"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 13, 2010

Sultan Selangor Mahu Kerajaan Negeri Halang Bukan Islam Guna Kalimah ‘Allah’

Reactions: 
Berikut adalah kenyataan dari Sultan Selangor berkenaan dengan isu "Kalimah Allah Digunakan oleh Orang Bukan Islam" yang saya petik dari Malaysianinsider. Sultan Selangor mahu kerajaan negeri halang bukan Islam guna kalimah ‘Allah’.

SHAH ALAM, Jan 11 - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerajaan negeri teguh dengan pendirian menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda turut menitahkan agar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald.

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu, baginda bertitah demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Peguam, Datuk Salehuddin Saidin menghadap Sultan Selangor berhubung isu berkenaan 5 Jan lalu.

Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam, kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Mais yang diadakan bagi membincangkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan di sini, semalam.

Terdahulu 4 Jan lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri boleh menghalang pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan merosakkan Islam.

Sehubungan itu, Mais berharap agar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi mempertahankan Islam.

“Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa yang sedia ada di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.

“Campur tangan Raja-Raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Raja-raja dalam agama Islam tetapi juga sensitiviti umat Islam,” katanya.

Mohamad Adzib berkata, Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan orang Islam.

“Enakmen berkenaan yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna oleh umat Islam sahaja.

“Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan turut mengiktiraf Mahkamah Syariah untuk mendengar kes berkaitan Islam manakala Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Mais akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi selepas permohonan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Main) untuk mencelah di dalam kes berkenaan ditolak.

“Penolakan permohonan Main adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang memperuntukkan Majlis sebagai pihak berkepentingan dalam mempertahankan Islam.

“Mais menyeru kepada Main yang lain untuk sama-sama merayu atau mencelah di dalam kes ini demi mempertahankan Islam,” katanya.

16 comments:

Anonymous said...

kavitar kaur apa kabar? tak kan nak jadi prempuan simpanan aje bro....haram tu bersetubuh dengan bukan muhrim

pak long said...

sampoi gambaq....

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Artikel tuan ini bagus untuk kebaikan semua umat..... tetapi haruskan kita mempersenda Sultan Selangor untuk dicemuhkan ?

rajauda said...

yang gambi,

sultan tu siapa yg tak boleh dicemuh? Nabi ke dia? kalau dah buat kerja tak betul, bergelang berantai, minum arak itu namanya org munafik... boleh ke diambil kira kata2 org yg mcam ni?

ingat dia sultan cakap dia semua betul.. bila pulak dia ambil berat pasal islam ni?

rajauda said...

nak tambah lagi... bukan harus... WAJIB dicemuh.

~PakKaramu~ said...

Aiiiik ! apa halnya pula dengan kerajaan negeri, MAIS buat kerja apa ? Sepatutnya inilah kerja MAIS, nampaknya dah terbalik nih ! Orang islam sampaikan ilmu di tangkap bila orang lain dari islam tak berani pulak

Anonymous said...

Lagu negeri Selangor.
Satu phrasanya adalah....

"Allah lanjutkan usia Tuanku"

Ni... bebudak sekolah nyanyi kena tukar ke idak agaknya?

Anonymous said...

Sultan,
Ampun Tuanku, sila baca sejarah sabah,sarawak. Ampun Tuanku, nama "Allah" dlm kitab bahasa melayu dah mula sejak 1881. Ampun Tuanku.

abang zack said...

Cuba baca ini: Allah is an Arabic word used to refer to God. The term is also used by Sikhs in the Sikh scriptures in reference to God. The word Allah (ਅਲਹੁ) is used 12 Times in the Guru Granth Sahib by Sheikh Farid. Guru Nanak, Guru Arjan and Saint Kabeer used the word 18 times.
baca selanjutnya di sini: http://www.sikhiwiki.org/index.php/Allah

BOND 0134331159 said...

alhamdulilah
sultan selangor merupakan ketua agama islam di negeri selangor rasa rasanya mahu menyelesaikan masalah ini dan ini memang tugasnya

allahuakbar....
daulat tuanku.....

broooo... said...

dlm banyak perkara aku slalunya tak bersetuju tapi dlm bab nih rasanya aku stuju lah jugak...

sebelum ini pun mana ada penganut kristian mengunakan nama ALLAH dlm acara2 keagamaan mereka... paling2 pun god kalau tak pun jesus... hatta dlm cerita2 org putih (english movie) pun tak pernah menyebut nama ALLAH... pantang agaknya!

persoalannya kenapa sekarang mereka beria2 benar?????

tentu ada agenda disebaliknya!

mungkin untuk mengelirukan akidah umat Islam yang semakin longgar skarang ini... agaknya lah!

sekiranya mereka mahu mengunakan ALLAH sebagai Tuhan Semesta Alam & ikhlas menerima hakikat tersebut seharusnya mereka sanggup mencabut pengunaan god & juga jesus!!!!!

& ketika itu baru lah boleh dipertimbangkan permintaan mereka!

ini pendapat pribadi saya & sama2 lah kita fikirkan yg terbaik untuk mengekal kan keamanan negara Malysia yang tercinta ini.

Anonymous said...

broooo,
ckp banyak tak guna, naik airasia dtg sabah atau sarawak. baru lu tau "Allah".

Mengkudu said...

Hampa semua toksah nak kalut2...kalau sultanpun tak boleh buat apa...setakat titah dan mengharap MAIS ambil tindakan...tak kemana jugak. Serupalah juga macamana jadi dgn kera2 UmnoNgok berdemo....pemimpinnya hanya boleh berkokok aje...tapi tak boleh buat apa.

Sbbnya.....itu keputusan mahkamah...undang2 yg mereka buat jadi macam tu. So...mau tentang mahkamah..????

ghostWRITER said...

PAS semua dia boleh CEMUH! bukan takat Sultan, Allah pun dia suka ati jer bagi si herald terbit... lepas ni, semua agama lain pun akan buat benda yang sama... minta lagi.... PAS pun tak pa la....hak samarata, samarasala katakan...!!

tapi yang aku pelik, mana dia gambar sultan yang kena CEMUH semalam? takkan kecut teloq kot...letakla lagi kalu brani!!!

Harris said...

DAULAT TUANKU!!DAULAT TUANKU!!Hik3x..Ape kes punye ayat!

Anonymous said...

kavita kaur panggil bro apa? Tuanku atau ayang? Tak kan nak simpang aje kavita tu bro...bila nak nikah....Tak payah hipokrit lah bro...