"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 15, 2009

Contoh Terbaik Penyokong PAS Yang Bodoh..!

Aku baru je terbaca komen dekat bawah ni tadi...

Anonymous has left a new comment on your post "Konvensyen Blogger PAS: Jangan Lahirkan Batang-Bat...":

Kepada
AJK Lajnah Penerangan Pas Pusat,

Kami mohon, jgn benarkan TB sertai konvensyen ini. Dia ni terang-terangan merupakan gunting dalam lipatan, api dlm sekam & tali barut.

Kami khuatir jika dia dpt masuk, satu hari nanti habis satu dunia tahu cerita dalaman PAS.

Bahaya budak ni.


Jadi aku nak balas komen ni secara terbuka dalam website aku ni...

Kepada Lajnah Penerangan PAS Pusat,

Aku setuju supaya TB TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI "Konvensyen" ini atas alasan yang anon diatas nyatakan.

Dengan menyekat kehadiran blogger-blogger seperti TB ke "Konvensyen" tersebut, Pimpinan-pimpinan PAS yang "seronok berkhalwat dengan ejen UMNO" boleh terus "berkhalwat" sepertimana yang mereka pernah lakukan sebelum ini.

Penyokong-penyokong PAS akan terus boleh diperbodohkan seperti sediakala. PAS juga tak perlu "memperbetulkan" kesilapan-kesilapan yang ada dan PAS juga tak perlulah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sebab dengan adanya "anon" (baca - penyokong bodoh) seperti diatas sebagai ahli atau penyokong PAS, maka PAS akan dianggap sebagai parti "Maksum".

Tahniah "anon"... orang macam kau la yang banyak merosakkan Pakatan Rakyat.

Cakap je la kau ni ejen UMNO..!

25 comments:

Ahli Angkat Iron Bones said...

Biasalah TULANG BESI...dalam SATU pejabat pun ada SPY yang merosakkan visi dan misi pejabat..TAPI boss dan yang buta mata hati tak nampak..orang yang suka melawan dalam mesyuarat..walaupun tujuannya nak capai visi dan misi pejabat..yang tak kualiti..syaitan bisu dan pembodek...akan menyalakan api fitnah..beri cop kata kita anti pejabat pulak...

mankeldai said...

pimpinan pas geng perpaduang akan bangga pas mempunyai ahli sebegini!

pria malaya said...

bro TB, abaikan je komen2 yg semacam itu..biasala tu pro n kontra..mungkin dorang xkenal lg sape TB yg sebenanrya..

nak tanya, bro TB hadir tak dalam konvensyen blogger PAS nanti? harapnya blogger besar mcm TB datang la kan..Perisik Rakyat antara aset penting dan berpengaruh dunia maya PR..

satu lagi nk tanya, sebagai rumusan terakhir sebelum hari kejadian tu nanti, apa pandangan TB tentang konvensyen blogger PAS? apakah patut diadakan, atau sebaliknya, atau bagaimana...

terima kasih..

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

aku percaya 'anon' tu lah yang jadi spy...percaya,percaya.

Gaya peneroka said...

TB kena hadir tak ada rahsia-rahsianya....mohon hadir jer....
Kalau dia tak benar ...baru kita buat sesuatu....

Anonymous said...

HIDUP 1 MALAYSIA

RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

PERLIS,TERENGGANU,PERAK,N SEMBILAN,MELAKA,JOHOR,SABAH,SARAWAK

KAWASAN KITE(KAWASAN BARISAN NASIONAL)

UNDILLAH BN

Anonymous said...

HIDUP 1 MALAYSIA

RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

PERLIS,TERENGGANU,PERAK,N SEMBILAN,MELAKA,JOHOR,SABAH,SARAWAK

KAWASAN KITE(KAWASAN BARISAN NASIONAL)

UNDILLAH BN

Selamatkan PAS & TGNA said...

http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/saynotomunafiqeen-membela-si-munafeeq.html

Selamatkan PAS & TGNA said...

Wednesday, December 16, 2009
Saynotomunafiqeen Membela Si Munafeeq?
Yang ni aku ambik dari blog al bakistani -
_______________________________________

Semasa ceramah Tuan Guru nik Abdul Aziz di Taman melewar baru-baru ini, aku bersama seorang kawan pergi. Sedang mendengar ceramah, tiba-tiba telefon kawanku berbunyi.

Aku membiarkan sahaja. Tidak ada faedahnya aku mengambil tahu siapa yang menelefon kawanku itu.

Setelah selesai telefon, kawanku itu maklumkan bahawa yang menelefon dia adalah Ariffahmi, seorang COO yang sedang dilubung isu yang melibatkan PMBK.

“dia nak jumpa kita” kata kawanku itu.

”ahh... dia nak buat apa jumpa kita?” tanyaku balik

”ala... kita pegi dengar la dulu, apa yang dia nak dari kita” kata ariffahmi lagi.

”emm... ok.. tapi bila?”

”esok.. kot”..

”bukankah kita nak pegi rumah tunang anta esok?”

”dia kata, kalau lewat malam pun tak pe... asal nak jumpa juga”

Selamatkan PAS & TGNA said...

”ooo.. maknanya, dia jumpa kita nanti lepas balik dari Johor la”

”yap...” ringkas kata kawanku itu.

GOMBAK

Kami ke Johor. Aku, isteriku, anakku dan kawanku itu bersama-sama ke Johor menaiki kereta avanza hijau yang merupakan buraq harianku. Muar tempat yang kami pergi.

Setelah selesai urusan kami di Johor, kami terus balik ke Sungai Buloh. Setelah sampai, kami menguruskan beberapa urusan terlebih dahulu. Kemudian, dalam hampir pukul 12 malam, baru kami menghubungi Ariffahmi untuk berjumpa.

dia maklumkan, bahawa dia bermalam di Nikko Hotel, Ampang Park. Justeru, dia minta agak kami berjumpa dengannya di Nikko Hotel tersebut.

Kami faham, pertemuan dengan kami itu adalah disebabkan faktor kami adalah blogger. Makanya, kami mencadangkan agar dia berjumpa dengan seorang lagi blogger yang agak otai dalam ulasan politik. Dia bersedia berjumpa.

Kami bersama-sama menuju ke arah gombak dengan kereta avanzaku. Dalam kereta, Ariffahmi berkali-kali menyebut, ”kesian kat ana syaikh”

Aku agak kepelikkan. Apa motif ayat ini dikeluarkan dihadapanku bersama seorang kawan yang merupakan blogger juga.

Selamatkan PAS & TGNA said...

”mungkin dia dah penat kot hadapi isu dia ni kot” hatiku berkata-kata.

ADA PIMPINAN

Sesampai kami di gombak, untuk berjumpa dengan salah seorang blogger Otai. Kami berjumpa juga dengan salah seorang pimpinan tertinggi PAS. juga seorang blogger yang sudah dikenali dalam dunia blogger.

Pada peringkat awalnya, ariffahmi agak teragak-agak untuk turun dari kereta, apabila dimaklumkan ada salah seorang blogger yang dia sangat kenal itu berada di situ. Tetapi, berkali-kali dipujuk, baru dia akur.

Kami turun dari kereta, dan disambut mesra oleh dua blogger otai, juga salah seorang pimpinan tertinggi PAS di situ.

”ana pergi satu tempat. Ramai ana jumpa. Nak minum sampai tak sempat, sebab bersalam dengan orang kat situ.. macam mana Al-Bakistani boleh tulis dalam blog, yang ana ni orang tak kenal” kata pimpinan tertinggi PAS itu.

”ala.. memang la kat situ orang kenal anta.. kalau anta pegi kat tempat budak-budak ana.. dorang tak kenal langsung anta” balasku, sambil ketawa, kemudian disambut oleh pimpinan PAS terbabit.

Kemudian, kami memfokuskan tentang isu arif. Pimpinan PAS terbabit memberi banyak nasihat kepada arif. Juga menjelaskan tentang nasihat pimpinan atas terhadap isu yang melibatkan beliau.

Selamatkan PAS & TGNA said...

Aku malas hendak mengambil port dalam perbualan mereka. Ini kerana, ia sudah melibatkan dengan seorang pimpinan PAS tertinggi dengan arif. Cumanya, kami mendengar semua perbualan mereka.

PERBUALAN BLOGGER

Mungkin pimpinan terbabit faham kedatangan arif tidak disangka kewujudannya, menyebabkan pimpinan PAS terbabit meminta permisi. Sebelum bertolak, dia bayar semua makanan yang kami makan.

Maka tinggallah arif bersama dengan tiga orang blogger, yang terdiri dari aku, kawanku, juga seorang blogger otai.

Banyak isu yang kami bincangkan. Boleh dikatakan, 99 % berkaitan dengan isu arif.

Pada pengamatanku, kehadiran arif berjumpa dengan kami dengan tujuan membela diri. Makanya, banyak persoalan yang kami lontarkan, dijawab oleh arif.

Secara peribadi, aku tidak berkeyakinan dengan jawapan arif. Ini kerana, segala jawapan yang diberikan, tidak mampu disertakan dengan bukti yang kukuh, waima diminta berkali-kali.

Yang terkejut sedikit, apabila dia menyalahkan salah seorang exco kerajaan negeri kelantan tentang isu ini.

”jahat sangat ke dia tu” soalku.

Selamatkan PAS & TGNA said...

”syaikh.. anta tak kenal dia.. anta kena duduk kelantan bagi lama sikit” jawab Arif..

Arif memburukkan exco itu. kami hanya mendengar, kerana ingin mengetahui sahaja.

”macam ni la syaikh.. kalau anta bagi semua fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang ada, kami serang exco itu. anta bersedia tak?” aku memberi soalan provokasi

”eh.. tak payah la melalui ana.. carila orang lain” jawab arif gelisah dengan soalan aku itu.

”kalau tidak melalui anta pun, anta bagi kabel pun tak pe.. kami jumpa dengan orang tu.. amacam?” soalan provokasi kedua terpancul.

”ala... anta pegi cari sendiri la..” jawab arif lagi.

“memang kami boleh cari.. tapi, nak cari kat mana.. anta bagi la ’bunga-bunga’nya sikit, baru senang kerja kami. Punca masalah anta pun selesai” sekali lagi aku bersuara, sambil dilihat oleh kawanku dan blogger otai tersebut.

PULANG

Jam ditangan, sudah mencecah hampir pukul 4 pagi. Aku dah berkali-kali menguap, tetapi arif nampak masih tidak mahu berganjak. Aku biarkan sahaja.

”eh.. hampa pegi hantar arif ni.. dah lewat dah ni.. ” blogger otai bersuara.

Selamatkan PAS & TGNA said...

Aku gembira dengan ayat itu. maklumlah, dah lewat pagi dah ni. Mengantuk pun sudah tidak tertahan lagi.

Arif mungkin faham. Dia bangun, dan meluru ke arah kereta avanzaku, dan aku sendiri akan menghantar dia pulang ke Nikko Hotel.

”ana dengar kata, ramai blogger-blogger ini tidak berduit, betul ke?” soal arif.

Aku rasa ingin menjawab, tetapi kawanku terus menjawab, ”memang ada pun”

”kalau ada masalah kewangan, bagitau la.. ana akan cuba bantu sekadar yang boleh” Arif memaklumkan

Aku melihat wajah arif bila dia menyebut sedemikian. Mengapa beliau menyebut sebegitu? Aku tidak mengetahuinya.

“ala.. dia memang niat nak bantu kot.. maklumlah, inikan musim ramai orang tak ada kerja” hatiku berkata.

Arif juga ada menyebut, "ana rasa la, ana kena tulis semua cerita-cerita yang berkait dengan ana.."

"bagus tu.. buka blog sendiri, lepas tu jawab. Baru hilang kekusutan sikit" jawabku ringkas, "anta jawab je la semua fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh Kickdafella itu" sambung aku lagi, sambil mataku meleret ke arah wajahnya.

Selamatkan PAS & TGNA said...

Kelihatan, dia mengangguk-ngangguk kepalanya. Di wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.

Sesampai sahaja di Hotel Nikko. Kami bersalaman. Arif sempat juga berkata, ”kalau sampai kelantan, telefon la.. boleh kita minum teh ke, apa ke”

”ok.. tuan.. Assalamualaikum” aku menjawab dan memberi salam

Sambil tersenyum, Arif menjawab, ”waalaikumsalam”

Pertemuan kami itu, habis sekadar itu. dan kami juga berazam, kalau sampai ke kelantan, kami ingin berjumpa dengan dia. Bukan senang hendak duduk lepak dengan orang besar di Kelantan.

Tetapi, mengejutkan apabila semalam ada seorang blogger dari Kelantan memaklumkan kepada kami, bahawa pertemuan kami pada malam tersebut dinafikan oleh ariffahmi dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kami cuba menghubungi arif berkali-kali, tetapi dia tidak mengangkat hp. Persoalannya, mengapa ariffahmi nafikan pertemuan dengan kami pada malam itu?

Kami masih mencari jawapan sehingga hari ini.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani

Selamatkan PAS & TGNA said...

ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Disember 2009 * 3:16 petang
________________________________________

Yang ni pulak aku ambik dari blog Zainulfakar -
________________________________________

Salam Pencerahan!

“Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi A _ _ _ mi…”

Dulu, saya tidak bersetuju dengan pantun sinikal di atas, apabila ada seorang siswa Kelantan di UM memperdengarkan pantun demikian.

Apabila saya bertemu sendiri dengan pemuda tersebut minggu lepas, saya rasa beliau lebih layak dipanggil Si P.E.N.C.U.R.I dari dipanggil ‘Siakap yang pembohong’.

Tiga hari lepas, saya mendapat tahu Si Pencuri itu berbohong lagi dengan Bapa Mentuanya tentang tujuan kedatangannya ke Kuala Lumpur 7 Disember lalu.

Dia tidak mengaku, kedatangannya ke KL waktu itu untuk melobi Bloggers supaya memburuk-burukkan seorang Exco Kanan di Kelantan dan membersihkan beberapa dakwaan rasuah/penyelewengan kuasa yang sedang membelit lehernya.

Selamatkan PAS & TGNA said...

Awalnya, saya sendiri tidak tahu niat sebenar Si Pencuri itu.

Oleh kerana beliau mahu penjelasan lanjut berhubung beberapa dakwaan saya sebelum ini, saya sedia bertemu atas nama kebenaran.

Itu etika kewartawanan saya. Itu etika penulisan saya sebagai Bloggers!

Saya sendiri bersama seorang Ustaz pergi mengambil Si Pencuri di hotel mewah, Nikko.

Pertemuan itu membawa kami menikmati secangkir kopi di Restoran Taqwa (Baru) di Gombak.

Selain Ustaz itu, salah seorang Naib Presiden PAS dan 2 Bloggers ‘power’ pun ada di situ.

Kenapa takut nak mengatakan yang benar di depan Bapa Mertua? Takut hilang jawatan CEO?

Takkan nak tunggu saya hantarkan gambar dan rakaman MP3 tentang angkara Si Pencuri itu kepada Bapa Mertuanya di Kelantan, baru nak buat pengakuan sebenar?

Sekarang, saya boleh bersetuju dengan pantun sinikal di atas.

Malam ini, saya nekad berdoa Si Pencuri segera dipecat daripada jawatan CEO yang disandangnya, supaya dia tidak lagi menipu rakyat Kelantan dan orang-orang PAS atas nama baik Bapa Mertuanya.

Selamatkan PAS & TGNA said...

Bab kecurian, nanti akan saya tuliskan dalam ‘Bahagian II’. Jangan marah…

Esok malam, saya akan ke Kelantan.

Nantilah saya cerita mengapa saya ke negeri Serambi Mekah itu.

KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN

ZainulFaqar Yaacob
Sunway Carnival | 11.02 malam
_______________________________________

Pertemuan diatas disertai oleh antaranya - Wanjo(blogger JiwoKlate),Pak Bakar (blogger Penarik Beca),Salahuddin Ayub(,Zainulfakar (wartawan Harakah & juga blogger) dan juga Albakistani (blogger).

Waktu pertemuan lebih kurang dari jam 1:20pagi hingga 4:00pagi.

Itu 1 bab penipuan sorang yang hebat yang dibela oleh Saynotomunafiqeen.

Ulasan panjang lebar membuang masa aku.

Masih menunggu bila Ahmed nak bersumpah bahawa semua artikel berkaitan dengan PMBK dalam blognya disiarkan tanpa arahan sesiapa.

Berani bersumpah?

jangan jadi "Munafeeq" tau! membela si munafeeq bukan 1 perbuatan yang baik!

Anonymous said...

selepas konvensyen tu nanti, makin ramai la tukang-tukang penyebar fitnah yang kompom masuk syurga, dijangka yang akan hadir nanti kebanyakannya dari negeri yang mendapat jolokan Darul Fitnah iaitu kelantan.

al-khattab said...

aku bkn penyokong perisik rakyat akan tetapi, dia minta cikgu pa nafikan jika itu tdk benar.. itu x salah. bukankah tugasnya mncari maklumat untuk disebarkan. terpulang kpd kita utk menilai..apa, parti PAS ini sdah tak boleh ditegur langsung?!! atau jika ada sesuatu penyelewengan kuasa atau kelihatan penghancuran parti dari dalam, rakyat tak boleh menegur?!!!

bila pilihanraya baru pimpinan kene dengar permintaan rakyat?!!!
apa, perisik rakyat bukan rakyat?!!!

jangan ingat saya ini membela perisik rakyat tdk tentu fasal atau mambabi buta!!!saya dah lama perhatikan mereka2 yg minda nya tertutup sampai tak boleh buka otaknya dalam blog ini.

bagi saya, setiap tomahan atau tuduhan dia kepada pimpinan PAS yg dimaksudkan itu harus dinafikan oleh si tertuduh yg menyatakan bahawa si tertuduh mmg tdk bersalah...

panggil hasan ali nafikan!!
panggil cikgu Pa nafikan!!!
panggil TGHA nafikan!!!
itu baru btul!!!

bkn bagi alasan jangan layan blogger2 atau menuduh blogger yg mengkritik sebagai agen UMNO!!!

sebagai contoh,
bila Prof Aziz bari bela Pakatan rakyat terutamanya PAS apabila krisis perlembagaan di Perak, kita dan pimpinan memuji dengan ketegasan beliau dalam menegakkan hak sebenar, akan tetapi, apabila Prof yg sama juga mengkritik kepimpinan PAS dek kerana sayangkan Parti itu sendiri,bukan main marah dan melenting kita kpda beliau sampai tergamak memanggil beliau agen UMNO!!!

ini ke islam?!!!
ini ke parti islam yg nak kita banggakan!!!

pikirlah dengan waras...
bukan taat sampai tak boleh nak ditegur.

tulang ikan said...

TP sebenarnye ko la ejen umno....ko melaga2kan pemimpin pas sendiri.pujian ko kutukan ko sumenye ada makne...
ko mmg dasar pencacai berzaman-zaman

Anonymous said...

Bukan tak mau bagi dtg sebarang dtg.
kalu nak dtg , silakan.

tapi yg takutnya...dia akan buat spekulasi berbelit-belit mcm yg sudah-sudah dia buat.

apa hal tu...
aku yakin 100% KALU DIA DATANG PASTI ADA SAJA CERITA SENSASI.

KALU DIA TAK DATANG PUN SUDAH PASTI ADA JUGA CERITA HOT-HOT BELAKA.

HANGPA TENGOKLAH SENDIRI...& PERCAYALAH CAKAP AKU YG TUA NI.

Anonymous said...

aku tengok agenda konvensyen ok,
so mailah..TB ke TP ke ..jemputlah mai.

tapi lepas tu bila dah mai harap sebarkan yang berkaitan je. jgn marahkan nyamuk habis satu kelambu korang bakar.
dan satu lagi...ceritakan yang hal yg betul dan bukannya berunsur fitnah.

wallahualam.

Anonymous said...

bangang betul TP, yg tak dijemput TB...tapi byk lagi geng hang nak dtg...

sajalah tu...menulis & copy paste utk nak dtp publisiti lebih...tu je

pada hal ...tak kan hang tak leh terima komen2x anon-anon. hang pun dah jadi TB ke..tak terima komen org?

eishh..eishh..jangan marah & jangan mengamuk TP

Anonymous said...

Tahniah "anon"... orang macam kau la yang banyak merosakkan Pakatan Rakyat.

Cakap je la kau ni ejen UMNO..!
Posted by Topeng Perak® Unmasked at 10:24 PM

TP,TP
ko tu tak sedar diri, sebenarnya kaulah musuh utama dalam kelambu PAS.
Ko & TB lah perosak PR. org yg suka memecahbelahkan parti dgn cerita korang, pereka cerita sensasi.

TEPUK DADA TANYA SELERA KORANG DULU BRO.