"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 03, 2010

Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Assalamualaikum,

Kepada: Tuan Haji Mustafa Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Saya, Abdul Rahman Abdul Talib, bernombor ahli 253812, Kawasan Lembah Pantai dengan tarikh daftar ahli 09/09/1987, ingin membuat aduan rasmi berkenaan salah laku beberapa Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan PAS Pusat.

Mengiikut rakaman dialog Ustaz Nasaruddin Mat Isa dengan blogger2 UMNO dan PAS tempohari, satu mesyuarat “Majlis Syura Ulama” telah diadakan sebulan selepas tamatnya Pilihanraya Umum 2008.

(Sila rujuk Lampiran 1.0 dan 2.0 di bawah untuk mendengar rakaman tersebut. Untuk download rakaman tersebut, sila klik di sini.)

Di dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Harun Din telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “ Tahaluf Siyasi: Pasca 2008” yang, mengikut pengakuan Ustaz Nasa sendiri, menyaran parti supaya bercakap dengan UMNO secara bersendirian. Keputusan itu juga tidak pernah dirujuk kepada AJK PAS Pusat.

Mesyuarat yang dikatakan oleh Nasaruddin Mat Isa itu juga telah melantik Tuan Haji Mustafa Ali sendiri dan Ustaz NAsa mewakili PAS di dalam bercakap dengan UMNO.


Ini jelas melanggar Perlembagaan Parti kerana Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu. Lebih-lebih lagi keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Nasa sendiri, dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Ipoh menyatakan tindakan beliau berjumpa UMNO adalah atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Ertinya secara terbuka Ustaz Nasaruddin Mat Isa melakukan penipuan.

Lebih-lebih lagi keputusan itu tidak mendapat persetujuan dari Mursyidul Am PAS Pusat. Yang lebih menyedihkan adalah keputusan tersebut telah menyebabkan perpecahan yang sangat runcing dalam PAS sehingga hari ini.

Maka, saya memohon supaya mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut dihadapkan ke JK Disiplin bagi kesalahan:
a. Melanggar Perlembagaan Parti.
b. Menyebabkan perpecahan yang teruk dalam parti.
c. Membelakangkan Mursyidul Am PAS Pusat.
d. Membelakangkan AJK PAS Pusat yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Parti untuk membuat keputusan Eksekutif.
e. Mengkhianati konsep Tahaluf Siyasi yang telah diluluskan sebelum ini.
f. Mengkhianati persahabatan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
g. Menjalin hubungan yang haram dengan UMNO.

Saya mengharap aduan saya ini tidak disapu di bawah karpet sepertimana yang berlaku kepada aduan2 yang dibuat oleh EXCO Pemuda PAS Pusat, saudara Abdullah Karim.

Sekian terima kasih

Abdul Rahman Abdul Talib aka Tulang Besi

p/s - Aduan ini juga saya akan email pada Tuan Haji Mustafa Ali serta Tuan Ibrahim Tuan Man melalui SU JK Disiplin PAS Pusat, Dr. Supyan Husin.

LAMPIRAN

1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01

2.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 02.wmv
3.0 Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". (samb)
c) Ahli-ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK'
(i) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Fasal 7 (3).
(ii) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa tatatertib PAS menurut Fasal 75 (4).
(iii) Menyediakan peraturan pemilihan calon pilihanraya menurut fasal 23 (7)(c).
(iv) Mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS menurut Fasal 23(7)(h).
(v) Mengambil apa-apa tindakan tatatertib tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya menurut Fasal 75 (7).
(vi) Mengambil keputusan atas segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini tertakluk kepada Fasal 79 (1)
(vii) Membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini dengan tertakluk kepada Fasal 79 (2).


4.0 Kuasa JK Kerja PAS Pusat
Tugas melantik sesiapa sahaja wakil parti untuk berjumpa dengan UMNO boleh seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan parti adalah:

“(7) Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(a) Melaksana, menyusun dan mengatur strategi dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan program politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan lain-lain mengikut dasar yang ditentukan kepadanya oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini dan oleh mana-mana badan yang diberi kepadanya kuasa menetapkan dasar oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini.”

13 comments:

Srikandi said...

Tahniah tulang besi kerana berani menuntut keadilan. Benar tetap benar, salah tetap salah.

Anonymous said...

Bengang betul bila Timbalan Presiden sindir Mursyidul Am dalam isu bertemu dgn pemimpin parti lawan..

Puak2 ni pekak ke bahalol?!

Anonymous said...

woi ahli2 syurga abuya ajisan..

karnival penang aper cerita...brape kerat yg datang???

xsabar ni nak tggu tok2 serban n jubah duk angguk2 geleng2 dlm konsert rock tu..hhahahahah

Mengkudu said...

Wahai ssaudara2 sekelian,

Itu semua cerita lama la.
Perkara mengenai UG sudah di tutup buku dan tidak ada lagi.lSemua sudah sepakat bahawa UG tiada lagi.

Kenapa mesti di ungkit kisah lama yang dah berkubur. Apakah motif saudara mengungkit kisah lama.?

Apakah nabi Muhammad pernah mengungkit kisah kejam Saidina Umar bilamana saidina umar telah memeluk islam?

Apakah Nabi Muhammad pernah mengungkit kembali kisah2 sedih para sahabat sebelum Islamnya mereka?

Apakah pula akan jadi sekiranya Nabi mempunyai sikap seperti TB ini...mengungkit benda yang telah lalu.??

Jadi, saya kira perbuatan si TB ini tidak lebih daripada untuk mengadu dombakan serta untuk menanam rasa kebencian terhadap beberapa pemimpin yang difikirkannya dahulu boleh merosakkan perjuangan PAS.

Apakah kita sebagai ahli PAs, akan berterusan bercakaran kerana sikap kebencian si TB ini? Kenapakah kita tidak mempunyai sifat2 mulia rasulullah memaafkan mereka2 yang pernah dan mungkin melakukan kesalahan? Sanggupkah kita melihat seseorang pemimpin yang telah kehadapan berjuang menaikkan PAS selama ini untuk dijatuhkan dan terus diburuk2kan oleh seorang manusia yg bertopengkan keadilan tetapi didalam hatinya penuh dengan perasaan dendam. Apakah kita akan menghormati pada seseorang yang tidak langsung mempunyai sifat kemaafan sedangkan yang melakukan telah menarik dan mengistiharkan tidak ada lagi UG.

Jadi, kepada ahli2, penyokong2 dan juga pada pemimpin2 atasan, janganlah terpengaruh pada di pengadu ini kerana didalam hatinya penuh perasaan dendam kesumat yang jauh sekali daripda sifat kemuliaan yang dituntut.

Sekian.

MANSOR JUNUS said...

Saya menyokong Sdr Abd Rahman Talib supaya tindakan disiplin juga diambil ke atas mereka yang tersebut. Sebagai sebuah parti siasah yang berteraskan Islam, PAS mesti konsisten. Diwaktu ramai rakyat sudah mula beralih keyakinan kepada parti ini, PAS tidak boleh dilihat 'double standard' macam UMNO.
Takkanlah nak tunggu Mursyidul Am melompat baru nak ambil tindakan.

mawar said...

Saya tidak setuju.
Itu kes lama dah basi.
TB sengaja nak melaga2kan pemimpin.
TB patut disingkir dari PAS.

AniKL said...

Busuk hati punya TB.
Penyakit hati yang dibawa oleh TB.

bengang said...

Wahai saudara budiman di atas,
Golongan2 yang mahukan UG tu sudah bagi tahu tidak ada lagi UG. Faham ke? Kenapa nak panjang2kan lagi permasalahan tu?

Kami nak bagi contoh la (jangan marah):
Kalau mak kamu di tangkap khalwat, dan dah mengaku salah.....maka...kamu suka ka pergi manapun orang asyik sebut pasal mak kamu tu yang kena tangkap khalwat? Kamu suka ke? Kenapa kamu tak suka? Apa akan jadi pada keseluruhan keluarga kamu bilamana kamu masih membenarkan orang lain berterusan mengata pada mak kamu tu? Tak mahukah kamu membela mak dan keluarga kamu?

maaf lah ye....ini contoh aje..supaya kamu faham akan kesan sokongan kamu tu pada mereka2 yang terlibat dan pada parti.

APRS said...

Alahai..penyokong penyokong UG..tak tergelak pulak..he he heee.

bengang said...

Kami bukan penyokong UG.

Kami menyokong mereka kerana mereka telah berikrar mengatakan tidak ada lagi UG

Kami membela kerana kami tak sanggup rakyat dibodohkan oleh ahli2 yang terus berhasad dengki dan terus tikam menikam sesama sendiri.

Kami juga membela kerana kami mahukan PAS terus kukuh.

zamzam said...

Jangan jadi "sampah". Pi masuk UMNO.
Terhegeh-gegeh tak malu betol!

Anonymous said...

yang cerita pasal nabi s.a.w ngan umar tu... pesal?? nasa tu kapir laknat ke dulu??? bodoh!! cerita zaman kapir itu cerita orang jahil... cerita nya nasa tu tahu, kalau buat salah semasa Islam... kena la hukum!!

tak tau la kalau mamat tu kapir masa duk canang UG dulu!!

mak ko ke yang khalwat?? mak ko berzina kot!!

Anonymous said...

bodo gila tulang besi. cuba check betul perlembagaan pas.. apa yg dorang buat tu betul2 ada dalam perlembagaanlah.. perlembagaan ada sebut, majlis syura boleh arahkan SIAPA saja dalam PAS untuk buat sesuatu.. majlis syura ni bukan penasihat hukum seperti yg difahami tulang besi, tapi kuasa eksekutif tertinggi..