Padahal dah 2 hari aku asyik melayan panggilan telipon bertanyakan perihal "perang" antara Website Perisik Rakyat, blog Malaysiawaves dan TKO. aku tak reti nak jawab sebab aku tak tau apa-apapun dalam hal ni.
Cumanya, bila aku dapat online tengahari ni, baru aku faham sikit-sebanyak perihal perang ni.
Jadi aku nak maklum dekat sini pada semua pembaca dan pelayar website Perisik Rakyat supaya korang faham dengan lebih jelas. aku terbaca beberapa komen dibawah artikel Tulang Besi yang mempersoalkan kenapa aku "copy paste" artikel Tulang Besi dalam website ni dan beberapa kenyataan dalam komen-komen tersebut (korang carik sendiri la...).
Pertamanya berkenaan dengan penerbitan artikel-artikel dalam website ni... sebenarnya artikel-artikel tersebut bukan dicopy paste dari blog Tulang Besi sebaliknya ianya dipublish sendiri oleh Tulang Besi didalam website ni.
*** (tambahan) Untuk pengetahuan korang yang kurang tau (atau lebih tepat "KURANG TELITI BILA MEMBACA"), Tulang Besi merupakan salah seorang dari 8 penulis jemputan didalam website ni selain dari Alfa200, Kudin Mansor, Sakaratulmaut, Hasbullah Pit, Yeols, BANGSA MALAYSIA dan juga Pengliporlari.
Untuk pengetahuan korang jugak, antara nama-nama yang terpampang dekat atas tu terdiri dari pelbagai bangsa dan jantina. ada melayu, india, jawa, lelaki dan perempuan.
Patutnya yang tukang komen tu baca la betul-betul setiap artikel sebelum komen, kan dekat bawah tu dah ada "posted by" sape-sape... kalau aku yang post, keluar la - "posted by Topeng Perak bla bla bla...", macam tu jugak kalau orang lain yang post... ish... korang ni macam budak baru kenal blog & website.
Yang si Batu Api pun sama Ngok jugak... kaukan selalu hantar artikel dekat TKO dan dekat atas artikel tu ada nama kau sebab artikel tu kau yang punya, tak kan benda remeh macam tu pun nak kena ajar..? adui...
Keduanya, ada yang pertikaikan tentang rakaman-rakaman yang Tulang Besi nyatakan bahawa ada dalam simpanan dia. untuk pengetahuan korang jugak, semua rakaman-rakaman tersebut dah selamat aku serahkan pada TGNA bagi pihak Tulang Besi lebih kurang 2 minggu selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
Agak lewat diserahkan sebab bukan senang nak dapatkan semua rakaman-rakaman berkenaan. untuk pengetahuan korang jugak, rakaman-rakaman yang telah diserahkan pada TGNA ialah rakaman pertemuan Dato' Hassan Ali dengan Bloggers UMNO dan jugak rakaman pertemuan Dato' Hassan Ali dengan Pemuda PAS Selangor (siri roadshow Dato' Hassan Ali yang diceritakan oleh Tulang Besi). semua rakaman tersebut berjumlah lebih dari 7 rakaman.
Perisik Rakyat vs TKO..?
Ramai yang tanya aku - "kau berperang dengan TKO ke..?"
Jawapan aku -
Buat masa ni, belum lagi... tapi untuk masa akan datang... "kemungkinan tu ada"...
"Kemungkinan tu ada..?"... ya... memang ada... dan sebabnya ialah, aku perhatikan sejak mula berita "pertemuan dalam gelap" didedahkan, pihak TKO banyak menapis dan menafikan perkara yang benar-benar berlaku (dalaman) dan ramai pula yang menghentam mereka-mereka yang mendedahkan berita tersebut dan pada 1 masa, Pak Lah sendiri mengesahkan tentang pertemuan tersebut.
Maknanya perkara tersebut JELAS ADALAH BENAR, tetapi sampai sekarang, pihak TKO yang bagi aku SEPATUTNYA mengambil peluang menegur pimpinan-pimpinan yang bermasalah, tidak berbuat demikian. saham TKO jatuh merudum sebab dah tak telus.
Banyak artikel-artikel yang mendedahkan kisah "pertemuan dalam gelap" ditapis dan tidak disiarkan oleh pihak TKO. kebebasan bersuara dah tak ada dalam TKO kecuali dalam forum. maklumat disekat dsbnya...
Maka aku dan aku yakin ramai lagi pembaca tetap TKO mula menjauhkan diri dari TKO dan beralih arah pada lain-lain portal yang lebih telus seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. disana kami lebih terdedah dengan berbagai maklumat.
TKO dan jadi macam Utusan versi PAS Terengganu. bezanya Utusan cover pimpinan UMNO yang senget manakala TKO pula cover pimpinan PAS yang senget. jadi apa bezanya..?
Atas alasan itulah maka aku telah menjemput Tulang Besi sebagai penulis jemputan dalam website ni sebagai satu tapak bagi Tulag Besi menyampaikan apa yag dia tahu dan apa yang kita tak tahu. keputusannya terletak pada semua pembaca, kalau nak percaya, terserah pada korang, kalau tak nak percaya pun, terserah pada korang. masing-masing ada akal dan pada aku pulak, semua pembaca bukan "bodoh".
Tawaran Sebagai Penulis Jemputan
Kesempatan ni jugak aku ambil untuk menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk jadi penulis jemputan di website ini. emailkan artikel korang dekat aku di poji2ya@gmail.com. sebagai peringatan, hanya rtikel-artikel yang terpilih sahaja akan disiarkan. nak bantai UMNO amat dialu-alukan, nak tegur pimpinan Pakatan Rakyat yang senget pun dialu-alukan.
Matlamat utama kita cuma 1 -
- Perbetulkan Pakatan Rakyat demi untuk Menumbangkan UMNO dalam PRU-13..!
36 comments:
Akhirnya anda dapat mencium kenapa ramai rakan yang menyokong blogger PR mula menjauhi site ini.. sudah.. hentikan pertelingkahan sesama suadara kita, kembali pada perjuangan asal iatu untuk mendedahkan kepincangan, skandal dan penyalahguna kuasa Umnobn, tapi sekiranya penulis jemputan ni nak menendang 1 sama lain, eloklah mereka itu ditendang dulu sebelum rakyat pulak menendang PR dalam PRU ke 13 nanti.
Sape tu TKO
tko.com ke?
tko.blogspot.com ke ?
Topeng Perak, I'm with u...
Anonymous 3:11, TKO = Tranung Kite Online.
cpj nak jadi penulis jemputan lepeh tu hentam PR balik boleh ke? kihkihkih...TKO pun dah kurang umm! hehe...
ang lupe penulis ang BANGSA MALAYSIA.. hehe bagus ooo tulisan die..
yup u r right.
dah maleh nak masuk tranungkite,terlampau UG.
nak buat camne..presiden,su agung,pengarah penyelikan,pengarah gerak saraf,su politik pres dan ramai lagi jawatan lantikan termasuk lantikan PJ negeri semua dari terenganu.yg menyokong mentality terenganu(UG)di beri jawatn PJ spt pj selangor,NS dan beberapa yg lain.
memang hampeh depa ni.
budak manjoi.
Kita tengok lagi fitnah yang diizinkan Songkok putih Al Kazzab untuk disiarkan di TKO
Isu pokoknya ialah Tulang Besi dulu setpol Dato' Hassan Ali memohon jawatan CEO Sebuah Anak Syarikat Negeri Selangor setelah Pakatan Rakyat Memerintah. Dato' Hassan Ali tak bagi walaupun dia setpolnya..
Aku cabar Songkok Putih dan TKO tunjuk bukti aku ni pernah jadi SETPOL pada Hasan Ali.
Aku cabar korang bersumpah dalam hal ni.
Kalau tidak, korang berdua memang bangsa setaraf firaun dan haman.
Aku doakan kaki fitnah macam korang ni dijatuhkan bala macam Allah jatuhkan bala atas Haman dan Firaun.
ko ni suke sgt suh org bersumpah..patut ko dipanggil sumpah2 TB la...
AKU DGN INI INGIN MEMOHON PADA PERISIK RAKYAT AGAR MELUCUTKAN KERAKYATAN PADA TULANG BESI..KLU X BLOG KO PUN JADI TEMPIAS ANTI TULANG BESI..AKU NK PERISIK RAKYAT YG DAHULU.X MO TULANG BESI JADI PENNULIS JEMPUTANNN
Penjelasan En Topeng mengenai siapa WM Perisik Rakyat dan siapa Tulang Besi diucapkan terima kasih.
Sememangnya tersangatlah banyak copy paste artikel Tulang Besi yang terpampang di blog ini sejak kebelakangan ini sehingga mengkaburkan identiti Perisik Rakyat yang sebenar.
Saya hampir menanggap web Perisik Rakyat adalah duplicate kepada Malaysiawave kerana saban hari artikel Tulang Besi saja yang dipublish.
Kekadang muak jugak.....
hajj....tak mo masok....tp siap bg komen lagi...ape ceerrrr brooo???
bro TP,diharap website ni dapat dipulihkan....kami ttp tggu ko bg maklumat utk penyokong PR....dedahkan segale kejahatan umngok
sokong Perisik-Rakyat !
"semua pembaca bukan bodoh"
betul..betul..betul
cuma ada segelintir ada akai tak pakai, ada otak letak kat lutut !
TB,
jangan dok melayan sangat puak2 pencacai yg sakit hati dan sakit mental..
TB dan TPU,
Aku pembaca regular blog korang. Keep it up.
Kalau dulu aku fed up sebab blog Perisik Rakyat ni lembab sangat nak loading, sekarang ni dah ok.
Duplicate articles kat sini dan MalaysiaWaves tak apa, aku skip saja mana yg dah dibaca.
Apa pun, teruskan menulis...dan membongkar...
- kuntau
Saya setuju Perisik Rakyat kata kena beza Penulis Tamu dengan Laman Perisik Rakyat Sendiri. macam saya batu-api menulis di TKO dan 4 laman lain.
Tapi kenapa diakhir artikel Perisik Rakyat (mohd Fauzi) menghentam TKO. APa kaitan TKO dengan masalah saya.
Tunjukkan saudara profesional. Laman saudara terbuka tapi minda saudara tertutup dan jumud.
Saya jika dizinkan oleh Webmaster TKO, Detikdaily, UtaraOnline, TKODaily dan Mindarakyat saya akan terus menulis.
Saya juga akan menghantar artikel kepada laman ini perisik rakayt. saya nak lihat kebenaran yang dikatakan oleh anda.
Saudara baca tak artikel saya dan banding apa yang ditulis oleh Tulang besi. Jangan saudara jadi bodoh dan buta hati dalam menilai tulisan. Baca betul-betul adakah salah saya tulis. Jika salah saya kan meminta maaf dengan TB di laman saudara,
Tapi saudara kena bukti dulu tulisan saya salah. Jangan jadi bodoh mencampur adukkan komen dengan tulisan saya. Saya fikir saudara tidak sebodoh itu.
Maaf
Batu - aku dah jelas sebab aku hentam TKO, x de kena mengena dengan kau.
Dalam artikel kau pulak, kenapa kau kaitkan nama aku dengan artikel Tulang Besi..?
apa masalah kau..? sebelum pernah ke aku kaitkan kau dalam mana-mana posting dalam website ni..?
Sudahlah Batu,
Kau ni Unta dengan Kambing pun tak tau nak beza.
Baik kau balik sekolah tadika.
Itu ada lagi baik untuk ummat manusia keseluruhannya.
Kao memang layak jadi pencacai tua angkat najis kat Alam Flora.
sebab tu kao jales dgn tulang besi sebab dia tu memang layak 100% jadi CEO, tak macam kau.
Hahahahaha sepatutnya kao ni taraf bangla je.
Setengah2 Bangla lagi pandai dari kao.
batu api,
TULANG BESI TELAH BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH.
KAU BILA LAGI?
Kau takut ke? "bola" takda ke?
pelir kau dah kena potong ke?
Otak kau tak senter ke?
Kesian mak kau. Masa lahirkan kau, dia tengok ada pelir.
Bila dah besau, pelir kau dah kena potong.
Bukan salah ibu mengandung.....
TB x yah la nak ngada2....
Kau sebenarnya berdendam dgn DHA sbb x dapat jadi CEO....ngaku aje la....
Dpd tulisan kau tu semua org dah dpt baca apa yg tersirat dihati kau pada DHA.
Kau nak gambarkan pada umum yg kau nak membaikpulih PAS, tapi, kau sebenarnya nak balas dendam pd DHA.
Betul kan...????
Buang keruh, ambil yang jernih
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.
Fikir-fikirkanlah demi untuk mencapai kejayaan PRU akan dtg..Rakyat sedang memerhatikan..Insyaallah!
1. Nak tanya yang tak ada nama pasal sumpah. Kenapa Tulang Besi bersumpah dengan bukan aku tulis. engkau dah baca ke belum. TB dah macam orang gila.
Aku boleh bersumpah bahawa bukan aku buat apa yang raja petra tulis. Kalau aku kata macam tu, maknanya aku gilalah!!
Perisik Rakyat pula tanya ada dia tulis mengenai aku dalam mana tulisan?? Eh sedap mulut. Yang demo(bini kelete) hang (bini perak) tulis mengenai TKO ada TKO tulis mengenai hang!!
Cakap tak serupa bikin!!
Yg saloh kata TP copy/paste tu dia org tak faham, yg copy/paste tu TB sendiri.. pulak tu tak kan dia nok taip dua tiga kali.. tak pe ah...
TP.. walaupun takdir kata mmg ada pertemuan dlm gelap dan bukti2 ada tapi bukanlah caranya untuk kita sebagai ahli jamaah memaki hamun pimpinan seperti TB lakukan di klayak umum, setahu aku PAS tak pernah melindungi sapa saja ahli samada pimpinan atau ahli biasa yg telah melanggar peraturan dan perinsip perjuangan. Bila dah serah bukti apa lagi nak bising pada umum tunggu sapa keputusan pimpinan, yg mana kita sebagai ahli jamaah harus yakin keputusan nanti adalah yg terbaik. Lihat saja keputusan diambik dgn melucut keahlian seorg ketua dewan ulama dari teganu dulu (tanya org 'tua2' dlm pas nescaya dia tahu). bukan sebarang org, sekarang masuk umno, tetapi ianya tidaklah diheboh hingga ke seluruh dunia seperti dilakukan TB, apa anggapan org yg baru nak berjinak2 dgn perjuangan kemudian dihidang dengan berita2 tersebut, adakah ianya menguntungkan atau merugikan.. saluran ada, kita guna saluran, cam TP, boleh selalu jumpa TGNA bagus ah tu, apa boleh salurkan pada TG
entahlah, aku pun sblum ni tak pernah nok komen apa, tapi bila aku lihat TB sudah terlampau sangat maka aku rasa bertanggungjawab mengambarkan yg dakwaan TB pada pimpinan itu adalah dakwaan yg tiada bukti, ditambah pula dgn sikap TB yg suka mencarut dan memaki hamun, maka bagi ku, tiada untungnya TB berada dlm jamaah, hanya akan menambah tanggapan buruk org pd jamaah. Lihat saja sekarang musuh telah mengunakan kita tanpa kita sedar untuk mengambarkan seolah2 kita seperti mereka..
kalau tak percaya cuba TP bawak artikal2 yg ditulis dan komen2 yg ditulis TB itu kepada TGNA apa dia akan kata.. cubalah.. apa salahnya kan.. aku rasa TB pun akan setuju..
kalau kita menganggap pimpinan kita itu bahlol maka kita terlebih bahlol kerana kita semua yg melanatik mereka..
akhirkata ku.. klu TP ni tuan ampunya blog Perisik Rakyat maka pinta ku baca lah artikal TB akhir2 ni berserta dengan komen2 beliau, maka nilailah sendiri layak kah beliau berada dlm blog ini?
DUA DUA BODOH
Tulang Besi dah berkira-kira nak hantam semua projek di selangor, sebab tu bila hassan ali tak bagi dia jadi ceo TB terus mengamuk dan terus gila sampai hari ini, siang malam duk tabur fitnah pada hassan ali, alah laman ni pun ditaja sepenuhnya oleh Tulang Besi, sejak bila tulang besi di beri keahlian sebagai penulis tamu, dulu tak ada pun tulisan tulang besi, sekarang ni baru banyak timbul dan sedikit sebanyak mendedahkan siapa dibelakang laman perisik rakyat.
oklah rakaman tu dah diserah kepada tok guru, mmg itu yg aku mintak korang buat sejak dulu
tpi nnti bila tok guru kata isu dah selesai, atau dia komen tak nampak apa kesalahan hasan ali pada rakaman tu, jgn plak korang TB n TP the ganja nanti masih nak memburyk2kan pemimpin dalam pas
kalau tak korang ni sejenis n sespeasis ngan umno tha ffoo ki mark
Aku rasa kalau TB di lantik jadi CEO tempoh hari oleh DHA, sure lagi teruk jadinya. Mana xnya, nak berkawan dgn org2 bukan parti seperti TB tu pasti akan di pandang serong aje oleh TB. Mampus cam ni.
DHA memang berpandangan jauh dan dah dpt menghidu keburukan si TB ni.
Hati busuk punya TB.
Kenapa perlu kita caci mencaci dan membuka aib saudara kita sendiri?UMNO ke PAS ke sama saja..dua2 parti POLITIK,bukan jemaah ISLAM.Dua2 parti politik yg mengamalkan politik demokrasi ciptaan YAHUDI..
Jgn lupa,yg Allah itu MAHA mengetahui,apa yg nyata dan apa yg tersembunyi.Sebenarnya kalau Allah swt nak beri kuasa pemerintahan pada parti PAS,seudah lama ALLAh swt berikan,tapi dgn sifat ALLAH swt itu maha mengetahui,apa yg baik dan apa yg buruk,maka ALLAH swt masih lagi belum buat keputusan utk memberikan pemerintahan dan kuasa pada PAS.Jika kita lihat sesetengah individu dalam PAS sudah memadai.Antaranya dulu begitu bersungguh utk menegak syiar islam(mungkin masa tu NIAT masih betul)tapi kini,dalam diri sendiri,islam itu sudah luput.Sebagai contoh,kalau dulunya tidak malu utk memakai pakaian yg melambangkan dirinya itu seorang islam,pakaian sunnah,iaitu kepiah dan sarban di kepala,jubah di badan,tapi kini semua itu sudah hilang,yg tinggal hanya lah pakaian cara yahudi dan nasrani,yg membuat mereka menjadi bongkak dan takbur bila memakainya.Malah kepiah diatas kepala sudah hilang dan tidak Istiqamah lagi memakainya.Nah,cuba kita bayangkan dan lihat,ini belum lagi diberi izin oleh ALLAh swt untk memerintah seluruh negara,sunnah nabi sudah diabaikan malah ditinggalkan terus,apa lagi jika diberi kuasa dan kedudukan yg besar,maka sudah tentu lagi perkara yg lebih mungkar akan dilakukan.Maka mari lah kita sama2 bermuhasabah diri kita sebagai org islam dan umat nabi saw.Mari lah kita sama2 kembali kepada islam yg sebenarnya,dan kembali membetulkan niat utk menegakan kalimah ALLAH swt diatas muka bumi ini,bukan sekadar perjuangan politik di bumi Malaysia ini.MAri lah kita sama2 fikir diatas seluruh umat manusia yg rata2nya yg islam sudah jauh dari amalan islam yg sebenarnya,dan begitu ramai manusia yg masih belum kenal pada islam yg dahagakan agama yg benar ini,tapi panduan dan contoh dari org islam sendiri tidak mengambarkan kebaikan dan kesucian islam itu sendiri.Apa yg terjadi hari ini,ada diantara pemimpin2 yg mengunakan nama ISLAM(demi kepentingan peribadi)itu sendiri mungkir janji,mengkhianati perjanjian,berbohong,mementingkan jawatan dan kuasa peribadi dari kepentingan agama islam itu sendiri.Semoga ALLAh swt ampunkan saya yg hina ini diatas tulisan dan pandangan saya ini,semoga ALLAH swt ampunkan kita semua diatas kejahilan dan kesilapan yg telah kita lakukan,dan semoga ALLAH swt sebarkan hidayat dan pentunjuk utk menerangi seluruh perusuk bumi inia agar manusia kembali menyembah ROB nya yg sebenar iaitu yg Maha esa,Tuhan yg satu,Tuhan yg mengusai segala sesuatu,Tuhan yg menghidupkan dan mematikan.AMIN...
Untuk sokong mana2 parti POLITIK itu adalah hak individu masing2,samaada yg beragama ISLAM atau bukan.Tapi jgn lah sampai kita sebagai seorang MUSLIM berpecah belah,caci mencaci,maki memaki,kafir mengkafir sesama kita.Biarkan kita berbeza ideologi politik,tetapi jgn sampai perbezaan ideologi ini menyebabkan kita berpecah dari ukhwah islamiah.Seorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yg lain didunia dan akhirat.Mari lah kita hentikan fitnah,caci mencaci dan maki memaki sesama kita.Mari lah kita sama2 fikirkan bagaimana seluruh umat islam dapat disatukan,kerana kekuatan sebenar islam itu akan datang apabila umat ini bersatu.Wallahu`Alam
Untuk sokong mana2 parti POLITIK itu adalah hak individu masing2,samaada yg beragama ISLAM atau bukan.Tapi jgn lah sampai kita sebagai seorang MUSLIM berpecah belah,caci mencaci,maki memaki,kafir mengkafir sesama kita.Biarkan kita berbeza ideologi politik,tetapi jgn sampai perbezaan ideologi ini menyebabkan kita berpecah dari ukhwah islamiah.Seorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yg lain didunia dan akhirat.Mari lah kita hentikan fitnah,caci mencaci dan maki memaki sesama kita.Mari lah kita sama2 fikirkan bagaimana seluruh umat islam dapat disatukan,kerana kekuatan sebenar islam itu akan datang apabila umat ini bersatu.Wallahu`Alam
poji and geng
SENARAI BLOG DAN PORTAL PATUT DIBOIKOT KERANA ADA GENG UMNO BN DAN PR SENGET
1>TKO dah tentu
2>UTARA ONLINE - moderator pun terus ambik tanpa tapisan
KALAU NAK PERANG DENGAN BN KER ATAU PR SENGET KER
AKU PUN TAK PUAS HATI DENGAN TKO DENGAN UTARA ONLINE NI
AKU SUPPORT HANGPA
AKU TENGAH PLAN NAK SERANG TKO DENGAN UTARA ONLINE TAK LAMA LAGI
NAK JOIN??????
BOND - ON...!!!
bodoh bodoh juga ye pemilik blog ni
TP anak ikan emas TULANG BESI..Jelas sudah TP sudah dibeli oleh TB...NMPAK SGT TP x de DUIT TERPAKSA JADI ANAK IKAN EMAS TB..
Perisik rakyat Patut ditukar jadi penjahanam rakyat . Matlamat sekarang bukan isu2 BN lagi tapi lebih nak hentam PR sendiri . Hari2 ada saja ....
KEDUA-DUA BLOGGER NI TB DAN TP ADALAH BLOGGER UPAHAN SO KAT MANA DAHAN DAUN NYA LEBAT KAT SITU LAH DIORANG BERDUA NI HINGGAP...BIASA LAA NANTI SURU MISS PULAK...
LAGI SATU APA NAK HERAN DENGAN KATA-KATA FITNAH ATAUPUN CACI HAMUN SEBAB MEREKA BERDUA NI PENYOKONG PAS TEGAR PUNYA..DAH TOK GURU MEREKA MENGAJAR CAMTU ..SO MEREKA PUN NUMPANG JE LAA..MANA KUAH TAK TUMPAH KALAU TAK KE NASI..
TP kaki kelentong hak pui pakat2 boikot laman ini
Post a Comment