"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 18, 2010

Malangnya Husam...

Reactions: 
Dari Arkib - Detikdaily

PAS lebih 2 minggu lagi dan sudah tentu yang menarik dan tertarik adalah pemilihan pucuk pimpinan PAS. Perkara yang tak pernah menjadi isu akan menjadi isu besar (politiklah katakan). sebelum ini pena ini pernah merakamkan betapa Ulamak PAS tiba-tiba bersuara dan bernada seolah-olah kepimpinan ulamak yang menjadi nadi perjuangan PAS sudah terpinggir dan perlu pembelaan.

Ulamak PAS khususnya Dewan Ulamak PAS yang lebih banyak membisu dalam banyak isu tiba-tiba mengusulkan satu gagasan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS perlu dipilih dikalangan ulamak tetapi isu itu terhenti apabila TGNA menyatakan nak jadi ulamak tak perlu masuk pondok, dengan sentiasa mengikuti pengajian dan mendampingi ulamak pun kita boleh jadi ulamak.

Tiada siapa yang mengikuti perkembangan ini dapat menafikan isu ini timbul apabila Haji Husam dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. walaupun Hj Muhamad Sabu juga turut dicalonkan tetapi tempiasnya hanya Haji Husam sahaja yang menerimanya. yang lebih menggelikan hati lagi ialah apabila Dato Haji Mustapha Ali yang pernah mencabar ulamak untuk jawatan Timbalan Presiden pun lupa pada sejarah turut mengatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hanya sesuai untuk ulamak.

Ingatkan serangan pada Haji Husam dah berakhir apabila TGNA memberi pendapat tentang ulamak, sekali lagi Ketua Dewan Ulamak menyerang Haji Husam walaupun secara tidak langsung. Ustaz daud Iraqi berkata terdapat gejala rasuah seperti mengadakan jamuan dan membeli baju telah berlaku dalam PAS.

Sekali lagi Ketua Dewan Ulamak memberi bahan berita yang cukup sensasi kepada media. Apa motif sebenarnya? Walaupun secara tidak jelas ditujukan kepada siapa tetapi isu ini telah lama dibawa oleh beberapa penulis blog dan pemimpin PAS. Ustaz Abu Bakar Chik (Dato) contohnya banyak bercakap bahawa Haji Husam banyak tabor duit kepada PAS kawasan untuk pastikan beliau terpilih.

Dengar cerita Haji Husam mintak Dato’ ABC bersemuka dan memberikan bukti. Begitu jugak bila dibangkitkan secara terbuka oleh Ust Daud Iraqi Haji Husam minta dibawa bukti jangan hanya pandai membuat tuduhan.

Sekarang orang yang menuduh itu perlu membawa bukti. Haji Husam pernah dikatakan bermain dengan politik wang apabila beliau banyak menggunakan wang dalam pilihanraya kecil di Kelantan sedangkan wang itu digunakan untuk menggerakkan jentera dan bukannya untuk membukan beli undi.

Pilihanraya dimana-mana sekalipun memerlukan wang untuk jentera walaupun jentera sukarela tetapi makan minum perlu difikirkan.

Apa yang saya nak cerita sebenarnya ialah apabila ada YB yang cemerlang macam Haji Husam bukan setakat berkhidmat dalam kawasan yang diwakilinya atau negerinya sahaja, bahkan merentasi sempadan tetapi berdepan dengan tuduhan kononya memberi sogokan.

Beliau dinista kononnya membelanjakan banyak wang untuk meningkatkan populariti beliau dalam parti PAS. walaupun tidak dinyatakan secara terus tetapi ramai yang mengatakan semuanya itu dituju kepada Datuk Paduka Husam Musa.

Apabila Haji Husam minta Ustaz Daud Iraqi memberi bukti terhadap adanya tuduhan rasuah kepada segelintir orang PAS atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden PAS, ada yang secara sinis menuduh Haji Husam melenting kerana terasa panas dengan tuduhan tersebut.

Sebenarnya susah jugak jadi orang yang bernama Husam, naik dalam barisan pimpinan secara mendadak atas kebolehanya sendiri dan bukannya atas proksi mana-mana pihak. Haji Husam seorang yang bekerja kuat untuk PAS dan beliau akan berada dimana sahaja bila diperlukan. Beliau begitu peka dengan isu masyarakat.

Saya sendiri pernah ikut beliau (secara kebetulan) masa dia turun ke Kedah atas urusan PAS di SRIDU, sebelum terbang balik ke KL beliau minta kami membawa beliau menziarahi keluarga Cikgu Cina yang jatuh dari tingkat atas akibat lantai kayu yang reput, pada masa itulah baru orang tahu bahawa SRJK© perlu dibantu.

Haji Husam ziarah keluarga cikgu tersebut dan memberi sedikit sumbangan, katanya sumbangan dari Kerajaan Negeri Kelantan. Mana pemimpin PAS lain yang menziarahi keluarga mendiang? Slogan memasyarakatkan PAS hanya seronok dibahaskan dimarkas atau hotel-hotel sahaja.

Bila di lapangan terbang, pada masa itu kebetulan ramai pelajar nak ke Mesir, bila mereka Nampak Haji Husam masing-masing tak lepas peluang bersalam dengan Haji Husam tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan nak tunjuk pemurahnya pemimpin PAS, pelajar tersebut bukan bersalam dengan tangan kosong, Haji Husam selok poket bagi RM50 seorang, katanya buat makan atas kapal terbang.

Kalau orang UMNO ada pada masa tu mereka akan lihat betapa pemurahnya pemimpin PAS.

Kalau kita banyak berjalan dan mendengar, dikalangan pemimpin PAS, Haji Husamlah yang banyak memberi bantuan samada kepada sekolah agama mahupun PAS-PAS kawasan. Yang terbaru, Pondok Pak Ya (yang terpinggir dalam pemerintahan PAS di Kedah), apabila pihak pengurusan berjumpa Haji Husam, beliau tidak mengecewakan dan usahakan bantuan sehingga RM50,000.00.

Malah Harakah sendiri apabila hendak mengadakan sisipan KHAS sempena PRU12 baru-baru ini tak cukup peruntukan, Sdr Luthfi sendiri turun jumpa Haji Husam dan Haji Husam tetap tidak mengecewakan pihak Harakah dengan memberi peruntukan.

Soalnya orang kata Haji Husam bolehlah dia pegang duit kerajaan tapi semasa PAS memerintah Terengganu yang kaya, apa pemimpin PAS Terengganu bagi sumbangan untuk PAS negeri lain? Cikgu Pa yang menjadi EXCO kanan dan dikatakan mempunyai kuasa pemutus melebihi kuasa MB pada masa itu, apa yang Cikgu Pa sumbang?

Ada kawan dari PAS Tanjung Karang masa tu Dato’ Dr Hassan Ali orang kuat PAS Tanjung Karang tengah memprojekkan projek KOMPAS pergi jumpa Cikgu Pa di Pejabat EXCO, kawan tersebut rasa macam peminta sedekah pulak dan tidak dilayan.

Soalnya sekarang, salahkan Haji Husam mencari dana bagi membantu perjuangan PAS? Salahkah Haji Husam membantu PAS kawasan yang hendak menjalankan aktiviti parti? Di sini kalau kita lihat orang lainlah duduk tempat Haji Husam sudah tentu kepentingan diri adalah agenda yang diutamakan.

Berapa buah Bungalow yang telah Haji Husam dirikan untuk dirinya, rumah asal yang didirikan pun tidak diperbesarkan, kereta pun pakai kereta rasmi Mercedes yang lama. Beliau dituduh memperkayakan kroninya di Kelantan, siapa?

Tetapi ramai yang memusuhi beliau di Kelantan kerana tidak mendapat balak. Bermusuh dengan Husam kerana balak dan kalaulah Husam nak bina pengaruh, mengapa beliau perlu tolak permohonan balak oleh beberapa pemimpn PAS di Kelantan? Kalau dia nak bina pengaruh bagi sahaja balak tu. bukan milik dia pun tetapi disinilah amanah seorang pemimpin. Dia perlu pastikan hasil balak itu masuk ke kantung kerajaan dan akan digunakan untuk faedah rakyat.

Kadang kita hairan, kalau wakil rakyat yang gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing dan ada setengah tu jarang-jarang turun kawasan tetapi isu ini tidak diperkatakan malah ada wakil rakyat yang cukup kedekut. Balik kawasan jarang-jarang, tumpang kereta kawan dan balik kawasan tinggal kat rumah kawan.

Musim cuti sekolah tak Nampak muka takut dijemput makan kenduri duit habis. Bila tumpang kereta orang, sampai dekat tol buat-buat tidur, berhenti stesen minyak pun buat tidur dan bila singgah makan sanggup tidur dalam kereta, macamlah penat sangat jadi YB tetapi dah dasar kedekut.

Tetapi YB macam ini tidak dipedulikan orang sebaliknya YB yang bertungkus lumus menaikkan bendera PAS ke seluruh Negara digeletek dengan isu rasuah pulak? Mana kewarasannya? Apakah khidmat dan tanggyungjawab itu rasuah? Jangan kita suka sangat bercakap sehingga kita tidak sedar percakapan kita boleh mendatangkan fitnah pada jemaah? Ku buat salah, tak buat salah, jadi semua serba salah.

10 comments:

Mengkudu said...

Betul tu. Sepatutnya bila muncul seseorang dikalangan kita yg sanggup bersuara dan sanggup kehadapan dalamana kita tak berkeupayaan melakukannya, maka kita patutlah bersyukur. Kerana keupayaan dan penonjolan merekalah maka kita semua dapat bangkit bersama. Bukannya apabila kita tidak berupaya maka saudara kita itu menjadi sasaran dengki kita.

Keadaan ini menyebabkan aku teringat macamana DSAI diperlakukan oleh TDM dan kuncu2nya. Mereka termasuklah si "Raja Katak" Ibrahim Ali sanggup memfitnah utk menjatuhkan DSAI dgn tuduhan2 yg hina. Si katak dalam suatu mesyuarat tertutup (nak menunjukkan ketaatan pada TDM kunun) terus menepuk meja memarahi DSAI dengan tuduhan hina itu. Tapi, akhirnya itulah....DSAi terus bangkit berjuang menegakkah keadilan dan sejak kejadian itu rakyat telah mula membuka mata tentang kekejaman, kerakusan, pembohongan, penyelewangan dan sebagainya oleh kerajaan dibawah TDM dan khususnya oleh UBN.

Utk para pemimpin2 dan pendokong2 PAS yg kami sayangi, jauhkanlah prasangka yg buruk, hasad dan dengki dalam berjamaah. Tanamkan lah persaudaraan sesama kita. Ingatlah, sekiranya suatu jasad itu sempurna apabila semua anggotanya dapat masing2 dapat berfungsi. Sekiranya suatu anggota sudah tidak berfungsi, maka, akan dinamakan cacatlah jasat tersebut.

Jadi, semua pemimpin hendaklah bersatu dalam satu jamaah degan semangan muhibbah bagi menegakkan matlamat dan perjuangan PAS.

Semoga Allah memberikan ketabahan pada YB Husam dalam menghadapi dugaan dan teruskan perjuangan. Sesungguhnya dugaan itu akan datang selagi YB meneruskan perjuangan yg benar. Itulah perjuangan. Amin.

Anonymous said...

..alahai..
Cah keting dah berjangkit pada puak pas la pulak!!!dulu puak amno kelantan beghebut kuasa dan harta!!mudah ceghita!ada tiga perkara yang menyebabkan manusia jadi gila!!!1.Pangkat/kuasa.
2.Harta.3.Wanita.
...tak kirala puak beserban atau berkepiah hitam!!!!!Mana ok antara tok pa dengan hussam!!!!!Sebagai perbandingan la!!!Sakni hangpa kata tak ketawan hala pula!!!Tak pernah dengak hangpa kecam dan kata tak ketawan hala pada tok pa!!!!

Anonymous said...

Buat apa jadi ulamak macam ular dalam semak macam Hadi dan Nasha tu? Menyusahkan rakyat saja dan buat menyemak saja penduduk malaysia. Nak jadi ulamak bukan setakat ada ilmu tapi mesti diterjemahkan kedalam perbuatan. Kalau asyik nak bersekongkol dengan umno macam si beruk 2 Ali tu lebih baik duduk dalam hutan.

Anonymous said...

jika Husam jatuh lepas ni..mungkin hutang kelantan kepada kerajaan pusat tak terlangsai.. sedangakan beliaulah antara penggerak untuk menyelesaikan huntang2 tersebut.. lagi satu pasal royalti.. kita tgk nnt sape yang sanggup menggantikan tmpt beliau.. hai, persepsi, persepsi...- Neo

Anonymous said...

bro, aku rasa jgn2x blog ko ni pun dia yg sponsor kot. patutlah lain macam je bunyinya.

sapa tak kenal husam, $$$$ semua ada bro. pada ko mmg si husam bekerja utk PAS, pd kami taburan tu ada makna tu!!!

biar pemerhati jawablah bro. kalu lu jawab, lu berat sebelah pulak.

joostspring said...

dah jadi pencacai huse pulak ko topeng babi...

Anonymous said...

Bodoh nak mampus agaknya diorang ni yg menuduh Husam ada kepentingan. BPR dah siasat sampai ke lubang cacing Husam ni, apa yg dia orang jumpa? Cuma bil letrik (ke bil air) yg terlewat bayar..

Masih lagi nak tuduh? Bongok! Kenapa tak tuduh Nik Abduh yg terserlah kemewahan berbanding sebelum PRU12 dulu? Dan juga sesetengah exco negeri yg tidak kurang juga mewah diorang, ada yg punya harta berjuta RM.

chot said...



jotosspring...

takan nak jadi pencacai mak long kiah ko laks?

bangang...

tu le..main kuda longkang lama sgt..

Anonymous said...

harap kita semua bersabar.moga Allah memberikan hidayah pada DP Husam utk terus tabah dalam perjuangan.Aku tengok dia ni jenis org yg bleh buat keja.Cakap benda yg ada fakta bukan main bantai saja.

Anonymous said...

Wahai sedara kawan sekelian ingat perkataan ini: HUSAM DALAM PERJALANAN KE UMNO...