"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 21, 2009

Ramai Pimpinan Perasan Bahawa Mereka Adalah "Superman"..!

Ini adalah sindrom penyakit yang sudah lama bersarang dalam kepala hotak pimpinan UMNO/Beer eNd dan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-12, penyakit ini sedikit demi sedikit nampaknya dah berjangkit dan meresap kedalam jiwa sebahagian pimpinan Pakatan Rakyat pula.

Bukan susah untuk mengenalpasti mereka-mereka dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang dijangkiti penyakit ini, cukup dengan membaca kenyataan-kenyataan "angkuh" dan "bodoh-sombong" mereka. contohnya kenyataan-kenyataan gila pimpinan Pakatan Rakyat yang didalamnya "berbau tahi" UMNO/Beer eNd.

Kebanyakan mereka-mereka ini diakhirnya menjadi "punching bag" akar-umbi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (ahli parti dan bukan ahli parti) dan tak ketinggalan juga para media termasuk bloggers yang membentuk apa yang kita panggil "3rd voice".

Apa Itu "3rd Voice"?

Dalam komuniti penyokong-penyokong dan pendokong-pendokong Pakatan Rakyat, majoriti darinya ialah mereka-mereka yang berada dalam landasan "none partisme" atau dalam bahasa MeLAYUnya ialah tidak berparti. golongan ini menyokong Pakatan Rakyat bukan kerana "taksub" atau berminat pada mana-mana parti sebaliknya sokongan golongan ini adalah "solid" atas nama "ideologi" atau "perjuangan".

Dalam jiwa golongan ini tersemat pegangan yang sama iaitu -
  • "aku tak peduli siapa nama pemimpin itu atau apa bangsanya, yang aku peduli ialah "ideologi"nya dan juga "perjuangan"nya yang seiring dengan kehendak rakyat. kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekalipun mengkhianati suruhan agama, kehendak rakyat dan norma-norma "demokrasi", maka tempatnya ialah dalam karungan guni yang bakal dihanguskan dalam bakaran terakhir pada PRU-13 nanti..!"
Senang cerita, geng-geng "3rd voice" ni dia tak kira siapa korang, selagi korang buat benda betul, support memang "solid", "bulat" tapi kalau "serong"... ambik la habuan kau... buta-buta jadi "punching bag" la...

Tamat bab penerangan "apa itu 3rd voice".

Realiti

Kenyataan diatas ialah realiti dan dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, ada yang tidak menyangka bahawa gelombang seperti ini akan wujud dari kalangan pro Pakatan Rakyat sendiri

Dan apa yang berlaku seterusnya ialah pada ketika mereka berjaya menang tanpa disangka-sangka pada PRU-12 yang lalu, mereka merasakan bahawa "aku adalah superman" dan selepas dinobat sebagai "seseorang" dikawasan masing-masing, mereka mula merangka-rangka strategi-strategi bodoh yang pada mereka adalah yang "terbaik untuk rakyat".

Kau Bukan "Superman"..!

Para pimpinan "Superman" ini mula lupa bahawa kemenangan mereka pada PRU-12 tempohari bukan kerana mereka adalah "Superman", mereka-mereka ini tidak pun memakai seluar ketat berwarna biru dan juga seluar dalam merah diluar semasa berkempen untuk PRU-12 tempohari. tidak juga mereka ini bersayap merah kesana-sini semasa berkempen.

Aku juga dapat sahkan bahawa tiada diantara pimpinan "Superman" ini ada waktu-waktunya memakai cermin mata dengan rambut berkilat belah tepi dan ada ketikanya muncul tanpa cermin mata dan "remos" ala-ala ekor khinzir..! tiada..!

Eh... korang tak sedar ke yang korang tu bukan "Superman..!"

Penyokong "Taksub Membuta Tuli"

Dikalangan penyokong Pakatan Rakyat pun dah ada yang kelihatan dah jadi "Extremist" parti dan juga dijangkiti penyakit "Taksub".
  • "Jangan tegur kesalahan pimpinan. kalau ada yang buat salah, kita tegur ikut "prosedur", kalau boleh kita cuba "cover" jangan bagi public tahu pimpinan-pimpinan ini buat benda silap demi untuk "menjaga nama baik parti".
Itu kata "Extremist" dan "Taksubist" dan komen ringkas aku untuk geng-geng ini berbunyi begini -
  • Khak Ptuih...!!!
Tegur ikut "prosedur"..? HELLoooooo...!!! apa prosedur tegur-menegur bagi pro Pakatan Rakyat yang bukan ahli mana-mana parti..? tegur masa konvensyen..? boleh jalan la..! masuk jadi "pemerhati" boleh, nak bersuara - mintak maaf... bukan aku tak pernah pergi mana-mana konvensyen Pakatan Rakyat... dah selalu dah. jadi "pemerhati"... perhati je la dari jauh...

Paling BANGANG, suara-suara yang mintak kita "cover" mana-mana pimpinan yang buat kerja "serong". cadangan kelas 1 yang boleh disertai dengan anugerah "otak paling biskut" dan juga piala "Penjahanam Pakatan Rakyat".

Itu yang selama ini berlaku dalam Parti Junub UMNO/Beer eNd yang selama ini kita tentang tapi tiba-tiba ada pulak malaun dalam Pakatan Rakyat yang cuba nak pakai startegi yang sama "kununnya" demi "perpaduan" Pakatan Rakyat.

Hahaha...!!! "Perpaduan"..? oi bastard..! "Perpaduan" tu modal lama UMNO/Beer eNd selalu pakai bila ada masalah dalaman. tu bukan nak selesai masalah, tu nak "peram" masalah bawah "karpet" (teringat pulak aku dekat "carpet man Bik Mama"), ini idea bijak tahap lembu untuk membiakkan anai-anai perosak dalam Pakatan Rakyat.

Tamat bab penyokong "Taksub" dan balik semula pada "Pimpinan Perasan Superman".

Agenda Perpaduan "MeLAYU"

Pimpinan yang aku label sebagai geng "Superman" ni kebanyakannya seronok buat benda-benda bodoh yang majoriti pro Pakatan Rakyat tak setuju. yang paling aku tak tahan sekali bila ada antara mereka ni, sebok dok rancang strategi "Perpaduan".

Ada jugak suara-suara sumbang yang dalam diam, memainkan isu "MeLAYU" padahal faktor perjuangan Pakatan Rakyat yang paling disambut oleh segenap lapisan masyarakat bukanlah MeLAYU sebaliknya "Bangsa Malaysia" - Hak Kesamarataan. itu yang sepatutnya difokuskan dan bukannya 1-1 bangsa sahaja.

Gilanya yang dok bersumbang-sumbang isu MeLAYU itu ialah yang datang dari parti PAS yang terang-terang dasar perjuangan mereka bukanlah perjuangan bangsa sebaliknya berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah dan semua kita sedia maklum bahawa didalam Al-Qur'an dan Sunnah, tidak ada perjuangan bangsa.

Disisi Allah semua makhluk ciptaan-Nya yang bergelar manusia adalah sama tak kira apa warna kulit, jantina atau agama... yang membezakan kita hanyalah amalan kita.
  • Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) - Al-Qur'an (Al-Hujaraat(13)).
Sepatutnya, agenda inilah yang perlu diteruskan. bukan agenda "bangsa". ramai antara kita terlupa atau tak perasan bahawa pada 1 masa nanti, semua bangsa didunia yang ada ketika ini akan hilang ditelan masa melalui perkahwinan campur. siapa dapat jamin 100 tahun lagi genetik MeLAYU yang ada pada tahun 2109 masih sama dengan genetik MeLAYU pada tahun 2009..?

Siapa dapat sahkan bahawa genetik Arab pada zaman Rasulullah dahulu sama dengan genetik Arab pada zaman ini..? kalau nak cakap "ada unsur yang sama" memang aku percaya tapi kalau nak cakap 100% sama, jauh la...

Bangunlah Wahai "Superman" Atau Kami Akan Hantar "Kryptonite" Untuk Kamu..!

Jadi untuk pimpinan-pimpinan yang dikiaskan dekat atas tadi, bangunlah... balik pada perjuangan asal seperti yang kamu pegang dan sebut-sebut diatas pentas ceramah sebelum PRU-12 dahulu. majoriti rakyat memilih kamu semasa PRU-12 dahulu bukan sebab kamu adalah "Superman", tetapi kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kamu mampu untuk membawa suara majoriti rakyat dan merealisasikan kehendak majoriti rakyat yang selama ini dipinggirkan oleh pimpinan terdahulu.

Untuk ahli-ahli parti yang aku labelkan sebagai "Extremist" dan juga "Taksubist", sedarlah dari mimpi-mimpi indah kamu. parti kamu masing-masing berjaya bukan kerana "pimpinan" semata-mata. realitinya ialah kemenangan itu bukan kerana "pimpinan" atau "parti" sebaliknya kerana "undi" dari rakyat Malaysia.

Korang ingat kalau pengundi-pengundi yang bukan ahli mana-mana parti boikot PRU-13 nanti Pakatan Rakyat ada can untuk menang ke..? sorry la beb..! yang tu kenyataan kan..?

Kalau korang rasa korang "Superman", korang anggap sahaja para pengundi sebagai "Kryptonite". ancaman utama mana-mana parti politik sebenarnya ialah "pengundi". ingat...!!! Beer eNd hilang majoriti dalam PRU-12 sebab pengundi, PAS kalah di Bagan Pinang sebab pengundi.

Pengundi Adalah "Kryptonite"

Pengundi bagi aku adalah "Kryptonite"... majoriti mereka adalah orang-orang yang "marah". bila mereka marah, mereka akan menghukum dengan cara yang "salah"... aku tak suka Beer eNd jadi aku "pangkah" Pakatan Rakyat. cara yang "unik" untuk melepas geram. tak suka Beer eNd tapi "pangkah" Pakatan Rakyat. hahaha...!!!

Kepada para pimpinan yang ada rasa-rasa "aku adalah Superman", ubahlah diri masing-masing. balik pada landasan perjuangan yang asal. jangan cuba mencipta perjuangan atau agenda diri sendiri sebab adanya pemimpin adalah kerana rakyat dan jatuhnya pemimpin, juga adalah kerana rakyat..! korang bukan hebat sangat pun...

Mana-mana agenda korang yang ditolak tu, eloklah jangan diteruskan. kalau rasa nak teruskan jugak, boleh blah dari Pakatan Rakyat dan tindakan itu sangat-sangat dialu-alukan. sikit pun kami tak rasa rugi buat masa ni kalau mana-mana kerusi Pakatan Rakyat beralih kepada kerusi bebas atau UMNO/Beer eNd baik dengan cara lompat atau PRK. pada aku "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". lu fikir la sendiri..!

Yang pastinya, website ini tidak akan menyokong mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat baik daripada PAS, PKR ataupun DAP yang dilihat cuba mengkhianati perjuangan dan amanah majoriti pro Pakatan Rakyat dan pengundi-pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-12.

Terimalah semua kritikan demi untuk masa depan Pakatan Rakyat.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" - "Kalau takut pada risiko, usah bicara tentang perjuangan..!"

12 comments:

kayukelat said...

menyiarkan kritikan yg tidak benar itu perly juga diterima, memang website hang yg punya tapi hang perlu bertanggungjawab berita yg hang tulis, benar ke tak, kalu fitnah hang tidak pernah pun mintak maaf, diam macam tu aje, org yg membaca web hang akan membawa berita yg tidak betul kedalam masyarakat dan menyebarkan lagi fitnah yg hang tulis. berani ke bertanggungjawab,

Mr Joker said...

Kalau tak berani, aku tak kan siarkan... simple.

Banyak "dakwaan" dikatakan sebagai fitnah, tapi pernah ke pihak yang didakwa "membuktikan" bahawa "dakwaan" tu adalah fitnah..?

Setakat ni - kosong..!

Anak Lenggong said...

Bro...upah tak dapat ke ataupun tender suply selipar untuk nik ajis pun menantu dia kebas jugak ke...BELASAH JANGAN TAK BELASAH...GELANGGANG DAH DIBUKA....

Unknown said...

Kalau tak boleh dikritik jangan jadi pemimpin. Lebih baik jadi sami. Setiap pagi bawa periuk round kampung minta nasi.

Kerana tidak mahu terima kritkanlah semua jadi bahlol!

Anonymous said...

-wa pling suke bile lu ckp pimpinan jgn prasan mcm superman yg pkai suar ketat ngan spender merah kt luar..hahaha..

-cume wa nk tmbah skit,utk extremist or taksubist(suke2 lu je reka word nie,but i like it),wa andaikan mcm superboy yg sntiasa brganding bahu ngan superman, cume diorang pkai suar biru ketat ngan g-string kaler mrah..kahkahkah..

-mntap bro pnulisan lu nie,kpd pimpinan2 politik kt luar tue,korang bkn tuan kitorang,tp macai n pekerja utk rakyat!!!

-zargus1

checkmate said...

pencacai...pakatan rakyat sekarang memang teruk...musnah..hancur...perangai2 pencacai ni teserlah bila pemimpin xboleh ditegur...

lebih baik xberparti...

SearchForHeaven said...

Quote ""Banyak "dakwaan" dikatakan sebagai fitnah, tapi pernah ke pihak yang didakwa "membuktikan" bahawa "dakwaan" tu adalah fitnah..? ""

huhuhu... takkan guna statement ni nak membenarkan segala perbuatan...

kalau camtu...
Byk benda lah yang benar kat Dunia ni..


well said..

semua bongkak..
tak nak tunduk kepada kebenaran dan kejujuran...

awang kurap said...

MINGGUAN MALAYSIA MENYEBUT
MENGIKUT "berita angin..Husam letak jawatan "

Kata Jangan dengar berita angin

Budak Kg said...

SEJARAH TAHUN 2003 :
Dokumen negara Islam PAS
"Kertas biru negara Islam PAS dikeluarkan pada November, sekaligus mengundang kecaman dari segenap sudut, termasuk dari dalam parti dan sekutunya PKR."

Juga :
SEJARAH TAHUN 2001
Pasca-911: Perpecahan DAP-PAS
"Barisan Alternatif terburai apabila PAS bertegas untuk menubuhkan negara Islam sekiranya berkuasa."

Sbb itulah Anwar mengisytiharkan 11-9 utk dia menjadi PM Malaysia.

Kita lupa tentang Sejarah tetapi Sejarah tidak pernah berbohong..Mengapa kita lupa dan lupa....

Lanjut di media Pakatan Rakyat, Malaysiakini...dan bukannya TV3 atau Utusan yg korang tak percaya tu...
http://www.malaysiakini.com/news/117988

Berjuang biar berpd..jgn membabi buta! Pemimpin bangang pengikut taksub!

Anonymous said...

ini la suara rakyat..kalau pemimpin terasa pedas bila baca artikel ni,saya harap anda jangan merasa pedas tapi menikmati kepedasan artikel ini.

Anonymous said...

khabar angin mengatakan TP n TB si pencacai amik upah dari umeno tuk kritik,balun,kutuk pemimpin pas ....sebab tu lately blog die ni cenderung mengkritik pemimpin sendiri...
sudah2 la bro rahsia ko da terbongkar....kami semua x menghalalkan perbuatan ko tu....dasar pencacai xreti malu...ambik ni hakkkktuihhhhh!!!!!!!!

AmenoWorld said...

owhh gitu ker..?
kalo ahli pas sendiri yg tentang ko nak cakap per animoous..?

jgn dengar apa yg ko nak dengar jer
jgn baca apa yg ko nak baca jer
jgn tgk per yg ko nak tgk jer
if u dont like then u have a right
not to see
read and hear.
simpe. just like that.

mcm aku selalu cakap

JANGAN mengUMNOkan PAS.

PAS IS PAS
UMNO IS UMNO.

IF THESE TWO PARTIES COMBINED
AND FORMED SATU BENTUK PARTI YG
MCM TU, I RATHER MYSELF AS 3FORCE.

selagi mane, umno xmo berubah
selagi itu dasarnya ditentang
n pas tak perlu nak berbolak balik utk kerjasama dengan hantu2 umno mcm neh.. buang maser.
beliv me.