Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.
Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.
Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.
Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.
Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.
Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.
Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.
Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.
Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?
Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.
Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.
Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.
Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?
Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.
Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.
Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.
Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.
Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?
Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.
Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.
Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.
Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.
Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.
Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.
Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.
Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.
Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.
Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.
Bagaimana maklumat ini bocor?
Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.
Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.
Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.
Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.
Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.
Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.
Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.
Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.
Tapi itu bukan kerja baru.
Islam telah mengajar semua itu.
Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.
Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.
Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.
Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.
Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.
Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.
Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.
Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.
Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.
Sumber - Weblog Husam Musa
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
good move n good decision drpd kerajaan Klate utk setelkn isu ini. Hrp Arif Fahmi sdr n renungi lah kslhn sdri. Tindak tanduk beliau telah membuatkn tok guru terkena tempias..
Sebebarnya ada seseorang yg cuba nak melaga2kan antara YB Husam and TGNA.
Cadangan mereka2 ini ialah utk melemahkan kerajaan Kelantan. YB Husam begitu ketara memperjuangkan soal Royalti dan beberapa perkara utk Kelantan. TGNA yg begitu kukuh pemerintahannya akan dilemahkan dengan permasalahan yg akan ditimbulkan oleh musuh PAS. Kreakraban, Penonjolan dan keaktifan kedua2 mereka ie TGNA & YB Husam dalam mengatasi permasalah Kelantan dan isu semasa telah mengusarkan, memeningkan dan merisaukan musuh2 PAS. Jadi dengan kaedah "PECAH & PERINTAH" musuh2 PAS akan mencari berbagai jalan dan isu utk meruntuhkan ikatan antara TGNA & TGNA dengan menimbulkan dan mereka-cipta berbagai masalah pada kedua2 pemimpin yg kita sayangi ini. Musuh2 ini boleh bergerak dengan berbagai2 cara termasuak yg sanggup bertopengkan PAS tetapi didalam jiwa mereka membara utk menghancurkan dan melemahkan Kerajaan PAS yg ada. Dgn cara ini, apabila PAS sudah lemah, maka mudahlah mereka2 ini merampas Kerajaan Kelantan yg sangat di idam2kan.
Semoga Allah kuatkan ikatan perpaduan dalam Kerajaan Kelantan.
Amin Ya-Rabbulalamin.
Mengkudu;
Dah baca ke temuramah Wartawan BH dengan Ust Saiba di Penarikbeca? Hang akan tahu siapa disebalik tabir...
Apapun aku lebih suka doakan semuga Allah akan utuhkan perpaduan dikalangan pemimpin2 pas yg ada.
Masalah cam ni aku lebih suka TGNA yg selesaikan dan kita tak perlu heboh2 sehingga menyebabkan tanggapan negative dan memburukkan keadaan. Musuh2 PAS akan menggunakan berbagai tektik utk melemahkan dan menjatuhkan PAS. So, lebih baik kau orang diam daripada bercakap yg boleh memburukkan lagi keadaan.
1 aje mslh.. Yg gua perati ade bbrp blog yg tk berenti menghentam kerajaan KLate. Rsnya hangpa suma tahu blog mn yg aktif hentam Klate. Dgn peranan bbrp blog yg kononya pro-PR n mempunyai rating yg tggi, maka propaganda BN utk mnwn Klate mnjadi semakin sng. Ade bbrp blogger yg jd musuh dlm selimut. N blogger ni jgk la yg tlh mndpt celaka.
Semasa aku menuntut dulu aku pernah terbaca sebuah buku karangan seorang Yahudi tentang bagaimana menghadapi musuh2 mereka (orang islam & kristian).
Di antara cadangan2 beliau ialah
(Untuk menghadapi musuh2 mereka):
1) Memerangi musuh2 islam secara terus akan menyebabkan kehilangan nyawa di pihak mereka. Jadi, propaganda2 yg menjurus kepada serangan yg boleh merosakkan minda masyarakat islam & kristian hendaklah dilakukan.
2) Mewujudkan persengketaan diatara mereka (islam-islam or kristian-islam or kristian-kristian).
3) Mempengaruhi dan menguasai badan2 utama antarabangsa, pemimpin2 negara dan ketua2 pertubuhan atau kaum - eg: suatu kaum akan memerangi sendiri kaum mereka itu tanpa penglibatan terus pihak yahudi.
4) Melalai pemikiran dan kehidupan mereka.
Jadi, apa yg aku nampak sinario kini...pihak musuh tak perlu secara terus terlibat untuk menghancurkan PAS....Pihak dalam PAS sendiri yg akan menghancurkan PAS. Tak kira lah dia tu bloger ka, pemimpin yg bertopengkan PAS ke atau sebagainya.
Semoga Allah memelihara kekuatan PAs yg ada kini. Itu yg kita doakan dan bukan mengeruhkan lagi keadaan dgn menyarikan berita2 yg tak sepatutnya tuk tatapan umum.
"Sesungguhnya puak2 YAHUDI ini akan melompat keriangan bila melihat sesama KAUM mereka berbunuhan".
Amin Ya-rabulalamin...semoga Allah hancurkan puak2 yg bersifat YAHUDI ini
Memang jujur Husam ni. Walaupun berterusan diserang oleh keluarga TG, dia masih komited mempertahankan TG.
Sy 'salute' Dato' Husam dan Dato' TGNA. The way they drive things is excellent. No wonder kelantan x berjaya ditakluk oleh BN even di zaman mastermind politik Malaysia, Dr M.
-------------------------
"Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.
Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat."
23juta... baik beli tanah sebelah pusat servis eon jalan sultan yahya tu... buat satu lagi kompleks... biarkan kompleks penipu tu jual sendiri lot-lot mereka tu dengan harga mahal...
ni tak pepasal dengan pasar MPKB terpaksa diserah kepada orang....
Orang PAS kena ambik iktibar, kalau dah banyak sangat masalah kat Kelantan, masalah sebenarnya hanya satu masalah sahaja..
Yang lain, itu hanya kesan sampingan dari masalah satu tu..
Kenalah terima hakikat yang TGNA dah jadi liabiliti kepada PAS, Undurnya TGNA akan selesailah masalah ni dan masalah-masalah laintu. Kalau dibiarkan juga PAS gerenti akan kehilangan pemerintahan di Kelantan di PRU akan datang..Percayalah..
Tok Nujum
Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !
Contributed by Anak Mami
Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Dear Devotees,
Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK (MCA chairman Gombak) due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.
When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK(MCA Man) came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.
Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK(MCA chairman Gombak) is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?
I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.
I told to the inspector of the again, I am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.
Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?
Yours in Dhamma
Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia
Post a Comment