Yang tu kenyataan paling "Assobiyah" bagi aku. korang nak cakap apa pun, suka hati korang... aku tak pedulik & aku tak heran. kenyataannya memang macam tu.
Tengok saja bila Lim Kit Siang, Karpal Singh 'The King" atau Teressa Kok buat gila babi. rata-rata blogger pro Pakatan Rakyat akan bantai 2 individu ni tanpa belas kasihan. masing-masing dengan skill membantai dan kreativiti masing-masing. ada jugak yang gila babi cadangkan supaya karektor-karektor tu "dibunuh"... gila dahsyat...
Apa respon ahli-ahli dan Pimpinan DAP masa tu..?
Kenyataannya, pro DAP dari akar umbi sampai ke Pimpinan Tertinggi tak pernah melabelkan blogger-blogger atau pengkritik-pengkritik sebagai "Pro UMNO atau Ejen UMNO". ini berbeza dengan apa yang Pimpinan dan pro PKR dan PAS respon bila para blogger mengkritik kelemahan PAS dan PKR.
Pro DAP nampaknya lebih matang dalam menghadapi situasi sebegini. semuanya ditangani dengan berhemah. semua kritikan diambil perhatian dan dibawa dalam perbincangan parti dan masalah-masalah berbangkit diselesaikan tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak yang mengkritik.
Dan pada akhirnya, disaat PKR dan PAS teruk diserang dari pelbagai sudut, DAP senyap-sunyi tanpa skandal-skandal dalaman.
Kalau PAS dan PKR juga mengambil sikap begini dalam menghadapi apa-apa isu dan persoalan yang diutarakan oleh para blogger dari awal, aku rasa sekarang ni Pakatan Rakyat dah boleh rilex. apa yang perlu kita buat sekarang ialah terus bekerja dan membuktikan apa yang mampu Pakatan Rakyat buat.
Disebabkan sikap Pimpinan PAS dan PKR yang "tak berapa cerdik" dalam menangani kritikan-kritikan para blogger, maka setelah lebih dari setahun Pakatan Rakyat mengemudi beberapa Kerajaan Negeri, Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR masih berhempas-pulas cuba meyakinkan dan menjelaskan rakyat matlamat perjuangan mereka.
Itu 1 kerja bodoh bagi aku. PAS dan PKR terlalu banyak memberi "bola tanggung" kepada UMNO/Beer eNd dan bagi para blogger macam aku -
- "Kami tak de masa nak tolong tutup kelemahan-kelemahan yang ada dan perkara ini tak kan kami biarkan menular menjadi kudis dalam Pakatan Rakyat..!"
Apa yang berlaku ialah, tiada tindakan dari Pimpinan PKR dalam isu tersebut dari awal. apa yang ada hanyalah kenyataan-kenyataan yang menafikan persoalan tersebut dan kenyataan-kenyataan yang menegaskan bahawa apa yang ditimbulkan hanyalah sekadar "masalah terpencil".
Respon paling bagus ialah apabila ada Pimpinan tertinggi PKR mengeluarkan arahan tidak bertulis supaya blogger-blogger pembantai disiasat ID mereka dan sekiranya mereka adalah ahli PKR, maka tindakan akan diambil kerana memfitnah.
Fitnah..? kalau fitnah, kenapa diakhirnya Fairus terpaksa melepaskan jawatan TKM1 dan juga kerusi ADUN yang didudukinya dan seterusnya DUN Penanti terpaksa membuang masa untuk 1 PRK..?
Itu 1 contoh "pembaziran masa" oleh PKR... kalau dari awal masalah tersebut ditangani dengan baik, mungkin DUN Penanti tak perlu mengadakan PRK sebaliknya kerusi tersebut akan terus disandang oleh Fairus dan segala masalah yang ada diatasi dengan baik.
Aku bukan sokong apa yang Fairus buat, tapi bagi aku setiap masalah boleh diatasi dengan baik kalau diambil perhatian dari awal. calar dekat badan kalau diubat dari awal, tak kan jadi kudis... tak gitu..?
PAS pun berhadapan dengan masalah yang sama. malah bagi aku, PAS lebih teruk lagi sebab PAS sekarang dipenuhi oleh ahli-ahli yang "taksub" dan juga sindrom "wala'". sikit-sikit wala', sikit-sikit wala'... wala' yang membawa rebah.
Paling akhir aku tengok tindakan "Doboh" (kalau aku cakap "Bodoh" mesti geng-geng "Taksubist" & "wala's" maki aku... hahaha) Ketua Pemuda PAS Pusat yang dengan mudahnya melabel DAB (Aziz Bahri) sebagai Ejen UMNO manakala ada pula suara-suara sumbang yang melabel para bloggers pembantai sebagai "cybertroopers UMNO".
Ini adalah tindakan paling BANGANG dari Pimpinan yang "kununnya" memperjuangkan "kebenaran". ada pula yang mengeluarkan kenyataan bahawa pengkritik-pengkritik ini "tidak berhak bersuara atau menegur masalah dalaman parti" dengan alasan - bukan ahli parti.
Ini aku nak jawab balik.
Bila kami mengkritik, korang cakap "kamu tak berhak mengkritik sebab kamu bukan ahli parti..!", tapi bila sampai masa nak mengundi, kamu para Pimpinan partilah yang merayu untuk turut sama berkempen kepada "SELURUH RAKYAT MALAYSIA" tak kira parti apa untuk mengundi Pakatan Rakyat..!
Ini sikap paling BENGAP para Pimpinan yang berkaitan... ingat..! Pakatan Rakyat menang dibeberapa negeri bukan hanya dengan undi ahli parti sebaliknya MAJORITI yang memenangkan Pakatan Rakyat ialah mereka-mereka yang bukan ahli parti dan itu adalah kenyataan..!
Siapa dapat jamin PAS, PKR atau DAP boleh menang HANYA DENGAN UNDI AHLI PARTI SAHAJA..?
Jadi kepada Pimpinan tertinggi ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat, jangan pandang remeh segala kritikan dari mana-mana pihak. ini bukan "kes terpencil". ini adalah calar pada badan dan jika tidak diubati dari awal, ianya akan menjadi kudis dan seterusnya menjadi nanah.
Bila dah bernanah... paham-paham je lah... busuk... korang suka ke benda busuk..?
Pada Pimpinan PAS, fikirkan balik macam mana keadaannya sekarang sekiranya isu UG ditangani dari awal dan bukannya dinafikan seperti yang dah berlaku sekarang..? korang ingat "Kreadibiliti" PAS jatuh merudum atau meningkat..?
Ingat senang ke nak kembalikan keyakinan para pengundi dengan cara korang menangani isu yang ada sekarang..?
"Tepuk Dada, Tanya Selera"
Salam perjuangan untuk semua... kukuhkan kembali Pakatan Rakyat, matlamat kita masih kekal, jatuhkan UMNO/Beer eNd dan kembalikan "Hak Rakyat..!"
31 comments:
Orang Melayu berada di persimpangan, menyokong PR dikatakan menjual dan mengadai maruah bangsa, mereka dimomokan sebagai boneka cina, seolah-olah org Melayu yang mendokong PR begitu lemah sekali. Tapi org Melayu yang menyokong Umno sebenarnya ibarat penghuni sebuah rumah agam yang bakal rebah kerana kerosakan yang dilakukan oleh penghuninya sendiri. Orang melayu kena menerima hakikat, umno bukan parti untuk org Melayu tapi parti apartheid baru yang akhirnya memusnahkan, menghakis dan merendahkan maruah org melayu itu sendiri.
bak kata TP :
"Ingat senang ke nak kembalikan keyakinan para pengundi dengan cara korang menangani isu yang ada sekarang..?"
__________________________________________
Igt tu nik ajis n pemimpin lain klo penyokong da mula tawar hati ngn sikap kepimpinan jgn melenting klo TP and the geng berpindah ke parti BN pulak suatu hari nt...
Anon Pencacai 4:52 PM - aku rasa ngko tak baca habis...
Salam perjuangan untuk semua... kukuhkan kembali Pakatan Rakyat, matlamat kita masih kekal, jatuhkan UMNO/Beer eNd dan kembalikan "Hak Rakyat..!"
Pindah ke BN..? jangan bagi gua muntah la wey..!
Adui tolongla...
Jgn kasik kitaorg muntah kat sini la wahai pencacai Umngok sekalian. Untuk menyokong Umngok sekular...sori minta maap.
No more joke please!!
aku tersangatler sokong ko TP. Utk ahli melayu PAS dan PKR korang kene ingat. kemenangan korang sebab kami yg atas pagar dan kelemaham umno. aku yakin ramai yg atas pagar kecewa dgn tindak-tanduk ahli2 kedua-dua parti ni terutama yg berbangsa melayu. aku harap korang berubah. aku dh ngundi empat kali dan semua nyer utk PAS walaupun tmpat aku PAS lemah tapi aku tetap sokong dgn harapan Beer End akan tumbang. jadi kalu korang terus x paham bahasa atau terus lupe diri mngkin satu hari aku xkan undi lg sebab aku x mngkin sokong Beer End yg zalim. wasalam.
TP da start menyalakkk!!!!!!!!! hahhaha
ko on lagi ke tp igt da off da tadi hahahha
wei lurus...
org umno sendri yg xnak undi umno sbb lahabau dolah dan ank hantu dia mse PRU12 hr tu kau xnak msk skali ke...
perasan best je puak2 mangkuk hayun pakatan haram ni..
salam,
saya tertanya2 adakah segala musibah yang berlaku kini adalah balasan Allah keatas kita dan Dia telah membalikkan doa kita supaya umno hancur dan jahanam sedangkan seburuk mana pun umno mereka adalah saudara sesama islam kita. Saya juga merasa takut adakah bala yang sedang menimpa pr ini adalah kerana fitnah2 yang telah kita ada2kan terhadap umno dan kerana sikap kita yang tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan hidup di bumi Malaysia ini. saya amat terharu apabila kawan baik saya seorang penyokong umno memberitahu saya, walaupun pr terutama pas sentiasa mendoakan kehancuran umno, pemimpin2 dan penyokong2nya tetapi bagi dia dan rakan2 umno yang lain, mereka tetap mendoakan kesejahteraan kita. nampak sangat keikhlasan kawan saya itu. saya sentiasa mengejek beliau tapi tidak pernah seklaipun beliau mempertikaikan hak saya untuk menyokong pembangkang. Entahlah..
Pencacai rasuah BN mula menyalak sumbang apabila parti rasuah mereka semakin teruk dengan isu2 parti komponen yang makin berserabut.
Aku bukan nak jatuhkan BN tapi nak kuburkan terus parti penipu bangsa sendiri dan rasuah nie. Bangsat punya parti.
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.
Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini
Yahoo nampaknya gayanya mengundi lagilah. Najis piem mesti berpuluh abis malam nie.Alhamdulillah
Melayu keturunan BADANG aje yang suka kat UMNO...MUNTAH HANTU pun sanggup dia JILAT..setakat BONTOT YB2 BN Umngok tu...depa sontot siang malam...kih kuh kah keh
Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat hari ini membidas rakannya daripada DAP dalam kerajaan Selangor kerana mendakwa kerajaan negeri gagal memenuhi keperluan kaum India di negeri ini.
M. P. Muthiah (PKR-Bukit Malawati) berkata M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) tidak berhak membuat tuntutan seperti itu kerana beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh wakil DAP itu adalah hak rakyat semua, bukan hak kaum India.
Kaum India hanya berhak membuat tuntutan mengenai empat perkara sahaja iaitu bahasa, agama, kebudayaan dan sejarah, katanya pada persidangan dewan semasa membahaskan bajet negeri Selangor sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Minggu lepas, Manoharan dilaporkan berkata kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminggirkan kebajikan kaum India yang telah memainkan peranan penting kepada kemenangan pakatan pembangkang di negeri itu pada pilihan raya umum 2008.
Muthiah bagaimanapun berkata beliau tidak setuju dengan pandangan Manoharan.
"Rakyat berhak memilih kerajaan untuk memenuhi kehendak mereka," katanya
YAHUUUU...PKR MAKIN BERANTAKAN LG..BESH2!! HEHEHEH. DAP? HMMM KETAWE TEBAHAK2 TGOK MELAYU PKR DGN PAS JADI KELDAI YAHUUUUUU!!
TAKEBEER!!
TAKEBEER!
TAKEBERRR!!
haluuuuuuuuuuuuu....
lagi-lagi si nasrudin mangkuk ni...
lagi-lagi silahabau ni......
x abis2 lembu ni menyusahkan parti...
woi nasrudin pundek oiiiii....
memang betul la kater mak ko yg ko ni sebenarnya lebih bangan dari keldai yang bodoh!!!!
khak tuih ko..!!!!!
malu aku ader KP mcm lembu. serban jer besar tapi akal hampas mcm KJ jugak. cuma KJ ni cerdik skit dripda kambing kat rumah aku!!!!
Yahuuu Jeffry...
Baca lagi Utusan Meloya. tambahkan taik telinga mendengar TV3 suku. Tegur sikit ditulis bidas... Itulah maksudnya ketelusan dlm PKR. Tegur - menegur sesama sendiri demi kepentingan rakyat yg mengundi...
Bukannya hanya mengangguk & terima saja apa tindakan pemimpin BeerN walaupun sah-sah buat sesuatu yg salah. MCA, MIC & parti komponen lain dlm BeerN hanya pak turut penjilat pengampu yg tak berani bersuara... semua correct, correct, correct.
Sampai bila2pun nasib rakyat takkan terbela kalau mcm tu..
HIDUP KETELUSAN!! HIDUP POLITIK SEBENAR DEMI KEPENTINGAN RAKYAT SEMUA!!
Kuburkan BEER-N...
Parti2 dalam pakatan bukannya macam dalam BN. Umno berlagak macam Tuan, yang lainnya MIC. PPP, IPF semuanya paria dan MCA, Gerakan dll semuanya anjing suruhan. Dei Jefridin kau ni mangkuk hanyun, jangan samakan PR dengan BN, pasal parti2 dalam BN semuanya paria haram jadah.
salam ssedara seagama dan sebangsaku...
saya masih ingat ketika satu kutbah jumaat di kampus UTM jln Gurney(sekarang Jln Semarak)pada awal 80an dahulu.. Khatib ketika itu ialah ustaz Ghazali.. maka diceritakanlah oleh beliau satu kisah yg sehingga kini tidak saya lupa.. Kisahnya begini..ketika tentera islam yg diketuai oleh(saya dah tak ingat siapa panglima islam ketika itu) hendak memasuki kota rom, maka diutuskan seorang utusan utk memberi pilihan pada maharaja rom.. samada menerima islam sebagai agama rasmi atau tunduk dibawah kekuasaan islam dgn membayar denda (seakan ufti) atau berperang dgn tentera islam... maka maharaja pun berbincanglah sesama mereka bagaimana hendak mengalahkan tentera islam... maka akhirnya kata putus diambil...disepanjang jalan diletakkan perempuan2 cantik bertujuan menggoda tentera islam.. sebahagian jalan lagi ditaburkan barangan emas dan intan berlian.. maka raja Rom pun bertitahlah... maka sekiranya ada walaupun seorang tentera islam menjeling kearah perempuan dan hartabenda tersebut maka hendaklah tentera kita memerangi mereka kerana kita pasti akan menang.. tetapi sekiranya tidak ada seorangpun tentera islam menjeling walaupun sedikit maka hendaklah kamu semua menyerah dan membenarkan tentera islam memasuki kota rom kerana sekiranya kita memerangi mereka maka tidak akan menanag tentera kita kerana...tentera kita berperang utk hidup akan tetapi tentera islam berperang kerana berkehendakkan kematian iaitu syahid.. Maka hari yg ditunggu2 pun tiba... maka tentera2 rom pun menunggulah utk memerangi tentera islam...sehinggalah tentera islam memasuki kota rom, tidak ada seorangpun tentera islam memandang akan perempuan dan harta benda yg sengaja diletakkan di sepanjang jalan...bahkan menjelingpun tidak...maka maharaja rom pun menyerah kalah kepada tentera islam..
Saudara2 ku...tidak akan tertegak islam yg sebenar diMalaysia ini selagi dalam hati kita mempunyai niat...hanya utk menjatuhkan UMNO sahaja... Kenapa tidak bersama2 kita bersatu UMNO dan PAS menegakkan Islam diMalaysia..jgn bagi alasan macam2 selagi kita sendiri tidak memulainya..jgn harap orang lain akan memulainya utk kita...UMNO atau PAS hanyalah parti ciptaan manusia... Islam juga didatangkan oleh Allah...betulkan niat..insyaallah...usaha kita akan dipermudahkan...tidak percayakah kita pada ayat allah ....."berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecahbelah..." kalau quran kita tak ikut bagaimana kita nak menegakkan agama Allah....bercakap tentang hudud tapi yg paling mudahpun kita gagal melaksanakannya...
Berfikir dan bertindaklah dalam kerangka kita sebagai manusia yg berilmu...
Azahar
bro - blogger kene menjadi penegak keadilan.
fakta akan menjadi hakimnya.
rakyat semakin terbuka dan bijak sekarang.
jika kita lebih bijak tentu pendapat kita akan LEBIH DITERIMA oleh mana mana pihak.
apatah lagi jika disusun dengan baik dan dilontarka secara beradab.
Gua sokong lu isu blogger kena hentam ni.
Maknanya blogger diperlu ketika susah dan dilupa ketika senang.
sedangkan kita tidak meminta apa apa balasan sedikitpun.
Gua nasihat bro fokuslah apa jua kritikan membina kepada umno, pas pkr dan dap.
demi masa depan anak cucu kita.
ayuh kita bersatu utk kebenaran dan melawan kebatilan dengan rasional tanpa emosi.
salam perjuangan.
dari pandangan saya hanya gulungan islam dalam gabongan pr sahaja yang dapat menaikkan islam ketempat yang tinggi kerana amanah, adil dan telus yang diamalkan akan membawa kejayaan. belum nampak lagi ubn akan mengamalkan perkara ini melainkan hanya retorik semata!
patutlah nama ko mat kambing dah akai pun macam kambing!!!
anon 12.31am. umno mesti dikuburkan bukan nye ahli umno. umno sebuah parti yg terlalu sekular.aku sokong idea TGNA supaya kita umat islam bersatu dlm satu parti.kuburkan umno dan pas. kita buat satu parti baru dimana dasarnya dan halatujunye kearah memperkasakan islam. bukannye bergabung dgn umno yg terus menyesatkan saudara2 islam kita didalamnye.
Media KERAjaan vs Media Baru
Media Baru (blog,dll) menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia, khasnya bagi golongan2 muda...
Ramai yang mulai muak dan bosan dengan media2 arus perdana etc TV1,TV3 dll,Utusan Malaysia,Berita Harian dll yang 100% berita yg disuguhkan semuanya setiap hari menceritakan tentang kebaikan dan kebagusan kerajaan UMNOBN seperti tiada dosa kayaknya..
Sebaliknya buat pembangkang seperti yang sedia maklumlah...lebih2 lagi ketika menghadapi PRU @ PRK...selama itulah media2 ini dengan penuh gigih menyogok rakyat yang mana masih suka disogok @bebal...dan menghentam Pembangkang dari kiri,kanan, depan belakang atas dan bawah....
Kehadiran mediacyber seumpama cahaya yang terang benderang buat pakatan2 pembangkang(PAS,PKR&DAP) dan menjadi momok dan kudis buat KERAjaan UMnoBN...dengan kemunculan ramai blogger2 pro PR @ blogger2 BEBAS seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan... maka maklumat telus yang selama ini DIRINDUI oleh masyarakat Malaysia dapat dinikmati hasil laporan2 yang disediakan oleh blogger2 ini samaada yang sekadar persepsi,atau punyai hujah,bukti yang kukuh,pengalaman,saja suka2 dan sebagainya...
yang mana selama ini tiada ruang langsung buat Pakatan pembangkang menyampaikan walau sekadar ucapan Selamat Hari Raya di media2 arus perdana.....istilahnya tiada ruang buatmu......pada akhirnya menyebabkan kebungkusan Pakatan UMNOBN di lima buah negeri di Malaysia...
UMNOBN SEDAR…
UMNOBN mulai sedar akan impak yang diberikan oleh media2 cyber ini maka mereka pun menyusun langkah melahirkan blogger2 UMNOBN@cybertrooper UMngok untuk bertahan dari serangan blogger PR dan Bebas seterusnya melakukan counter attack dengan strategi dan taktikal yang penuh dengan perancangan yang rapi....kalau tidak pasti pada PRU 13 nanti UMNOBN akan tinggal nama sahaja...INSYAALLAH terus berkubur…..
MEREKA BERJAYA!!!
MEREKA BERJAYA!!!
PAS mangsa yang paling teruk....bahkan PAS mulai fobia terhadap Mediacyber yang selama ini mendokong mereka berbalik menghentam mereka...Pimpinan PAS menyalahkan blogger yang dikatakan menabur fitnah dan menceritakan rahsia parti,mengadu domba,berita berat sebelah dan sebagainya...mulai bertindak untuk mengawal blogger supaya memaparkan gambaran yang baik2 sahaja tentang PIMPINAN PAS kalau ada yang buruk itu sorokkan di bawah karpet sahaja(meminjam istilah Zul Nordin)..
(Jadi apa beza PAS=UMNO)sekarang!!!!
cammonlaa jgn takut kepada blogger2 klu salah kita terima dan perbaiki kalau fitnah kita lawan dengan hujjah.....jangan TAKUT dan jangan GENTAR, Allah bersama kita...Insyaallah pemimpin2 yang keji sekiranya ada dalam PAS mereka akan disingkirkan lambat laun ......PAS wadah menegakkan ISLAM di Malaysia so what.......
aku Cuma harap PAS tak jadi macam UMNO nanti orang BENCI….
Sekian Wassalam
Karat Biru
Apa nak dipelikkan..pemimpin pas sama je dengan pemimpin lain ..pendengki..tamak kuasa..lebihkan kroni..dan pelahap..cuma bezanya pemimpin pas ni pandai menipu penyokongnya dengan cara pemakai dan perwatakan luaran sahaja.
Tiada bezanya diantara semua pemimpin cuma pemimpin pas ni cepat melenting tanpa sebarang siasatan terlebih bila sesuatu isu kemungkaran pas dipaparkan kepada masyarakat umum..tetapi bila dibuktikan ..mereka akan mencari berbagai alasan untuk menghalalkan perkara tersebut..pada mereka penyokong tarak hal punya..sebab penyokong pas pada mereka umpama lembu sahaja (betul pun) boleh ditarik idung.
Cuma kelebihan didalam pas adalah nik ajis tu dianggap terlalu suci dan sempurna..segala pendapat nya dianggap betul sehinggakan tak boleh dibangkang..sekiranya ada bangkangan ..orang tu dianggap sampah..Iyo laa sampai selipar dia pun dia kata ada berkat dan dia boleh menentukan sasaorang itu boleh masuk syurga ataupun neraka.
Sedar lah ..bahawa nik ajis tu sama seperti kita juga manusia biasa umat nabi muhammmad..takde lebih kurang pun kalau ada pun cuma ilmu dan amalan agamanya..tetapi harus diingat..bahawa kita sendiri tidak boleh menentukan amalan kita itu diterima oleh ilahi...kita sebagai umat muhammad cuma menurut perintah dan melakukan amalan yang disuruh..segala pembalasannya hanya diakhirat dan allah jua maha mengetahui..so sedar lah dan berpemikiran secara terbuka lah wahai melayu pas dan pkr..jangan ditipu dengan perwatakan dan kepetahan cakap saorang manusia..ada otak kena fikir dan guna....
salam sedara seagama dan sebangsaku...
utk "bukan ahli parti 11.06am" mungkin sedara kurang faham maksud saya... kenapa pulak UMNO perlu dikuburkan.. kita bangsa melayu seagama perlukan kedua2nya utk mengimbangi kekuatan musuh.. saya kecikkan scope supaya lebih jelas... kita ambik contoh sebuah sekolah yang mempunyai pelajar atau guru yg membawa masalah kepada sekolah tersebut... perlukah kita tutup sekolah tersebut utk menyelesaikan masalah ini... kalau sekolah tersebut ditutup maka pelajar atau guru yg bermasalah itu akan masuk kesekolah lain pulak dan membawa bersama masalah ke sekolah baru.. harap saudara faham...sekiranya UMNO berkubur kemanakah jutaan ahlinya akan tujui...apakah sekiranya 50% menyertai PAS akan bertambah kuatkah PAS atau akan bertambah masalah di dlm PAS sendiri.. maka itulah saya lebih suka kalau kita perbaiki diri sendiri...dengan lebih jelas apakah matlamat kita berpolitik sebenarnya..apakah hanya sesempit itu matlamat kita hanya utk berjuang utk menjahanamkan UMNO.. adakah selepas matlamat kita tercapai maka kita akan mula memikirkan langkah seterusnya...satu persatu langkah tanpa perancangan jangka panjang... kalau perancangan kita hanya setakat 10 tahun akan datang atau setakat PRU13..maka kita sebenarnya hanya merancang utk diri kita sendiri...kalau kita selalu melaung2kan perjuangan kita ini utk generasi akan datang maka aturlah perancangan 50 atau 100 tahun akan datang...walaupun generasi kita skrg gagal melaksanakan apa yg kita cita2kan utk melihat tertubuhnya daulah islam sebenarnya di Malaysia insyaallah generasi akan datang akan terus menyambung perjuangan kita kerana kita telah membina landasan yang terang,tapak yg kukuh serta matlamat yg jelas utk diteruskan perjuangan kita seterusnya...
Saya bukan memihak mana2 parti..hanya bertindak sebagai seorang yg seagama dan sebangsa dengan majoriti yg berana di blog ini...kalau kita kagum dgn sedara Anwar..maka selepas Anwar..siapakah pula yg akan menjadi pemimpin PKR... saya lebih suka menumpukan kekuatan kita melalui UMNO dan PAS..tak kira mana2 parti yg sedara2 anggotai...kita tetap bersaudara..islam agama kita, nabi muhammad rasul kita, dan kita menyembah allah yg satu...sembahyang mengadap kiblat yg sama..dan keredhoan Allah adalah matlamat kita... tak perlulah memakihamun sesama sendiri..kalau setiap kita menghentikan tabiat suka memakihamun begitu maka orang yg nak memakihamunpun akan terasa malu utk berbuat begitu..maka barulah kita dapat berinteraksi dan menyumbang idea kearah yg lebih elok...bagi memperkuatkan ummah...ingatlah sifat iblis adalah suka mendabik dada menyatakan dia lebih baik dari Adam..dan tujuannya memang jelas utk membawa anak adam kearah yg menyesatkan.. saya harap perkembangan blog ini dapat digunakan sepenuhnya utk memaafaatkan perkembangan islam sepenuhnya....kita ada ramai kawan yg bukan islam...berapa kalikah kita menceritakan keindahan islam kepada mereka...sedangkan kita selalu bangga melaungkan yg kita memperjuangkan islam..
Berfikir dan bertindaklah dalam kerangka kita sebagai manusia yg berilmu
Azahar
apa nak diherankan azhar ooo...mamat bukan ahli11.06am tu bercakap menggunakan lutut...dia ni seperti lalang jee...
Topeng....ko ada cilok lebih tak selipar nik ajis tu..kasi laa sikit kat member group ni nak ambik berkat..
Hangpa semua mcm org munafik(MACAM),bila rakyat dan bagi amanat dan kepercayaan pada hangpa,terus hangpa duk bincang mcmana nak khianati rakyat,oleh kerana kepentingan politik dan jawatan hangpa..Jgn duk buhung lah yg hangpa bincang atas kepetingan rakyat dan org islam..Dah kami bagi amanat,hangpa khianati..Aku tak sokong PAS,tak sokong DAP,tak sokong PKR,tapi aku dan peer aku sokong gabungan PAKATAN RAKYAT yg bersatu untuk mengubah Bio POLITIK di Malaysia yg telah lama di Khianati oleh UMNO BN.Kami kebanyakannya tak ambil POT pasal politik,tapi asbab kes penangkapan ANuar Ibrahim telah mengerakan kami golongan student dan golongan muda untuk terlibat sebagai penyokong perubahan di Malaysia,dan asbab kebangkitan golongan muda dan student sepetri kami lah,kita dapat melihat sedikit perubahan dan BIO politik di Malaysia pada pilihanraya yg lepas,Namun kami amat kecewakan dgn parti PAS yg kebanyakannya dipimpin oleh golongan yg sebenarnya HIPOKRIT dan tak jauh bezanya dgn Pemimpin2 UMNO BN yg ada sekarang.Oleh kerana sikap pemimpin PAS yg sebigini kini telah membuat kami jadi tawar hati dan kami rasa kalau mcm ni lah keadaannya,lebih baik jika kami sokong dan kekalkan pemerintah yg ada sekarang,kerana seteruk-teruk mereka pun..tak lah guna alasan agama untuk kepentingan politik meraka..Wallahu`Alam
kalau kau org takndak ubah kerajaan bererti kamu kena keje mcm lembu siang malam,keje..keje..keje..cari duit nak tampong hidup sekeluarga...pemimpin2 B.N.hidup senang,rakyat miskin di lembu kan,...padanle ngan muka kau org yg takndak ubah kerajaan....papa kedana le hidup kau org nanti...dgn kenaikan kos sara hidup yg tinggi,rakyat kena keje mcm lembu dan kerbau...anak2 kat rumah terbiar le,mak dan bapak keje 20 jam sehari,anak2 kat rumah jadi bohsia dan penagih dadah sebab mak bapak sibuk nak cari rezeki.....kalau kau takndak ybah nasib kau org sedang tiap2 5 tahun sekali kita diberi peluang memilih kerajaan dgn memangkah siapa yg dapat membela nasib rakyat marhaen memberi kesejahteraan hidup agar rakyat jgn terlalu menderita.....ingatttttt
kalau b.n terus perintah malaysia kene le kau org makan maajun kuat lebih2,sebab nak kena keje kuat mcm lembu tarik kereta,mcm keje tarik bajak di sawah,kah kah kah mampos mampos mampos mampos mampos mampos,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Dah berapa lama BN memerintah...tak pernah pun ada rakyat Malaysia yg susah sampai makan taik...LU FIKIR SENDIRI LA...
salam..
anak lenggong,azahar dan pencacai umno pergi komen kat blog umno,bodoh sgt bila berhujah..hujah ikut logik akal je..umno suka betul org bodoh mcm korang.tak tau nak beza kan antara lembu susu dgn lembu daging
Post a Comment