"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 18, 2009

Berakhir Sebuah Episod - Kickdefella

Berikut adalah laporan dari Sheikh/Kickdefella berkenaan dengan beberapa perkembangan melibatkan kepimpinan PAS Kelantan serta CEO PMBK. Selamat membaca.

Berakhir Sebuah Episod
18 11 2009

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namanya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya.

Pimpinan PAS dari segenap peringkat telah membuktikan kejujuran mereka sebagai komponen yang membentuk kerajaan dan menampakan ketegasan dan kematangan mereka walau terpaksa membetulkan Tuan Guru mereka sendiri. Tuan Guru pula walaupun sudah 19 tahun dipuncak, membuktikan bahawa dia sedia diperbetulkan.

Saya juga gembira kerana Tuan Guru menerima dan memahami bahawa tiada siapa yang mendalangi episod yang berlaku ini. Tiada pimpinan PAS mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat.

Apa yang saya lakukan, saya lakukan sendirian atas pendirian dan panduan saya sendiri. Apa tuduhan dan kecaman ke atas saya saya telah terima dan akan terus terima dengan hati terbuka.

Biduk berlalu kiambang bertaut.

Prinsip saya, never to kick someone when they are down akan terus saya amalkan. Oleh yang demikian bagi saya segalanya berakhir disini. Terserahlah kepada Ariffahmi untuk menerima atau tidak hukuman moral. Dari segi perundangan pula, terserahlah kepada pihak berkuasa.

Kepada YB. Dato’ Haji Husam Musa, para sahabat dan kenalan yang telah gagal menemui atau menghubungi saya sejak 10 November 2009 saya harap dapat memahami tujuan saya menyepi diri. Apa yang saya lakukan adalah keputusan moral saya sendiri dan saya tidak mahu sesiapa terpalit sama.

Kepada pengurusan dan kakitangan PMBK, bangkitkanlah moral anda dan pertahankanlah prinsip-prinsip pentadbiran Islam yang digariskan oleh Tuan Guru kita. Berkhidmat kepada rakyat adalah berkhidmat kepada Allah yang menciptanya.

Pampasan RM20,690 yang diberikan oleh PMBK kepada saya, telah saya amanahkan sebahagiannya dibahagi-bahagikan kepada institusi tertentu dan juga untuk orang-orang miskin. Sebahagian lagi untuk dibahagikan kepada para sahabat saya yang telah banyak memikul beban akibat tindakan saya ini.

Pada 8 Oktober 2003, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua.

19 comments:

Anonymous said...

TG memang hebat. Beliau sangat peka dengan komen dan persepsi umum.
Terbukti PAS Kelantan sangat subur budaya tegur menegur. Dan TG sangat terbuka menerima teguran itu.
Husam juga masih terbukti merupakan penasihat yang baik. Cuma syeikh kena bersabar sikit dengan cabaran ini. Sesungguhnya cabaran inilah yang meningkatkan keimanan.

FaridShah said...

Alhamdulillah..
Mudah-mudahan segalanya akan semakin lebih baik.

Salam perjuangan..
Lawan Tetap Lawan

Anonymous said...

HEBAT MEnate ape nik ajis...

bab2 kata ko ore sedak benar...lani kena pah ko batang hidung sndri..

padan dah dgn muka mu nik ajis...

nate ape th th mu wat ko rakyat kelate selama 19thn perintah kelate..

jenis manusia kecek jah pandai..mulut manis jubo masam

Anonymous said...

wei puak2 selipar jepong abuya ajis...

aku cadangkan tuk PRK kali ni korang mintak abuya ajis cetak tiket ke syurga banyak2 dan suruh ajis cop dgn selipar jepong dia...

lpas tu edarkan kat pengundi kat kota siputih nanti dan bagitahu kat pengundi bahawa undi pas leh masuk syurga,tiket pun abuya ajis dah bg....kat org cina dgn india pun jgn lupa bg skali...

gerenti menang dgn majoriti besar r puak2 pencacai aljuburi@pakatan haram nanti..

akuumnobangang said...

anoni 5:55pm

mu kalau kawe cekik mu dan izin ALLAH..mu mapoh tengoh jale mu redha ko??bahase halus doh ni nak ngajar mu erti ego dan kewarasan berfikir..kalo mu raso mu dah gedebe tahap iblis laknatullah.. mu nak beli ko pelawaan kawe ni??mu jange jadi serupo ore yg boleh dicucuk hidung dan rela diperbodohkan oleh puak2 jahil dan menyesatkan dari dulu kini dan selamanya...mu pahe dok

akuumnobangang said...

samo ja nak laye berok anoni 6:05pm

matstimakarpinang said...

tuan akuumnobangang, saya syorkan tuan cekik sekali anon 6.05. pencacai umno jangan dibiarkan hidup jika terus jadi perosak.

Anonymous said...

Hello..anom 5.55 ngan 6.05 tu orghe sama..dua2 bengong tahap gaban..

jit_tontoya said...

haluuuuuuuuuuuuuuuu

aku rasa anom 5.5 dan 6.05 tu bkn manusia kot......

dia keldai...jgn marah kat dia....

khak tuih!!!!!

Anonymous said...

pencacai BN bila bercakap berbau rasuah. sial punya BN.

abgBro said...

Perletakan Jawatan CEO PMBK…
TGNA Minta CEO Letak Jawatan…

Setakat maklumat sahih yang saya terima pada pukul 6:30 PM, dua berita ini adalah tidak benar dan Palsu...
http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/11/18/berita-palsu-sedang-tersebar/

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/11/kickdefella-memang-penipu-besar.html

TQ

Anonymous said...

abgBro,

pinkturtle dan saynotomunafiqeen kedua-duanya tidak bernama. tidak tahu siapa mereka. entahkan arifahmi atau penulis upahan dia atau mungkin juga MSO yg sudah terkenal sebagai pembawa berita palsu.

melainkan terdapat sumber lain dari penulis yg bernama, cuma berita dari kickdefella sahaja yg boleh dikira sahih.

- UNANON

JebatTerror said...

anon 5:55 ngan anon 6:05 tuh sebenarnya kesepian. ak kesian gk ngan dia. dulu time kecik lebih kurang umur 3 bulan, mak dia buang dia dalam tangki taik. lama sgt hidup dlm tangki taik la tu yg buat dia jadi cenggitu. bodoh bebenor. karat BN nih. aritu dh kena kick ngan ak terus senyap. skang ni brani lak kluar balik drpd tangki taik dia tu. kengkonon nk tunjuk brani kt sini la yer. ceh budak ganu karat BN. pergi mampos lu dalam tangki taik lu tu!

pjsenoi said...

khas untuk zahid ibrahim sigilapublisiti

http://pjsenoi.blogspot.com/

Anonymous said...

JebatTerror kata:
anon 5:55 ngan anon 6:05 tuh sebenarnya kesepian..

dah berjangkit penyakit KKS tu - Kurang Kasih Sayang..(kata TT)

kah..kah..kah
pegi mampos UMNgok/Barisan Nazional

Anak Bugis said...

Itulah yang membezakan ahli dan penyokong PAS, sanggup berkorban demi parti, bukan macam ahli umno, sanggup bermatian walaupun terang-terangan melakukan kesalahan moral dan pelbagai jenis jenayah rasuah.

akukau said...

kenapa laman web perisik rakyat dah jadi tempat penyebar berita fitnah yg tak tahu kesahihan berita
tulang besi dah makin mengaruk dan makin menipu, mcmana nk percaya dengan tulisan tulang besi, berita macm ni pun ni percaya

Anonymous said...

POLITIK banggang...ciptaan yahudi..PAS pun ikut banggang juga..kononnya nak tegak syiar ISLAM,tapi hakikat sebenarnya nak dapatkan jawatan dan kuasa..Dalam pimpinan PAS,TGNA sorang jer yg aku tengok yg penat ke hulu ke hilir utk sebar kan syiar ISLAM,tapi syg-nya, dia berada dalam jemaah yg silap.Yg lain lebih pada sibuk kejar jawatan dan nak dapat kuasa memerintah..MOTIF pimpinan PAS hanya nak dpt kuasa memerintah..takde langsung sibukan diri dgn dakwah islamiah.Asbab mereka ni lah..anak2 muda FOBIA dgn ISLAM dan org2 bukan ISLAM jauh dari ISLAM..JGN marah...nanti kena LELONG..ini pandangan gua jer..hehehe..

Anonymous said...

cukup2 la maki sesame sendiri..umno korang pggl macai,pggl yahudi?sapa korang nk pggl gitu?tg pn x layak sebab nabi sendiri pn x penah mengkafirkan umat nyer..insaflah wahai penyokong pas..yang membezakan kita di sisi Allah adalah amalan..korang yakin ker amalan korang sudah cukup byk?fikir2kan lah