"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 10, 2009

Kata 2 Pada "Pucuk" Pimpinan Pakatan Rakyat..!

Terdahulu, DSAI dalam kenyataannya telah memberi kata 2 kepada Pimpinan Pakatan Rakyat yang berbunyi -
Dipetik dari - malaysiakini

Dekat sini juga aku nak beri kata 2 kepada "Pucuk Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat" iaitu TG Haji Hadi, Lim Kit Siang dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri... kata 2 ni sebenarnya paling-paling nak aku tujukan pada "Pucuk Pimpinan Tertinggi" dari PKR dan juga PAS.

Sejak akhir-akhir ni berbagai masalah dalam Pakatan Rakyat boleh dikatakan kebanyakannya datang dari 2 parti utama ini iaitu PAS dan juga PKR.

PAS dengan masalah beberapa kerat pimpinan yang kebanyakan kenyataannya tidak seperti pimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari Selangor dan juga Terengganu sehingga memaksa PAS mengadakan beberapa mesyuarat penting bagi menyelesaikan masalah ini.

PKR pula tak habis-habis dengan masalah disiplin wakil-wakil rakyatnya yang semakin hari nampaknya semakin ramai yang hanya "berjawatan" tetapi tidak "bertanggung-jawab" atas amanah yang diberi dan diterima.

Kesemua masalah-masalah yang hadir ini bagi aku bukan disebabkan oleh angkara "pihak ke 3" iaitu UMNO/Beer eNd tetapi kerana kelemahan "Pucuk Pimpinan" dalam menangani orang bawahan sendiri.

Mungkin masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri dan menyerahkan semua pengurusan kepada pihak yang tidak berkelayakan.

Lama dah aku dok perhati kelemahan yang ni, bila ada masalah, masing-masing pimpinan dok menyalahkan pihak yang buat hal. yang buat hal memang kerjanya buat hal, tapi apa pula tanggung jawab pimpinan dalam menangani masalah yang berbangkit..?

Cukup ke sekadar mengarahkan wakil rakyat yang buat hal letak jawatan..? lepas letak jawatan, adakan semula PRK, lantik pula wakil rakyat baru dan bila dah jadi macam ni, siapa dapat jamin "orang baru" ni akan jadi lebih bagus dari yang lama..?

Ini bukan masalah pakai kereta lama ganti dengan kereta baru... ini masalah "tanggung-jawab". aku pun boleh cakap "aku boleh jadi lebih baik dari dia atau dia..!", tapi siapa yang boleh buktikan dan bagi jaminan..?

Aku nak jamin diri aku sendiri..? kamon geng... anak anjing baru beranak pun sampai mati balik tak kan percaya dengan janji aku tu selagi aku tak buktikan dan untuk buktikan semua tu, kena korbankan banyak masa dan orang yang kita berjanji pulak terpaksa pertaruhkan masa emas mereka dan "menunggu" apa yang kita janjikan.

Jadi kenapa nak "buang masa"..?

Sebetulnya pada pandangan aku, semua masalah yang datang bukan berpunca dari orang yang buat masalah, tapi berpunca dari pihak atasan yang gagal memahami masalah orang bawahan.

Tiada "moral support"... Yang ada setakat ni cuma "arahan"... "u must do this, don't ask me how because that's your responsibility..!".

Pakatan Rakyat menentang pemerintahan "Kuku-Besi" tapi masih tanpa sedar "mempraktikkan" pemerintahan "Kuku-Besi".

...Bersambung

21 comments:

zali said...

tak ada kata dua nyer...
cuma ada satu jer iaitu bubar pas.

Anonymous said...

wah..dah berbunyi dah...

Anonymous said...

pas menunggu waktu untuk terkubur, TP semakin hari semakin cenderung melihat kesalahan pemimpin pas yg dulu diagung2kan...tp skg hampehhhhh

Anak Lenggong said...

ELOK LA SEDAR SEKARANG NI DARIPADA TERUS HANYUT..TAPI APA BOLEH BUAT KO TERPAKSA MENGIKUT TELUNJUK KUSAM MUSA TU NANTI SURU MISS PULAK..APA NAK BUAT UDAH CARI MAKAN CARA TU KAN..!!!!!

Anonymous said...

bro..pencacai2 umno ni rupa2nya..pengunjung
setia kau la bro....mykemut kau org tak minat ke?

WAK said...

Konflik biasa dikaitkan dengan perselisihan.Perselisihan pula dikaitkan dengan perbezaan.Perbezaan pula berlaku bila adanya dua perkara yang berlainan.Dua perkara yang berlainan ini pula wujud adalah kerana adanya pilihan.Pilihan itu wujud kerana adanya beberapa sudut pandangan.

Why conflict happen? –due to clash of opinion
Why they clash? –due to they have difference of thinking.
Why have difference? –due to subject come from two sources.
Why have two sources? –due to ability of choice.
Why have choice?-Due to point of view.

Jenuh juga nak mempraktikkan ‘5 WHY’ dalam kehidupan seharian.Tapi itulah antara tugas seharian bila berlakunya masalah di bahagian produksi.Terutama sekali sekiranya ada komplen dari pelanggan.

Kaedah ‘5 WHY’ adalah salah satu daripadanya.Soalan ‘MENGAPA’ yang di ulang ulang sebanyak 5 kali membawa kita ke masalah sebenar,mengapa satu satu konflik itu boleh terjadi.Setiap kali soalan ‘MENGAPA’ di ajukan,jawapan itu akan di perhalusi lagi dengan soalan ‘MENGAPA’ yang seterusnya.Contoh yang saya berikan di atas boleh di jadikan panduan bagaimana untuk mempraktikkan kaedah ‘5 WHY’.

Mungkin bagi yang pakar dalam bidang ini,mereka mempunyai banyak lagi kaedah bagi panduan mana mana individu dalam menyelesaikan konflik masing masing.

Sekali lagi perlu di ingat,lain situasi,lain konflik,lain pula cara penyelesaian.
Macam orang tua tua kata : "Lain padang lain belalang."

"Kalau macam itu…susah juga hendak menangani konflik sekiranya tiada rumusan yang jelas tentang cara penyelesaiannya" mungkin ada yang bertanggapan begitu...

5 why?? mungkin cara ni boleh dipraktikkan bg mengesan apa sebenarnya masalah 'dalaman' yang di hadapi oleh PR..

Anonymous said...

http://www.parti-sosialis.org/posts/1368/sosialisme-2009-sistem-dua-parti/

Korang baca ini sahabat sejemaah korang....inilah perjuangan rakyat, perjuangan komunis yg u all nakka..si Dr.Nasir ni sepanjang jd ADUN Pakatan Rakyat memang hancus wal kelam kalibut dan tak pernah turun padang jumpa rakyat!

Dr.Nasir said...

http://www.parti-sosialis.org/posts/1368/sosialisme-2009-sistem-dua-parti/

Anonymous said...

Topeng Babi kini semakin takut..hahahhaa...dah mula takut pd bayang2 sendiri..apasal skrg kena approved baru boleh lepaskan..sebab ko memang takut sial! Ko memang celaka anak haram!

Anonymous said...

Topeng Babi kini semakin takut..hahahhaa...dah mula takut pd bayang2 sendiri..apasal skrg kena approved baru boleh lepaskan..sebab ko memang takut sial! Ko memang celaka anak haram!

Anonymous said...

sejak seminar yg lalu..nilah kali pertama ana dengar ahli pembangkang minta jangan salahkan UMNO atau BN..kalau tak, apa sj yg pembangkang tak berjaya buat..puncanya mesti korang tala kpd UMNO..terima kasih abu hassan

Anonymous said...

sejak seminar yg lalu..nilah kali pertama ana dengar ahli pembangkang minta jangan salahkan UMNO atau BN..kalau tak, apa sj yg pembangkang tak berjaya buat..puncanya mesti korang tala kpd UMNO..terima kasih abu hassan

Anak PR Selangor said...

TP bukan senang jadi pemimpin. Kita kat bawah ini memanglah boleh cakap berdegar-degar cuma try test tengok TP pulak jadi Pucuk Tertinggi PAS atau PKR. Saya nak tengok TP boleh buat ke tak.

Janganlah nak bagi kata dua kepada Pimpinan.. sedangkan sumbangan kita pun setakat berblog dalam komuniti kita saja.

Kalau TP nak tahu setiap pemimpin dia ada line of responsiblity. Jd kita ni dok kat mana.

Kita boleh tegur pimpinan tapi janganlah beri kata dua. DSIA tahu apa dan kepada siapa yang ditujukan kata dua tersebut. Kalau Pucuk Pimpinan tak buat begitu mcm mana ahli2 boleh didisiplinkan.

Ahli Veteran said...

Ingat2lah wahai SEMUA orang ISLAM..adanya PAS lebih baik dari tiada PAS..nak Umngok...SAMPAI KIAMAT pun Islam tak kan TEGAK di Malaysia...yang TEGAK ISTANA2 YB macam kat Klang tu...

Jadi SERUAN suruh bubar PAS tu...sudah lebih lah..kalau nak kritik...kutuk...tujuan utama adalah MEMBAIKI dan MEMPERKASAKAN PAS...kerjaan UG..DAH TUTUP buku...kalau PAS dan PKR menang...YB2 Melayu ISLAM akan bertambah dalam DEWAN..kalau

Anonymous said...

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5297781766736804518&postID=8833229763634150663&isPopup=true

Blogger MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri.

Harap maklum.

Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali.

Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu.

Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita.

Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS!

Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama!

Telan mati emak; luah mati bapak.

Serbasalah saya dibuatnya.

Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah.

Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu!

Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri.

Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar.

Itupun selepas minta izin darinya.

Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana.

Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa.

Itu saja.

Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa.

Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor?

Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP?

PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang.

Habis nak harap siapa lagi?

Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah!

Hancurrr.

Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri.

Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut.

Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua.

Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti?

Berani siar kerana itu benar.

Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi.

Wassalamualaikum.

November 10, 2009 3:53 PM

Anonymous said...

Masalah di wujudkan oleh umno celaka. PR perlu buat kerja dan perlu pancung mereka yang buat kacau tak kira dari Pas, pkr atau dap.

Anonymous said...

Biar gaduh dan kuku besi macam manapun, yang penting Barisan Najis perlu ditumbangkan dahulu kalau rakyat nak perubahan, sebab BNajis dah gagal dan tak boleh dipercayi lagi. undang2 negara dipermain-mainkan oleh mereka. Celaka sungguh.

Anonymous said...

Sumpah bai'ah untuk mempertahankan parti bukan ISLAM,.

aku bukan alim ulama',.bukan juga seorg suami yg perfect,. tapi jika syarat nk jadi calon perlu sumpah bai'ah talak 3,. aku rela utk "TIDAK JADI CALON"

Anonymous said...

NAMPAKNYA PAS TIDAK YAKIN DGN TERAS PERJUANGAN HIGGA PERLUKAN "TALAK3" UTK MENGIKAT ADUN MRK,.

Anonymous said...

terbukti adun dap lebih mulia dri adun pas

kedahsejahtera said...

nasib baik ada UMNO..kalau tak, PAS dah jual islam kat DAP..syiar Islam pun tak dapat nak tegak,inikan pulak syariat Islam..alahai PAS