"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 26, 2009

Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008

Ada orang dalam blog dan beberapa orang PAS yang saya kenal begitu galak mempertahankan tindakan Hasan Ali. Dalam blog ini, antaranya adalah Anak Perelih yang mempertahankan tindakan Hasan Ali habis2an. Kepada Anak Perelih, saya nasihatkan, keluarlah dari PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi talam dua muka.

Hujah mereka yang paling jitu itu adalah seperti yang dihujahkan oleh Anak Perelih seperti dibawah :

Blogger Anak Perelih said...

salah satu isu yang menyebabkan Khir Toyo bukan lagi MB ialah isu hadiah penyapu... jadi, jangan jadikan selcat sebagai 'penyapu' yang menyebabkan PR hilang kuasa... culprit yang perlu di buru ialah ADUN BN... Pegawai daerah itu perlu diambil sebagai saksi untuk menyiasat dan menghukum ADUN BN... bukan mereka dihukum dengan memalukan mereka menerusi cara soalan soalan diutarakan... cuba baca ni....
Jelas Anak Perelih ni tak kaji keputusan PRU 2008. Mungkin sebab dia asal Perelih, jadi dia tak tau apa yang berlaku di Selangor. Di Perelih, PAS Perelih cuma dapat 2 kerusi dari 15 kerusi dan gagal memerintah. Baik Anak Perelih pegi nasihat PAS Perelih tentang bagaimana nak menang Perelih dulu. Berenti buat kacau kat negeri orang.

Hakikatnya adalah Melayu di Selangor cuma 50%. Dan pegawai2 Kerajaan di Selangor berjumlah 23k orang. Hakikatnya lagi, UMNO menang 19 kerusi DUN di mana kerusi2 tersebut semuanya majoriti Melayu (60% ke atas).

Sekiranya telah berlaku pemberontakan pegawai2 Kerajaan Selangor pada 2008, nescaya UMNO tidak akan mampu memenangi 19 kerusi DUN. Ini kerana bila kita banding dengan Terengganu pada 1999, di mana berlaku pemberontakan pegawai2 kerajaan, UMNO di Terengganu pada 1999 hanya menang 4 kerusi.

Dan dari prosiding2 SELCAT membuktikan pegawai2 kerajaan di Selangor dengan senang hati melepaskan wang rakyat berjumlah berjuta2 ringgit untuk membantu kempen UMNO dan BN sewaktu 2008.

Saya nak tanya Anak Perelih serta kesemua puak2 fraksi UMNO dalam PAS, apa bukti pegawai2 kerajaan di Selangor memberontak dan menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU 2008? Mana buktinya wahai pencacai UMNO dalam PAS sekelian?

Anak Perelih pegi masuk UMNO la. PAS tak perlu orang macam awak dalam PAS. Negeri sendiri pun semput, jangan kacau negeri orang lain.

Hakikatnya, PR menang 36 kerusi dari 56 yang dipertandingkan hasil dari :
  1. Pengundi2 Cina dan India
  2. Pengundi2 Melayu Urban
  3. Pengundi2 Pro PAS dan PKR yang tegar yang sememangnya kadar mereka tinggi berbanding negeri2 lain kerana Reformasi berlaku di Lembah Kelang pada 1997.
UMNO mendapat sokong padu dari pengundi Melayu kampung yang jelas telah berjaya "dibeli" dengan wang rakyat yang dilepaskan oleh para DO2 yang sekarang ini panas punggung sebab nak kena jelaskan kepada rakyat.

Sememangnya lah pegawai2 ni panas punggung sebab mereka telah membantu UMNO dengan sukarela sewaktu Pilihanraya 2008 lepas.

Dan Hasan Ali boleh sokong puak2 pengkhianat ni? Hasan Ali ni betul PAS atau dah jadi barua UMNO?

Kepada pencacai2 UMNO dalam PAS seperti Anak Perelih, berentilah bercakap kalau takda fakta. Kan dah malu sekarang ni? Betul tak.

Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO. Mereka pegawai2 senior dan mustahil UMNO akan menaikkan orang2 yang bukan kuat UMNO untuk memegang jawatan2 kanan dalam Kerajaan Negeri.

MUSTAHIL, MUSTAHIL, MUSTAHIL

Tulang Besi

34 comments:

Anonymous said...

Ada ke tak SELCAT tanya kepada Pegawai tinggi K'jaan tu yg begitu kamcing dgn ex MB dan geng UMNO tu apa yg depa dapat, cek jgn tak cek ? Ta kan nak diamkan kut ? korek jgn tak korek !!! Yg ce Hassan ni apalh ngok.Belajor tinggi tapi bertambah ngok. Tanya pulak dia apa yg dia dapat masa dia freelance dulu. Skrg time balas jasa kut.? tanya tanya jgn tak tanya. 2 x 5 kali kali jgn tak kali. banyak tu.

tengala said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

tengala said...

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


BACA DAN NLAI SENDIRI KEPADA PENYOKONG2 PR..JANGAN KIRA NAK DENGAR CAKAP TULANG BESI SAHAJA...
AWAL2 LAGI AKU RASA MEMANG ADA YANG TAK KENA..
HASAN ALI CUBA DISINGKIRKAN OLEH DAP KERANA BELIAU SERING MERPERJUANGKAN DASAR ISLAM....
LIHAT PKR COOL SAHAJA DALAM ISU NIE TAK BISING2PUN

Sendiri said...

saya berharap pr lebih terbuka kepada kritikan..bukan dengan kritan punca perpecahan tuduh menuduh...Hasan Ali berhak memberi kritikan...lain kali kita mesti utamakan pemimpin islam...

tengala said...

Kepada Anak Perelih, saya nasihatkan, keluarlah dari PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi talam dua muka.

Sudahlah langit biru, kau ni memang balachi fraksi UMNO.

Kau lebih layak jadi budah suruhan UMNO.

Point kau semua tak logik dan tak berasas.


KEPADA TULANG BESI KALAU SEMUA KOMEN PENYOKONG PR YANG MEMBELA HASAN ALI KAU SURUH JOIN UMNO LAMA2 HABISLAH PENYOKONG PR...
SEBENARNYA KAU NIE YANG UMNO KOT...SEMUA ORANG YANG BANGKANG KAU PUNYA PENDAPAT DI LABELKAN FRAKSI UMNO...
KALAU KAU JADI KETUA PERANG ALAMATNYA LARI MALAM LAH KAU PUNYA TENTERA TAK PUN KAU YANG TEMBAK MEREKA KERANA FRAKSI MUSUH...

Tulang Besi said...

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.
.

Apa bukti kaedah SELCAT ini menghina dan menjatuhkan maruah?

Setakat ini, dakwaan menjatuhkan maruah dan menghina ini hanyalah DAKWAAN KOSONG HASAN ALI semata2.

Tiada bukti dan tiada asas.

Hanya kerana pegawai2 yang disoal itu mendakwa mereka terasa terhina bukan bukti.

Ini kerana mereka sendiri tidak perlu merasa terhina dan hanya perlu menjawab soalan yang diberikan

Keadaan menjadi panas apabila pegawai2 itu tidak mahu menjawab soalan dengan penuh ataupun cuba menyembunyikan fakta.

Kita semua tahu yang pegawai2 ini telah datang bertemu dengan Dati hasan dan Dato hasan tidak pernah pun merujuk kepada SAaari Sungib, wakil PAS dalam SELCAT untuk mendapat maklumat yang asas dan balance.

Tulang Besi said...

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.
.

Apa bukti kaedah SELCAT ini menghina dan menjatuhkan maruah?

Setakat ini, dakwaan menjatuhkan maruah dan menghina ini hanyalah DAKWAAN KOSONG HASAN ALI semata2.

Tiada bukti dan tiada asas.

Hanya kerana pegawai2 yang disoal itu mendakwa mereka terasa terhina bukan bukti.

Ini kerana mereka sendiri tidak perlu merasa terhina dan hanya perlu menjawab soalan yang diberikan

Keadaan menjadi panas apabila pegawai2 itu tidak mahu menjawab soalan dengan penuh ataupun cuba menyembunyikan fakta.

Kita semua tahu yang pegawai2 ini telah datang bertemu dengan Dati hasan dan Dato hasan tidak pernah pun merujuk kepada SAaari Sungib, wakil PAS dalam SELCAT untuk mendapat maklumat yang asas dan balance.

Tulang Besi said...


KEPADA TULANG BESI KALAU SEMUA KOMEN PENYOKONG PR YANG MEMBELA HASAN ALI KAU SURUH JOIN UMNO LAMA2 HABISLAH PENYOKONG PR...
SEBENARNYA KAU NIE YANG UMNO KOT...SEMUA ORANG YANG BANGKANG KAU PUNYA PENDAPAT DI LABELKAN FRAKSI UMNO...
KALAU KAU JADI KETUA PERANG ALAMATNYA LARI MALAM LAH KAU PUNYA TENTERA TAK PUN KAU YANG TEMBAK MEREKA KERANA FRAKSI MUSUH...
.

Jangan takut, bila puak2 macam kau keluar PAS dan masuk UMNO, lagi aman PAS dan PR ni.

Puak2 kau ni sikit sangat tapi suka buat kacau sebab korang duduk dalam tempat strategik.

Itu je.

Anonymous said...

sudahla tulang besi..apa kebaikan yg ko dapat ngan buat sume benda ni..hassan dah kuar kenyataan,ko tetap nak pertikai ikut kepala otak kau..lantak ko lah...

EQUILIBRIUM said...

bro,

mungkin anak perelih tu sama spesis mcm mahathir jenis melayu mudah lupa hahahaha. memg kita tak nafikan ramai pegawai tinggi/senior kerajaan negeri kebanyakan pro amno. mungkin sbb hidup mati depa utk amno.

anak perelih lupa kot peragai haramjadah suk perak masa pakatan memerintah. bila amno rampas kuasa bertambah haramjadah perangai suk tersebut.

hanya org pas yg bengong mcm anak perelih je buat2 tak nampak.

EQUILIBRIUM said...

kalau ikut logik hasan ali teman boleh kata begini je la..cuba hangpa pikir adakah suruhanjaya(?) menghina linggam korek2 mahathir mudah lupa eusoff chin?

adakah inkues tbh menghina pegawai sprm yg berhati mulia dlm menjalankan tugas mereka?

kadang2 teman pun pelik dgn mulut hasan ali ni. tak salah menegur rakan2 dlm pakatan. tapi biar kita tahu apa yg kita mahu tegur. biarlah alasan yg diberi menunjukkan kita cerdik dlm menegur.

tengala said...

Hahahahaa
Lihat apa aku cakap...
Semua yang tak sealiran dengan kau punya pemikiran dilabelkan Fraksi UMNO..
Zali,Parpukari datang sini ambik balik kau punya mambang dari blok
PERISIK RAKYAT...
Kepada TP elok dikeluarkanlah penulis artikel macam nie..Jangan nanti jadi macam Blok Perak Ekspress ada penulis sesama parti gabungan pun nak dibelasahnya...
Hahahahaha
Kasihan kau Tulang Besi..siapalah yang bertuah melayari kau punya blok tu...

Tulang Besi said...

Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:

“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.
Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:

“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”

Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:

Anonymous said...

org yg paling bijak dlm dunia tulang besi, tanpa tulang besi selangor tak akan jatuh punya ke tangan PR, semua org tak bijak semua org fraksi umno, kenapalah pas tak ambik tulang besi jadi YB mesti naik pangkat jadi Exco, aman tenteram selangor, mana mana negeri yg belum jatuh ketangan Pr boleh ambil TUlang besi jadi penasihat strategi. Org Pas ni tak nampak langsung kebijaksanaan Tulang Besi ni dalam mencatur strategi pilihanraya ke politik. kalau PAS johor ambik tulang besi jadi calon ke mesti menang pas kat Johor, Calon Bagan Pinang pun boleh dibagi kepada Tulang Besi,

Prof. Era Pasca said...

isu nih telah di famauskan oleh UMNGOK DAN MEDIA tv3... yg sebuk org pas cam tulang besi dok pecaya watpe...? HASSAN ngan KHALID elok je minum teh tarik bersama... still nk tgk TV3 nape?
elok je pendapat HASSAN (banding umgok dulu sape pun tak leh bersuara)… takde pn cam TV3 nye pemahaman… tapi nk tegur tak yah wat pressconfrance sbb nnt TV3 olah bagi sedap org tertipu je, antar surat dekat ketua perhubungan PAKATAN bncang isu ni…
setuju?

Anonymous said...

Yang aku takutadalah orang JIM nak mengambil alih kepimpinan haraki PAS. Nasib baik Husam kalah walaupun yang menang tu pun tak boleh pakai. Setidak-tidaknya cita-cita puak JIM dengan cara menjatuhkan lawan seperti ini belum lagi berjaya.

dulukini said...

Dalam isu Kenyataan Hassan Ali orang-orang UBN dan PAS yang talam dua muka umpama kera atau monyet yang mendapat pisang. Terlompat-lompat nak jadi hero semuanya. Kalau dah tak suka PR dan lebih suka UBN pergilah keluar masuk UBN yang penuh rasuah. Baru sedikit isu dah terkinja kinja nak ugut keluar, iman tak teguh langsung.

Anonymous said...

"Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri."

klau azmin ali dan teng x cukup wibawa lagi,mungkin apa yg dimaksudkan hasan ali adun s'gor berwibawa ialah spt mat tempe dan kuncu2 umngok kut!

rakyat bkn buta,kita bleh beza siapa tu hantu dan siapa tu org.

Anonymous said...

Allah Maha Agung....
Allah Maha Esa....
Allah Maha Merancang....
Allah Yang Mengizinkan....

Sejak 8 Mac 2008, sudah 8 kali DIA mengizinkan pilihanraya kecil. Ada yang DIA matikan, ada yang DIA izinkan jadi KATAK. Ada yang terima DUIT, ada yang DAPAT DUIT dari Najib sebab SUDAH TENAT BERHUTANG!!!

Semuanya Allah sudah tunjukkan....itu semua banyak DIA MEMBONGKARKAN TAHI, PEKONG, TABIAT, PUTAR ALAM umno.....

Sekarang ni, DIA juga yang mengizinkan perkara baru.....perkara TALIBARUT umno yang duduk dalam KERA jaan sebagai PEGAWAI KERA jaan, yang 'pindah' rumah apabila Anwar kena BALUN oleh mamak tu, ada 'lari masuk PKR, ada 'tukar angin' masuk Pas....hakikatnya, otak, hati, mata, telinga, kaki, tangan umno....pendek kata, bagi orang2 ni, umno tu ibarat AGAMA....BERDOSA kalu ditinggalkan!. Maka kini, selcat sudah MELONDEHKAN seluar mereka, dan seluar dalam mereka BERJENAMA umno.....mereka2 ni semua PENGKHIANAT bangsa dan boleh BERSEKONGKOL dengan MB dan ADUN2 umno Selangor lalu MENCURI DUIT NEGERI.....untuk BERTAHAN dalam PRU 12 lalu. Maka SAPA LAGI YANG WAJAR BELA mereka kalu bukan 'mereka2 yang seangkatan!'....maka hasan Ali ni pun jadilah BARUAH TULIN UMNO.....memang dia dari awal BERDARAH umno.....yang 'tukar angin' masuk Pas KUNUNnya dia 'menyebelahi' Anwar dan reformasinya......

Allah swt SEBENARNYA sedang MENAPIS DENGAN TAPISAN YANG HALUS siapa yang DIA hendak MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MENJAGA AGAMA SUCI NYA, Islam.....

Tulis lah apa yang nak DITULIS, apa YANG DIFIKIRKAN, APA YANG HENDAK DIBOHONG, dan APA YANG HENDAK DIPUSINGKAN.....tulislah....dan hasan CAKAPLAH.....cakaplah....BELA lah pegawai2 KERA jaan tu yang hidung nya sudah dicucuk oleh toyol.....bela lah.....

orang melayu tengok ajer PERANGAI BURUK LAGI BUSUK, JIJIK, KEJI mainan umno ni....yang tak habis2.......mamak tu dok belakan tabir...juak2 depan tabir bercakap2, bersorak2, cakap berpusing2....orang melayu hanya tersenyum....pasal seluar semua sudah terlondeh.....Pandai BERPOLITIK?......

Semua sedang DIMAIN oleh DIA!

The MIND!!!

Anonymous said...

HIDUP HASAN ALI!!

Anonymous said...

anon 5.38,

ha hah!...(itu ajer yang kau mampu jawab?)

memanglah hasan ali hidup....kalu tak dah kita ramai2 gi kubur dia, TALQINKAN!....tapi Allah tahu SIAPA HASSAN ALI NI!....dan ramai lagi yang SEWAKTU DENGAN NYA!!! (termasuk kau!)...PhD dia pun umno TAJA....mahadei yang confirmkan perkara ini la!!!

The MIND!!!

abdurrahman said...

cuba perhatikan sekali lagi potongan kenyataan hassan ali agar kita lebih jelas tengtangnya sebelum kite terus melatah...

1. "saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan"

2.Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

3. Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

4.Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

5. Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

berdasarkan kepada kenyatan hassan ali diatas tidakkah ia sekadar bermaksud memberi pendapat untuk memperelokkan lagi pemerintahan kita? kenapa harus cepat melatah diatas kenyataan hassan ali itu? berkenaan cadangan hassan ali tentang keanggotang selcat itu, tidak kah ia baik untuk kita semua? pernahkah hassan ali membuat kenyataan bahawa keanggotaan selcat yan sedia ada ini adalah zalim? berat sebelah? tidak profesional dan sebagainya? yang ada hanyalah sekadar pendapat untuk menjadikan keanggotaan selcat itu bebas dari pengaruh-pengaruh luaran dan dalaman..dan yang paling penting adalah selcat itu tidak mudah dipergunakan oleh pihak tertentu terutamanya BN untuk mempengaruhi rakyat tengtang kebolehpercayaan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan berkenaan sebagaimana ketidakpercayaan kita terhadap pemilihan barisan panel hakim oleh kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah politik..

Bukan Hang Tuah Bebal.. said...

Itulah pasal dalam BN UMNgok sejak di KOPERATkan oleh Mamak Det mulai UMNO baru..BN Umngok dipenuhi dengan KEPARAT2 SYAITAN EKONOMI yang berkarat...senang cakap tak peduli dosa pahala lagi...atau KAFIRlah lagi senang cakap...boleh fitnah orang liwat senang2 boleh sumpah Quran senang2...KEPARAT2 ni masih berkuasa dalam UMNGOK dan ada yang meresap dalam PKR dan PAS....jadi MELAYU yang betul2 sayangkan Islam hati2lah..jangan sampai tikam mukminin pulak....

Hasbullah Pit said...


Jelas Anak Perelih ni tak kaji keputusan PRU 2008. Mungkin sebab dia asal Perelih, jadi dia tak tau apa yang berlaku di Selangor. Di Perelih, PAS Perelih cuma dapat 2 kerusi dari 15dan gagal memerintah. Baik Anak Perelih pegi nasihat PAS Perelih tentang bagaimana nak menang Perelih dulu. Berenti buat kacau kat negeri orang.


Prejudis sungguh.
Orang Melaka tiada hak bersuarakah kalau tiada kerusi dimenangi?

Anonymous said...

alo abdurrahman,

asan ali ni, tak payah lah nak BELA dia pasal isu selcat ni....tengoklah tindak tanduk dia secara KESELURUHAN kat selangor....yang dia cakap ni CUMA nak buat DAMAGE CONTROL ajer.....

Orang dah nampak salah pencak silat dia....dah sumbang....tak selari dengan kedudukan dia sebagai exco negeri.... Tapi lagak dia lebih untungkan umno.....pegi lah tinggalkan Pas.....Awang Selamat dalam utusan tambah minyak....Awang selamat sedang TUNGGU Pas keluar kerajaan PR!....tak selarikah tindak tanduk asan ali ni ngan umno @ Awang selamat @ Utusan meloya tu?

Ingat, Allah sedang MENAPIS di kalanga orang2 Melayu ni, SIAPA yang DIA MAHU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEMBELA dan MENJAGA KESUCIAN agamaNYA, ISLAM!....

Itu yang DIA rencanakan, rancang apabila DIA mengizinkan 9 PRK sejak PRU 12 lalu.....

Rancangan Allah swt itu LEBIH PENTING DAN LEBIH JELAS DAN MENGATASI segala rancangan umno KEPARAT lah!

The MIND!!!

tengala said...

PPIM: Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm -Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

Kenyataan penuh rujuk malaysiakini..
Kalau ada orang yang support tu maknanya memang satu pandangan yang baiklah tu...

Anonymous said...

Khir Toyo kalah piliharaya bukan apa, sebab sebat duit rakyat saja. dia ingat rakyat malaysia ni bodoh macam dia, lalu di kebasnya siang dan malam. Aku bukan tak kenal khir Toyo ni, masa kat U dulu dia ni bukan cerdik sangat.

Anonymous said...

dr maamor ni pencacai umno, kenapa beliau tak komen pasal SPRM yang melakukan penganiayaan keatas TBH sampai mati. Apa nak hairan kalu Saiful bukhari dia sokong Masa PRK Pmtg Pauh, sah dia ni otak tak betul.

Tulang Besi said...

MeriamBuluh said...
PPIM: Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm -Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.
.

Eloklah, ambik kenyataan dari Dr Maamor, seorang barua UMNO yang terkenal.

Eloklah Dr Maamor pegi pertahan pegawai2 yang korup dan barua UMNO sebab dia pun barua UMNO jugak.

Anonymous said...

Kalau tulang besi bersuara jangan ada org lain negeri pandai pandai nk menjawab, tulang besi cerdik pandai, kenapalah MB selangor tak ambik dia jadi Setpol ke, SETan (setiausaha akhbar negeri selangor) Negeri-negeri yg PAS tidak menang jangan pandai pandai bagi pandangan termasuk hasbullah PIT kau jaga ajelah pit kat melaka dengan MUTA LIGAT, ligat dah muta tapi tak menang gak kat melaka, negeri kau org tak ada org cerdik le hasbullah pakar perancangb strategi, kenapalah kat melaka PR tidak dapat menawan Negeri walhal masyarakat melayu kat sana tak lag banyak sangat. Maybe tak ada org mcm tulang besi ke yg ada backbone je kot

Anonymous said...

http://umnoampang.blogspot.com/2008/07/barisan-kepimpinan-umno-bahagian-ampang.html

Ketua Bahagian : Datuk Dr Maamor B. Osman

Anonymous said...

Tulang besi bila anda mula menggunakan bahasa sampah...awak lihat komentar yang diberi..semua tiada akhlak.....

Insyaallah tegurlah dgn beradab..mungkin apa yang kita sangka baik itu tidak baik kepada kita atau mungkin sesuatu yang kita sangka tak baik itu rupanya baik kepada kita...

ikhlas....

TKR STUDIO said...

Aku banyak berurusan dgn ketua2 jabatan di Perak. Memang ketua2 jabatan ni boleh dikatakan 95% adalah proksi UMNO atau memang org UMNO sendiri. Kesilapan utama PR perak ialah tidak menyingkirkan talibarut2 ini terlebih dahulu. Hassan Ali sepatutnya, jika hendak menegur atau mengkritk perlu mengikut saluran yg betul.Kena pandai berpolitik. Setiap kenyataan mesti menguntungkan parti.

tengala said...

Memang la Datuk Dr Ma'amor Osman tu proksi UMNO aku pun tahu...
Tapi cuba kita lihat disebalik kes nie kurang2nya nada dia senada dengan PAS Selangor inilah caranya orang berpolitik menarik ramai lagi sokongan ahli2 koperat UMNO bukannya cara kamu semua asal UMNO sahaja langsung tak boleh bawa berbincang...
Yang sokong PAS atau PR sekarang nie pun banyak yang dari UMNO bukannya dari kayangan...
Hasan Ali tu pakar motivasi tak ramai orang yang mampu mendapat title tersebut jadi biarkanlah dia dengan idea2 beliau yang kita sukar memahami..
Satu lagi aku respek 100% kepada penyokong atau pemimpin UMNO yang menyertai PAS.