"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 18, 2009

Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?

Dalam pendedahan rakaman Dialog Hasan Ali/Nasaruddin bersama Blogger yang terbaru (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/rakaman-dialog-siri-2-perbincangan.html), Nasaruddin Mat Isa mendedahkan bahawa pada 24 April 2008, Ustaz Harun Din telah menulis sebuah kertas kerja bertajuk “Tahaluf Siyasi Pasca 2008”.

Di akhir kertas kerja tersebut disebutkan beberapa pilihan. Salah satu pilihan adalah mengadakan perbincangan dengan UMNO. Kertas kerja tersebut dibentang dalam Mesyuarat Majlis Syura pada 24 April tersebut, tetapi perkataan UMNO ditukar dengan mana-mana pihak.

Ustaz Nasaruddin juga mengatakan dalam masa sebulan selepas pilihanraya umum 2008, Ustaz Harun Din telah melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Penang (tidak di Perak). Atas motivasi inilah kertas kerja bagi mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Dengan kata lain, Ustaz Harun Din merasakan bahawa Islam dan Melayu dalam bahaya di negeri-negeri Pakatan sehingga membenarkan PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO berdasarkan perkembangan hayat kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sebulan (dalam kes Perak tidak sampai seminggu).

Apa Salah kerajaan Pakatan Rakyat pada Islam dan Melayu?

Itulah persoalan yang tidak dihuraikan oleh Dr Harun Din, mahupun Nasaruddin Mat Isa mahupun Dato Hasan Ali? Hayat sebulan kerajaan2 Pakatan Rakyat ini adalah SANGAT PENDEK bagi membuat kesimpulan Pakatan Rakyat memusuhi Islam?

Juga, apa hujjah kita mahu bercakap dengan UMNO dalam hal berkaitan Islam dan Melayu sedangkan UMNO mempunyai ‘track record” memusuhi serta menentang Islam. Bayangkan dalam bulan pertama Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Itulah dia contoh betapa kuatnya Islam pada UMNO itu.

Sumber Kelentong Terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Adalah Hasan Ali

Malahan, kesemua pendedahan Hasan Ali berkaitan dengan Selangor pun semuanya fitnah. Misalnya, Hasan Ali pernah melaporkan kepada AJK PAS Pusat bahawa bilangan melayu dalam PBT di Selangor berada pada tahap 30%, Juga, Hasan Ali lah yang melaporkan pada JK PAS Pusat bahawa Teresa Kok menghalang azan di Selangor.

Semua di atas adalah fitnah-fitnah yang dilaporkan oleh Hasan Ali yang mungkin menjadi asas kepada kertas kerja Dr Harun Din tersebut.

Malahan dalam isu arak sekalipun, ia hanya menunjukkan kejahilan serta kebodohan Hasan Ali dalam isu tersebut. Walaupun Enakmen Syariah Selangor mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, namun Enakmen tersebut tidak mengharamkan penjualan arak dalam kawasan majoriti Islam.

Juga, dalam isu SELCAT, apakah Islam yang hendak diperjuangkan Hasan Ali dengan mempertahankan pegawai2 kerajaan yang korup dan bertanggungjawab terhadap kekalahan 12 dari 20 kerusi yang PAS bertanding sebelum ini?

Sudah lebih setahun kerajaan Pakatan Rakyat berjalan, namun tiada satu bukti yang menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat anti kepada Islam dan orang Melayu.

Hujjah Dr Harun Din serta Nasaruddin Mat Isa menyokong perbincangan dalam gelap dengan UMNO ini hanyalah berdasarkan kepada fitnah-fitnah yang dilayarkan oleh Hasan Ali.

Hasan Ali diluar berkokok macam ayam jantan, tapi dalam mesyuarat exco senyap macam tikus. Dalam mesyuarat antara SELCAT bersama DO2 yang dipertahankan Hasan Ali itu pun, Hasan Ali telah membisu seribu bahasa.

SELCAT dan Hasan Ali

Lagi satu kelentong Hasan Ali ialah dia kata perkara SELCAT dibincangkan sebanyak 5 kali dalam mesyuarat exco. Persoalannya adalah mengapa hal berkaitan dengan SELCAT dibincangkan dalam mesyuarat Exco?

SELCAT adalah sebuah badan yang diluar badan eksekutif/exco. Mesyuarat exco tiada kuasa ke atas perjalanan SELCAT. Malahan, wakil SELCAT tiada dalam barisan exco? Apa sebab mahu dibincangkan berkenaan SELCAT dalam mesyuarat Exco? Orang bodoh sahaja yang cakap macam ni kerana SELCAT tiada kena mengena dengan badan eksekutif yakni MB dan Exco.

Kita pun tahu HAsan Ali tak tahu apa fungsi badan seperti SELCAT kerana beliau juga mencadangkan supaya SELCAT dianggotai oleh bekas-bekas hakim. Jadi, dia pun berani kata pasal ni sebab dia tak tahu b eza antara badan eksekutif dengan legislatif. Sebab tu dia berani buat kelentong macam ni.

Fitnah Menjadi Asas Berbincang Dengan UMNO?

Itulah nampak gayanya. Pertamanya, apa asa Dr Harun Din menyuruh berbincang dengan UMNO padahal kerajaan Pakatan Rakyat baru berumur setahun?

Hakikatnya usaha menubuhkan kerajaan UMNO-PAS telah mula sejak lama sebelum kertas kerja “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” lagi seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar lepas.

Maka, setelah kegagalan usaha mereka menubuhkan Kerajaan Ca mpuran PAS-UMNO di Perak dan Selangor, maka kertas kerja seperti ini dihasilkan oleh Harun Din.

Dan benar, mengikut maklumat yang saya dapati, sememangnya Harun Din yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengkaji semula keputusan menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP.

Yang lebih lucu, Ustaz Nasa mengatakan kertas kerja Dr Harun Din dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak, sedangkan sehingga hari ini tiada satu bukti bertulis pun wujudnya mesyuarat pada 24 April 2008? Sehingga kini, minit mesyuarat tersebut TIDAK PERNAH DIBENTANGKAN hatta kepada Mursyidul Am sendiri.

Itulah dia sejarah bermulanya perpecahan dalam PAS. Apabila ada sekumpulan kepimpinan yang sudah kemaruk mahu duduk sekelambu dengan UMNO dan mengada2kan berbagai alasan untuk berbuat demikian.

Tulang Besi

34 comments:

Anonymous said...

PAS bdoh sebab dua ekoq ni. dan bertambah bodoh lagi adalah wala kpada kepimpinan hingga bodoh itu dipandang tinggi lagi alim. di sua pula ayat-ayat quran agar kamu taat kepada pemimpim kah kah kah . . . dah macam zambrey dan madey kutty dah.

matkambing said...

penyokong pas perlu ambil pot bahawa ug bukanlah agenda utama pas. agenda utama ialah membentuk satu negara berkebajikan yang menjunjung sifat adil, amanah dan telus yang berlandaskan islam yang harus diperjuangkan. kesambungan perjuangan seperti yang ditunjukkan oleh pengundi yang memangkah pas pada pru12 dimana persepsi kepada pas amat tinggi adlah lebih utama. agenda utama ialah menggantikan kerajaan bn dengan kerajaan pr. perjuangan ini adalah satu ibadat dan akan mendapat ganjaran dari allah.

Tuk Ketuo said...

Hasan Ali memang bungko apotah laie Nasa goram yo hati perut den tengok muko pendek tu...

broooo... said...

mungkin mereka bedua tertarik kepada umno kerana kabaikannya seperti laporan artikel ini...

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/43671-umno-taktik-kotor-bukan-cara-kami-jatuhkan-pakatan

bagi akupak lapran ini boleh lah dianugerahkan sebagai
"artikel paling jijik & memualkan of the years 2009"

Anonymous said...

Ini cerita sebulan selepas p'raya, isu kerajaan unity dgan Pak Lah masih fresh.. kenapa nak ungkit lagi? Bukankah TGHH dah isytihar isu ini berakhir apabila Pak Lah turun PM. Kenapa ungkit lagi walhal sudah beberapa kali kepimpinan kata isu ini berakhir bila Pak Lah turun PM. Dok ulang lagi konon2 salah Hasan Ali tuh..walhal antara yg concern ialah Dr. Harun Din. Tapi apa pun isu ini dah tutup apabila Pak Lah turun PM. Kenapa nak buka lagi?

Anonymous said...

Aku dh hilang sabar dgn tulang babi nie,.

Klu selama ini dia mengutuk Dr Hassan dan Utz Nasa aku bleh diam,.

Tapi skrg dh mula memfitnah Prof Dto Dr Harun Din,.. ni xboleh jadi

Ketahuilah semua blogger,. 3 insan yg disebut di atas jauh lebih mulia dari TB/TP,.

jauh lebih berpendidikan dari TB/TP,.

jauh lebih byk berbakti pada tanah air dan Islam dari TB/TP,.

jauh lebih byk beramal soleh dari TB/TP,.

jauh lebih tinggi ilmu agama dari TB/TP,..

Siapa TB/TP,..??

Penulis blog nyamuk yg gemar memaki hamun dan mencarut, sedarlah sekujur tubuh penuh dosa kamu tidak sedikit pun dpt menghampiri bayang Prof Dto Dr Harun Din Al-Hafiz

Anonymous said...

Sebenarnya cerita Harun Din yang minta atau beriya-iya nak bergabung dengan UMNO ni memang dah ramai orang tau.Saya dah tak respek kat dia bukan setakat kerana dia nak bergabung dengan UMNO tapi saya juga tak respek kat dia kerana dialah juga yang beriya-iya hentam Husam Musa supaya reputasi Husam jatuh dan tidak terpilih sebagai Tim. Presiden.Sebab tu lah dia bersungguh-sungguh mempertahankan Ust Nasa agar terpilih sebagai Tim. Presiden, atas nama Kepimpinan Ulama.Tau tak fasal apa.Sebab Husam banyak tau fasal Harun Din ni tentang perkara-perkara UG dan juga hal peribadi beliau yang mana orang kuat UG telah berjaya menyelesaikan masalah kewangannya yang menelan belanja mencecah 1 juta.Jadi ini lah masalah PAS sekarang. Ulama telah meletakkan dirinya ditempat yang menyebabkan orang tak respek kat dia.

Saya tetap respek lagi kat Husam kerana dia terus cool kerana nak jaga parti. Kalau dia bongkar, habislah Harun Din, Cikgu Pa dll.Faham-faham ajelah, Husam kalau dia bercakap, dia akan dedah dengan tarikh dan bukti2 yang konkrit.

Anonymous said...

tanya diri kita apakah islam lebih mulia dibawah PR berbanding di bawah UG yang 100% ISLAM. KENAPA harun din rasa islam tidak selamat di bawah pakatan di penang dan selangor. harun din join politik bukan kerna periuk nasib tapi kerna perjuangan, jadi beliau tidak di pengaruhi oleh agenda politik. dap dan pkr adalah parti yang terlalu banyak kepentigan dunia. artikel diatas adalah artikel bangang of the year

matstimketum said...

anon 9.35, mengapa menggunakan anon? kalau berani bubuhlah nama samaran, memang dasar pencacai umno, fikiran mereka telah tertutup oleh keduniaan sahaja!

Anonymous said...

Klu Prof Dto Dr Harun Din Al-Hafis sndiri merasakan Islam tidak selamat di bwh kerajaan PR, tentu ada sebab yg tersendiri yg kita sebagai org bawah tidak ketahui.

Klu nk dibanding Husam dan Harun Din,.spt langit dan bumi bezanya.

Husum kusum politikal liberal yg mendokong 100% agenda DSIA. Dgn kata lain,.mahukan PR merampas pemerintahan Msia dgn apa cara sekalipun, hatta Islam dijadikan bhn cagaran.

Husam menjadikan sentimen benci kpd UMNO sbg modal utama,.sekali gus menjadikan DAP yg menentang Islam sbg kwn karib demi mencapai cita2.

Berlainan dgn Haron Din,. dulu Prof sama berceramah di pentas PAS demi menjatuhkan UMNO. Dgn kuasa Allah PR diuji dgn diberi kuasa memerintah di Sngor,Perak dan Penang.

Penang,..bakal jadi Singapore ke-2.

Di Selangor, Dr Hassan cuba melaksanakan janji dgn merampas arak di kaw majoriti Islam,.tpi diherdik oleh Ronnie komunis dan rakan ADUN Pas sndiri

Di Perak,.Nizar cuma boneka Ngeh,.setiap kelulusan oleh Nizar(terutama tanah & balak),.perlu di iringi tandatgn Ngeh,.(ramai xtahu hal ini,..)

Tidak hairan andainya Haron Din tawar hati

Anonymous said...

Seburuk-buruk org Melayu UMNO,. dia mengucap,tahu membaca surah Fatihah, xmakan babi dan kemungkinan akan sama-sama menyembahyangkan jenazah kita nanti,..

Sebaik-baik Cina DAP,. dia xmengucap,.xtahu baca Fatihah, makan babi(binatang paling kotor di dunia), dan tidak akan tolong mengusung jenazah kita nanti,. apatah lagi nk sembahyang jenazah berjemaah,.

Fikirlah wahai bangsa seagamaku,..sesungguhnya umat Islam itu bersaudara

Anonymous said...

TULANG BABI..

Sebelum kau nak kutuk dan mempersoalkan ust harun din lebih baik kau muhasabah diri kau tu dulu...

dr semua segi kau xlayak pun nak tandingi ust harun din..

lebih baik kau behenti menyalak...

Anonymous said...

salah tu bro anon 10:36

Utz Nga n Utz Gobala pandai baca quran,..

Deme layak jadi imam sembahyang jenazah Tulang Besi n Topeng Perak,.

heheheheh

Anonymous said...

Aku caya dgn cakap TB,tp tolonglah
bg Ust Tuan Ibrahim Tuan Man selesaikan kes DHA and the gang.
Apa pun hentikan Perang Saudara ini.


Maling bailang

Anonymous said...

Harun Din ada saham di bank rakyat 14 jutabetul ka?

Anonymous said...

hahaha betul tu anon 11.07

selain tu kiter ni senang jer diperbodohkan bila ade lg sorg cine yg x jadi2 lg mualaf konon2 nk buat pentadbiran ala2 saidina uthman ke ape tah...
kiter jugak la yg bodo sgt percayer...

pjsenoi said...

harap dapat komen artikel ini.

http://pjsenoi.blogspot.com/

Anonymous said...

abuya Nik ajis ada selipar jepong hok buleh we berkat ko pengikut2 rembulan hijau,betul ke????

stock kentut nik ajis pun byk di pulau melaka tu,kentut nik ajis ni lebih berkat dr selipar jepong ...
sapa2 ada nak beli oyat r...

Anonymous said...

dalam byk2 ulama pas ni melaysia pas ni...

nik ajis sekor jah xsetuju dgn UG...base peel pedal busuk nik ajis ni..

Anonymous said...

Memang kau dah jadi BLOG HARAM JADAH...kau lepaskan komen2 terhadap Tuan Guru2 yang sangat2 kurang ajar..memang Tuan2 Guru TAK MAKSUM..kalau itu alasannya kamu semua boleh KOMEN BAPAK2 kau orang dengan perkataan PUKIMAK..silakan lah...sebab bapak kau orang TAK MAKSUM kan..

matstimketum said...

huh seronok baca komen pencacai umno kerana kependekan fikiran mereka amat terserlah!

Prof. Era Pasca said...

penat mengundi Pakatann masa undi tup2 PUAK UG tak bincang pun ngan kite nak gabung ngan UMNGOK.... soh org umno bubar umno masuk pas pastu bg pas perintaah... najib nk perintah gak soh die bawak tiket PAS..

Anak Lenggong said...

Alaa apa nak heran pakatan riot ni cakap tak serupa bikin mana boleh orang bangkang dan tegur pemimpin contohnya:

1. Ust Zol - YB Zulkifli Nordin yang terkenal dengan sifat keterbukaannya membela Islam, mengkritik DS Anwar "RM1" Ibrahim, ramai pemimpin-peminpin Pakatan Haram yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan disiplin.

2. Syed Azidi "Kickdefella" - blogger upahan PAS mengkritik TG Nik Aziz dan menantu hantunya, Ariffahmi, beliau telah dipecat dari jawatannya.

3. Terkini Mat Sapu - Memberikan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee ..." (sila lihat Merdeka Review). Apabila kritikan sinis ini dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, maka juak-juak pembodek yang terdiri daripada blogger upahan PAS mendesak agar Mat Sabu dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Ini dapat dibaca melalui blog Penarik Beca.

4. Mohamed Satin - mengkritik pentadbiran khalid gagap disyorkan oleh khalid supaya dibicara oleg Selcat.

Ini lah realiti sebenarnya Adakah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram terlalu mursyid sehinggakan tidak boleh ditegur oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka sendiri atau adakah pakatan ini akan sudah mengamalkan satu kuasa kuku besi. Kalau ahli dan penyokong sendiri tidak dibenarkan mengkritik pemimpin, bagaimana sekiranya mereka berkuasa nanti. Adakah rakyat akan dipenjarakan sekiranya mengkritik corak dan dasar kepimpinan mereka?

Anonymous said...

matstim,.

Akal siapa yg pendek??? mana hujjah anda?????

Anonymous said...

aku tak le kagum sgt ngan hasan ali ke nasa ke harun ke

tpi aku rasa TB n TP ni mmg pukimak

elok le kita jgn layan lebih baik siap2 g jihad ke kota siputeh

Anak Lenggong said...

TB dan TP tu tak dapat tender suply selipar nik ajis tu sebab dok mengarut...kah kah kah..sekarang ni kat blog dia pun dah dibuang berapa jumlah sumbangan yang dia dapat...kocek bocor tu tak sempat nak kira..

dulukini said...

juak2 pencacai BN mula memberikan komen yang sial apabila indeks rasuah negara terus menjunam macam air terjun.

Tahniah kerajaan rasuah BN yang membawa Malaysia kearah kehancuran.
Juak2 BN yang makan rasuah secara tak langsung telah menyumbang kepada kejatuhan indeks tersebut.
Tahniah kepada penerima rasuah.
sial punya parti.

cucumatkilauan said...

tuan,kalau sekadar sebut Najib lulus 10 lesen judi,,tak de maknanya..cuba senaraikan lesen2 tersebut

coz,aku pun boleh kata PAS/PKR berselndung disebalik Islam..15 pusat judi dibenarkan beroperasi dalam tempoh Jan-Jun 2009

Anonymous said...

Anon 9:17 AM,

Siapa Prof Dto Dr Harun Din Al-Hafiz dalam PAS...? Orang ini bekerja dan berkhidmat untuk siapa..? Dan siapa pula yang buat fitnah keatas manusia ini...?

Aku tidak kenal walau pun seorang pemimpin PAS secara dekat. Tapi sewaktu pilihanraya yang lepas aku mengundi orang PAS sebagai calon wakil rakyat tempat aku. Dan aku mengundi PAS kerana tunjuk protes pada pemimpin UMNO yang bersikap kurang ajar pada aku.

Aku amat suka melihat calon UMNO kalah tersungkur dan dia telah menerima balasan dari sikap kurang ajarnya pada pengundi.

Apakah aku mengundi orang PAS bermakna aku suka pada perjuangan PAS sedangkan pemimpinnya tak ubah seperti kehidupan Arab Badawi dipadang pasir...? Nampak bijak tapi bangang.

Apa hebatnya Haron Din ini...atau dia sama hebatnya dengan Mohd. Najib Razak..? Bahagian luarannya aku melihat dia berbudaya melayu beragama islam tapi apakah kebaikan yang telah dilakukannya untuk rakyat Malaysia melalui agama islam yang dianutinya...?

Orang ini adalah ahli politik dan kejayaannya dalam arena itu bergantung pada persepsi semata-mata. Atau dia sama saja seperti penguatkuasa agama negeri... cakap tak serupa bikin...?

Buka mata, buka telinga wahai ahli PAS...berfikir dengan akal yang berilmu, sesungguhnya parti kamu akan diberi tanggongjawab mentadbir negara Malaysia yang tercinta ini. Atau pemimpin PAS memang tidak layak menjadi pemimpin tertinggi dalam Malaysia..?

Biar kita bodoh asalkan kita mahu belajar. Biar kita lemah tapi kita mahu memperkuatkan yang lemah itu.

Jangan bersikap "bodoh dan sombong"

Anonymous said...

bro tulang babi...

kentut abuya ajis stu...

gua nak amik berkat ni...

selipar ajis ni x berkat sangat la...

tau la lu dah ada kunci syurga yg abuya ajis bg..bagi2 r sikit bro kentut ajis tu...

Anonymous said...

bro bole bg info pasal rasuah azmin ali nie..

jat said...

betul ke hasan ali yg buat fitnah teresa kok halang azan???????????????????????? setahu aku khir toyo yg wat fitnah ni untuk aga2kan PR... pastu yg kata haron din hentam husam musa la ntah apa lg ntah....nak tulis biar la betol....dari sumber yg betul sahih benar....jgn main tibai atau tiis perkara yg ko sendiri kurang pasti....lol...wassalam

Anonymous said...

ingatkan PAS ni kuat dan bersatu .... tapi rapuh dan lemah .... baru berjaya skit dalam PRU 12.... dah goyah giller sblm PRU 13 ...... apa nak jadi???? cerita islam sana sini, tapi perangai tak mcm islam pun ..... mcm politik india ..... hahahaha!!!!!
nampak gaya, apa yg digembar gemburkan serta kata2 hentaman kat BN, terutama UMNO, dah patah balik kat PAS ..... tgk la isu 'sumbangan' pi buat haji oleh TGNA pun ....... walaupun hanya RM65k ...... tapi apalah bezanya dgn polis yang amik 'duit kopi' rm 100 dua ......apa2 pun namanya sama ada sumbangan atau duit kopi ia tetap rasuah.......

Anonymous said...

POLITIK banggang...ciptaan yahudi..PAS pun ikut banggang juga..kononnya nak tegak syiar ISLAM,tapi hakikat sebenarnya nak dapatkan jawatan dan kuasa..Dalam pimpinan PAS,TGNA sorang jer yg aku tengok yg penat ke hulu ke hilir utk sebar kan syiar ISLAM,tapi syg-nya, dia berada dalam jemaah yg silap.Yg lain lebih pada sibuk kejar jawatan dan nak dapat kuasa memerintah..MOTIF pimpinan PAS hanya nak dpt kuasa memerintah..takde langsung sibukan diri dgn dakwah islamiah.Asbab mereka ni lah..anak2 muda FOBIA dgn ISLAM dan org2 bukan ISLAM jauh dari ISLAM..JGN marah...nanti kena LELONG..ini pandangan gua jer..hehehe..