"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 25, 2009

Hakim Dalam Prosiding SELCAT Adalah Rakyat

Oleh kerana itulah, maka dalam prosiding SELCAT tidak ada hakim dan tidak ada penghakiman serta pemberian hukuman kepada pesalah. Malahan, tidak ada sesiapa yang akan dilabel sebagai pesalah ataupun pelaku kesalahan.

Prosiding ini adalah untuk mendapat penerangan dan penjelasan dari sesiapa sahaja di dalam apa-apa sahaja topik yang bersangkutan dengan perjalanan dan pentadbiran negeri Selangor terutamanya di dalam isu yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Selangor.

Hasil dari prosiding dan penjelasan serta kenyataan yang diberikan seterusnya akan diedarkan kepada rakyat supaya rakyat negeri Selangor memberi penghakiman. Sekiranya terdedah berlakunya jenayah dalam sessi2 soal jawab ini, maka terpulang kepada pihak Peguam Negara ataupun LA negeri untuk mengambil apa2 bentuk tindakan undang-undang. Malahan pihak perseorangan juga berhak mengambil tindakan sivil hasil dari perbincangan dan prosiding ini.

Oleh kerana itulah juga, sessi soal jawab ini dipanggil “prosiding” dan bukannya “perbicaraan”. Ini kerana sessi ini tiada hakim, tiada peguamcara, peguambela dan tiada juri. Tidak ada yang dituduh bersalah dan tiada yang perlu membela diri. Hanya sessi soal jawab supaya rakyat dapat menghakimi. Namun, pihak yang dipersoal-jawab itu ada hak untuk membawa peguam mereka bagi tujuan mendapat nasihat undang-undang sewaktu prosiding ini berjalan.

Misalnya, sekiranya DO Kelang, Bukhari Husin memberitahu bahawa beliau terpaksa mempercepatkan kelulusan peruntukan ADUN untuk tujuan kempen pilihanraya BN, maka rakyat Selangor kelak akan menghakimi Barisan Nasional dalam PRU ke 13 kelak. Ini kerana arahan pencepatan proses tersebut datang dari BN dan bukannya DO tersebut.

Prosiding Anjuran SELCAT Adalah Perkara Normal Dalam Mana-Mana Demokrasi

Amalan prosiding yang dianjurkan SELCAT ini adalah amalan yang amat normal dan tidak menjadi apa2 keaiban kepada mana-mana orang sekalipun. Ianya menjadi amalan normal dalam semua Negara Komenwel dan Negara2 Demokrasi yang Maju.

Saya sendiri pernah membaca transkrip Prosiding JK Senat Amerika dalam hal berkaitan Pengganas yang dipengerusikan oleh Senator Bill Mitchell. Dan pada waktu itu, wakil dari Negara Sudan telah dipanggil ke Senat di Amerika untuk menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan. Sudan pada waktu itu diwakili oleh saudara Hasan Turabi. Dan hasilnya, Negara Sudan telah Berjaya dikeluarkan dari senarai negara2 pengganas.

Contoh lain adalah sewaktu MP dari Britain, George Galloway, mengadap JK yang ditubuhkan oleh Senat Amerika kerana terdapat tuduhan bahawa George Galloway menjual senjata kepada Saddam. Peluang tersebut digunakan George Galloway untuk membantai pentadbiran Bush serta mempersoalkan JK tersebut kenapa tidak dipanggil Dick Chenney yang jelas telah menjual senjata kepada Saddam Hussein?

Sila tonton prosiding atau sessi soaljawab tersebut di bawah :

Ertinya, SELCAT mempunyai hak untuk memanggil sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Selangor atau bukan rakyat Selangor untuk menghadiri sessi tersebut dan menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh mereka.

Namun akhirnya rakyat yang akan menjadi hakim.

Tulang Besi

20 comments:

Sape PR/BN/UMNO yang nak panjangkan zakar? said...

takbirr!!

Anonymous said...

Assalamualaikum!

Terima Kasih diatas penjelasan Tuan....

Bertambah sedikit maklumat dalam minda ini...

Terima Kasih sekali lagi

Assalamualaikum!

-Taiping-

Anonymous said...

yang peliknye _kenapa? SELCAT tak panggil 'Wildcat Elizebth' untuk diproceeding.. hakhakhak

Anonymous said...

Bahawasanya rakyat Malaysia selaku hakim dan juga peguam negara dengan ini menjatuhkan hukuman bahawa ADun-Adun BN dan pemimpinnya Khir anak Toyol bersalah atas kesalahan menyalahgunakan wang pembayar cukai rakyat dan kini di hukum menjadi pembangkang di Selangor buat selamanya-lamanya.

Reformasi!Reformasi!Reformasi.

Anonymous said...

Refomasi!juboq!!!Reformasi!juboq!!!Reformasi!juboq!!!

Anonymous said...

Negara akan hancur! kalau Pakatan Pembangkang diberi peluang menguasai KL kerana YB2 mereka tidak tahu mentadbir hanya mahir berbalah.. Pas salakan DAP, DAP salahkan PKR

Anonymous said...

Najis bukan suka kat Altantunya sebab dia suka main juboq ka?

Unknown said...

Saudara,
Penjelasan ini cukup bagus, tapi nampaknya Hassan Ali tak faham?

Kalau kerajaan tempatan boleh luluskan peruntukan sewenang-wenangnya kepada ahli politik, meraka boleh juga “JUAL”apa saja yang mereka mahu?

"public hearing" kat Amerika, dirujuk oleh ahli house of representative(MP)dan senate sebagai panduan / membuat keputusan penting. SELCAT serupa dengan Public Hearing,tapi Hassan macam tak faham aje?

Anonymous said...

Orang umno dan pencacainya suka pada perkataan jubo!liwat!jobo!liwat, tahniah kerana bermazhab pada 1Malaysia, MasterJIB. 1Umno semua dah kena kencing oleh mat monggol.

Anonymous said...

Orang PR dan pencacainya suka pada perkataan jubo!liwat!jobo!liwat, tahniah kerana bermazhab pada 1Malaysia, MasterJIB. 1PR semua dah kena kencing oleh mat SABU.

Aku rasa kalau isu SELCAT ni Ronnie Liu yg bercakap mesti penjilat2 PR x berani bersuara tp disebabkan Dr Hassan Ali yg berckp ramai la melayu2 PR nak tunjuk bijak. Memang dasar penakut.......

Anonymous said...

1Malaysia tu mat altantuya yang punya akidah. Buat apa nak copy and paste idea orang. Tipikal orang umno otak sampah. Bahasa yang dia tau jubo!liwat!jubo!liwat, last sekali berjangkit pada mat jubo umno JJ dan mat monggol. Penyakit virus paling bahaya B1N1(Barua Najib).

zali said...

kalau itu lah SELCAT nya...rakyat
tak akan dapat menghakimi dengan
adil kerana berat sebelah...

tulis dulu nama orang selcat yang
di lantik untuk kes baktiar
husin...kami nak dengar!

kalau semua dah orang pr...pr je
la yang betulnya.
orang nak buat selcat awak nak buat selcat jugak...

selcat orang telus tapi selcat
awak cuma layak di gelar asscat.

hassan ali memang steady...tahniah

Tulang Besi said...

Blogger zali said...

kalau itu lah SELCAT nya...rakyat
tak akan dapat menghakimi dengan
adil kerana berat sebelah...
.

zali,

cuba kau cerita sikit mcmna SELCAT ni berat sebelah?

CUba bagi bukti boleh tak?

Orang UMNO ni semua dunggu, contohnya kau zali

dulukini said...

si mamat zali nie mmg takkan paham sebab dia orang dungu UBN. Kita PR lain dan adil so tak perlu pening kepala pasal dia orang nie.

Bagi parti dungu UBN bagi dia orang kroni adalah hakim tapi bagi PR rakyat adalah hakim sebab parti dungu UBN tak pernah paham benda2 cam nie dari dulu hingga kini.

dulukini said...

Index rasuah Malaysia semakin teruk semua ini adalah kerana kerajaan bangsat UBN yang disokong zali.

dulukini said...

Bila isu Hassan Ali bersuara orang UBN seperti zali melompat seronok kerana dia orang tak ade isu bagi menjatuhkan kerajaan PR.

Aku jamin 101% orang macam zali mesti seronok macam kera or monyet seperti mendapat pisang dari Hassan Ali dan pisang tersebut dipergunakan untuk menunjuk-nunjuk mengatakan mereka(zali) dapat pisang. Ptuihh mmg macam kera zali nie.

Anonymous said...

juak juak UBN mula bersuara sumbang setelah Hassan Ali bersuara. Dasar pengecut. Dah salah mengaku sajalah UBN. Duit rakyat berjuta-juta korang habis masih tak mengaku terutama sekali zali bangsat.

tengala said...

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


BACA DAN NLAI SENDIRI KEPADA PENYOKONG2 PR..JANGAN KIRA NAK DENGAR CAKAP TULANG BESI SAHAJA...
AWAL2 LAGI AKU RASA MEMANG ADA YANG TAK KENA..
HASAN ALI CUBA DISINGKIRKAN OLEH DAP KERANA BELIAU SERING MERPERJUANGKAN DASAR ISLAM....
LIHAT PKR COOL SAHAJA DALAM ISU NIE TAK BISING2PUN

Tulang Besi said...

Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:

“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.
Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:

“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”

Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:

Anonymous said...

Zali, PAC kerajaan BN pasal skandal PKFZ sampai sekarang tak boleh mendakwa sesiapa yang durjana menjahanamkan wang rakyat.

Kau nak suruh Selcat tiru PAC buat apa? PAC tu sampah je, nak lakon kat rakyat, ketua PAC tu hanya pandai cara bini baru saja, lain dia tak tau nak buat apa, orang Perelih lah tu, ulu banat kampungnya.