"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 18, 2010

RPK - Musa Hassan: Siapa "Memburu", Siapa "Pemburu"..?

Raja Petra Kamarudin

Umpan Musa Hassan tak mengena

KPN, Musa Hassan sedang memulakan satu ekspedisi memancing. Dia menyuruh semua pegawainya untuk menimbangkan semua cara bagi menangkap saya. Masalahnya adalah ramai antara pegawainya yang menyalurkan maklumat kepada saya, dan bukan kepadanya. Jadi, saya tahu apa yang dilakukannya pada pagi ini, malah apa yang sedang dia lakukan ketika anda membaca artikel ini.

Musa Hassan menyangka bahawa para pegawainya memantau pergerakan saya. Sebenarnya, tak satu pun daripada pegawainya yang benar-benar tahu akan kedudukan saya. Sebaliknya, saya mempunyai orang dalam yang memantau pergerakannya dan membuat laporan harian kepada saya tentang segala aktiviti yang berlaku di tingkat atas ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Pada mulanya, mereka fikir bahawa mereka dapat menggunakan anak saya bagi menjerat saya. Mereka memukul anak saya bagi memaksanya mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan jenayah. Tetapi apabila kes itu dibawa ke mahkamah, anak saya mendedahkan bahawa beliau telah dipukul dan dia menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Jadi, mereka tiada pilihan, selain membiarkan perbicaraan diteruskan. Nah, semasa perbicaraan itulah terungkapnya hakikat bahawa dakwaan terhadap anak saya adalah tidak benar.

Mereka kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu dan menghantar anak saya kembali ke Penjara Sungai Buloh, di mana dia terus dibelasah. Akibatnya, anak saya naik gila, lalu terpaksa dihantar ke wad psikiatri. Dia kemudiannya diasingkan kerana dianggap sebagai terlalu berbahaya untuk dibenarkan bergaul dengan lain-lain tahanan.

Ya, mereka sangka bahawa mereka dapat menyembunyikan perkara ini daripada saya. Tetapi akhirnya, saya dapat tahu juga. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak polis jika mereka ingin membunuh anak saya. Memanglah ini pernyataan yang saya kesali, namun anak saya adalah korban perjuangan. Sebenarnya, kita semua adalah korban perjuangan. Adakalanya, dalam perjuangan, nyawa perlu dikorbankan, sekalipun ia membabitkan nyawa anak kita sendiri.

Kita tentu pernah membaca suatu kisah semasa era Empayar Islam di Madinah, yang mana seorang ibu diberitahu bahawa anak lelaki terakhirnya telah syahid dalam peperangan. Dia menangis apabila diberitahu bahawa semua anak lelakinya sudah tiada. Tetapi dia sebenarnya menangis kerana dia tidak lagi mempunyai anak lelaki untuk dikorbankan demi perjuangan.

Inilah dasar kepercayaan kita. Perjuangan adalah lebih penting daripada segala-galanya. Adakah mereka fikir bahawa dengan membalun anak saya, maka masalah mereka akan selesai? Apa mereka fikir ia akan ‘menjinakkan’ saya? Tidak sekali-kali, malah ia akan menguatkan semangat saya kerana kini, bukan hanya perjuangan yang menjadi matlamat saya, malah ia melibatkan keadilan; darah mesti dibayar dengan darah jua.

Musa Hassan menyangka bahawa hanya kerana dia adalah pegawai tertinggi PDRM, maka itu juga bermakna bahawa dialah polis terpintar di Malaysia.

Anda nak tahu bagaimana cara polis yang pintar menjalankan siasatan? Meh saya beritahu rahsianya. Nak tahu apa yang dilakukan oleh Kevin Morais, Ketua Pendakwaraya SPRM semasa Krismas tempoh hari? Mesti anda tak tahu, bukan? Kalau anda nak tahu, dia merayakan Krismas dan Tahun Baru dengan kawan lelaki berbangsa Inggeris yang bertahun-tahun lebih tua daripadanya di Bromley, Kent, United Kingdom. Mesti anda tak tahu, bukan?

Musa Hassan, aku tahu bahawa kau mengugut para pegawai polis yang menandatangani Akuan Bersumpah yang menyabitkan hubungan kau dengan kongsi gelap Cina untuk mengubah kenyataan mereka, dan mengisytiharkan bahawa akuan berkanun mereka itu adalah pembohongan semata-mata.

Ah, dah terlambat pun. Akuan Bersumpah tu dibuat dua tahun yang lalu. Kalau nak suruh tarik balik, sepatutnya kau buat macam dengan Bala dulu… sehari selepas Akuan Bersumpah pertama keluar, Akuan Bersumpah kedua ditandatangani.

Adakah kau nak menafikan hal ni dan mengatakan bahawa RPK dan Malaysia Today berbohong? Jika ya, maka aku akan paparkan salinan semua dokumen-dokumen tu untuk membuktikan bahawa kaulah yang menipu. Bahkan kau dah digelar sebagai pembohong oleh Mahkamah Tinggi Sabah, dan dalam sedikit masa lagi, aku akan memaparkan bukti mengenai perkara ni dalam artikel yang lain.

Mereka yang berada di tampuk kekuasaan sedang berusaha meyakinkan kau untuk bersara dan seterusnya menjadi Duta Besar. Mungkin tulah yang sebaik-baiknya, memandangkan sebagai seorang anggota polis, kau memang tak boleh harap. Tapi kenapa Duta Besar? Mengapalah orang tak guna seperti si gatal yang suka meraba sering dilantik sebagai Duta Besar.

Dua negara yang sesuai untuk kau sebagai Duta Besar adalah Haiti ataupun Mongolia. Dah pasti orang Mongolia akan menyambut baik orang yang menghancurkan bukti pembunuhan Altantuya demi memastikan pembunuh sebenar terlepas dari hukuman.

Jadi, apakah rancangan kau sekarang, wahai Musa Hassan? Adakah kau akan mengemukakan 'bukti' bahawa aku memaparkan akuan-akuan berkanun palsu oleh pegawai polis, yakni supaya aku boleh didakwa di bawah Akta Multimedia? Kenapa kau tak buat begitu bagi akuan bersumpah aku sendiri? Mengapa aku disiasat atas sebab menandatangani akuan bersumpah palsu dan kemudiannya mendakwa aku melakukan Fitnah Jenayah, yang mana kebenaran akuan bersumpah tu tak material dalam dakwaan tersebut? Adakah kau takut bahawa kebenaran akan terungkap kalau kau mendakwa aku atas kesalahan menandatangani akuan bersumpah palsu?

Kau ingat aku tinggalkan Malaysia secara haram ataupun dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Kau fikir aku memasuki negara lain dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Malah kau tak tahu sama ada aku masih berada di negara ni ataupun tak kerana kau tak pun menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa aku berada di luar negara.

Polis jenis apa kau ni? Kau naik angin kerana kononnya aku memperbodohkan kau, walhal kau memperbodohkan diri kau sendiri. Rancangan kau adalah berasaskan andaian, tetapi kau sendiri tak pasti sama ada andaian kau tu betul ataupun tak.

Aku tahu lebih banyak tentang aktiviti kau berbanding dengan pengetahuan kau tentang aktiviti aku. Sebenarnya, lebih ramai pegawai kau yang menyalurkan maklumat kepadaku daripada kepada kau. Kau cuma tahu meneka lokasi aku dan rancanganku, sedangkan aku tahu segala gerak geri kau. Malah aku tahu bahawa ketua kuncu kau, Kevin Morais, sedang berseronok dengan seorang lelaki lain di ketika kau sangka kau dah berjaya memerangkap Dato' Ramli Yusuff dan Rosli Dahlan.

Musa, kau ingat kau lagi pandai daripada akukah? Aku tahu kau mendakwa seorang pegawai polis India atas pembunuhan Kugan sedangkan sebenarnya, terdapat tiga pegawai polis yang melanyaknya hingga mati di Balai Polis Subang Jaya. Kenapa hanya seorang pegawai polis berbangsa India yang didakwa? Kenapa tak dakwa lagi dua orang pegawai polis Melayu yang juga terbabit? Adakah ia kerana kau takut kes tu mungkin berubah menjadi isu perkauman jika semua orang tahu bahawa dua pegawai polis berbangsa Melayu juga memukul Kugan sampai mati? Jadi, adakah jika pegawai polis India membunuh seorang India yang lain, maka kerajaan kekal ‘selamat’? Kau fikir kita orang semua dah lupa bahawa pada mulanya, 11 pegawai polis 'digantung kerja' dan diberi tugas pejabat dek kerana kes Kugan?

Musa Hassan, kau bukan taraf aku, malah jadi Pegawai Penyiasat pun kau tak layak. Sejak 11 tahun yang lalu, aku dah jumpa ramai daripada Pegawai Penyiasat kau. Jadi, memang aku tahu bahawa kau tak setaraf dengan dia orang. Terima sajalah tawaran untuk bersara dan kemudian dilantik sebagai Duta Besar ke Haiti ataupun Mongolia… aman sedikit PDRM. Pada hari bersejarah tu nanti, seluruh pasukan polis akan mengadakan Mardi Gras selama 30 hari. Percayalah cakap aku. Aku tahulah… sebab pegawai kau semuanya beri maklumat kepadaku.

Selamat malam, Musa Hassan, di mana jua kau berada...

Artikel asal telah diterjemahkan oleh Jason Cheng

26 comments:

Anonymous said...

...Sebening subuh..
Degaqla jugak yang musa hassan ni ada hubungan dengan ketua gengster cina!Puak gangster cina pula kawan baik dengan puak DAP!!!Si Ronnie tu kawan baik musa hitam jugak kot!!!
Sumber pegawai atasan polis pulak tu!!!Pak dia tok ghuru muqqadam!nama besaq dalam dunia musabaqah!!awat jadi macamni!!!

Mata Merah said...

Aku sejak dari kes DSAI itu hari dah tak suka si Musa Hassan ni. Masa tu pangkat dia SAC 1. Serupa la juga dgan adik nya si Fuad Hassan. Benci betul aku....boleh ka si Fuad Hassan tu bawa si Umi Hafilda berceramah sama untuk kempennya PRU dulu. Lepas tu fitnah DSAI pulak. Memang patut la dia kalah masa PRU tu.

Bagi aku....kedua2 adik beradik ni sama saja....dengki pada DSAI. Si Musa Hassan ni pulak takut pada DSAi sebab takut segala keburukan yg dia telah lakukan akan terbongkar. Sbb tu dia sedaya upaya nak memenjarakan DSAI sebelum dia tamat kontrak KPN nanti - itu yg aku dengar. Jadi, selagi tak berjaya dia & Ghani Petail akan berusaha mensabitkan apa jua kesalahan pada DSAI.

Doa aku pada kedua2 ekor mamat ni...."Go to Hell" la

Anonymous said...

To Raja Petra -- i really admire for what u have done for a justice to malaysian.keep doing your brilliant job, i and all my friend always behind you, big support and thanks u have open up our mind to thinking futher for malaysian future. i cant wait to see a NEW MALAYSIA. and to musa hassan fuck you!!!!

Petra keep posting your video to us. u have a lots of ideas for our malaysian future. i wish u can show the world how fuckup the all system of malaysia running by UMNO in here right now.connect with al jazzera sir.

Anonymous said...

AKU mampu katakan polis Malaysia semua pak turut najib @dengan erti kata lain anjing pengesan najib yg gagal dlm modus setiap operasi. pangkat bukan main berlapis-lapis tapi semua xreti nk bezakan antara yg bersalah dan yg benar. polis malaysia = gangster pengugut rakyat!!!

Boleh dirumuskan di sini disebabkan musa hassan semua anggota polis jadi xadil, jadi bodoh, jadi anjing najib dan barisannya. pendek kata semua angkatan polis rosak kerana si musa ni. kalau yg atasan rosak semua yg di bawah nya jadi ikut sama rosak. kalau yg atas gangster mcmtu jgkla yg dbawahnya.

rakyat menghormati polis tetapi polis merosakkan keamanan rakyat.yg baik ditindas yg jahat dilindungi.

thumbs up for malaysia police.bagus!!!bagus!!!

to petra -- you brings NEW HOPE FOR NEW MALAYSIA!!!YOU HAVE OUR SUPPORT!!!

Anonymous said...

Hidup RPK! Jasa mu tetap di kenang kerana perjuangan mu yang kental. Apa kata mat monggol? Bukti dia bersubahat membunuh Altantuya sudah ada di genngaman RPK. Harap=harap mat monggol dan si Musang ni di sumbat ke dalam penjara Sg Buloh dan di dera secukupnya selepas PRU 13 ni. Hidup RPK!

Anonymous said...

Semoga ALLAH melindungi keluarga RPK...

doa dari saya.teruskan perjuangan TUAN

Anonymous said...

HEHEHE BIASAK LA SI BOTAK GUNDU TU KLU DH TECEPIT MCM ANJING DIA AKAN MELALAK X IKUT MASA.
ALA APE NAK HERANKAN SGT. SUH DIA BALIK & CABAR KAT MAHKAMAH LA. JGN DUK SOROK MONTOT MCM TIKUS MONDOK LAK KEHKEHKEH. TP AKU SANGSI LA DIA ADE TELOW KE TAK? HEHEH

TAKEBEER!!

TAKEBEER!

TAKEBEER!!

Sape BN/PR yang nak panjangkan zakar? said...

takbirr!!

Anonymous said...

Jeffry said...

KEHKEHKEH. TP AKU SANGSI LA DIA ADE TELOW KE TAK?

kekeke dia ade telur dan ade kote skali dan kau ade telur tapi tak der kote...sebab kau bapok...kekeke

i'm no king

Anonymous said...

KEHKEHKEH ADE TELOW TAPI KENE SIMPAN DGN AL JUBURI LE TU

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

Mengkudu said...

Kerana nila setitik habis air sebaldi rosak

Juga....

Kerana Musa Hassan sekor habis anggota polis lain terpalis busuknya.

Anonymous said...

ha..ha..ha..
RPK is coming..
ha..ha..ha..
musa hasan dah cuak...
teringat akum mcm cerita tamil dulu2...

"inspektor sahab tom pere zindegi RPK cut telo mu musa!!!"

ha..ha..ha..
musa hasan kene kahak RPK!!!


ha..ha...ha..
hari gumbira bagi anak muda!!!

Anonymous said...

teringat aku cerita JAMES BOND GOLDENEYE

"when the hunted became the hunter...." LAMA TAK TENGOK CERITA TU,,,,,,,

=BOND-

Anonymous said...

Jeffry said...

KEHKEHKEH ADE TELOW TAPI KENE SIMPAN DGN AL JUBURI LE TU

kekeke...mana mu tau, mu pernah check ke?
jeff auww, mu lagi malang..telur kecup..kote pun kecup..auwwww


i'm o king

alkulimi said...

jeffri aku bagi anaran terakhir, jgn persendakan nama ALLAH

Mata Merah said...

Dulu di tahun 1998 si Rahim Noor mendapat gelaran 'Orang Kuat Malaysia" kerana membelasah DSAI

Tahun ni aku agak la si Musang Hassang akan merampas gelaran tu. Mungkin RPK akan dapat pukulan TKO

Penonton2 sedang memerhati....reputasi polis akan teruk merudum seteruk pukulan TKOnya nanti.

Anonymous said...

xguna nk bercakp dgn al khunza jeffri.semua point kau langsung lari dari isu @ erti kata lain dah basi.

jaga2 skit mulut ang jeffri aku dah jumpa facebook ang...alkulimi kalau ang nk saman si jeffri berkenaan nama ALLAH aku support.mana tahu dapat tersiaq muka dia dekat TV3 ka pasai mempermainkan nama ALLAH..biaq jadi teladan dekat semua pencacai UMNO..

tunggu mASsa..

Mr Joker said...

Alkulimi & Anon 5:53 PM... aku tunggu info pasal Jeffri dr korang... email gua ada dekat atas tuh...

Lankaman said...

nie mail dia: jeffrydamien@rocketmail.com...hang add la dia lam "muka buku" tue...

Anonymous said...

Wama karu wama karullah. manusia merancang Allah juga ada perancangannya. Tengoklah tuan2 sekalian bila BN tumbang nanti Si Guni Petai dan Musang Hassan akan kita belasah mereka habis-habisan. Tengok yang terakhir Hakim "Cekelat Hacks" dah konfom masuk neraka. He..he.

Anonymous said...

really support u rpk.

Anonymous said...

http://www.facebook.com/people/Jeffry-Damien/100000016316449

facebook jeffry lahanat!!!!

Anonymous said...

Search google JEFFRY DAMIEN ---- for more info

he's on fire.

Anonymous said...

Jeffry Damian. Male, 36, Single Location: Malaysia Hometown: Kelana Jaya,Petaling Jaya,Selangor

Abejoel said...

Woi JEFFRY.... jawab ler ...orang dah dpt data lu... pucat sampai telor...padan muka...wakakkakak

Harris said...

Skali gua teng0k musang hasang ni ada iras ayoh ping ar..Tunggu la ari pembalasan nanti wahai musang hasang..Kuasa rakyat akan menghukum lu n juak2 lu..