN...TAK TERFIKIR PUN CELCOM YG PUNYA HAL...KALAU TAK MAMPU NAK JAGA KEPENTINGAN PELANGAN...TUTUP AJE SYARIKAT TU ..JGN MENYUSAHKAN AJE.....POOORAAA..BETUL2 BIKIN ORG SUSAH..

Anonymous said...

tiap2 tahun pun ada raya....tapi tahun ni jer celcom ada masaalah?. ni masaalah betul2 ke atau masaalah buat2?

ada tak perasan?.

beberapa website sudah di hack....beberapa website sudah di block....susah nak masuk....ni kerja siapa?

bayangkan jika ini berlaku.....

servis tel mudah alih dan internet servis diBLACKOUT sepenuhnya....TIADA KOMUNIKASI!....jadi apa siKERA jaan tu nak buat, rakyat akan terkapai2 tak tahu menahu....hanya tunggu berita kat media prima dan suratkhabar depa ajer....selepas beberapa hari, bila 'urusan' mereka sudah selesai, ramai orang sudah dipekap masuk kem kamunting (Isham pondan tu sudah beri amaran dia akan penuhkan kem dengan tahanan ISA yang baru!), baru mereka jadikan servis normal semula....

Rakyat tak boleh bertindak.....

Ada mungkinkah ini perkara si KERA2 tu buat test-run atau rehearsal.....aku langsung tak percaya gomen kera2 ni.....

The MIND!!!

Anonymous said...

Sepatutnya celcom menambahkan kapasiti bila menjelang raya ataupun apa-apa perayaan. Apa yang aku dengar U-Mobile pun tumpang platform celcom, itu pasal lagi teruk.

Anonymous said...

CELCOM MOST STU*ID!!
Shazali mesti bukak mata la!
da KAYA patut upgrade lama dah.
MAXIS dulu masa majoriti pakai xjadi ceni pon!

Ingat mtk maap ja ada guna?customer maapkan??
kalo korg bagi discount 80% or tambah kredit 200 ringgit pon kami tetap xmaafkan.

24hb rumah ada majlis, ada yg balek ja xtau jalan, xley cal.
memang kecewa dgn celcom.

dala salu line putus-putus.
malu ja.

aku convert 017 ak p celcom, n tambah lagi 1 line celcom, ingat nk tolong company melayu tapi ceni plak balas kat kami.

harap iklan ja bagus.
CEO kena cerdik lagi, mtk maap ja buat orang lagi meluat.

kalo jadi lagi ramai yang nak tukar line.
harap CELCOM belajar.
buat apa yang patut skg.

ada oang tu pangkat tinggi, rambut panjang, tapi sayangnya akal x panjang macam rambut dia.

kami pengguna celcom kecewa.
harap CELCOM jadi lebih baik.
kalo jadi lagi tiada maaf bagimu.