"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 25, 2009

Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?

Diberitakan bahawa beberapa orang D.O telah memboikot sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Faktor berlakunya boikot ini adalah kerana telah berlangsung “sessi soal jawab” terbuka antara SELCAT yang dilantik DUN Selangor bersama beberapa pegawai kerajaan negeri Selangor.

Sessi soal jawab ini (atau lebih dikenali sebagai proseding) telah dilaksanakan terutamanya dengan D.O. dari Kelang bernama Bakhtiar Husin. Isu yang dipersoalkan adalah bagaimana D.O. tersebut boleh meluluskan projek bernilai RM4 juta berhampiran waktunya dengan PRU 2008.

Bakhtiar selaku D.O. Kelang mengakui telah mempercepatkan kelulusan serta mengeluarkan peruntukan tersebut untuk memberi impak yang besar (kepada wakil rakyat Barisan Nasional) yang sedang berkempen mempertahankan kerusi mereka. (Rujuk laporan Malaysian Insider dibawah)
Dato' Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Tiba tiba, selepas pendedahan ini dibuat oleh DO Kelang, yakni mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato' Hasan Ali tiba2 datang untuk mempertahankan tindakan D.O. ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnaya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?

Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan memberi alasan kononnya sessi soal jawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitakan Dato Hasan berkata :
Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?

Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini?

Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?

Juga, sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?

Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO?


Hairan pula saya. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23

Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Dilaporkan oleh The Edge Daily:
Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.

Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.

42 comments:

langit biru said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 )

Saudara!
Pastikan siasat telah benar-benar dilakukan sebab musabab yang sebenar mengapa Hassan Ali pertikaikan Selcat.

Jangan Saudara terima berita dari media-media dan terus menghukum Hassan Ali.

Ingat, ayat Quran di atas!

Tulang Besi said...

Saudara,

Laporan media di atas adalah laporan rasmi yang setakat ini tidak dinafikan oleh Hasan Ali.

Dan Hasan Ali ada masa yang cukup banyak serta peluang yang terbuka luas untuk menafikan atau membetulkan kenyataan beliau.

Laporan2 yang saya ambil datang dari PELBAGAI SUMBER dan bukan satu.

Di situ ada sifat "muttawatir" nya.

ismat said...

Dalam hal berkaitan maruah pimpinan PR seringkali kita disuruh seldiki dulu kerana katanya berita tu tersebar dari sumber 'umno' utusan dll..masalahnya sekarang apakah hasan ali kaji dulu apa yg didengarinya? apakah beliau dah berdepan dgn jawatankuasa terbabit atau ahlinya utk diminta penjelasan atau meminta bantuan MB?...main terjah je susah la...macamtu seronok la jadi pemimpin buat apa aje orang pasti backup..
PAS selangor udah-udah ler...lantiklah pesuruhjaya baru...pastikan yang benar2 dapat tarbiyah dan pernah join usrah dari awal sejak 'grassroot' lagi... ni memanjang berbeza dengan misi PAS pusat apa citer?

langit biru said...

Benar dari media. Akan tetapi, harap dapat diselidiki media siapa punya. Jangan media UMNO yang punya.

Saya fikir, saudara perlu bertanya khabar terus dari mereka yang rapat dengan Hassan Ali atau dari Hassan Ali sendiri.

Saya sekali-kali tidak mempertikaikan kewibawaan saudara, cuma satu peringatan jangan kita masuk perangkap lawan.

Kedua, kiranya saudara benar-benar mempunyai bukti kukuh tentang pengkhianatan Hassan Ali, labih wajar saudara kemukakan segala bukti terus kepada Kepimpinan PAS dan Kepimpinan Pakatan rakyat. Tiada gunanya kita membuka pekung didada sebegini yang sedikit sebanyak boleh melemahkan PR sendiri. Artikel saudara mungkin boleh diambil oleh pakar-pakar spinner BN/UMNO, menjatuhkan PAS/PR.

Apa yang saya nampak, gagasan PR hari ini banyak berbicara atau menyampaikan pendapat,kritikan secara terbuka melalui media, bukan didalam medan atau mesyuarat yang sepatutnya.

Perbezaan pendapat adalah lumrah, dan boleh dirungkaikan dalam semangat mesyuarat.

Anonymous said...

Saudara,

Laporan rasmi yang diambil dari pelbagai sumber itu amat jelas menyatakan bahawa YB Dr. Hassan Ali tidak pernah mempertahankan tindakan DO tersebut.YB Dr. Hassan Ali hanya memberi teguran akan perjalanan perbicaraan terbuka SELCAT supaya berjalan dengan adil dan tiada unsur-unsur tekanan berlaku.Tidak nampak YB Dr. Hassan Ali mempertahankan maklumat-maklumat yang diberikan oleh DO kepada SELCAT.Yang ditegur adalah perjalanan perbicaraan.Dulu semasa perbicaraan tentang urus dana BALKIS pun YB Dr. Hassan Ali memberi respons yang baik kepada penubuhan SELCAT ini.DO adalah penjawat awat kanan yang sentiasa berurusan dengan kerajaan negeri.YB Dr. Hassan Ali hanya ingin menjernihkan semula hubungan antara pihak DO dengan pihak kerajaan negeri berikutan terdapatnya rungutan DO terhadap perjalanan perbicaraan SELCAT tersebut yang menekan mereka.Terbukti DO ini memberi kerjasama dalam memberikan maklumat-maklumat penyelewengan yang dilakukan oleh adun2 bn terdahulu tetapi biarlah dilakukan dengan cara yang adil dan tidak menjatuhkan maruah DO ini.

lepat said...

bukan Hassan Ali yg naikkan isu ini di media? Dia nafikan? Nampaknya dia tiada 'semangat mesyuarat'. Dan kini S/U PAS negeri menyokong dia...

mana pergi kepimpinan ulama? inikah ciri kepimpinan ulama yg diwarwarkan oleh PAS? Dimana Hadi Awang? Adakah dia turut menyokong orang lantikkanya?

Siapa yg sebenarnya melemahkan PR? isu beer bising nak rak, isu kuil senyap kecut perut, isu do yg mmg bersalah pula nak sokong? peranan dan fungsi selcat pon tak paham... inikah kualiti yg ada pada KETUA PAS selangor?

Tulang Besi said...

YB Dr. Hassan Ali hanya memberi teguran akan perjalanan perbicaraan terbuka SELCAT supaya berjalan dengan adil dan tiada unsur-unsur tekanan berlaku.Tidak nampak YB Dr. Hassan Ali mempertahankan maklumat-maklumat yang diberikan oleh DO kepada SELCAT..

Hasan Ali mencadangkan supaya JK Selcat diganti dengan bekas hakim dsbnya.

dia juga menyuruh supaya prosiding ini dilakukan secara tertutup.

Apa ertinya? Ertinya dia tidak mengikitiraf SELCAT dan mempertahankan para pegawai2 kerajaan Selangor peninggalan UMNO ini.

Kalau pegawai2 UMNO ini tidak bersalah, mengapa mahu adakan sidang tertutup?

langit biru said...

Saya fikir, cadangan Hassan Ali supaya jawatankuasa SELCAT terdiri dari bekas Hakim, bekas pegawai tinggi kerajaan dsb adalah untuk meningkatkan Kredibiliti dan Ketelusan SELCAT, bukan bermaksud TIDAK MENGIKTIRAF SELCAT yang sediaada sekarang.

Sama halnya apabila Azmin Ali cadangkan keanggotaan EXCO Selangor perlu dikaji berdasarkan rekod semasa anggota exconya.

Prosiding terbuka, tertutup? Kita perlu ingat, siapa yang melakukan prosiding tersebut? Bukankah ahli kita sendiri yang kita beri kepercayaan kepada mereka. Bukannya ahli BN! jadi matlamat prosiding adalah untuk mencari kebenaran (bukan mencari kesalahan). Bila kebenaran tertegak, maka kesalahan juga terserlah. segala maklumat prosiding dicatat dengan baik dan disimpan dengan baik. Saya fikir, Hassan Ali cadangkan secara tertutup bagi mengelakkan pegawai-pegawai ini "dimalukan". Dimalukan mungkin disebabkan kelemahan mereka, atau ketidakpandaian mereka menangani sesuatu isu/ perkara. Tidak semestinya dimalukan disebabkan mereka bersalah!!!

Yang paling penting, matlamat prosiding untuk mendapatkan apa jua maklumat dapat diperolehi tanpa memalukan mereka.

Saya fikir, jangan kita terlalu berprasangka tidak baik kerana berprasangka itu juga jalan-jalan syaitan. Berprasangka baik lah hingga telah terbukti sesuatu kebenaran itu.

elok kita ambil iktibar TG Nik Aziz perintah Kelantan selama 20 tahun. TG Nik Aziz tidak pernah menghukum kakitangan kerajaan, atau pegawai tinggi kerajaan (yang mengundi UMNO) peninggalan UMNO.

Kita punyai pilihan. Tindakan berhemah, atau tindakan keras kepada pegawai2 kerajaan. Tindakan keras sebagaimana Kerajaan Terengganu dulu telah memberi impak besar kpd PRU selepasnya!!!

Sabarlah, hingga kita mendapat penjelasan sebenar dari Kepimpinan PAS. Terlajak kata/tulis tak boleh undur!

langit biru said...

Seperkara lagi, kalau SELCAT itu 100% terdiri dari YB, dibimbangi penyakit yang melanda BN/UMNO dimana YB ada kepentingan tersendiri terjadi kepada YB-YB Pakatan Rakyat. Maklumlah, kuasa ada ditangan, mampu menutup kesalahan masing-masing melalui penyalahgunaan kuasa!

Sepertimana apa yang terjadi kpd YB PKR Perak, sepatutnya kita ambil teladan dan pengajaran!

Saya cadangkan SELCAT itu dianggotai oleh YB,Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan, Bekas-bekas HAkim dan ahli akedemik,ulama,professional yang mampu meningkatkan kredibiliti SELCAT.

tengala said...

Aku sokong 150% langit biru...
Kalau kita lihat balik kebelakang sudah berapa banyak isu mengenai Hassan Ali ini dimainkan.Tetapi tidak pernah mendapat sebarang tentangan samada dari TGNA atau TGHA..
Sekarang nie aku rasa ada usaha2 terancang seperti nak jatuhkan DHA apabila saranan2 beliau sering mendapat keritikan...
Satu lagi aku setuju keanggotaan SELCAT di buka kepada profesional2 yang lain.YB2 nie pun bukan boleh diharap sangat ada satu ketika nampak RM juga..
Kalau penyiasatan secara tertutup apa yang nak ditakutkan..yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar tapi dalam masa yang sama kita tidak mengaibkan orang lain dan ini memang dituntut dalam Islam bukan soal nak selindung..
Cuba saudara fikir berapa ramai sekarang nie pegawai2 kerajaan yang korup juga pegawai2 keselamatan, adalah mereka akan mengundi PR jika tertewasnya nanti selepas PRU13 mereka akan di aibkan dihadapan orang ramai??Sudah semestinyalah mereka akan bermati matian mempertahankan Kerajaan UMNO sekarang.Siapa yang rugi kehilangan undi mereka kepada PR???
Jadi kita mesti memandang jauh kehadapan kesalahan yang mereka lakukan sekarang ini seperti salah guna kuasa mungkin tekanan daripada pemimpin2 politik UMNO...
Aku tidak akan khianat kepada mana2 YB PAS selagi mereka tidak khianat kepada Islam dan parti.
Artikel diatas hanya menambah buruk dalam PR dan membuatkan orang membenci pada PAS Selangor

Tulang Besi said...

langit biru said...
Saya fikir, cadangan Hassan Ali supaya jawatankuasa SELCAT terdiri dari bekas Hakim, bekas pegawai tinggi kerajaan dsb adalah untuk meningkatkan Kredibiliti dan Ketelusan SELCAT, bukan bermaksud TIDAK MENGIKTIRAF SELCAT yang sediaada sekarang.
.

Mana ada dalam sejarah demokrasi dunia, JK yang ditubuhkan oleh Badan Legislatif dianggotai oleh mereka yang bukan ahli kepada badan legislatif tersebut?

Apa yang Hasan Ali cdangkan ini adalah cadangan mengarut dan tak pernah dilakukan dalam mana2 kaedah dan negara pun.

Soalnya, Hasan Ali pun tahu yang SELCAT adalah JK yang mesti terdiri dari ahli badan Legislatif i.e. DUN Selangor?

MEngapa dicadangkan supaya diambil orang dari pihak ketiga?

Tulang Besi said...

langit biru said...
Seperkara lagi, kalau SELCAT itu 100% terdiri dari YB, dibimbangi penyakit yang melanda BN/UMNO dimana YB ada kepentingan tersendiri terjadi kepada YB-YB Pakatan Rakyat. Maklumlah, kuasa ada ditangan, mampu menutup kesalahan masing-masing melalui penyalahgunaan kuasa!
.

Errr apa asas kepada kebimbangan tersebut. Boleh tak kita nak tanya sikit?

Dan, kalau SELCAT ini hanya dianggotai YB dan perkara ini tak bagus, mengapa negara2 komenwel dan demokrasi lain melakukannya?

Kenapa negara lain seperti Britain, Jerman etc tak lantik bekas hakim untuk menganggotai JK yang ditubuhkan oleh badan legislatif mereka?

Ertinya model ini terbukti berjaya dan ianya tidak terdedah kepada salah guna kuasa.

Sudahlah langit biru, kau ni memang balachi fraksi UMNO.

Kau lebih layak jadi budah suruhan UMNO.

Point kau semua tak logik dan tak berasas.

Balik kampung tanam jagung la.

Tulang Besi said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...


Prosiding terbuka, tertutup? Kita perlu ingat, siapa yang melakukan prosiding tersebut? Bukankah ahli kita sendiri yang kita beri kepercayaan kepada mereka. Bukannya ahli BN! jadi matlamat prosiding adalah untuk mencari kebenaran (bukan mencari kesalahan). Bila kebenaran tertegak, maka kesalahan juga terserlah. segala maklumat prosiding dicatat dengan baik dan disimpan dengan baik. Saya fikir, Hassan Ali cadangkan secara tertutup bagi mengelakkan pegawai-pegawai ini "dimalukan". Dimalukan mungkin disebabkan kelemahan mereka, atau ketidakpandaian mereka menangani sesuatu isu/ perkara. Tidak semestinya dimalukan disebabkan mereka bersalah!!!
.

Jadi, sebab nak elak malu, rakyat Selangor dinafikan hak mereka untuk mengetahui kemana dan bagaimana wang mereka dibelanjakan?

Apa nak malu kalau tak bersalah. Kalau benar pegawai kerajaan dipaksa untuk melakukan korupsi, bagitau sahaja kepada rakyat. Apa yang nak dimalukan?

Pegawai yang malu tu adalah pegawai yang terlibat dalam korupsi. Diorang ni pun dapat persen.

Jadi, bila disoal macam ni, terkencing dalam seluar la.

Pegawai mcm ni Hasan Ali nak lindungi.

Langit biru, kao pakai la otak sikit. Boleh tak?

Tulang Besi said...

Satu lagi, boleh tak Langit Biru bagitau bagaimana YB2 dapat menyalahgunakan prosiding sebegini untuk kepentingan politik mereka?

Atapun Langit Biru sedang terkencing dalam seluar kerana parti dia dah semakin ditelanjangkan

Hasil dari SELCAT ini akan mendedahkan betapa korup UMNO ini. Sekarang ni pun dah terbukti UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Tinta Hitam said...

Saya semakin percaya kahbar khabar angin bahawa Dr hassan ali adalah fraksi UMNO didalam PAS..Pada awalnya saya menganggap ianya adalah fitnah semata mata.Tetapi perkembangan sejak akhir akhir ni menjadikan saya mula percaya tuduh tuduhan tu..

Anonymous said...

Aku cadangakan semua penyokong PR di Selangor berhimpun di Pejabat PAS Negeri ..demo tuntut Hassan Ali letak jawatan..waktu dia jadi ahli Parlimen P. Buntar dulu pun..tak ramai org nampak batang hidung dia!!ni nak ada angan2 jadi MB konon!!!

Anonymous said...

patutnya Hassan Ali bersuara sokong MB waktu demo kepala lembu tu!!sebab ini ada sangkut paut portfolio Hassan Ali sebagi exco agama..tapi diam seribu membisu..cam monyet hilang pisang..tapi bila bab UMNO salahguna kuasa bolelak pulak bersuara..ada ka logik dia nak lindung DO yg buat kerja taki ikut prosedur..lulus duit yg DO sendiri tau dia tak boleh luluskan..mana kah logik boleh lulus duit utk pilihanraya..sedangankan waktu adun UMNO bukan lagii seorang Adun...macam logik seorang pengurus bank yg authorise duit transfer sedangkan dia dah bukan manager bank tu..adakah logik!!!bodoh nak mampus!!!aku harap SELCAT kalu boleh bagi semua rakyat Selangor masuk waktu perbicaraan..pangil sama adun2 yg salahguna duit peruntukkan tu..biar rakyat tengok muka2 depa ni!!

Anonymous said...

klu mcm ni la lagak org2 dlm pas bleh bungkus la dlm pru13 nnt.mana pegi presiden x bersuara pun???naib presiden je ade kluar kenyataan dlm harakahdaily.apa2 pun bawak2 la berbincang klu heboh2 mcm ni bn gak la perintah malaysia sampai bila2 xde harapan la nk jd negara islam klu dok becakaran sesama sendiri

Faridshah said...

Jika ini BENAR, adalah malang dan mengecewakan jika pimpinan tertinggi dan PAS Pusat tidak bertindak serta mengambil tindakan yang tegas dan tepat. Hidup ibarat roda, kadang di atas dan kadang di bawah.
Sedih..bilamana PAS yg semakin di terima rakyat terutama bukan-Islam dan bukan-Melayu, sekarang mula menuju kehancuran dan kemunduran !!

Apakah kebebasan bersuara itu 'wajib' bercakap di depan mikrofon dan lensa kamera ?!! Awak tu kan EXCO. Sewajarnya bercakaplah, lontarkan pendapat dlm mesyuarat, usulkan mesyuarat khas ataupun utuskan surat kpd Menteri Besar. Jangan diutus surat kpd BEKAS MB pulak ! BUKAN dok syok cakap depan kamera sahaja..

"Ya ALLAH, peliharalah dan bantulah perjuangan parti ISLAM. Bantulah pemimpin yang benar2 memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Ameen.."

Selamat Hari Raya

Anonymous said...

Hassan Ali, kenapa kau nak pertahankan DO-DO tu lak...Nape kau tak pertahankan PM 1Malaysia aku...

non partisan said...

DO sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, YB dilantik oleh rakyat. So, kalau susah sangat lantik saja rakyat biasa penyokong idealistik Pakatan Rakyat yang layak untuk menuntut hak mereka dengan menganggotai selcat! yang susah kasi senang, yang senang kasi mudah!

NaNbN said...

Dato' Hassan Ali hanya sebilangan daripada YB2 yang telah menyesal 1001 sesalan!,kerana terpesong menyokong A'War dan Pakatan Pembangkang YB puon nak makan Oooiii... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna ~nasi sudah menjadi bubur apo nak dikato...

Sape PR/BN/UMNO yang nak panjangkan zakar? said...

pttmye ajak la wakil bn dlm selcat sekali...barula telus

Anonymous said...

ok...maaf kuar tajukkk....apa cita ngan osman jailu dn jamaluddin radzi sikatak lompat tentang kes rasuah mereka...senyap je.....agaknya bila mereka sokong BN kes depa ditutup....sampai macamtu pon orang karat biru tak boleh fikir lagi ka...BN ni parti rasuah laknatullah....seperti yang telah aku jangkakan...katak 2 ekor tu akan terlepas...BN memang Babi Negara....

Anonymous said...

apap kurangnya khalid samad yg diam bila isu arak di 7E dan bila PAS ditempelak oleh DAP????? Dr Hassan x bersuara isi kuil tentu dia x nak jadi lembu oleh mcm beberapa pemimpin PR ...

Anonymous said...

ahli politik malaysia tak tahu berterima kasih,hampir 1 juta wang kerajaan dikeluarkan untuk Dato' Hassan Ali amik Phd@Dr,lepas tu lompat ke Pas pulak! sama juga seperti penentang kerajaan pada hari ini yang pada asalnya belajor tinggi masuk 'U' gunapakai wang kerajaan sama seperti A'War di batu 25 jalan labuk sandakan,sabah ada ladang keluarga dinamakan ladang dato ibrahim tiada tempat DHA dan pengkhianta ke dalam UMNO/BN

Anonymous said...

biasa la PAS mana boleh ditegur. lansung x boleh ditegur apap yg dia buat semua nya betul ajer... jalan menuju ke syurga..masuk neraka kalau melawan...sebab tu pemimpin nya x bertelor penakut bacul....DAP kencing pun dia sokong... bodohhhhh

Anonymous said...

anon 7:47pm ni buta dan tuli ka? yg org dok sibuk tegur ni bukannya pemimpin BN, pemimpin PAS lah, yang hang dok cakap PAS takleh tegur tu apehal?

triple_h said...

pegawai kerajaan juga adalah manusia yang boleh memilih mana-mana parti yang dia suka. Tetapi tidak boleh mengatasi peraturan atau undang-undang yg sedia ada

Pegawai kerajaan juga adalah ejen pelaksana kepada polisi-polisi kerajaan... tak kira siapa kerajaan yang memerintah. Selagi polisi tak melanggar undang2, maka pegawai kerajaan kena la juga laksanakan polisi tu.

Tapi dalam perkara ni, apakah peraturan yang dilanggar oleh DO tersebut.. atau peraturan di manipulasi bagi memudahkan pengeluaran duit RM4juta kepada ADUN BN ketika itu, melalui maksud apakah ianya dikeluarkan? projek apa? kenapa Jabatan Akauntan tak kiuri??

Kalau selcat booleh jelaskan dengan terperinci baru kami paham.. Bagi hassan ali...baik hang pencen ja la...

Anonymous said...

Hassan Ali ni cakap je berabok tapi tin kosong sebenarnya. Eloklah PAS pecat dia, pasal perangainya telah dijangkiti virus paling bahaya pada rakyat malaysia, B1N1 (Barua1Najib1). Orang tak mau B1N1, dia pula menyokongnya. Sah dia ni Keldai Umno brtopengkan islam tapi perangai macam orang jahiliyyah.

Anonymous said...

kalau hal mencaci mencarut serah la kat PAS. Sapa2 x sokong/ x ikut telunjuk ataupun x nak jadi keldai DAP mesti kena hentam biasa la perangai PAS. Dulu bukan main lagi puja Mufti Harussani lepas tu puji melambung Dr Hassan Ali tapi bila ditegur mcm ni la jd nya. Menyesal aku pangkah PR. Next PRU mintak maap la nak pangkah parti yg terlalu maksum ni.....peranagi sama mcm DAP penjilat DAP. Bila DAP hina ISLAM, bila azan di perkecil2kan semsa isu kuil langsung x bersuara. PENAKUTTTTTTTTT. Menang ceramah kat stadium boleh la piraaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh

Anonymous said...

kalau hal mencaci mencarut serah la kat PAS. Sapa2 x sokong/ x ikut telunjuk ataupun x nak jadi keldai DAP mesti kena hentam biasa la perangai PAS. Dulu bukan main lagi puja Mufti Harussani lepas tu puji melambung Dr Hassan Ali tapi bila ditegur mcm ni la jd nya. Menyesal aku pangkah PR. Next PRU mintak maap la nak pangkah parti yg terlalu maksum ni.....peranagi sama mcm DAP penjilat DAP. Bila DAP hina ISLAM, bila azan di perkecil2kan semsa isu kuil langsung x bersuara. PENAKUTTTTTTTTT. Menang ceramah kat stadium boleh la piraaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh

Anonymous said...

Aku rasa kalau isu SELCAT ni Ronnie Liu yg bercakap mesti penjilat2 PR x berani bersuara tp disebabkan Dr Hassan Ali yg berckp ramai la melayu2 PR nak tunjuk bijak. Memang dasar penakut.......kalau nak menjatuhkan melayu serahkan kat penjilat2 PR.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Aku rasa kalau isu SELCAT ni Ronnie Liu yg bercakap mesti penjilat2 PR x berani bersuara tp disebabkan Dr Hassan Ali yg berckp ramai la melayu2 PR nak tunjuk bijak. Memang dasar penakut.......kalau nak menjatuhkan melayu serahkan kat penjilat2 PR.

September 25, 2009 1
.


Orang UMNO marah sgt dgn Ronnie Liu sebab Ronnie banyak potong kontrak kroni2 UMNO kat Selangor.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Aku rasa kalau isu SELCAT ni Ronnie Liu yg bercakap mesti penjilat2 PR x berani bersuara tp disebabkan Dr Hassan Ali yg berckp ramai la melayu2 PR nak tunjuk bijak. Memang dasar penakut.......kalau nak menjatuhkan melayu serahkan kat penjilat2 PR.

September 25, 2009 1
.


Orang UMNO marah sgt dgn Ronnie Liu sebab Ronnie banyak potong kontrak kroni2 UMNO kat Selangor.

Anonymous said...

biase ler penyokong@pengundi islam pr kalau pemimpin islam beri komen or kritik tak kira pemimpin bn 0r pr sendiri riuh seluruh malaysia seantiru dunia tapi kalau pemimpin kafir yang lakukan semua kecut bijik! pelir dah tak berjuntai lagi kenapa tak riuh ngan komen jeff oi ronnie liu nge nga karsing limchai hina islam cara melulu pon tak bising dasr lu.. semua penjilat DAP! cam salleyub tu..

Anonymous said...

Melayu penjilat umno memamg anti DAP. Buat apa nak suruh melayu lain jadi penjilat bontot umno? Melayu umno saja yang pengecut takde otak, sebab perkata melayu dalam bahasa indonesia sendiri bermakna "lari". Jadi memang benar melayu tu pengecut, lebih2 lagi macam melayu Anon 746 diatas.

dulukini said...

Yang salah tetap salah sekiranya hassan ali salah dia kena mengaku. SELCAT ditubuhkan bagi mengenal pasti kemana duit rakyat dihabiskan jadi tak perlu dipersoalkan lagi wahai hassan ali kerana yang menjadi adalah adalah rakyat Msia.

Bagi juak2 UBN mereka nie kalau boleh nak mencari salah SELCAT kerana tembelang mereka akan pecah kalau SELCAT terus menyiasat, itu aje.

TAK AKAN pangkah PR.. said...

Kalah menang dalam PRU13 tak penting...yang penting DUIT rakyat dah salah belanja oleh YB2 dan Pegawai2 manusia bertopeng Syaitan..
kalau PR dah berkuasa...masih terkial2 nak siasat..jangan harap nak menang lagi PRU13...selamat jalan wahai PR...

Anonymous said...

Anon 707

Buat ape kau nak pangkah PR, kau pangkah BN sajelah, memang semua siasatan tak kan selesai sampai kiamat dan apabila kamu mati di hidupkan semula.


Contohnya Lingam, Mat Altantuya, PKFZ, kapal selam, Mahligai Toyo,SPRM dan kau cakap ape saje, macam-macam ade.

Eloklah kau jadi karat buat selama-lamanya, dulu dan kini, sebab otak kamu dah penuh dengan tahi umno.

Anonymous said...

Jarum UMNO dah berjaya mencucuk penyokong PR terutamanya PAS