"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 15, 2009

Konvensyen Blogger PAS: Jangan Lahirkan Batang-Batang Pisang

Konvensyen Blogger PAS yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini tidak sepatutnya disasarkan untuk melahirkan “batang-batang pisang” dalam menghadapi serangan todak.

Dalam kesah “Temasek/Singapura Dilanggar Todak”, arakian maka dikesahkan Singapura telah dilanggar todak. Pada mulanya, Sultan telah memerintahkan para pahlawan menggunakan betis untuk menahan serangan todak. Namun taktik tu gagal kerana todak yang menyerang tidak semestinya menusuk betis asykar2 tersebut.

Maka, datanglah seorang budak memberi idea bahawa barangkali patut disusun batang pisang dan dibiar todak menusuk batang pisang tersebut. Maka, dibinalah tembok batang pisang dan akhirnya todak-todak yang menyerang tersangkut di batang-batang pisang dan dibunuh. Maka, selesailah masaalah serangan todak tersebut.

Arakian, budak yang memberi idea tersebut, maka Raja merasakan bahawa budak tersebut tersangatlah pandai dan akan mampu menjatuhkan Raja dari takhta satu masa nanti. Maka, diarahkan supaya budak tersebut dibunuh.

Rintihan Greenboch Sama-Sama Kita Alami

Saya antara yang mula2 menghantar nama saya sewaktu ura-ura mengadakan Konvensyen ini dahulu. Sila rujuk email saya pada penerangan di bawah :

“Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 9:08:49 AM
From: Abdul Rahman Abdul Talib
...
View Contact
To: penerangan.paspusat@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum,

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon untuk menghadiri seminar konvensyen blogger PAS

Terima Kasih

Tulang Besi”


Seterusnya saya dapat respon dari Penerangan PAS Pusat :

“Re: Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 7:02:43 PM
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat
...
View Contact
To: Abdul Rahman Abdul Talib
________________________________________
telah didaftarkn. “


Tapi sampai hari ni saya menunggu surat jemputan yang tidak kunjung sampai.

Benarlah kata saudara Greenboc, memang majlis konvensyen blogger ini untuk mem “BTN” kan bloggers.

Bagi saya pula, ianya adalah untuk melahirkan “batang-batang pisang” semata2 untuk melindungi pemimpin-pemimpin PAS yang telah berbohong dan kemaruk nak duduk dalam kelambu dengan UMNO.

Tuan Ibrahim Marah Pada Blogger, tapi Tak Marah Perjumpaan Dalam Gelap dan Pembohongan Pimpinan

Saya dah nampak lama dah trend Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau hanya bercakap apabila ada isu-isu yang menguntungkan geng Perpaduang. masa artikel Dr. Dzul yang menyentuh Perpaduan keluar dalam Harakah, beliau antara yang lantang memarahi mereka yang menyentuh isu tersebut. Padahal, artikel Dr Dzul tiada kena mengena dengan isu Kerajaang Perpaduang. Dr. Dzul cuma mahu membetulkan pemahaman konsep wala’ dalam parti.

Kita semua tahu, konsep wala’ dijaja dalam parti atas bawah untuk memaksa Ahli menerima gagasan Kerajaang Perpaduang yang sebenarnya alasan yang digunakan untuk berselingkuh dengan UMNO.

Tiba2 apabila pemimpin2 pro UMNO mula komplen pasal bloggers, Dato Tuan Ibrahim yang pertama sekali keluar bersilat menyerang para blogger. Macam-macam alasan yang digunakan tetapi dalam tidak sedar, beliau telah memburukkan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Yang hairannya sewaktu pemimpin2 PAS berjumpa dengan UMNO dalam gelap, kemudiannya berbohong berkaitan perjumpaan tersebut, kita tak dengar apa2 suara dari Dato Tuan Ibrahim?

Sekarang ni, Tuan Ibrahim akan menjadi pembentang kertas kerja. Tokoh yang secara terbuka menghemtam bloggers (termasuklah bloggers itu adalah Tok Guru Nik Aziz) akan membentang kertas kerja berkaitan blog. (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/kenapa-tuan-ibrahim-menghentam-tok-guru.html)

Semua ini tak lebih sessi basuh otak dan sebar auta seperti biasa. Last2 nanti, mesti sebut pasal wala’. Saya tak heranlah pembentang kertas kerja terakhir adalah Ustaz Nasaruddin Tantawi. Tajuknya, adalah “"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah".

Tapi, bukankah Ustaz Nasaruddin pernah menuduh Dr Aziz Bari sebagai agen UMNO? Bukankah itu satu bentuk fitnah juga? Orang yang pernah mengeluarkan fitnah, mahu membentang kertas kerja menghalang orang dari menyebar fitnah.

Hairan hairan.

Akhir sekali, ingatlah, kita di dalam PAS telah dilatih untuk berkata kebenaran sekalipun kebenaran itu pahit. Jangan lah kerana ada orang yang tidak senang duduk atas pendedahan2 kita, maka kita mahu berkompromi prinsip kita.

Bloggers semuanya wala’ hanya kepada Allah dan Rasul. Yang lain2 tu, kalau mereka menyeleweng, maka wajib kita menegur sebagaimana ada sahabat yang mahu menegur Saidina Umar dengan pedang.

Tulang Besi

Konvensyen Blogger PAS Untuk Mem"BTN"kan Blogger?

Menjelang Konvensyen Blogger PAS yang akan diadakan pada 20 hb Disember ini bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, ramai yang tertanya-tanya apa pendirian GB.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Idris Ahmad dan idea penganjuran konvensyen ini berlaku beberapa hari selepas para blogger telah tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat itu yang telah "menghentam" Prof Abd Aziz Bari. Malah Idris pernah menamakan dan menyerang para blogger sebagai penabur fitnah di dalam satu seminar di Gopeng.

Senarionya bermula apabila Prof Abd Aziz Bari melakukan kritikan terhadap pimpinan PAS Pusat, dan ianya disanggah hebat oleh Idris yang tidak berlapang dada untuk menerima kritikan. Diperburukkan lagi dengan tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan Tantawi yang melabelkan Abdul Aziz sebagai agen musuh.

Di dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan pada 7 Nov 2009 pula, keberadaan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut memberikan pandangan di dalam forum, disifatkan oleh Ust Zolkharnain Abidin adalah bias dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib.

Ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut - Idris, Nasruddin Hassan Tantawi, Tuan Ibrahim, telah dikrtik hebat oleh para blogger - termasuklah GB :)

Dan kini ketiga-tiga pimpinan PAS tersebut terlibat secara terus di dalam Konvensyen blogger yang hendak diadakan pada 20 Disember ini yang menurut kenyataan dikeluarkan:

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - "Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin - "Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi - "Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan/resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

Jelas bukan? Ketiga-tiga pimpinan yang dihentam para blogger kini cuba untuk menindoktrinasikan pemikiran blogger melalui apa yang dipanggil Konvensyen Blogger yang tak ubah seperti langkah untuk "memBTNkan" mereka supaya patuh, akur dan jangan mengkritik pimpinan dengan alasan ia "merugikan PAS". Sedangkan kebanyakan blogger melihat pendirian dan kenyataan ketiga-tiga pimpinan yang telah dikeluarkan itulah yang telah banyak merugikan PAS.

Konvensyen dikatakan untuk "mengenal pasti blogger sebenar PAS" dan salah satu objektifnya "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS".

Persoalan kini mengapa setelah kamu-kamu tidak berupaya menerima kritikan tiba-tiba cuba pula untuk "mengenal-pasti blogger sebenar PAS" dan dengan beralasan untuk "Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS" supaya ianya seiring hanya dengan pandangan dan pendirian ketiga-tiga pimpinan tersebut yang gagal menghargai kritikan orang lain. Apakah itu yang hendak ditanamkan ke minda para blogger?

Rumusan : GB adalah ahli PAS yang berdaftar, bernombor 2579xx, (telah mengikuti program PAS sejak dibangku sekolah sekitar 60an dan 70an mengikuti ayahanda yang merupakan pengasas dan Ketua PAS Cawangan di tempat GB, tetapi hanya disahkan menjadi ahli berdaftar PAS pada 80an) bererti layak sangat menghadiri konvensyen berkenaan, tetapi GB mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya setelah GB gagal untuk melihat adanya kejujuran dan ketulusan di dalam penganjuran konvensyen berkenaan.

Kalau tak terima GB sebagai blogger PAS pun nanti, GB tak berkecil hati. Muga ada yang masih mahu membaca tulisan-tulisan GB.

15 comments:

Anonymous said...

TB nak pegi jugak ker?

Harap berhati-hati. Jgn terjerat pulak.

Setakat di'BTN'kan takpe la, jangan sampai di'marking' sudah la.

Nanti tak sempat nak bongkar isu dan pendedahan yg bertimbun2..

PAPA GOMO said...

setuju tu bro..jangan melahirkan blogger Batang Pisang. he he he...sekarang ni banyak sangat blogger dari pakatan yang dah jadi BATANG PISANG..he he he

lu tak sama bro....mantap..ha ha ha

Anonymous said...

... SB-SB bukit aman dah tersenyum

failnya akan penuh dengan muka-muka blogger PAS yang bakal dikenalpasti dan digelidah bila perlu - terutama dalam era KPI. SB disyaratkan ada memabawa kes-kes untuk kenaikan pangkat.

peluang utk mereka kini terbuka luas.

jabatan penerangan pas membuka ruang dan memberikan peluang istimewa ini kepada mereka.

Letih Mengundi PAS said...

Selagi usrah tak dibetulkan..seminggu sekali...untuk ahli biasa..janganlah harap nak capai apa2 kemenangan dalam peperangan saraf dan siber politik sekular ini..jemaah ISLAM kena Fatonah bijaksna..bukan LURUS BENDUL..dan BUKAN PEMBOHONG..kena belajar SIRAH NABI MUHAMMAD SAW dalam2 ...tersurat dan tersirat..TAPI PAS anti usrah...yang penting peti undi tak habis2..kalau kepala otak ahli dah Islamik...peti undi automatik menang...

Anonymous said...

Kepada
AJK Lajnah Penerangan Pas Pusat,

Kami mohon, jgn benarkan TB sertai konvensyen ini. Dia ni terang-terangan merupakan gunting dalam lipatan, api dlm sekam & tali barut.

Kami khuatir jika dia dpt masuk, satu hari nanti habis satu dunia tahu cerita dalaman PAS.

Bahaya budak ni.

Anonymous said...

anlon, ada citer dlm kelambu lagi ker sampai takut bebenau TB dtg?

macam tu baik tok sah 1 org pun dtg, kalau takut bebenau citer pas terbawa keluar.

Anonymous said...

harap Tulang Besi WAJIB hadir..jangan berani dari luar negeri...kami teringinsangat nak tengok muka orang yang tak dapat kadi CEO ni...

Anonymous said...

Aku tau la...hangpa semua dah buat Group nak naikkan group Pro Anuar...
Sapa saja yang hangpa tengok boleh halang cita cita. Husam, Khalid, Mujahid, Kamarudin, Syed Azman, Hatta dll beberapa nama yang malas aku sebut...

Anonymous said...

hhhhoooohoooo dah main puak2 lak, bila kita bgtahu dia puak UG dia marah. mana ada UG lagi katanya.

lepas ni ada puak SP, puak TB, puak Trengganu, Puak Hadi, puak Nik Aziz...

Memang jahat fraksi UMNO dlm PAS ni.

Anonymous said...

HIDUP 1 MALAYSIA

RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

PERLIS,TERENGGANU,PERAK,N SEMBILAN,MELAKA,JOHOR,SABAH,SARAWAK

KAWASAN KITE(KAWASAN BARISAN NASIONAL)

UNDILLAH BN

Anonymous said...

HIDUP 1 MALAYSIA

RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

PERLIS,TERENGGANU,PERAK,N SEMBILAN,MELAKA,JOHOR,SABAH,SARAWAK

KAWASAN KITE(KAWASAN BARISAN NASIONAL)

UNDILLAH BN

Anonymous said...

HIDUP 1 MALAYSIA

RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

PERLIS,TERENGGANU,PERAK,N SEMBILAN,MELAKA,JOHOR,SABAH,SARAWAK

KAWASAN KITE(KAWASAN BARISAN NASIONAL)

UNDILLAH BN

Anonymous said...

TB
Pada ingat aku lah...batang pisang lebih baik dari lidah bercabang, lidah bewak macam hang.

dahsyat tu

Anonymous said...

TB
Pada ingat aku lah...batang pisang lebih baik dari lidah bercabang, lidah bewak macam hang.

dahsyat tu

Anonymous said...

Bukan tak mau bagi dtg sebarang dtg.
kalu nak dtg , silakan.

tapi yg takutnya...dia akan buat spekulasi berbelit-belit mcm yg sudah-sudah dia buat.

apa hal tu...
aku yakin 100% KALU DIA DATANG PASTI ADA SAJA CERITA SENSASI.

KALU DIA TAK DATANG PUN SUDAH PASTI ADA JUGA CERITA HOT-HOT BELAKA.

HANGPA TENGOKLAH SENDIRI...& PERCAYALAH CAKAP AKU YG TUA NI.