- “Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.
Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?
Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?
Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.
Seterusnya kenyataan itu berkata:
- “Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”
Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?
Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?
Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:
- “Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”
Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.
Tulang Besi
KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.
Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.
Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.
Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.
Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.
Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.
Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.
Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.
32 comments:
setuju!!! ganti Hasssan ali dengan KHALID SAMAD..ATAU BAKISTANI..ATAUPUN TULANG BESI...KALAU SEMUANYA TAK BERKALIBER...AMBIK AJE HUSSAM MUSA...
HASSSAN ALI TAK RETI NAK IKUT DAP DAN PAKR...DALAMPAKATAN RAKYAT KITA MESTI SETUJU DENGAN DAP DAN PKR...DEPA TAK SETUJU DENGAN KITA TAKPE KITA BOLEH TOLAK ANSUR!!!
HASSSAN ALI TAK RETI NAK IKUT DAP DAN PAKR...DALAMPAKATAN RAKYAT KITA MESTI SETUJU DENGAN DAP DAN PKR...DEPA TAK SETUJU DENGAN KITA TAKPE KITA BOLEH TOLAK ANSU.
Betul, kita kena setuju dgn DAP dan PKR, jangan setuju dengan UMNO
tu dia, pembawa taik dari kelab UMNgOk dah bersuara, pandai hampa guna nama orang. kah kah kah
baling taik, lepas tu sorok tangan, biar sama2 PAS bergaduh, ini kerja UMNgOk sejak puluhan tahun.
Mcm ni juga kerja agen Mosad Yahudi, Zionis = Nazi = Umno, cuma bangsa je lain-lain.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Lambat laun Blok nie pun lingkup angkara Tulang Besi..
Topeng Perak kenapa la kau bagi aksess kat penulis yang terlebih sudu dari kuah...
Memang benarlah telahan ramai orang kau nie Tulang Besi pemecah belah PR..."MEE CELUP"
selcat tak membawa erti
apa-apa...cuma SYOK SENDIRI.
belum apa-apa pemimpin sendiri dah
di anggap tolol dan dungu hanya
kerana mengeluarkan sedikit
pendapat.
rakyat satu m'sia akan
meng'ignore'kan selcat ni...ada
tak apa tak ada pun tak apa
rakyat satu m'sia juga nak tengok
selcat memprosidingkan kes orang
pr pulak...
selcat dah jadi asscat dan sikit
lagi sudah jadi...asshole!
Meriam Buluh,
para blogger pro PR menghormati pendapat orang lain.Semua komen samada pro atau kontra disiarkan termasuklah komen biadap yang mencarut dan kata kata lucah dari penyokong penyokong BN.
Sayang sekali blog pro BN tidak begitu.Mereka cuma menyiarkan komen komen yg pro BN shj.Mereka enggan mengambi lkira kritikan kritikan pembaca.Takda class langsung.Tu sebab BN semakin jatuh
Blogger zali said...
selcat tak membawa erti
apa-apa...cuma SYOK SENDIRI.
belum apa-apa pemimpin sendiri dah
di anggap tolol dan dungu hanya
kerana mengeluarkan sedikit
pendapat..
takda erti pun skrg lobang BN dah pecah.
Kitorang semua dah tau, BN guna wang rakyat untuk kempen pilihanraya.
hahahahaha takda erti la tu ye.
Lambat laun Blok nie pun lingkup angkara Tulang Besi..
Topeng Perak kenapa la kau bagi aksess kat penulis yang terlebih sudu dari kuah...
Memang benarlah telahan ramai orang kau nie Tulang Besi pemecah belah PR..."MEE CELUP".
Telahan orang ramai mana tu? Orang kat PAS Kawasan aku skrg ni dok suruh aku balik dan aktif semula kat Kawasan.
Kao nak cita apa sekarang?
Pasal kucing lagi... Naik loya tengok berita dok kecoh pasal apa menatang selcat ni. Penting sangat ke selcat ni.. Boleh tolong orang miskin ker.. atau boleh mengurangkan kadar jenayah di negara ni? atau boleh bantu taraf pendidikan dan kesihatan rakyat negara ker? Boleh ke tak boleh, tolong jawap Hassan Ali.. Bukan apa.. Penyebaran berita SELCAT ni melampaui dan melangkaui apa yang sepatutnya..
Tulang besi,
Depa dah terbogel, jadi depa kenalah larikan cerita....tanya yang bukan2 pulak, laga2kan orang Pas antara pemimpin dan penyokong, adu dombakan Pas dengan orang2 melayu.....guna selcat ni
ari tu lagakan PKR dengan DAP guna Eli Wong, Toyol pun sekarang orang dah tau apa agenda dia...dah takut PELURU masok KEPALA BANAnya?.....itu semua mainan umno.
Sekarang, pakailah TALIBARUT umno pulak.....orang yang pura2 masuk PKR dan Pas.....hassan ali, zulkifli nordin.....yang cina pun ada gak umno bela.....nak dijadikan macam Lee Lam Tye nanti....inilah umno yang PANDAI MAIN POLITIK.....depa tak sedar, atas pentas terlalak terlolong, tapi orang melayu berdekah2 sebab masing2 dah terlondeh seluar dalam!.....pun tak perasan lagi tuuu...
ramai yang anonymous tu penggiat debat...termasuk datuk kat atas tu....eleh tahu bersepah.....tangan penuh tahi....BUSUK baunya....hati KAUDU.....makan hak rakyat....tipu terang2 guna anggota KER jaan.....lagi si asan ali ni nak melalak.......
asan, yang sedihnya, tuhan agama umno ni dah tak nak terima kau masuk agama dia, umno......kau jadilah hantu raya tunggu kat simpang2 kacau orang nanti......malulah oi.....PHd TAJAAN umno rupanya. mahadei yang confirmkan perkara ini.....alahai....apa cerita ni oi.....bloggers tajaan umno nak jawab.....kau orang pun takde kerja lain duduk depan laptop BANTU DAN BELA umno.....pun macam asan ali gak, dapat tajaan umno?....
Kita orang Islam YAKIN bahawa rezeki datangnya dari ALLAH swt....BODOH!.....yang datang dari umno tu bukan rezeki....itu suapan, rasuah.....istilah cina....CARI MAKAN MAA!!!
Tulis lagilah.....pusing lagilah....cucuk lagilah.....
The MIND!!!
Tinta Hitam
Bukannya penyokong PR tak boleh terima sebarang kritikan kepada pemimpin PR.
Tapi biarlah tuduhan yg di buat tu berasas bukan dikutip ditepi longkang kemudian disajikan kepada pelayar internet..
Aku bukan fanatik kepada Hasan Ali tetapi bila lain yang di cakap lain yang di ulas aku rasa sudah lari dari matlamat asal.
Bila beliau berusaha keras nak mengurangkan penjualan arak di Selangor ada tak komen dari Tulang Besi menyokong usaha beliau????
Hampeeehhhh..
Bila DAP keluarkan kenyataan menyelar tindakan Hasan Ali mempertikaikan perjalanan Selcat bukan main lantang lagi membantai beliau..
Telahan orang ramai mana tu? Orang kat PAS Kawasan aku skrg ni dok suruh aku balik dan aktif semula kat Kawasan.
Kao nak cita apa sekarang?
Elok sangat lah tu kau balik belajar dari orang berpengalaman..
cuma aku harap jangan kau dok pecah belahkan PAS kawasan kau sudahlah...
maruah pegawai kerajaan nak di jaga, maruah rakyat malaysia dihina tak mengapa.
Inilah Hassan Ali manusia bertopengkan islam dan hanya pandai menjual agamanya untuk kepentingan dunia yang sedikit.
Ingat! gaji pegawai kerajaan di bayar oleh wang pembayar cukai rakyat.
Kalau tak boleh ditegur, letak saja jawatan untuk di isi oleh orang lain. rakyat adalah majikan bukan pegawai kerajaan. kalau cakap banyak Hassan Ali dan semua pegawai kerajaan yang bongkak boleh belah. Ingat! rakyat yang memberi sesuap nasi jangan tuba di balasnya. jadilah manusia yang bersyukur.
Pegawai kerajaan ni patut bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan, buat apa nak di bela. mereka ni gaji di bayar guna duit rakyat. Kerajaan DAP dan PKR pelu hentam betul-betul dengan mereka ni , barulah dia orang buat kerja dengan betul. Cuba lihat Singapura , pegawai kerajaannya lebih baik dari pegawai kerajaan Selangor, DAP perlu mengaturkan agar pegawai kerajaan Selangor dapat belajar dari Singapura. Kalau boleh tambahkan bilangan kakitangan dari kaum INDIA dan CINA.
Heh..Hassan Ali.. ini orang kau nak percaya.. jgnlah. Dia ni orang yang dalam gelap malam jumpa Khir Toyol nak tubuh kerajaaan.
Aku satu sen pun dah tak percaya dengan dia ni..
Tp nak buat mcm mana kalau Presiden sendiri dah lantik dia jadi Pesuruhjaya Selanogr.
Aku nak bagi tahulah kalau ni masih lagi tak nak diturunkan... aku akan keluar PAS.
Masa Isu Arak Hassan Ali berdamai dengan abang besar, dan semuanya OK. Cerita ni di ulang kembali, orang dah muak, macam rancangan Raya Astro.
hassang ali ni sapo dia? yang dok buat motivasi sampai sejam lapang ribu tuh?
nak jadi mb pun sabaqlah dulu..
tak bodek UMNO pong boleh jadi mb lah..
nik azizi selalu kutuk UMNO..
tu pun sampai sekarang masih mb..
Masa Shahrir Samad jadi pengerusi PAC.. masa tu isu Laporan Ketua Audit..kes perbelanjaan melampau harga kontrak IKBN.. (masa tu juga sepatutnya PKFZ dah keluaq tapi ditarik balik)..Masa tu Shahrir dijulang sebagai hero BN..org yg dpt membawa perubahan kpd BN.. tp last2 lepas habis prosiding PAC..apa ja tindakan yg diambik?? Yg dikenakan tindakan kerani yg terima barang..
Skrg cita Selcat pulak.. Adakah Hassan Ali cuba nak jadi hero?? Hero kpd sapa? kpd rakyat atau kpd kktgn/pegawai kjaan. Apa yg pegawai kjaan mengaku masa prosiding adalah pekara betul, dia disuruh amno keluarkan duit cepat2.. dia pon takmau dipertanggungjawabkan... ini semua kerana desakan org politik... Kenapa tak panggil org politik yg bg arahan tu??? Org politik mmg byk cmpur tgn dlm urusan pentadbiran.. tgk la apa menteri org kampung buat kpd TKSU kementerian org kampung yg tak mau ikut ckp dia yg tak ikut peraturan.. teruih kena pi kolam JPA.. Abih tu Hassan Ali tu sapa?? Dia pon org politik jg...!!
Sebenarnya orang melayu PAS dan PKR tak pandai mentabir Selangor. Jawatan Menteri Besar Selangor sepatutnya di berikan pada DAP, itulah yang sebaiknya, tentu tak banyak Masalah.. Pegawai Kerajaan Negeri selangor tentu dapat menjalankan kerja dengan baik di bawah pemerintahan DAP (Pakatan Rakyat) daripada melayu yang selalu berbalah sesama sendiri. Derikan jawatan Menteri besar Selangor pada DAP.
Pelik sungguh Orang Pakatan Rakyat, sejak bila orang pakatan Rakyat membela penjawat Awam. Polis, Tentera, SPRM, DLL semuanya kaki rasuah, Anjing BN, dan macam macam lagi. Tiba-tiba nak bela penjawat Awam. Malklum lah sekarang ni PAS nak undi POS, nak menang pilihan raya. Ada udang sebalik batu. Cerita macam ni orang dah jemu.
Bagus la SELCAT boleh jadi macam SPRM. Nanti ada pegawai kerajaan pula bunuh diri sebab soal siasat macam Nazi. Boleh ambil peguam masa inkues... Tahniah kerajaan PR kerana mengikuti jejak langkah kerajaan BN.
KUASA PAKATAN RAKYAT LEBIH HEBAT DARI KUASA TUHAN.. JIKA TUHAN MENJAHANAMKAN UMAT PELIWAT.. PR MEMULIAKAN PELIWAT SETARAF ULAMA PEMIMPIN AGUNG.
MALAYSIA BAKAL DIPIMPIN PELIWAT AGUNG SEBAGAI PM.
BANGSA MELAYU PR SEMEMANGNYA LAYAK DIPIMPIN OLEH SEORANG PELIWAT DAN PENZINA..
HEBATNYA PEMIMPIN AGUNG BANGSA MELAYU PR.. PAS ..
HIDUP HUDUD..
KERENA ANDA BEBAS JADI PELIWAT..
DENGAN SYARAT JANGAN LIWAT BERKAWAN MELEBIHI LIMA ORANG.
KUASA PAKATAN RAKYAT LEBIH HEBAT DARI KUASA TUHAN.. JIKA TUHAN MENJAHANAMKAN UMAT PELIWAT.. PR MEMULIAKAN PELIWAT SETARAF ULAMA PEMIMPIN AGUNG.
tak habis2 lagi mangkok UMNgOk dgn isu liwat, siapa yg muliakan peliwat, tak usah nak auta la. peliwat zaman nabi lut buat kerja terang2, dah jadi kebiasaan bagi mereka, liwat berleluasa, sebab tu kena bala. org yg kau tuduh tu betul ka dia buat, silap tuduh kau yg tak pasal dapat bala kena laknat. aku harap sangat puak mcm kau ni kena terbalik mcm kaum nabi luth, sbb tuduh org tanpa bukti
tunjuk baik konon, sokong hudud, pirahhh... ptuihhh. satu sen tak guna.
gamai pulok cik2 anon....pusing2 cakap tapi last2 hentam PR....eleh macam pondan siam ajer gayanye...
peliwat mana yang anon ni cakap....kes LIWAT 1, hancur pendakwaannya....mahadei mamak ajer yang kata kes ni dia ada bukti...mahadei ni sebenarnya ikut telunjuk Yahudi....kalu ada bukti, kenapa mamak ni tak berani naik mahkamah?. pasal yahudi suruh, dia kena buat!. dia sudah tidur sebantal dengan Yahudi sejak 1968!. semua orang melayu tak tahu isu politik mahadei ni....dia BERGURUKAN yahudi bernama Henry Kissinger sejak 1968.....itulah sebabnya, dah 83 tahun umur dia, dia masih sibuk merencanakan urusan politik....yang akhirnya bertaburan tahi2 umno merata tempat....
namun masih lagi ramai orang2 melayu yang memuja mamak kutty dari kerala ni....apa yang situa ni pakar adalah politik sekular yang yahudi ajar.....maka macam yahudilah perangai dia....mungkin sehingga lubang kubur agaknya!
lebih malang lagi adalah masih ramai orang2 melayu umno yang 'bertuhankan' mamak kutty ni.....
The MIND!!!
hidup Ronnie Liu kamu lah pilihan teraik rakyat.....sebab apabila kamu bersuara x de sapa2 yg berani komen kecuali hassan ali sjer.
hidup 2k khalid samad, khalid brahim hero kuil heheheheheh... dulu surau nak kena roboh , kpg sg rasa nak kena roboh kecut telorrrrrrr mana dia pejuang2 perusuh2 jalanan PAS...
tapi kalau bab kutuk sesama melayu mmg lah kerja melayu PR...
anon 3.24,
nampak sangat umno rancang semua ni kat selangor DAN guna DOKTOR PhD tajaan UMNO jadi WIRA!.....pasai apa?....si toyol teor dah termasuk takut kena paluru?....atau aje cakap kena ugut pasal orang dah benci, nak kena senyap!
jelaslah MAINAN umno dah terburai semua rahsia.....pak2 sedara aku pulis pencen dan pesara2 semua senyap tahun ni tak bagi lagi 'khutbah politik supaya terus memuja umno' setiap pagi raya....abang2 aku yang tua2 generasi 55 keatas yang berdegar2 memuja mahadei pong dah sonyap!.....TERMALU akibat KEPANDAIAN umno MAIN politik DAN MEMAKAN diri!.....
aiyah.....anon....letihlah layan pandai kau orang main politik ni....walhasil, terburai dan terbarai TAIK2 umno merata tempat....MEMALUKAN PENYOKONG2 TUA TEGAR kamu semua ajer....
inilah PETANDA umno nak berkubur?...kita tunggu TINDAKAN DRASTIK dan TERPAKSA mamak mahadei tu.......
The MIND!!!
Salam...apapun jika ada perbezaan pendapat..berbincanglah dgn baik dan berhemah. Elakkan guna bahasa kesat dan kasar. Kat sini bukan org2 bodoh yang baca...Insyaallah org2yg terpelajar...
Tulang besi...jaga bahasa kamu. Tegurlah dgn beradab. Tak salahkan..mesej sampai dan dapat difahami dgn baik. Insyaallah natijahnya pun baik.
Jgn tuan hanya mengadap komputer saja..kena juga kerap hadir majlis ilmu....
Tuan org bijak dan baik..so plz gunakan bahasa yang lebih beradab. Tiada manusia yang sempurna. Hanya sanya Allah shj yg kekal abadi.
To Anon: 12:43 AM
Ini adalah salah seorang mangkuk yang tak ikut perkembangan semasa. Orang semua dah habis isu liwat tapi dia masih nak berliwat. Dasar orang UBN makan suap.
Orang macam ini takut kat DSAI sebab nanti habis semua rahsia makan suap kerajaan didedahkan.
Isu PKFZ saja baru satu tapi masih ade banyak file kat Putrajaya untuk diselongkar.
Hassan Ali tu PAS PUSAT dah tegur tapi tak reti-reti bahasa nak buat cam mane??? kenalah berkasar sikit.
Hidup Najib!!
Tulang besi...jaga bahasa kamu. Tegurlah dgn beradab. Tak salahkan..mesej sampai dan dapat difahami dgn baik. Insyaallah natijahnya pun baik..
Terima kasih atas nasihat saudara. Saya akan laksanakan secepat mungkin.
Cuma kadang2 saya ni emotional sikit sebab tak tahan dengan orang yang mahu merosakkan perjuangan Islam.
Aku cuma nak bagi sikit komen tentang Dr Hasan ali ...dia ni sebenonyer bukan le ustaz macam pemimpin pas yg tak sewaktu dengan nye..dia cuma pakar motivasi je klu nak dimabil kira tentang ilmu agamanye tak seberapa pun dia banyak bercakap mengikut hukum akal je lebih kurang astora jabat tu ..tu pasal le dia gila nak jadi menteri beso yg dijanjikan umno.
Post a Comment